Friday, December 27, 2013

It's over!

Matilah emakkkk dah seminggu lebih x gerak2.
Mentang2 cuti christmas 3 minggu. Maka langsung x sentuh programming hatta paper.

Setelah seminggu lebih makan tido jalan2 tgk movie. Matilah nakkk kalau sv kau tau..

Tau apa kata amanat terakhir sebelum cuti 18hb tu?

'I hope we contact each other during holiday'

Kannnnn...

Ok. Akak dah seram sejuk. Akak nak buat kerja sekarang.

Sebelum tu terima lah gambar akak jalan2 di Londongggg..

Gambar lain2 boleh la add instagram emak.. Jap eh..emak pon lupa apa intag emak.. ilotshikamaru kottt...ko try lah carik.

Bye...Good luck juga utk kwn2 sepejuangan yang sedang buat PHD juga. Moga urusan kita dipermudahkan Allah. Aminnnnn

Sunday, December 22, 2013

wah...wah...wah.

Sungguh gembira kau kan mentang2 cuti Christmas, buku n laptop pon kau cuti jugak bukak. Dah 3 hari ya x bukak buku n email. Matilahhhh kalau sv aku carik.

Pahat start sekolah preschool January ni. Tapi dia x reti cakap sangat. Masa settling session aku tgk anak omputeh kemain lagi. Lancar gila cakap. Sentap mak nak.

Aritu pi NHS nak register. Matilahhh dh 2 bln lebih register baru nak register NHS. Sebab aku menyampah Nhs tu mesti ramai student time akak pegi. So baru la nk buat.

Pastu bawak la Pahat. Ada pulak budak yang 1 sekolah dengan dia. Tapi budak tu dah lama msuk sekolah. Ala2 mix british asean kot. Dia cakap dengan mak dia.

'That boy(refer to Pahat) always make noise in school'

keji sgt budak tu ngumpat Pahat depan2. Yela...Pahat mana reti cakap sangat. So mostly dia akan buat bunyi bising je.

Serious weh..aku tgk budak2 kat situ cakap lancar gila. Risau la pulak aku nak hantar Pahat yg x reti cakap tu.

Next week mak nk jumpa GP nk suh dia refer ke speech theraphy. Kalau free mak pegi
. Kalau kena byr mak koser. Ni pon pitam nak bayar yuran sekolah Pahat dekat Gbp200 sebulan. Actually 15 hours per week free. Tapi sekolah tu xde 9 to 12. dia 8.30 to 1. and ko x boleh amek hour. ko kena amek samaada full day atau half day. So emak amek halfday. Suppose bayar gbp 500 sebulan tp sbb ada 15hrs free tu so aku byr dekat gbp200 sebulan.Cukup 5 bln boleh beli beg LV.

Mungkin next month akak nak cancel sehari kelas dia so boleh kurangkan bayar. Terpaksa lah. Kalau tak bayar mahal sgt. Gbp200 tu mcm2 boleh beli makanan. Kalau tak nnt budget lari susah pulak.

Sorry Pahat walaupon ibu tau Pahat suka pegi sekolah tp ibu terpaksa lah cancelkan sehari. nnt kalau ayah dh dpt kerja ibu tambah balik sehari ok?

Sunday, December 15, 2013

Menjelang raya christmas.


Nak christmas ni uollsss juling mata ye tengok sales sana sini.
Kalau emak byk duit dah lama emak beli henbeg satuu.

Tapi sebab Pahat dah nak sekolah. Kena beli baju long sleeve dengan jeans sebab ni time winter kang kejung anak aku jalan pegi sekolah. Jeans dia ada 2 je. Tu pon beli kat primark. Jeans bawak dari Malaysia dah senteng!

Akak dah contact dah agent shipping dari UK to Malaysia. Kalau akak rajin akak juallah barang2 dari UK ni. Sapa2 ada suggestion nak barang apa boleh komen atau email akak. Kalau ko nak suruh beli beg LV memang tak lah aku nak beli. Koser nak pi London.

Yang penting aritu aku tengok botol avent BPA free yang pendek tu 2 ketul murah gila time sales!. Nasib baik Pahat dah x minom susu guna botol.

Masuk mothercare pun juling mata, baju lagi murah dari Primark. Tension emak sbb hari sebelum tu dah beli baju kat Primark uollsss.

For christmas akak bagi SV mp3 player sbb dia asyik citer pasal music je so emak bg lah dia mp3 player. Haroslah akak bagi yang murah sahajork. Ko hengat aku mampooo bagi Ipod??

So far elaun cukup makan pakai segala. So sapa2 nk dtg uk with family dgn elaun yg mara bagi dont worry, insyaAllah cukup.
Next month Pahat dah start sekolah. Sebab yang free cuma 15 hours, and akak amek half day utk 5 hari, lebihnya tu kena bayar la. Lebih kurang Sejam GBP5.50. Ha, yuran sekolah kau lagi mahal ya Pahat.

Sebelum betul2 masuk sekolah kat sini ada settling session 6 jam. Pilih la sejam sehari. So far dah 2 hari Pahat pegi settling session. Dia x nak balik kauuuuuu... Aku ajak dia balik menangis teresak2 sepanjang jalan. Teacher kat situ kata he did excellent in his settling session. Dia main semua benda yang ada kat situ. Dia explore everything... Tapi kaedahnya...dia tolak orang!

So teacher tu kata nanti ckp dengan dia jangan tolak orang. So akak pun dok la cakap hari2 kat dia jangan tolak orang tak elok.

Ok lah. tu je. Byeeee

Tuesday, December 10, 2013

Suprise!!

Surpriseeee!!! Suka tak? Hakak datang lagi. **pitammmm budget popular.

Busy kah akak?
Takde pon busy mana. Sempat je lagi emak bergossip dekat whatsapp group. Sempat jugak aku makan 3 kali sehari. Tido pon berlebihan.

Time ada kerja, ada lah. Time kerja dah siap hakak baca lah paper atau buat revision sikit2. Bare in mind, akak ni bukanlah rajin mana. So kalau aku kata baca paper or study tu xdelah sampai akak 12jam mengadap.

Yesss...bare in mind akak seorang yang pemalas.

Dan juga, i know i can do it if i stay focus.

Kdg2 ada benda2 yang menyebabkan focus menjadi zero malahan negative. Ala2 phase lag compensator. Seperti gambar dibawah:

Ha kannn...facebook adalah musuh seorang student. Howww??

Sv akak pulak.. Akak dah citer kan tiap2 mggu ada meeting. Tiap kali meeting akak ternganga.
What the hell bode plot pon aku tercengang2 nk buat? Dia tya aku negative arctan pon aku, whatttt?????

Yes, meeting last week 4 jam!!
Kau mampooo 4 jam??
Akak dtg pkl 9am. Pastu dia ajak breakfast dulu. So jalan pegi cafe. Sv beli coffee, akak amek hot choc on him.
Lepas tu dia dok derive equation skyhook damping dari transfer function and state space. Masa ni emak dah nk separuh gila paham kan. Walaupun dia kata, ini yg plg senang. Again, WHATTTT???

End up emak nak terkencing pegi toilet dia derive sorang2 pastu dia dpt idea lain derive cara lain pulak. ***pitammmm!

Then, kerja aku adalah bawak balik dan pahamkan semula. Pastu simulate dekat scilab.

Begitulah tiap2 minggu.

Tapi akak bersyukurlah Sv akak rajin jumpa. Kalau sv malas nk jumpa akak pon akan jadi malas. Tapi cuma akak rasa frequency once a week tu buat masa ni mcm cepat sgt sebab akak x sempat nak catch up semua in a week (***bare in mind, di tambah pula dengan kehadiran sifat malas yang sungguh menebal. Juga drama korea yang perlu ditonton setiap hari).

Kannnnn?? bab drama korea x boleh tinggal kannn??? Ni akak tonton malam masa nk tido sahajork. Xde buat perangai gila mcm masa dulu dimana semua cerita aku tengok.

Tapi anggap jelah tonton cerita korea tu reward untuk study pada awalnya. Dalam kelas phd training akak masuk pon lecturer tu ckp perlu ada reward kat setiap kerja. Ala2 mcm ni lah, we cant wait to look foward to watch korean drama so we try to finish the work/target early.

Ok. Student phd yang lain. Sila jangan contohi emak.

Bye.

Monday, December 2, 2013

Tak Suka Sudah!!

Apa lah kan org kita ni kalau x suka dok lah komen2 yg x memberansangkan.
Lepas tu perli2 kat fb.

Konsep akak mudah. Fbn instagram emak private. Org yg emak suka emak approve. Setakat ntah sapa2 koser nk approve. Kawan sekolah pon emak malas approve.

Yela, emak perangai bukan elok mana. Kang jd bahan gossip sekampung jah.

Biasanya kalau yang suka update bukan2 emak belum tahap Block lagi. Emak Hide All jah.

Lebih2 lagi yang suka setiap 10 saat promosi bisness. Merasa!
Tapi kalau promote makanan emak suka. How?

Ala, kan fb kau. Suka hati kau lah nk pilih utk view apa kaedahnya. Dari kau sakit mata akhirnya sakit hati pasti terngumpat dpt dosa lebih baik kau hide kan sahajork. Settle masalah.

Tapi biasa lah kdg2 emak pun suka bergossip kan?

xde maknanya gossip secara berhemah atau x. itu semua propana metana betana. Dah nama pon gossip mmg la x berhemah. Kannnnn.... sejak bila pulak gossip dpt pahala?

Type guna henpon. Annoying. Bye

Saturday, November 23, 2013

Cost.

Hah. Bila letak gambar Pahat kat FB ada la orang2 tanya Pahat x nak adik ka?

Biasa lah kannn... Omputeh xde pon tanya kau nak beranak lagi ke x.

Sebab nursery jah Gbp800 sebulan. Kau mampooo?
Kalau anak 3 orang kat nursery mau bengkrap.

Emak dpt duit sebulan dah lah 1k++. Sewa ruma GBp630. Sebab 1 bed flat.

Kalau aku tambah anak kang, kena sewa 2 bed flat. Itu rules dia kat sini. Anak sorang boleh duduk 1 bed. Anak 2 org sila kau pindah ke 2 bed.

Mak oiii sewa 2 bedroom flat kat sini paling murah GBP900. Maksudnya kalau kau tambah anak. Bersedialah kau tambah duit double!

Lepas tu cer kalau nk masukkan anak kat nursery. Mau pitam kau nak bayar.

So, sorry Pahat buat masa ni emak kena berhati2. Tapi kalau dah memang rezeki nak ada adik jugak terpaksa lah jugak kennn??

Oi...ni aku buat kerja sambil layan pahat dah macam hapa. Lagi la kalau ada anak ramai2 nak buat phd... X boleh laaaa emak.

