Sunday, November 29, 2015

Busier is good??

Last week, memang minggu paling busy. Aku nak lunch pun x sempat. Padahal nak makan bekal bawak dari rumah je. Takde konsep lunch kau nak keluar pegi makan. Makan depan opis jah. Makan dalam opis kang omputeh jeling2 hakak.

Aritu akak bawak nasik lemak makan depan opis sekali bukak bau 1 floor. Terosss akak tutup balik. Esoknya bawak sandwich jah.

Last week sv akak kejar hari2 ya. Dia panggil meeting pagi, lepas tu dia suh buat kerja, afternoon dia kata dia nak tengok. Kau x kelam kabut???

Lepas tu balik rumah pukul 6 atau 7 camtu, masok la email dr sv bertimpa timpa. Balik rumah Farha pun dah tido. Kesian pulak dia, emak xde masa sgt dgn dia. Biasanya pagi akak hantar Pahat pegi sekolah. Lepas tu masak laju2 utk farha n Mohd Rafi.

Lepas tu pi opis. Sambil berdoa janganla terserempak dengan sv. Kalau terserempak, 'Fazilah, can we meet another...10 minutes?'

Heh. lalu kau masok opis, laju2 bukak laptop dan update cepat2 kerja semalam.

Tapi...walaupon akak stress, tapi akak happy. Sebab akak nampak progress kerja akak. Seriously I couldn't get any better sv than my sv now. Akak sgt2 terhutang budi la kat sv sekarang ni. Kalau akak dah grad nanti, I'm gonna miss him. Haaaaa.....

Wah fefeling grad kannnn??

Kami tgh tulis 1 paper. Target publish January, Akak berdoa sangat paper tu will be accepted. Akak jugak nak sign up for academic writing class kat sini sebab academic writing akak mengikut komen sv and my 2nd sv adalah laharrr!. Grammar tunggang langgang!

Actually arini hari sabtu. Supervisor akak email sebanyak 7kali. 1 email je akak reply sebab weekend Mohd Rafi kerja, memang susah nak bukak laptop sambil jaga dua orang ni. Pahat tu xpe. Yang si Farha tu bahaya, sebab kerja dia mengutipppp je apa2 ada kat lantai dan makan. Lepas tu nanti gaduh dengan abang dia. Pening pulak kepala hotak aku.

Lagipun, weekend time dengan anak2 and masa rehatkan otak. Matilah esok sv aku email lagi. Tapi sebenarnya akak plan nak buat malam ni time anak2 tido, instead aku berblogging. Larikkkkkk!!

Jangan kecam akak. Lepas ni akak nak tido puiler sbb akak malas.

Thursday, November 19, 2015

sv saya yang gigih

Sorry. Akak busy uolssss. Kat opis x boleh nak bermedia sosial. Balik rumah kau jgn harap nak pegang laptop. Si kecik tu kerja dia nak meleset je.

Well postgrad opis kat Lincoln ni adalah see through. So does lecturer's offices. So kau boleh nampak dari luar ada sapa dalam opis tu. Berani kau tak datang opis??. Sv pulak memang jenis rajin sangat lah disini. Kejap2 datang jumpa student. Tetiba dia feeling2 free dia masuk bilik panggil meeting.
Bagus jugak sebab senang ko nak cari sv kau. Tp kekdahnya x sempat siapkan task semalam arini dah masuk tanya progress. Pitammmm.

Utk pengetahuan uols post ni dh save berminggu tp update sikit2. Matilah nakkkk.
Nak citer pasal meeting dgn sv. 1st. Kena prepare semua benda dia suruh buat. Else dia suruh kau duduk kat bilik dia buat sampai siap. At the end of the day dia yang buat programming tu. 2nd. Jangan buat programming panjang. Dia x suka. Buat simple n automatic. 3rd. Setiap kali jumpa dia akan tanya. Fazilah, do you want to see me? . Kau rasa apa kau kena jawab?? Kalau kau jawab no maksudnya dh terer sgt kah kau buat research sampai xde benda nak disscuss? So always have something in mind to discuss.

Well td meeting dari pkl 10 sampai 12. Then sambung pkl 3 sampai 5. Biasa meeting kitorg memang lama. Sebab student dia akak sorang jah. Actually dia pun busy sbb dia director of research. Selalu je ada meeting back to back dengan school lah, tesco la. Tp bila tak meeting dia panggil la hakak masuk bilik dia. Memang style sv kat Lincoln ni mcm tu. Panggil meeting on the spot. So kau kena ada dlm bilik tu. Well, akak telah membuat janji2 manis yang too ambitious utk hantar report by friday. Tp sv akak kata, ok. Send report no later than Sunday.

Sapa2 suka control system. Nak cari sv. Memang akak cdgkan sv akak ni. Sangat2 helpful. Kau tanya soalan basic mcm budak degree pun dia jawab. Tapi lepas tu kau standby email kau. Bertubi tubi notes dia bagi.

2nd sv akak pompuan. Nama dia Rebecca. Dia pun baik. Tapi akak xde urusan sgt dgn dia sbb dia buat modelling. Akak punya part modelling x sampai situ lagi. Dia ada cakap jugak, Argy*** keep you busy.