Emak salute la kan sapa ada anak 2 3 org sambil buat phd tu. Terbaik sangat korang.

Bagi emak. Cukuplah Pahat dulu. Kang asyik beranak je SV aku pitammmm!!

Ni pon emak dah 2 hari demam so cancel meeting dengan dia. Demam tonsil bengkak. Dah tau mcm tu minum jugak air panas. Makan jugak pedas. Rasainnnnnn lagi teruk esoknya. Pastu insaf. Makan benda sejuk2 alhamdulillah dah ok arini.


Friday, November 22, 2013

London - tempat Pahat hilang bantal busuk

Ala...ni trip lama bulan lepas tp emak kan malas nak update.

Pegi London actually nak hantar borang claim kat Mara sambil bawak Pahat and Adong jalan2.
Pegi dengan Afiq, budak master in biology kat sini. Aku pening baca nota dia siap ada genetic2 kebenda ntah. Apa motippp emak baca nota dia???

Ok. Amek tiket off peak pegi pukul 9am balik after 7pm. Kalau tak siap peak hour time org balik and pergi kerja. Masa tu tiket mahal sikit.

Brighton to London sejam sahajork. Tapi xde lah naik high speed train macam virgin. Btw, virgin menggunakan technology tilting train (research aku). Sv aku kata kalau ada orang kutuk2 pasal tilting train suh citer pasal Virgin.. Haha..Boleh gitu mengadu kat SV ada omputeh ni kutuk research emak??
Ok, tu citer lain.

Stop kat Victoria station. Beli oyster card untuk naik TUBE. Cari map TUBE. Aku rasa dulu map dia mcm besar apsal kecik sgt skrg? Ke sbb emak dah tua??

Terus pegi Bayswater. Sbb dah pukul 12 masa tu. Takut org Mara lunch. So kitorg pun makan lah kat kedai halal kat situ. Bayswater memang terkenal dengan banyak kedai halal sepanjang jalan.

Dalam Train, budak ni x reti duduk diam

Bayswater Station

Bayswater
Gambar2 banyak Afiq yang capture sebab dia bawak camera. Lagipon zaman akak buat degree dulu dah berlambak gambar kat London dah tak koser aku nak amek gambar kat tempat2 disitu. Berlagak tak?? **matilah

Makan kat London mahal lah sikit uollsss... London kannnn. Aku nak makan kat steak house yang diorang kata Halal tu tapi tak jumpa kedai tu. And emak tak tau nama kedai tu.

Siap makan, jalan kaki pegi Queensborough. Takde jauh sangat pon, selang 3 jalan jah. Mara tutup. Orang pi lunch.

So kitorang jalan2 pegi park. South Kesington Park, sebelah Hyde Park. Depan sikit Hyde Park ada Hard Rock Cafe, aku tanya Mohd Rafi nak pegi x? Tanya Afiq nak pegi x? Dua2 jawab x nak. Ok. Tak yah pegi.
Akak merangkap pemandu pelancong pada hari itu.
Yelah kan dulu masa kat Surrey kerja pegi London je activitynya.




Ha...ada mcm gambar Pre Wedding Cik Ta?? Merasa ntah2 Cik Ta amek gambar tempat yang sama mcm emak. Matilah korang tengok gambar banyak2.

Pastu pegi Mara balik jumpa pakcik2 dari mara Malaysia datang ada uruskan deal apa ntah. So borak2 dengan pakcik2 tu. Pastu naik atas. Pastu balik.

Pastu actually nak bawak diorg pegi tower bridge, stop kat westminter sebab kan boleh jalan kaki ke tower bridge depan london Eye tu. Tapi akak lupa arah mana nak pegi tower bridge uolllsss..
Sebab dah lama kaedahnya... Matila mak kena cerca!

So ni gambar kat London Eye. Koser haku nak naik London Eye tu. Dulu pon x pernah naik. Nak bgtau jugak jacket semua ditaja oleh Primark. Murah2 sahajork. Pastu salah beli size sendiri. Rasainnnnn!!

Ni lagi 1 gambar. Pahat tengah sangap ngantok.

Lepas tu, naik tube pegi Leicester Square, kat sini adalah tempat broadway, tempat tengok theater merangkap juga china town.
Akak suka pegi China Town sebab banyak makanan dari malaysia seperti kicap.

So kat situ pegi kedai New Moon supermarket. Macam2 ado. Beli kicap sebab Mohd Rafi suka makan kicap. Aritu bawak botol kecik je budget tahan 3 bulan lah sangatttt.

Gambar kat china town x boleh upload pulak. Hanjjj!!

Xpelah...pastu nak balik kannnn, tetiba carik bantal Pahat xde. Aiyooo, check kat beg kat stroller nan hado!

Sah2 la hilang kennnnn. Xde makna la kau patah balik carik sbb dah sampai victoria station. Pastu tunggu train sampai. Sementara tu minum coffeee. Akak dok duduk depan Krispy Kreme punya kedai. Dok tengok orang beli last2 aku beli donut dengan coffee. Afiq beli coffee kat luar, murah Gbp1.70 camtuh. Tapi tak sedap. Rasainnnnn!

Btw, hot chocolate costa adalah sedap gila!

Ok. So far duit mara bagi cukup lah utk akak sefamily. Mampu lagi lah kalau takat nak beli baju primark ka, sekali sekala minum coffee costa. Xde lah sampai kena ikat perut ke apa. Emak rasa ok jah... Cuma kalau sewa rumah kat Brighton ni memang pitam lah kau nak bayar deposit. 6 month rent in advance and 3 month deposit. In Brighton only. Tempat lain xda ya begitu...

Bye.

Thursday, November 14, 2013

What to say?

Sekarang pukul 2.24pagi. Nope aku bukan buat kerja tapi tgk citer korea sebab apa? Sebab waktu buat kerja adalah siang. Biasanya pagi2 emak bangun masak nasik n lauk. Lepas zuhur skrg zuhur pukul 11.30am, so dlm pkl 12 lebih pegi library siapkan kerja since office x dpt lagi n buat kerja kat rumah x tenang, emak pilih pegi library.

Biasanya kat library sampai pkl 6. Semayang lah kat celah2 rak buku. Belum kantoi dengan mat saleh lg so far.

Arini meeting. Dari pkl 5.30 sampai dekat pkl 9malam. Yesss emak menahan kencing ya. Nak mintak izin pegi toilet tp x tercakap sbb masa awal sampai sv kata cm ni:

I dont even have time to go to the loo

So akak tahan. harap x buasir.

Gila boring kan meeting 3 jam?

Ko jangankan meeting. Ko tunggu 30minit lepas kau balik mau berderet email sv kau bagi.
Not only that, tgh malam weekend pon dia email.

Kdg2 akak rasa mcm x meet expectation dia. Sbb bila dia ckp something akak banyak tak paham.

Tapi akak suka dia sebab, kau install Lyx x boleh? bawak laptop doa tolong buatkan. Ada masalah LATEX x boleh view in pdf? Bawak laptop dia solvekan. Apa? matlab x boleh install? dia install kan tp still x boleh. Apa? ada problem dengan suspension? email je. dlm 30 minit dia jawab.

Kadang2 akak terfikir jugak What i did do to deserve supervisor like that?
I mean, aku bukannya rajin sgt. and academic x lah pandai. Programming tau sikit2 je

Agak2 dia menyesal x amek student cam akak?

I guess rezeki orang berbeza2. Supervisor pon rezeki jugak. Experiment jd pun rezeki.

Alhamdulillah.

Friday, November 8, 2013

Shopping ke?

Last week akak sewa keter. Kitorg book vauxhall Corsa sahajork yg w
eekend deal £36 ittew. Tapi rezeki aritu diorg bg Ford Focus kat akak. So akak melaram lah naik keter sewa ke Birm. Tujuannya adalah nk amek luggage yang akak tinggalkan di rumah cik sha.

Cik sha beli meja makan Ikea color putih. £30 sahajork. X dpt la dek non harga mcm tu kat Malaysia.

Akak pegi Leicester tujuannya adolah nak beli correlle. Sanggup akak puasa dr beli pinggan. Dan pakai pinggan asda yang kecik tu semata2 tggu nk beli corelle nih.

Macam2 harga ado ikut corak. Akak beli corak city square. Buy one free one. £60. so 1 set tu jatuh harga £30. corak2 lain ada harga £40 satu set. Yang mahal dr tu pon ado. Ikut corak lah.  Akak beli yg paling murah jah. Sebab akak nak guna kat rumah je. Lagipon aku lama lg kat sini. Tak payah nak kemaruk beli pinggan mangkuk sangat. Dan juga rumah aku kecik nak mampos xde tempat nak letak pinggan. Ni pon emak guna 1 set jah. Lagi 1 set emak simpan.


Tu lah set dia. set of 16. Emak x kisah chantek ke x asalkan murah dan x pecah. Sebab Pahat kang nk makan guna pinggan kaca yg berat tu mcm susah je. Wah budget sgt aku.

Pastu ahad pegi Portsmouth factory outlet alang2 dah sewa keter nak habeskan minyak. kalau x rugi lah pulangkan minyak ada lagi. Portsmouth adalah sejam je dari Brighton. Tujuan adalah cari baju winter.  Sampai dah pukul 4pm. Kedai tutup 0kl 5pm. X sempat pegi banyak sgt kedai. Mana yg sempat je. Sempat lah pegi GAP tgh sale 50%. Aku beli baju semua bawah £5. Winter jacket pahat je yg mahal £14.90. Tu pon kira murah jugak lah.. Lagi xde sangat kecuali Mohd Rafi beli kasut Timberland £10 sahajork. Dalam rm adalah Rm50!!

Murah nk mati. Sebab clearance and kasut tu tinggal size tu je. Kagum akak bayar. X dapat lah kan kasut Timberland kau beli kat Malaysia rm50 jah.



Mula2 entry ni ditulis menggunakan phone. Menyampah gila gambar ke atas ke bawah. Ujung2 mak edit guna pc. Terus xde mood nak sambung.

bye uolsss...

Tuesday, October 29, 2013

Emak, yang tak boleh menjadi malas.

Padahal baru je sebulan. Apa yg emak stress sangat ntah kan?

Aku stress sebab sv emak rajin email emak tanya progress pastu buat meeting.
Nyah, sabtu ahad pon dia email mak ya. Lepas waktu office hour malam2 buta pon dia email ya..

Kalau emak email dia malam tanya soalan, lepas 5 minit dia reply siap scan jawapan dia dalam pdf. Ok. Pitammmss...
So kaedahnya kalau dah sv kau boleh rajin reply email kau, takkan kau nk reply email dia lambat2 bersukaria esok2 baru reply?

Haruslah sbb sv kau dh tau kau ada sematpon boleh check email bila2 masa di mana2 jua. Pitammm lagi!!

Ala....emak kan pemalas, dpt sv rajin, emak terpaksa rajin. Emak takutlah kalau sv ngamok nanti.
Bila terpaksa rajin terus jd stress. Howww??? **matilaaa jenis mcm ni pon ada.

Emak nk malas2 mcm cik sha pon x boleh sbb sv mak suka kejar mak. How cik sha???

Tapi cik sha malas2 pon sempat tulis paper ya, kau mampoooo??

Masa master pon dia malas2, tup tup master dia DISTINCTION nyahhhh!!! Hanj sangats! Teros orang lain yg pegi library hari2 sentap.
Kau mampoooo mcm tu??
Kalau kau malass sah2 kau lingkup.

Seriously, sv emak kali ni adalah totally opposite dengan sv masa master dulu. Aku pon x tau which one is better.

Actually sv phd ni sbb dia dah letah high expectation kat emak sbb previous student melayu dia rajin gila babi kot. Pastu dia dok puji2. So, merasa lah kauuuuuu!
Pastu previous student dia before emak chinese pon rajin jugak siap buat fpga bagai. T_T.

So, kalau dah tak pandai dan tak rajin. Marilah gigihkan diri walaupon kau kena seret kaki jadi rajin, jadilah kau rajin.
Pastu kannn, kalau sabtu ahad kau nak berjimbarama pon rasa bersalah x buat kerja. Apakah perasaaan ituuuu??

Dah tu, kau yg nak sangat buat Phd kannn?? rasainnnnn!

ok sebab emak pemalas, terimalah gambar cha time yg wujud di Brighton ini:

Padahal gambar copy paste sahajork dari fb and insta.

Ok la nyah hei dari xde gambar. Esok emak nk pi London, bukan jalan2(tp sambil jalan2) tp ada urusan sambil jalan2 lah.

Bye, see u next time kalau emak rajin lah.



Saturday, October 26, 2013

My o my...

You know, I had meeting every week with my supervisor. His email usually sound like this:

Hi Fazilah,
I'm free this thursday from 2-3pm if you want to see me.

Kau mampooo reply, 'No, I dont wan to see you?'

Memang lah nk mati. So akak reply. " I would love to see you"

Yesss...kendian after meeting atau during meeting dia akan bagi kerja. Lepas tu 3 hari berderet2 dia akan email akak paper atau notes kena baca and review on the next meeting.

Siaplah kau kalau xde progress kennnn!

So, no matter how many work he gave me. I'll try my best to do it before the next meeting.

Research emak combination of high level maths( u ask for it kannn??) and programming. Sv emak siap suruh join kelas budak2 Master in Maths. Pitammmmss!!

This is not calculus I, II, III we talking about. Ini derivation apa ntah. Aku pon terkial2 lagi nak buat.

And aritu aku buatlah state space excercise dalam nota yg dia bg tu. Then check dgn dia betul ke x. Dia buat, sekali petik jari dah siap.

Wow!... Akak Wow lagi skali. Hebat lor math SV emak.

Level math emak banding dengan dia adelah dalam kasta terendah sekali. Btw, greek people usually memang good in math pun.

Since emak research emak dalam mechanical eng and degree emak adelah Electronics Eng, mcm clash of the titans di situ. So dia cakap.

U need to work hard for this.

Maaflah kan kalau korg kena baca pasal research n sv emak. Since akak xde kawan yg buat phd kat sussex ni. So emak tulis kat sini lor.

Actually come to think of it, sv akak tu rajin gila okeh. Mana dpt sv yg rajin supply notes n paper kat kau. Paling2 pun kau kena baca sendiri n find your own path n method.
Mana ada sv yg rajin email kau walaupon weekend?

Pastu tetiba kau stress sbb dpt kerja khennnnn??

Rasainnnnn.. Eh, baru sebulan je?

Tuesday, October 22, 2013

Emak dan Pahat

Kalau aku kaya dah lama emak masukkan Pahat kat Nursery. Gila apa sebulan gnp800. Sewa rumah aku yg sekangkang kera ni pon baru Gbp600.

Masalahnya tiap kali emak nk buat kerja+study, ada je agenda dia tarik tgn emak suh amek biskuy lah. Suh tgk dia pasang2 ABC lah. Nak makan nasik lah.

Eh padahal apak kau tgh free2 duduk kat sofa tu x nak pulak ko suruh. Hangen emak. Opis x dpt lg. Tengaj refurbish katanya. Lembab sangat sussex ni. Padahal new student engineering x sampai 10 org.

So buat lah kerja dirumah. X tenteram hidup emak.

Tu washable marker aku belikan Pahat. Supaya boleh basuh kalau dia conteng ditempat tak sepatutnya. Murah sahajork. X sampai 30hengget.

Sejak emak ada dengan Pahat. Tv pon xde. aku x nk beli nnt dok langut tgk tv kerja x buat. Banyak lah vocab Pahat. Aku pon suprise jugak kdg2 jalan2 dia nampak bas dia sebut bas!

Ala.... lantaklah anak org dh pandai baca Abc ke baca buku harry potter ke. Dah dia mmg ginilah updatenya.

So emak ok sahajork. Dia belajar slow2.

X sabar nk htr dia sekolah bln 1.

Monday, October 21, 2013

Helo. so long...

Hi uolllsss.... Akak hidup lagi. Rasa mcm malas nk blogging. korg follow je lah instagram akak. Akak malas nk type. Pastu nk upload gambar.

Hidup akak disini setelah sebulan baik2 sahajork.
Mohd Rafi belum kerja. Akak harap dia dpt NI card cepat supaya dia boleh kerja. Supaya akak boleh la jalan2.

Sv akak pon ntah lah. Tapi too early to judge. Jumpa dia once a week. Setiap kali jumpa dia bg kerja yg banyak. Most of them adalah review paper. or Thesis or baca buku.

Raya aidiladha meriah lah jugak. gbr tgk kat instag. Aku mcm malas nk upload. cr ilot pahat.

Ada omputeh tu makan rendang terus merah hidung. Dpt kwn baru termasuk sorg indo.

Brighton ramai student malaysia self sponsored. Memang kaya aku tgk. Pakai beg gucci. gelang hermes. Telan air lio. so set2 tu akak x berapa pandai nk bergaul sgt dan juga sbb diorg budak2 lagi. I'm too old for that.

ok. bye. akak harap Mohd Rafi dpt kerja dgn english dia yg begitu.

Thursday, October 10, 2013

Rambling nonsense...Memang no sense kalau korang baca.

Well, today ada student special diskaun kat Churchill mall. 30% ya.

Nan hado lah aku beli. Bulan ni dah terhover budget sebab beli barang2 rumah. One thing yg aku regret adelah tinggalkan Pahat punya toilet seat train kat Malaysia. And kalau aku tau pampers is f**ng expensive kat sini merasalah aku bawak je dr malaysia. Pahat pakai pampers bila jalan n malam sahajork. Siang kalau kat rumah x pakai.

So terpaksa aku beli kat sini the cheapest yg aku jumpa toilet seat train tu Gbp5.99. Padahal beli kat malaysia aritu baru Rm5. Padan muka kau!

Pastu aritu dr Birm kitorg kan travel lightly konon. So bawak 2 3 helai baju sahajork. Lagi 2 large luggage tinggal kat Birm. Merasalah kau pakai baju yang sama ulang2 2 3 hari. Matila kan jumpa sv tiap2 minggu pakai baju yang sama.

Oh, sv aku kan ada previous student dia Malaysian (melayu) so everytime jumpa dia, dia dok lah puji2 ex student dia tu. Rajin bagai, banyak progress. Even until now dia still contact ex student dia and buat colaboration paper. Btw, ex student dia now is head department of **** in UTM.
Masalahnya, emak tak lah se briliant atau se rajin ex student dia ittewww..

Printing is f***ng expensive in here. 25pence per page. Terkejut emak top up Gbp20 dah habes. Yess...buying printer masuk dalam list things to buy next month.

Yesss... pahat is 3 now. Since school term started at September, and Pahat baru je masuk 3, so dia hanya boleh enroll bulan January nih. Akak dah email child care dalam uni nih. Dia kata suh isik borang and Pahat boleh masuk bulan 1. Tapi sebab akak mesken, Pahat akak masukkan 3 jam sehari je yang FREE punya. Diorang panggil FREE EARLY LEARNING for 3 to 5 years.
Kalau nak masukkan FULL DAY harga dia Gbp43. Kalau half day Gbp25. Kalau kau masukkan sebulan Gbp25x24 hari. Merasa lah kau sebulan je dekat Gbp600 kalau half day. Elaun aku lepas tolak sewa rumah pon segitu tak ke kena gadai buah pinggang kalau nak bagi enroll full day.

Hopefully he makes a good use of those 3 hours.

Now, eventhough dia tak pandai buat ayat, ada lah progress dia, banyak jugak lah. Banyak lah jugak vocab words yang dia tau. Dog, bird, fish, elephant and etc... mostly dia tau binatang as well as benda basic like nom(minum), asik(nasik), nak, nanak, adalah lagi benda dia tau tapi perlu kah type kat sini semua??. Tapi yang menyedihkan dia tak jugak tau panggil 'IBU', howww???

 View belakang rumah aku adelah chantek. Petang2 boleh tengok squirrel, bird kadang2 ada rabbit. Nak je aku tangkap sembelih.

Kalau rajin akak tangkap gambar. Tapi janganlah berharap, akak ikut mood..

Akak tengah pening nk update cv Mohd Rafi. Nak mintak kerja. Padahal nak mintak kerja cleaner je, tu pon nak kena ada cv. Susah2 kang aku mintak je jadi Tutor assistant jaga lab dengan tutorial bagai. Dapat Gbp17 per hour. Tapi ntah layak ke tak.

Matilah aku merepek malam2 buta sorang2.

Ok. Bye. Doakan Mohd Rafi dapat kerja supaya akak boleh beli purse baru. Sedih tengok keadaan purse aku yang hazab.

Selamat Menyambut aidiladha selasa ni. InsyaAllah akak ada buat qurban di kemboja tahun ni. Sapa2 ada kat kemboja boleh la join...**tetiba!. Tapi ni serious. Well stok ikan bilis, dengan cili kering dah habes. Perlulah aku suruh adik aku pos.

Ok. Kali ni betul2. Bye!


Wednesday, October 9, 2013

Here in Brighton!

Sebab seminggu dah berada kat Brighton ni, jadi akak pon berjalan2 dibandar Brighton. Fyi, bandar Brighton memang betul2 tepi laut. Dari town tu kau jalan kaki sahajork.