Sebagai phd student. Busy is good. Kalau kau dah tak tau nak buat apa dan banyak masa terluang tu sama ada kau dh nak grad ataupun kau x tau nk start dari mana. Well research akak pun baru settle 1 part. Risau jugak bila nak habis experiment ni.

Actually bagus sebenarnya dapat sv yang suka push kau and strict. Banyak kes akak jumpa yg sv jenis pushy n strict, student depa semua grad awal. Well yang jenis tak tahan quit awal. Yang survive tu grad awal. Sv jenis mcm ni lagi bagus dari sv yang jenis biarr je kau nak buat apa. Semua kau decide. Unless kau hebat and tau apa kau nak buat, memang susah sbb xde guidance.

Nampak tak akak merepek ke phd talk mcm good good je. Akak pun x grad lg dik nonnn. One thing about phd ni ialah nak result cepat kena rajin. Kalau uols malas mcm akak, cr sv yang garang dan pushy. Biarlah kau stress depress 3 tahun asalkan grad cepat.

See you when i see you.

Tuesday, November 10, 2015

Pahat

Pahat dah start sekolah. Alhamdulillah. Tapi baru 2 minggu masuk dah cuti seminggu. Caner tu?. Dia biasala suka je pi sekolah. Tapi bukan suka belajar uols. Dia suka bersosial gituhhh.


Ni aktiviti balik sekolah. Aritu terselit kaki kat pagar tu padan muka dia.
Sekarang dia cakap campur2. Ikut suka hati dia. Kdg2 terkeluar english. Tapi kdg2 dia ckp english merapu.
Masa sekolah kat Malaysia dia x berapa boleh catch up sangat. Kat sini so far ok. Sebab sini bukan jenis belajar lepas tu homework bertimbun2. Budak2 belajar relax je. Skrg belajar phonic. Kekdahnya emak pon x tau sgt phonic alphabet tu bunyi cemana. Emak bukakkan Youtube jahh.

Akak tau la budak2 kat malaysia tu baya2 pahat dah pandai membaca. Pahat memang slow sikit sebab akak ajar ABC pun memang dia x ingat2. Kat sini ok pulak dia ingat.

Tapi Pahat ni memang suka buat kerja fizikal. Tolong angkat air mineral masok dalam almari. Lepas makan basuh pinggan sendiri (ini time rajin je yee... time malas pinggan pun tak nak angkat.


Tolong uli karipap pun dia jugak. Yang ni akak anoyying sebab menyibuk dan melambatkan kerja hakak. Paling best tolong masak. Pitammmmm. Orang masak dia amek senduk nak tolong kacau.

Kalau dia nak coklat dia pandai dah sekarang. Dia akan mintak makan nasik atau mee ke dulu. Dah siap makan dia mintak coklat. Kalau tak jangan harap dapat. Kekdahnya kau dok pleaseeee ibuuu...pleaseee...pleaseee pun tak dapat.

Well, sebenarnya akak banyak kerja since khamis x buat. Masa dekat brighton ada Pahat sorg je boleh lagi aku buat kerja kat rumah time Mohd Rafi kerja. Ada baby ni memang kelaot lah kalau kat rumah. Lepas tu sekarang dah sejuk. Memang lagi kelaotttttt. Stresss emak banyak kerja overdue, lepas tu result tak berapa cantik untuk masukkan dalam paper.
Pagi2 kena masak sediakan makanan utk baby n mohd rafi n pahat. Pahat jangan memain, walaupun kat sekolah dah lunch, balik rumah mintak nasik. Emak rasa lunch vegetarian kat sekolah x kena dgn tekak melayu dia.

Apa emak nak citer tadi? Oh, lepas masak kalau rajin akak basuh kain. Basuh guna tangan yaaaa. Mesin basuh ado. Akak dah beli tapi x reti pasang pipe dia lagi. sebab banyak sgt paip tak tau mana satu. Kadang2 akak basuh. kdg2 Mohd Rafi basuh. Tapi yang confirm tukang sidai memang Mohd Rafi. Kalau dah winter ni memang xde la sidai kat luar. Hari2 hujan. Jadi time bukak heater tu time tu la kau jemur baju.

Heater pun bukak sejam dua je sehari. Sebab bil mahal nyahhh. Tu pun sebulan dah consume GBP40. Sini letrik and gas guna prepaid. Pegi kedai topup baru boleh guna. Actually bagus jugak kat Malaysia buat mcm tu, takde la main petik lampu suka hati je kennn.

Aku paling menyampah ada orang jenis nak judge kau je kerja nya... seperti, 'eh, kata xde duit tapi pegi beli .... GB10'
Eh, aku bukan beli handbag baru pun, bukan beli barang lavish pun. Kasut aku tapak dah tanggal pun aku x tukar, dah la kasut ada 1 je. Pi gam je tapak dia. Kau rasa tak bosan ke hari2 makan kat rumah? sekali sekala nak jugak makan burger atau kebab kennn? Menyampah okeh citer kat orang macam ni. Jenis orang yang suka rendahkan orang lain. Lain la aku pegi bercuti suka suka ke atau beli LV ke beli kasut ferragamo ke... ni sah2 primark pun hakak budget2 nak masok. Kau hingat aku ni suka sangat ke mengabeskan duit. Aku ada utang kau ke??

Ha... entry di kala stress x dpt result semua campur aduk. bye.

iklan