Walaupon sebenarnya tujuan utama adalah mencari butcher halal, kedai jual asian food dan juga tupperware bukan chap tupperware tapi tupperware.

Yela, sebab aku x nampak senior nak tanya kat mana benda2 tersebut dijual. So, kena lah discover sendiri. Tiket train return adalah Gbp3.30. Tiket bas kemana2 sahaja tapi ada 4 bus je boleh naik adalah Gbp3.50. Pahat free.

So sabtu iaitu hari kejadian kitorg naik bas sahajork. Mula2 pegi Elmgroove. Pegi Turkish Market, ada jual sosej halal. Sos maggi halal jakim. Pastu pegi sainsbury sebab kadang2 supermarket pon ada Halal. Tapi xde di Elmgroove.

So kitorg decide pegi Asda kat Brighton Marina jauh sket lah. Naik bas 30menet. Jalan berbukit bukau. Gila hebat pakcik bas bawak.

So jalan2 kat Brighton Marina.

Xde apa sgt kecuali kalau nk bawak shopping ada outlet kecik kat situ. Tapi budget tak mengizinkan.

Pastu pegi asda beli ayam 2 ekor. Beef xde. Yang ada mutton and lamb. Boleh lah belasah je.

Pastu naik bas pegi jalan2 ke town pulak nak cari asian shop. Nak cari kedai jual lemongrass, kicap, ikan bilis semua.

Masuk kedai Chinese xde jual. Pastu google ada thai market, sekali je pergi xde. Yg ada thai restaurant.

Dah tu. Pegi jalan2 ke pantai Brighton. Pantai dia berbatu ya. Akak pernah pegi masa degree tapi dah x ingat lah pulak.

Itu yg pakai baju biru adalah Afiq. Dia lah selalu jalan2 dengan kitorg kat sini.

Kasut dia berlubang. Tapi dia kedekut nk beli kasut baru sebab dia kira2 convert ke duit malaysia Mahal katanya. Last2 dia beli kasut topman Gbp22.

Ha ni  Mohd Rafi dah insaf dan sedar yang dia berada di UK dan cuaca sejuk. Actually tgh hari memang panas pun. Masuk petang baru sejuk.

Hmmmm....oklah. Emak ada meeting dgn sv jap lg. Matilaaaa thesis x habes baca lagi... T_T....


Tuesday, October 8, 2013

Meeting

Heh. Macam malas nk update.

Btw, Alhamdulillah elaun dh masuk. Dah settlekan semua hutang dan juga nazar.

Meeting dengan sv adalah selasa. Sv adalah org greek. Dia pernah supervise beberapa org budak2 melayu so dia paham lah dengan malaysian student nih.

Aritu borak2 dekat sejam. Dia tya, 'How many child do you have?'
'Just one, my son is going to be 3 next week'

'Just 1? it is very unusual for Malaysian student just having one child. My students previously had like 4 children'

Tu diah. Pastu dia dok citerlah dia supervise student Malaysia dulu kat Loughborough semua anak ramai. Bolehhhhh?? Pastu terus bg dia impression yang org Malaysia suka beranak ramai2. Howwww???

Tapi dia cakap, I dont mind having many or just one, the most important thing is you have to give attention to your research. Mcm tu la...

Pastu banyak benda dia suh aku buat. Like install matlab... Nak nanges, akak guna windows 8, tak support ya. Terpaksa install kat pc office nanti.
Pastu suh apply for teaching assistantship. Ajar lab or tutorial.
Beli printer >> bolehhhh? ni pon masuk dalam list dia suh buat. Tapi aku x beli pun. Aku top up Uni print account je. Sussex kedekut sgt bg 50pence je print account?? Akak top up Gbp20.
Dalam 2 3 bulan pegi join conference. Bila join conference haroslah kau ada paper yg kau dah tulis kannnn??? Merasa lah kau!!! Dah la kau pemalas.
Pastu suh buat exercise control system and baca thesis previous student dia.

Nampak??? seminggu punya kerja banyak gila. Padan lah muka!

Tapi dia kata, research ni sometimes good sometimes bad, dont feel so down when you got bad result. Everyone doing phd experience this. Dia kata dia pon experience benda yang sama. So dont let those weaken you.

Gituuuuu...Awal2 bg kata semangat. Akak malas nk tulis all english sbb nnt cik sha jd grammar nazi mak...Matila kannn cik sha???

Tapi actually bagus apa ada org jd grammar nazi kau at least kau tau kau salah.

Pastu malas dah nk tulis.

Byeeee...

p/s : arini adalah Birthday Pahat yang ke 3!!

Saturday, October 5, 2013

Settle down finally!

Yeppp...Finally in Brighton/Sussex.

University family flat adalah kecik gila. 10 langkah kau dah boleh round 1 rumah. Tapi bersyukurlah rent all inclusive. Water, heater, electric and furniture semua termasuk dalam rent.

Kitorang dari Birm naik Train, beli tiket awal iaitu Gbp33 for 2. Pahat bawah 5 tahun so travel anywhere for free. From New Street Birm kitog naik very fast virgin train to London hanya 1hr 15 minutes. Tapiiiii....pening!! Especially bila dia belok rasa pening. Tapi train ittew memang laju. So akak kagum... Fyi, research akak adalah train system. Howwww? Buat phd train system tapi naik train laju mabuk.

Sampai London Euston suppose boleh naik underground to St Pancrass station tapi kitorg jalan kaki sahajork. Bayangkan bawak luggage dengan Buggy Pahat jalan kaki ya ke St Pancrass. Then naik First Line Coach Train to Brighton another 1 hour. Train ni banyak stop thats why amek masa lama. Sebenarnya London to Brighton dekat sahajork.

Dari Brighton we took another train to Falmer. Ada 3 stops before sampai Falmer. Tapi amek masa dalam 10 menet je sebab stop dia semua dekat2.

Then jalan kaki to register.

Guess what?? Aku x jumpa mana Passport nak register. Diorang kena scan passport and visa to register.

Then jumpa Afiq. One of malaysian student kat sini. Untuk pengetahuan, malaysian student kat Sussex ni ado 4 orang sahajork. Sorang student undergrad, self sponsored ya. memang kaya gila budak ni.
2 org student master. And Akak ni ha.

Kalau kat Birm ko jalan2 je jumpa melayu howww???

So sbb tak boleh register afiq bawak kitorg pegi amek kunci rumah and masuk rumah dulu.
Ni view rumah kitorg. 1 bed apartment. Tingkat atas skali. Naik bukit dah penat. Tunggu kat bawah amek nafas pastu naik tingkat atas pulak.

Kalau kau xde buggy/stroller kat sini memang gila! Belum separuh perjalanan anak dah penat mintak dukung. Matilaaaa

Ni buggy Pahat. Terpaksa invest beli kat Bullring Birm Gbp72. Ni pon bila aku bawak kat Brighton xde orang bawak anak jalan2 pakai brand nih.

Mostly sama ada diorg pakai quinny atau mc laren tuh. Emak tak mampu lagi. Ni pon ok ringan and easy to maneuver.

 Nak jalan2 kat sini kau kena JALAN KAKI dan naik train atau bus.

Tapi we prefer naik train sebab cepat sampai. Kalau naik bas matilah 45 menet baru kau sampai town sebab singgah banyak tempat. Koser haku.

Tiket train adalah GBP3.30 return and Bus GBp3.50 students.

The next day meeting with my SV pulak. Nanti lah citer. Malassss pulak.

Friday, September 27, 2013

Journey to UK

Ha... maaf lah. Samapai je kat UK akak terus demam+batuk. Mungkin sebab terperanjat dengan cuaca sejuk atau berjangkit dari Mohd Rafi and Pahat. Ataupun aku exhausted dengan macam2 benda before fly ataupon terlampau lama duduk dalam kapal. Fenat!

Well, sebelum fly CD Owner banyak tolong emak uruskan Mara sampai kaki dia sakit berlari ke Mara. Bolehhh? Hari khamis tu pun dia banyak tolong aku seharian sampai lah hantar ke LCCT naik flight. Yess, emak terhutang budi dengan dia banyak sekali. Terima kasih tak terhingga kepada CD Owner!!
Akak dapat agreement petang rabu pkl 5pm. Nasib baik agreement dah mintak kat orang lain siap2 and settlekan. Tinggal bubuh tarikh sahajork. Sebab tahun ni semua online. Jadi diorang hantar agreement pun online through email. Agreement kosong. Kita kena isi semua. Tu just template. Semua orang dapat benda yang sama. Yang bezakannya adalah offcial offer letter and financial statement. Jadi, apa2 hal date yang di letakkan dalam agreement perlu sync dengan tarikh offer letter tersebut. Faham?? Jadi walaupon korang boleh mintak agreement dari orang lain, tarikh offer adelah lain dari orang lain. So kena lah tunggu diorg email kat korang agreement baru boleh settlekan semua. Jadi sebelum tu boleh la korang just suruh saksi and penjamin sign tapi tinggalkan date.

So email dapat rabu, due date hantar agreement tu adalah jumaat tu. Sabtu tu dah nk fly. So khamis tu pagi2 akak naik bas pegi KL sorang. Since document semua dah ada tinggal letak date je. Sebab duit adelah limited sbb tu akak naik bas sbb nak jimat cost. Naik bas pkl 8am dari Bandar Penawar. Sampai pukul 2.15pm. Punyalah lama bas tu. Dah la emak kena kejar masa sebab ada 3 benda kena buat:
1. Matikan stamp kat LHDN
2. Pengesahan account kat CIMB
3. Submit agreement kat mara

LHDN tutup pukul 3.30pm untuk urusan matikan. So dari TBS dengan CD Owner pegi LHDN PGRM matikan stem. Siap tepat2 3.30pm. Gerak ke lrt Cheras. Naik LRT je kata CD Owner sbb naik keter nanti x sempat sampai jalan jam. Sampai station bandaraya 4.15pm. Pegi cimb berdekatan sah kan account. Pastu lari pegi Mara submit doc. Mara dah nak tutup ya. Emak kena bebel dengan CD Owner sebab tak susun doc siap2. Merasa. Sekali je pegawai tu check agreement dia nak alamat saksi. Akak guna saksi lawyer so lawyer tu chop johor bahru, johor sahajork. Still aku rasa agreement tu valid without alamat pon sebab ada no lawyer and ic no.
Tapi diorang suruh jugak tulis alamat guna tangan. So emak call akak emak laju2 tanya alamat law firm ittew... Laju2 tulis alamat. CD Owner pun kena paksa tolong tuliskan. Harap2 diorang terima lah agreement emak tu. Kalau ada problem nangeslah duit lambat masuk.

Pastu fikir2 balik johor nak naik bas ke flight. Check air asia tiket rm99. So akak beli je tu guna credit card CD Owner. Pastu aku bayar balik terus sbb emak nan hado credit card lor. Nampak? betapa banyaknya jasa CD Owner??

Pastu pegi Lowyat naik LRT beli laptop. Then balik johor naik air asia sampai senai pukul 11pm. Mohd Rafi amek kat airport.

Jumaat esoknya ada kenduri sikit kat rumah mak mertua. Tapi walaupon kenduri tu utk akak sekeluarga, akak x boleh join sebab. Luggage tak beli lagi. Beg tak packing. Barang2 nak bawak pun belum beli! And, duit pound pun tak tukar lagi!!

So jumaat ke JPO cari luggage. Beli American Tourister sebab ringan and murah. Beli semua color oren supaya senang di identify nanti kat airport. Harga pun x mahal dari besar ke kecik harga dalam lingkungan rm300 to rm200.
Gambar luggage aku malas nak upload bolehhh???

Pastu money changer yg emak cari duit semua ada sikit2. paling banyak pon diorang ada 200pound. Terpaksalah kami tukar duit sana sikit sini sikit mana yang ada je.

Paling murah boleh dapat Gbp1 = Rm5.20

All in all aku just bawak Gbp800 je. Tu je yg mampu bawak sebab elaun mara tak masuk lagi.

Terpaksa la guna apa yang ada je.

Nanti emak sambung lagi. Bye....


Wednesday, September 25, 2013

Here in Birm.

Sorry for the lack of update. Actually 2 3 mggu busy dengan packing and pindah rumah. Lepas tu kat kampung xde line internet sangat. And busy naik turun mara mintak agreement. Akhirnya petang 19 sept tu pkl 5pm baru aku dapat agreement. Tu pon dah bersyukur sangatlah padahal duit lambat lagi nak masuk. Esoknya aku gi Kl naek bas. Berlari lari pegi matikan stem. Mintak pengsahan account kat Cimb. Lari ke mara lagik. Masa tu kaunter pun dah nak tutup. Alahamdulillah sempat sampai.

Harap2 xde problem lah dengan agreement. Kalau tak matila aku kat sini bawak duit sikit sahajork.

So after 28hours of journey. Akak sampai Birm rumah Cik Sha. Mungkin esok atau next week akak pegi brighton. Sebab university accomodation yang akak apply tu boleh masuk starting 1 oct.

Ok lah. Will update later!

Thursday, September 12, 2013

Keluh Kesah Mak Esah

Boleh gitu tajuk kau???

Yess, Sampai hari ni agreement masih tak dapat.

Lagi seminggu je nak pegi. Aku x paham lah mara punya sistem mcm mana.

Mula2 dia suruh tunggu. Katanya nak settlekan intake 16 hb dulu. Eh tetiba akak tengok intake 1 Oct pulak dapat agreement dulu.

Apa kejadahnya? Akak intake 19 x dapat2 lagi.

Aku naik mara hari2 pun x jalan. Sama je.

Ni akak dah pasrah. Duit memang confirm x sempat masuk before fly.  Akak cume harap dapat settle agreement. Pandai2 la aku mintak sedekah tepi jalan utk duit ke sana kalau duit x masuk lagi.

Serious akak x paham dengan sistem diorang tahun ni. Kata ikut intake tup tup ramai yg intake lambat lg dh dpt. Pakai cable ke apa weh?

Aku mmg la mesken xde cable. Lagi sadis budak nak pegi sebab tarikh register nak dekat diorg boleh cakap:

beli tiket flight sendiri. Guna duit sendiri dulu.

Whatt?? Sungguh sedih dengan pengurusan bumiputra mcm ni.

Akak last mggu ni di Kl. Weekend ni dah pindah johor. Minggu ni jelah pun last settle pasal mara. Next week terpaksa pass kan perjuangan akak ke Cd Owner.

Akak dah pasrah skrg. Mungkin ada hikmah ke kan???.


Tuesday, September 10, 2013

Sungguh sedih dengan nasib ku ini.

Uollsss...

Akak fly 21st sept ni.
Alhamdulillah, accomodation dah settle. Tadi malam university housing email kata ada extra 1 bed apartment kosong. So akak boleh masuk situ.

Tapi.....

Sungguh sedih. To this date, agreement pun x nampak bayang lagi.
Bila ditanya masih lagi dengan jawapan yang sama.
Akak dh byr visa+ ticket flight. Duit dh ZERO. Mana ada duit nk pegi dulu tanpa duit.

Itu pon akak dah beli tiket lewat dari tarikh register. Kalau jd mcm budak2 ni memang haru lah jawabnya. Ada yang dah pegi dulu tapi masih tak dapat agreement.

Masing2 dah berenti kerja. Sebab untuk keluarkan surat tawaran dr penaja, diorang mintak pengesahan berhenti kerja dulu ye. So memang dah berhenti kerja.

Worse come to worst akak terpaksa lah delay flight tiket seminggu. X koser haku nak pegi dulu tanpa sign agreement. Lepas sign agreement semua 9 atau 10 hari baru duit masuk.
Ada yang dah pegi dari bulan 7 aritu masih tak dapat agreement. Gila tak???
Nasib baik dia ada husband kat dh memang kat sana. Kalau aku memang terpaksalah paksa Mohd Rafi jadi gigolo...**matilaaaaa

Delay flight pun costnya adelah 75usd per person. Kalau tiket yg nk ditukar tu lebih mahal dr harga kita beli, kita kena bayar the fare difference. Merasalah kauuuu!!

Nk pitammm pon ada. Minggu ni dah hari2 aku panjat bangunan tu. Last resot sbb mggu ni last akak kat KL. Next week pindah for good to Johor.

Okla...Berikut adelah resepi Choc chip ilotzzzz:
Warning, kalau rasa2 nk buat sila atau share sila jangan feeling2 resepi sendiri ya. Ini resepi satu2nya di dunia...Matilaaaa...

Ini adalah untuk 8 balang!! kalau kau rasa banyak sgt, adun je siap2 pastu masuk dalam fridge. Bila kau rajin, kau keluarkan dan buat mcm biasa.
Nanti baru kau tau betapa susahnya nk dptkan 8 balang. Sekian...

600g butter
500g brown sugar
2 tbsp caramel

Kacau sebati. KACAU je, xde org suruh pukul sampai kembang.

Masukkan 4 biji kuning telur. Masuk sekaligus. Tak payah feeling2 masuk satu demi satu.
Kacau sebati

Masukkan tepung gandum sekilo. Tepung jagung 1/3 cawan. 3 tsp soda bicarbonat.

Gaul sebati. lepas tu suka hati kau lah nk campak apa dalam tu.

Bakar 180c, 20 menet. Ikut oven masing2. kalau hangus rasainnnn uollsss

Ok. lah....akak sedih. Byeee!

Sunday, September 8, 2013

The hardship journey.

well, first of all thanks to everyone who sending your dua. Visa LULUS.

Dah beli flight ticket on 21st sept. Lambat 2 hari dari tarikh register iaitu 19 sept.

TAPI............

Agreement Mara x dpt lagi ya... ramai budak2 mengamuk ticket flight esok, harini masih tak dapat agreement apa tah lagi duet.

Bila tanya Mara diorang kata;

Ticket flight beli sendiri dulu nanti claim. Kat sana pakai duit sendiri dulu nanti agreement kat Malaysia suruh parents uruskan.

What the hell?? Sedap2 je suruh pakai duit sendiri. Nak beli ticket and bayar visa pon dah mcm hapa ntah. Ni suruh beli n guna duit sendiri pulak? jadi ramai la budak2 yg mengamuk sebab pengurusan Mara yang tak senonoh tahun ni. Tahun lepas elok je uollss sebulan sebelum dah dapat agreement. Seminggu sebelum fly dah dapat duit.

Kalau dah accomodation sebulan 650 kau mampooo guna duit sendiri dulu??

Thank god, bff akak ado kat Birm and kebetulan dia sewa 1 rumah tu sorang. Jadi akak menumpang rumah dia secara free. Cuma kau agak2 la jugak kan tumpang rumah orang takkan nak tumpang 2 3 bulan. Lgpon Birm agak jaoh dr Brighton. Buat masa terdekat boleh la tumpang dulu.

And sebab akak takde credit card, akak juga terpaksa pinjam cc kwn akak utk bayar visa and ticket. Tapi kaedahnya aku terus bayar kat dia. xde konsep hutang2.

Kawan akak yg ado credit crd dok swipe je la kerjanya. Ni pon agreement dia x dpt lagi and 10hb dah fly. Katanya terpaksa dia guna credit card dulu.

Terus terang, cost visa+ticket utk akak pahat and Mohd Rafi adelah RM12k. Kesimpulannya aku dah jatuh miskin dan saving aku semua dah habes.

Jadi sebagai reader yang baik hati, mari doakan agreement akak dapat dalam minggu ni. Nanti akak bagi resepi cookies kat uollss...

Thanks uollsss!!!"

Thursday, August 22, 2013

Open House tak habes2.

Last week sabtu jadual penuh ya beraya. Akak sempat beraya rumah Fiza sebab omak dia masak sedap nyah!

Pastu beraya rumah Cik Sha sbb mak dia masak rendang Maman. Takde kat tempat lain ya
 Kau gugle la rendang Maman. Akak sejak si Pahat dah besar ni dia menguasai henpon akak ya.

Ahad tu Mahzuan kata nk dtg. Alang2 akak ajak fiza. Pastu cakap dengan Mohd Rafi pegi la jemput kawan2 dia 5 6 org. Warning! Jangan nak jemput hover2 sangat. 5 6 org sahajork.

Ha. Akak masak nasik. sayur tu. Rendang ayam and sambal udang.
Udang tu uollss Laki akak volunteer siang. tup tup akak rengok dengan kepala2 dengan badan2 sekali hilang. Tinggal isi je. sabo je lah.

Alhamdulillah makanan habes.

Orang opis akak tanya tak mau ajak diorang ke dtg makan2 kat rumah?

Akak segan lah uolllss rumah diorg semua besar2. Pastu perabot penuh. Ada kabinet bagai. Rumah akak ni daif. Orang datang tengok pon kesian hahaaha. So akak panggil orang2 yang akak rasa sekufu sahajork. Cawan dengan pinggan pon pakai plastik punya xde la aku nak panggil lecturer2 dtg makan kan.. buat malu ja.

ok uollss..tu ja. bye!

Friday, August 16, 2013

Raya 2013

Ketahuilah korang semua.. Kueh kat rumah akak adelah TIADA. Yang ada kerepek baby sitter Pahat bagi. Keji takkk?

Tahun ni raya paling kelam kabut dan kerisauan sebab ATAS cert and CAS number utk buat visa akak x dapat lagi.

Mula2 plan nk settle visa before raya. Tapiiii....x dapat lagi ATAS cert tu dengan CAS no tu tak boleh proceed buat visa.

So, tahun ni raya kat rumah emak Mohd Rafi lagik. Durian tengah gugur. Kerja melantak durian je lah.

Setiap hari gugur sebakul. Sampai dah tak larat bagi2 kat jiran2 pulak.
Tapi maaf la nak bawak balik KL. Laki emak alergy dengan bau durian. Kang ada yang muntah terbelahak dalam keter.

Sehari sebelum raya mcm biasa emak amek tugas anyam ketupat sebab kat dalam rumah tu cuma Mak mertua dan akak sahajork yang pandai menganyam ketupat.
Pastu Mak mertua akak dah siap masak rendang dengan ayam masak kicap, pitam sekejap. Sebab kaki dia tu memang sakit, dia tak boleh buat kerja sangat. Tapi dia jenis tak suka orang lain masak sebab nanti rasa x sama. Jadi sebab dia dah pitam mcm tu, dia sub la kat akak masak lodeh dengan sup tulang sebab laki aku gedik nk makan sup tulang.

Gambar nan hado sebab henpon aku dah jadi milik Pahat.

Raya pertama hujan lebat!. Takdela pegi beraya mana sangat. Cuma siapkan air dengan kueh orang nak datang Marhaban.

Ni je gambar Raya pertama yang ada. Baju aku beli kat First Lady. Sebab murah dan tak payah iron. Tudung pon tak iron. Pemalas tak??

Actually sehari before raya tu kitorg ada pegi Tesco. Baju orkid Jovian Mandagir tu ada diskaun half price. Akak feeling2 nak beli. Dah test ye 4 helai baju. Tapi kualiti kain aku tak suka. Cutting pon gelebeh sikit compare dengan baju Rizalman yang aku beli kat tesco tahun lepas.
So kesimpulannya aku tak beli sebab rasa tak berbaloi walaupon dah diskaun.

2nd day raya. Ni memang acara wajib tiap2 tahun balik kampung mak aku. Walaupon yang menetap kat situ sekarang akak mak aku. Nanti kitorang ada kenduri dan makan2 juga pemberian bonus kepada adik beradik emak aku hasil kebun getah. Untung kann?

Pastu acara bagi duit raya kat budak yang hadir.

Baju raya 2nd day adelah baju Mydin harga RM19.. Sebab murah tak chantek pon akak pasrah sahajork.

Muka masing2 belengas sebab nak tggu org balik solat jumaat.

Lepas solat baru kenduri dan acara makan2 start. Mana tak kebulur?? Padahal aku dah melantak mee hun goreng. Duduk situ buat mcm rumah sendiri.
Lepas tu sebab mak aku malas buat Peyek. JAdi emak rembat kat rumah makcik akak tu. Beramai2 rembat berserta pakcik makcik aku sekali. Bolehhhhh??

Makcik iols tu memang pasrah tiap2 tahun Peyek dia jadi rebutan. Yess,,,Peyek dia paling sedap ye..

Pastu balik kota tinggi balik dah petang. Sampai rumah malam.

Esoknya raya lagi pakai baju kurung adik aku Tipah yang berlambak kat rumah Emak aku. Malam tu raya pon aku rembat baju dia jugak. Sapa suh tinggalkan baju2 kat rumah mak aku.

Malam tu adik aku gemok sibuk nak durian crepe lalu akak mithali pon buatkan memandangkan Durian FREE.

Gambar nan hado. Macam biasa henpon note akak jadi hak milik Pahat.

Tu je citer. Selamat Hari raya semua. Maaf Zahir dan Batin.




Tuesday, August 13, 2013

Rajin ke Kepoh??

Salam uollss... Sorry la kan akak busy lah raya. Dah tu line kat kampung 3g mcm biskut chipsmore.
Update raya nnt lah. Gambar raya nan hado banyak pon..

Ni nak citer pasal Pahat yang terlampau rajin mengepoh ni. Pantang orang buat kerja apa2 ada je dia menyibuk sekali.
 Kalau ko basuh pinggan ke nk masak ke dia menyibuk kat tepi tu. Nanti org tak nampak dia sibuk menumbuk lesung. Pitammm emak!

Ni atok (ayah Mohd Rafi) dok basuh rendang dia pon menyibuk sekali tolong basuh.

Ni menyibuk dengan Pak Teh(adik Mohd rafi) nk gergaji kaki meja. Pitammmm!

tu belom aku buat kueh lagi. Siang sayur bagai. Sakit hati kita dia menyibuk. Pastu keluarla suara2 petir sebab kerajinan dia tu menyebabkan kerja orang lagi bertambah.

Ok lah, nnt akak update lagik. Doakan visa akak lulus ye!

Friday, August 2, 2013

Yang tak Siap lagi.

Aiyooo uollss... akak nk raya mcm tak raya. Malas blehh?

lagipon mcm membazer je aku beli baju raya kang bukannya boleh pakai lagi lepas tu. Yela kalau jd pegi kang takkan nk pakai baju kurung lak pegi opis kat sana. Kat Malaysia lain citer.

Oh. jangankan persiapan raya visa pon aku x buat lagi sebab Uni akak lembab nak bagai CAS number and bagi feedback setelah aku email 10 kali.

Sebab visa tak settle. Jadi jgn tanya aku dh packing ke dh beli tiket flight ke. Belum ya.

Semua document utk settle visa TB test tranlste sijil nikah dah buat. Cas number yg melembabkan process.

Aku pon tengah fikir2 ni perlu ke aku belikkn baju melayu Pahat? pakai sekali je. Macam membazir jah. Emak kedekut sekarang ni.

Tapi gaji emak sikit pon aku rasa cukup je tiap2 bulan duit haku. Takde pulak sampai kena pinjam orang. And xde pulak aku kena makan meggi. Siap boleh bayar loan, kereta, byr jaga Pahat, bil2 segala.

Tapi xdelah pulak aku makan kat tempat2 mahal hari2. Xde la pulak aku shopping online bagai nk gila. Xde beli henbeg baru. Kasut pon ikut keperluan.

Sebab tu aku tak paham orang yg gaji lebih banyak dari aku sibuk kata x cukup duit tiap2 bulan padahal xde kena byr sewa rumah pon. xde kereta jugak. Anak pon xde. Confuse mak kejap.

Just nak share. Agak2 kalau ada duit lebih2 bayar hutang kalau x banyak sedekakan la. Ala kalau ada rm1 pon x apa. Tapi kalau nk transfer kat bank xkan rm1 kan? Paling2 rm10. Ala uollsss sedekah rm10 tu nnt dpt balik berganda2 dlm bentuk rezeki. Mungkinlepas2 tu walaupon ada rm100 pon balance gaji insyaAllah cukup sampai hujung bulan. Ala rezeki bukan dalam bentuk duit je ustaz kata. Kalau duit sikit tapi sampai ujung bulan cukup dan rasa happy itupon rezeki.

Dan lagi 1 sapa2 yg rasa duit x cukup je dan ada credit card ko pegila terminate credit card kau tu. credit card bagi yg x pandai manage adelah menyusahkan. Akak selepas terminate credit card hidup lebih bahagia. Konsepnya ada cash beli. xde cash tak payah nk swipe2.
Kalau hutang credit cd byk sgt akak nasehatkan korg pegi amek personal loan bayar cresit card balance hutang tu lump sum. Tapi awas ye... jangan ko buat personal loan 10 tahun tu kang interest dah sama mcm credit card. Buat 3 tahun je cukup. Tak membebankan.

Thursday, August 1, 2013

Bila terlampau rajin.

Ha...kan uollss akak lepas buka td ngantuk sgt lepas maghrib pkl 8 lebih dah ajak Pahat tido. Pahat konsepnya emak tido dia tido. Kalau emak tido pkl 1 pagi pon dia tido pkl 1 pagi ya. Manala aku tak kuat membuta kalau dah nak tidokan anak emak membuta sekali.

Berbalik dari citer diatas. Akak dah tido. Pkl 10 bangun teringat kueh orang td pg order extra nk esok jd akak pon bangunlah buat choc chip.

Pahat sekarang ya ampunnnn... Boleh tahan hyper. Aku gi buat tb test for visa purpose Doc kat Gleaneglas tu tanya:

Dia memang hyperactive ke?

Dah la haku hangin. Pahat dah menjerit2 kat ruang menunggu tu. Aku ni tggu radiologist tukar shift bapak lama. stress terus emak. Pulak tu dia suh aku tkr baju xray tu dulu. Tunggu bapak lama. Akak dah risau Pahat menjerit2 kat luar dgn apak dia.

Aritu aku bawak gi majlis berbuka puasa opis pon dia paling ligat skali. Siap join budak2 besar tu main baling2 selipar.

Pastu perangai dia kepoh nak mampos. kalau ko duk kat sinki dapur cepat2 dia dtg diri kat sebelah. Bukan buat apa dok menyibuk je. Kalau nk masak sibuk amek lesung nak menumbuk. Kalau aku susun kueh dia pon sibuk nak susun kueh jugak. Kalau tat memang aku x bagi dia pegang takut hancur. kang aku sibuk bancuh kueh dia pon menyibuk nk uli2 jugak.

Ada harapan anak aku jadi chef dah besar.

Nampak tak menyibuk orang nk kacau adunan kueh.

Baju raya Pahat x beli lagi. Tak sempat.  Baju raya apak pakai tahun lepas2 punya. Membazir je buat tiap2 tahun bukan dia pakai. Gi semayang jumaat pon pakai kain dengan Tshirt je.
Pastu tetiba malas nk sambung. Selalu kan mcm ni?

Wednesday, July 31, 2013

Fuh. Lega!

Ok..cookies org semua dah siap. Kecuali ada 2 balang yang nak amek ujung minggu ni dan juga order dr adik beradik aku. Plus order last minute + extra2 (kes cookies amek awal pastu dah habes).

Sepanjang 2 minggu aku x masak langsung. Semnggu mak aku datang aku makan la mak aku masak. Sebab mak aku x nk beli. Boring dia kata.

Lepas tu akak tak puasa, period kaedahnya. So makan je apa2 benda merapu. Pastu masak pon nasik je. Sebab tak sempat ye. Aku bangun pagi2 ngadap kueh sampai pkl 1 pagi. Gituuuuu. Gigih.

Segala keuntungan kueh disalurkan ke tabung visa anak beranak akak ye...Lepas ni tiket flight nk beli kena la gadai buah pinggang...Matilaaaa

Akak dh start puasa balik. Terus boring makan kat luar. Arini aku cirit birit lagik ntah hapa aku makan.

Petang ni boleh masak pucuk ubi. Aku amek kat kampung aritu.
Raya ni mak mertua aku kata durian gugur. Yeayyy!!

Baju raya?? aku sempat beli kat mydin jah. RM19... ye RM19..akak x tipu harga dia begitu..Kau mampooo beli baju murahan mcm tu?

Saturday, July 27, 2013

Cookies Pick Up

Baru ada masa nk tgk internet.

cookies almost siap. so sapa2 yg dah order and nak pick up sila msg or whatsapp akak.

Thanks!

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan ke 8.

Activity akak sekarang balik kerja mengadap kueh. Masak buka sambung lagi buat kueh. Lepas buka kang sambung lagi. Bangun sahur kang sambung lagik..

Alhamdulillah...rezeki dari Allah...**ustaz tadi pagi dengar ceramah suruh cakap mcm ni.

Tadi pagi tetiba budak ni bangun sahur sambil tengok TV mcm Boss siap silang kaki.





Perkara pertama dia capai bangun2 tido adelah segenggam Chocolate Chip.

Dah habes makan tu dia minum air. Pastu dia makan pulak adunan choc chip tu.
Aritu dia makan adunan almond london.
Ade yg sakit perut tu kang..

Yela uollss dalam adunan kan mentah kaedahnya... Suka2 dia je makan.

Ni sahur tadi pagi. Masak nasi goreng. Pastu panaskan ayam kunyit dengan rendang lebihan semalam.

Ko hengat rajin sangat nak masak rendang pagi2 buta?




Malam ni emak akak datang bersama adik akak yg gemok. Yeay!!


Akak belikan diorg tiket flight je terus dari johor. Sebab tiket bas pon dah naik RM40 kaedahnya. Tiket flight rm49. So akak belikan ticket flight je terus. Entahla mak akak tu boleh ke tak naik flight. Ni 1st time katanya..

Tuesday, July 16, 2013

Puasa 6 : cirit birit

Uollss...hari Ahad kan akak masak kari kepala ikan merah. Menu kepala ikan merah ni hanya setahun sekali je dinikmati ya sebab mahal kaedahnya. Tapi sekarang pon ayam dah RM9.80 sekilo. Kau tak pitammm??

BTW kepala ikan merah besar tapak tangan laki akak (sebab tapak tangan akak kecik pulakk...tetiba mengaku kecik), juga ekor ikan merah semua sekali rm17.

Masak kari campak segala jenis sayur dalam tu.

Nampak? sampai ikan pon dah tak nampak. Semata2 sayur je dalam tu kaedahnya.
Ni gara2 pemalas nak masak sayur lagi, jadi kita campak je semua dalam tu.

Pastu tumbuk sambal belacan. Settle.

Pukul 6 dah siap masak. Mohd Rafi ajak akak pegi Baazar cari kueh. Ok lah akak ikut sahajork.

Kat Baazar jumpa pulak dengan Akak Babysitter Pahat dan juga anak2 dia. Jadi Pahat pon kena gomol dengan anak2 dia mcm tak jumpa setahun gituuu. Si Pahat pon suka la ada orang main2 dengan dia.

Beli murtabak je kaedahnya. Mohd Rafi beli air coconut shake. Pastu Pahat nampak ayam percik meroyan nak. Jadi emak belikan la RM3. > ok la, harga mampu milik lagi.

Tapi sebab dah kenyang makan nasik akak makan ayam tu dengan Pahat malamnya, Mohd Rafi x makan.

Hasilnya, emak cirit birit dengan Pahat semalam. Nasib baik la Pahat makan sikit je, dia cirit birit x la teruk macam emak.

Rasainnnnnn!!

Ok lah, akak cuak pasal nak apply visa. Yela akak takut la akak tinggalkan UK dulu ada record apa2 ke kaedahnya kannn.. Mana la tau... Hopefully lepas lah visa emak n family...Doakan kitorg ye!

Pasal issue BIN and BINTI tu akak check dengan Cik Sha, dia siap send gambar passport dia ada BIN/BINTI and visa n ATAS xde, Akak jugak check dengan agent dia kata selama ni dia uruskan visa student dah 2 3 tahun lepas je visa x letak binti pon. And regarding sekarang visa dah di hantar ke Philipine untuk diproses takut diorang tak paham BIN/BINTI, agent tu kata memang dah berapa tahun pon dihantar kesana, xde masalah pon student2 dia buat visa takde BIN/BINTI.

Sekian clarification...

Monday, July 15, 2013

Balasan Durhaka...

Kannnn Tajukk??

Citernya uollss, sambal tempe ikan bilis akak tu dah habes dikejekan anak dgn laki akak.

Pastu ikan bilis kecik2 yg akak guna tu dah habes. So akak plan nak gi Pasar Serdang la.

Pastu balik rumah akak tengok Mohd Rafi ado. Tengah terjelepuk sebab dia demam dan sakit kepala.

Dia memang gitu, kalau selsema terus tak boleh bangun.

Pahat pulak tido.

So akak cakap dengan laki akak nak gi Pasar Serdang. Mohd Rafi kata pegi dekat2 rumah je.

Akak degil kaedahnya akak gi Pasar Serdang. Beli tempe daun, borak2 dengan pakcik tu. **matila regular customer.

Beli ikan bilis. Daging. Lauk bagai.

Pastu balik.

Sekali aku nak masuk simpang. Boooommm! Keter belakang langgar keter aku.

Dah la langgar. Pastu dia lari uollsss...

Hanj sangat perangai!!

So akak pon feeling2 nak report polis tapi akak x ingat flat no keter dia sebab dia dah lari dulu.. Matila kannn??

So, akak balik dengan harapan tak kena marah sebab laki akak kan garang uolllss.

Pastu akak bgtau dia accident, dia tengok keter pastu terus sound, 'Tu la deraka lagi dengan suami'

Esoknya dia repair sendiri bumper belakang yang senget kena langgar tu. Akak ingat kena beratus, rupanya RM70 sahajork sebab dia repair sendiri.

Jimat NCB insurance akak dan duit akak. Tak perlu nk claim2 insurance bagai.

Ha tu dia pengajaran.

Friday, July 12, 2013

Sahur...

Ha kannnn??? bulan2 puasa ni idea nak karang blog apa lagi??? Makanan la jawabnya..

Pastu student pon tengah cuti. Xde kerja sangat tengok2 la resepi kat internet tu ha.. Kang mula la plan macam2 nak masak. Ujung2 balik rumah masak benda lain. Howww??

Puasa 1st day sebab Pahat buat hal emak beli ja kat bazaar. Tu pon beli mee goreng rm1.50 je. Kueh Lopes dengan air kelapa. Dah.

Sahur aku masak lah ikan bilis kicap. Dengan kuarkan rendang yg ada dalam simpanan. Emak kan ratu frozen...haruslah lauk2 tak habes tu masuk frozen. Kuarkan disaat2 memerlukan.

 Nasik masak 1 pot sahajork. Tak yah membazer sangat.

Day 2 puasa akak masak asam pedas ikan terubuk+ikan kerisi. Masak 2 jenis ikan sebab Mohd Rafi tak makan ikan terubuk. Pastu bayam goreng dan sambal kering ikan bilis tempe.

 Lauk ni bawak ke sahur ye... tak kuasa akak nak masak lauk lain sedangkan lauk buka tak habes. Konsep taknak membazer.

Pastu, akak masak banyak2 sambal goreng ikan bilis tempe ni tukang kerjakan ialah Pahat dan juga Mohd Rafi. Ujung2 tinggal sikit je. Akak baru feeling2 buat banyak2 sebab nak simpan kan sahur2 boleh makan.

Penat uollss siang ikan bilis kecik2 tu.. Kalau pakai ikan bilis besar tak sedap pulak. Petang ni kang kena beli lain..

Byee....!


Thursday, July 11, 2013

Anak hilang.

Semalam akak tulis akak malas gi Pasar sebab Pahat tak reti diri sebelah aku. Dia suka jalan2 ikut suka dia je.

Yesss...semalam sebab lauk dah xde kat rumah. And Mohd Rafi selalu balik lambat. Terpaksa lah aku bawak jugak Pahat pegi kedai beli lauk.

Kedai tu dah la ramai orang. Pastu Pahat kejap2 kejar kucing. Kejap2 amik jajan. Aku terpaksa heret dia tiap kali nak masukkan sayur dalam plastic.

So sekali tu akak nak amek ikan masuk dalam plastic. Dia tengah ralit main kucing so aku biarkan sebab kucing tu kan sebelah je.

Aku baru amek sekor tengok2 dia dah HILANG!!

Aku cari 1 kedai xde.

OK. Emak dah panic!

Aku round lagi kedai tu 2 kali takde.

Mau tak pitammm? Aku panggil nama dia pon x menyahut.

Tanya orang2 dalam kedai tu tak nampak.

Pastu tanya adik depan kedai burger tu. Dia kata tadi ada duduk situ.

Pastu aku pegi kedai mamak runcit selang 4 buah kedai. Tanya pekerja dia nampak  ke tak.

Dia kata, ada kat dalam.

Aku masuk2 tengok2 dia tengah tengok magazine dalam kedai tu.

Terus aku amek dia bawak masuk kereta dan kunci.

Pastu emak terus beli lauk. Nasib baik puasa ye, kalau tak memang dah lama kena babap,
Pastu dia melalak dalam kereta. Nasib lah kan, asalkan tak hilang. Aku terus bayarlah apa yang aku amek.

Balik rumah mood nak masak dah hilang. Tetiba pulak Mohd Rafi balik awal. So pegi beli mee rm1.50 dua kat pasar pastu sudahh. Sahur baru aku masak.

Aku rasa nak beli je tali mcm yang omputeh selalu ikat kat anak dia tu.

Lesson learn lepas ni pegi kedai memang jangan harap aku nak bawak Pahat. Biar dia duduk rumah je.

Pegi tesco ke Aeon ke takpe boleh masukkan dia dalam troli...

oh. baju raya x beli lagik.

Wednesday, July 10, 2013

Puasa Day 1.

Hai uollsss.. Selamat Berpuasa dan maafkan salah silap akak sempena Ramadhan ni ya.

Pastu dah fikir ke nak buka apa? Matila kannnn baru pukul 11 dah tulis menu. Pitammmm!

Emak ingat emak nak masak ikan goreng dengan sayur bayam je.

Masak simple2 jek sebabnya lepas tu emak nk kopek nenas dan masak jem nenas.

Semalam x dapat pegi tarawikh kat surau dekat dengan rumah sebab sapa nk jaga Pahat? Aku nak bawak Mohd Rafi kata Tak Payah. Kang dia keliling surau tu sia2 aku kena maki dengan orang nak solat tarawikh x khusyuk.

Takpe...next week Temok datang aku suh dia jaga Pahat. Aku dengan emak aku boleh gi tarawikh.

Tadi pagi akak pemalas masak ramyun korea sahajork... Atau dalam bahasa malaysianya Meggi korea.

Sebabnya lauk belom beli. Laki aku balik lambat dekat pukul 11 baru balik. Pastu memang tidak la akak nak pegi kedai bawak dia.

Aritu akak pegi kedai bawak dia beli ikan. Tengah2 nak masukkan ikan dalam Plastic akak tengok si Pahat tu takde. Cari2 rupanya dia pegi kedai mamak sebelah.

Lepas tu tobat lah aku nak bawak dia kalau sorang2 jah.

Nampak? siap tumis bawang lada. Pastu masukkan meatball lagik.

Ujung2 aku makan 1 senduk. Mohd Rafi makan 1 senduk. Pastu sudahh. Tak habes. Memang gitu ye tiap2 tahun.. tak payah la ko nak masak sahur beriya sangat. Ujung2 tak habes.

Eh...rasa nak tukar menu buka lah. Nak masak soto letak meatball ala2 bakso... Pitammm sgt baru pkl 11 dah tukar2 menu..

Byeeee!!

Monday, July 8, 2013

Alhamdulillah...everything for a good cause.

Helloo uollss..

Tadi akak pegi Rumah Anak Yatim Darul Izzah kat Bangi untuk menderma cookies2 yang akak dah buat tu.

Mula2 call dia tanya boleh ke tak. Dia kata boleh. Ok kitorg proceed pegi sana.

Pastu ingatkan nak melawat adik2 kat situ tapi diorang ada yang pegi sekolah. And ada yang baru nak pegi sekolah.

Tambahan pulak asrama tu hanyak menempatkan Lelaki sahaja. Kanak2 perempuan di cawangan Temerloh.

So kitorg borak2 dengan penjaga dia je lah.

Yang pakai baju oren tu penjaga dia.

Alhamdulillah, at least cookies2 tu dont go wasted. Whattt?? Kenapa aku nampak mcm pregnant dlm gambar ni??

Fineee...esok gi jogging! Eh, tapi dah nak puasa. So howww??

Note : Cookies order still open. Msg/whatsapp 0182807586

Bye...Thanksss!!

Trust issue and Mari menderma

Salam uolllss..

I think i might have problem with trusting people.
Dia i mention ada customer order in large amount kan?
So akak dok buat2 kueh...Last2 Mohd Rafi tanya,

Sapa order ni?
-Ada customer order banyak

U kenal ke?
-Tak kenal

Pernah jumpa ke?
-Tak pernah jumpa

Tau ke dia duduk mana?
-Tak tau

U x pernah jumpa dia I takut kena tipu je...

Whatttt?? terus akak terfikir...Betulla jugak kan??

So end up I ask the customer the same thing. And the thing is every one is sensitive for certain part.

So, the customer end up cancelling the order.

No, it is my fault. So if you reading this, I apologize from the bottom of my heart.

Dont worry, cookies2 yang akak dah buat tu tidak lah menjadi sia2. Sebab akak dermakan kerumah anak2 yatim. Memang niat macam tu dari awal. Alhamdulillahh... its for a good cause.

Actually, may be ada silver lining on every cloud. Agaknya nak suruh akak pegi tarawikh bulan puasa ni dari sibuk menggentel kueh.. Kannnn??? Kalau tak mau manjang busy jah x pegi tarawikh... Ok la tu kan ada jugak faedah.

So good news is, COOKIES RAYA OPEN AGAIN!!


Harga mcm biasa semua RM25 perbalang
Kalau nak choc chip version kecik 240g RM15.

Thankssss!!!

Friday, July 5, 2013

Kuceng belaan dan anak emak.

Hellooo uollss akak ni bukannya suka kucen sangat.. Tapi akak kesian pulak tengok kuceng beranak 2 terbiar kat opis nih.

So akak beli lah makanan kucing (Adult) yang 2kg terus tu. Tapi kan baru2 ni kuceng tu beranak.. So anak2 kucing tu pon makan. Howw?? Boleh ke aaa? Sebab tu Adult punya..

Nanti kalau akak xde sapa nk bagi kuceng tu makan meh? Merasa lah akak tinggalkan makanan dia siap2 kat opismate akak.

Akak bukan apa, akak teringat pulak Pahat suka kuceng tu yg bagi makan. Pastu kesian pulak kuceng2 tu sbb selalu sangat tengok National Geographic tu kaedahnya..

..................................................

Kan hari2 rumah akak berbau choc chip. Tukang habeskan chocolate tu siapa??

Pahatttttt...

Aku baru buat separuh tray dia makan dah 3 genggam. Pitammm sangat!

Aritu kena babab dengan emak sebab berak sepah2... Sebabnya dia ralit sangat main henpon emak tengok kartun.

Pastu dengan babysitter manja kemainnn nak kena sayang2 peluk2 kalau x merajuk.. Ngengada sangatttt...

Sebab babysitter tu dah jaga baby baru. Tu yg dia feeling2 merajuk..

Ni nak tido...Adik aku Temok kata Pahat gedik, amek gambar senyum2... dengki sangat.

Gambar kat hotel Cititel Penang sebelum pegi wedding Aisar. Ni kalau emak rajin emak blog.

With final year student masa FYP presentation. Now dah graduate budak2 nih.

Matilakannnn kejap lagi cik Sha maki mak gambar2 recycle dr FB...Ala...emak sedang2 malas nak transfer2 gambar...

Ok. Byeeeee

Wednesday, July 3, 2013

Busyhhhhhh

Yela uollss dah nak menjelang ramadhan ni sampai la ke hari raya emak busy.

Sekarang tengah busy siapkan 300 balang choc chip cookies utk sourvenier majlis berbuka puasa company orang.

Nanti kalau akak ada mood akak update la pasal jalan2 ke Penang.

Pastu akak confuse, ATAS and visa perlu ka letak BINTI kat application?
As far as I'm concern tak perlu. Tapi ada yg kata kena letak. Akak dah confuse sebab nyah BIN and BINTI tu bukan 1st and surnama kaedahnya..
Kang mak salah isik borang merasa kau burn RM4653... ha merasa lah kau kayakan UKBA ittewww.

Ok. Bye!!!!!!!!!

Monday, June 24, 2013

Alhamdulillahh...

Many good news happened last week.

1. Alhamdulillah..Mara approve my appeal to go to Sussex. So my problem consider settle lah. I'm happy. So did my SV. Dengan segera dia reply email aku walaupon ketika ittew UK pukul 6 pagi...Gitteewww kan... So hopefully next visa aku lepas lah... paling nervous adelah buat visa hokeh!
Sebab financial affidavit kena cukup.
Document kena lengkap.
TB test(medical) kena buat utk akak dan juga anak beranak yang nak pegi tu la.

2. Order kueh raya secara pukal.
Alhamdulillah.. Weekend lepas akak baru bukak order 4 hari ada reader order secara pukal. Akak teros tutup order orang lain. Sebab tak berani nak amek order lain kang tak siap mampos aku kena maki. Alhamdullillah...hasil order2 kueh korang adelah untuk tujuan membayar visa fee+TB test dan juga untuk membeli ticket flight anak beranak.. Hahaha...
Yela uollss nk harap guna duet gaji kumpul tiap2 bulan memang tak dapatla... gaji aku cukup2 bayar hutang sahajork...
So, semua sekali akak perlukan lebih kurang 10k ya... pitammmmm!!

3. Period aku dah keluar selepas 10 hari makan ravimed. Which is unusual. Tapi as long as dia keluar I'm happy. Sepanjang period tak keluar akak gain weight banyak jugak ya sebab hormone ke apa ntah. Padahal aku makan sikit je. Sampai ada student ingat aku pregnant. Keji sangat kannn??

So, semua sekali syukur alhamdulillah...

Maaf ye, sapa2 nak order kueh raya, sama ada selit2 ke...nak 1 balang je ke...mengidam ke...akak memang tak boleh tunaikan sebab yg ada ni pon mau aku tak tido 1 malam buat hari2... Maaf sangat2...

So, sempena jerebu ni kita duk dalam bilik/rumah sahajork ya..stay indoor. Tak yah feeling2 pegi picnic bagai... Dan keluar rumah sila pakai mask samaada kau chantek atau tak..

Byeeeee. Doakan visa akak lepassss!!

PROMOSI KUEH RAYA!! SEMUA SEDAP2 AKAK TAK TIPUUUU (ORDER CLOSED!!)

 **EDIT : SEMUA ORDER UNTUK RAYA TELAH DITUTUP. MAAF DAH LEBIH QUOTA. THANKS PADA YANG MENGORDER. BILA DAH SIAP AKAK BGTAU.. THANKSSS!!!



Ok uollss semua... menjelang nak puasa ni akak bukak lah order kueh raya.

Akak tak tipu kueh raya akak buat sedap2...**matila angkat bakul. Semua guna butter. Tak percaya tanya orang2 yang pernah beli kueh raya dengan akak.

Mula2...

Choc Chip. Makan sekali pasti nak lagi!... **ini betul akak tak tipu!. Cookies ni sebelum akak bukak order pon orang dah dok message tanya ada buat lagi tak tahun ni..
With almond nibs and choc chip.
Tahun ni akak baik hati naikkan 10 gram.
So, RM 25 per 410g (biasanya 1 balang ada +- 100pcs)



Crunchy Almond London with whole almond inside. Best Seller every year!!.
Almond sebijik je bukan separuh. Akak pon tak kuasa nak kerat2 almond tu.
Coated with beryls chocolate!!
Harga RM25 per 50pcs

Tart Gulung. Pon Best Seller!!
Home made jem nenas. Yang ni limited sikit. Sebab akak tak boleh nak kopek nenas banyak2 sangat ujung2 tangan aku luka uolls.. Pastu process nak tunggu inti nenas tu kering adelah lama..
Tart dia gebu dan jem rasa sungguh nenas tanpa campuran bahan2 pemekat.
Harga RM25 per 50pcs (limited to 100 balang only! Sapa cepat dia dapat)


Cheese Button.
Sapa suka cheese suka biskut ni. Rapuh dan sedap!
Sapa nak order biskut ni akak kena bagi dekat2 nak raya sebab takut berkulat cepat. So akak kena siapkan biskut ni last..
Harga RM25 per 50pcs

Harga semua sama mcm tahun lepas. Cara order:

Email : ilotshikamaru@gmail.com
Whatsapp/message : 018 2807586

Special price untuk customer2 tahun lepas!! RM23 per balang!! Cepat2 order!!

Tarikh tutup akan diumumkan apabila dah sampai quota. Thankssss!!

Sapa nak rasa sample boleh amek kat opis akak atau kat rumah..

iklan