Tuesday, November 29, 2011

Mana? mana? mana?

Mana citer Cinta Elysa akak????

Tetiba meroyan kannn??

So, lebih baik akak upload gambar Pahat.

Tukang sepah rumah in action. Dia memang suka menyelit kat mana2 dia suka. Ampai kain tu paham2 lah uolls musim ujan nih. Lebih2 lagi tempat pengering mesin basuh akak tuh rosak. Merasa la kain perah pakai tangan pastu, ujan je tak jugak kering2 kain akak.

Nampak tali kat leher dia tu? Dia memang suka letak benda kat leher. Tak kira lah kertas ke, kain ke bantal ke..

Pahat jalan nan ado lah laju. Dia still jatuh bangun lagi. Tak laju mcm Lion. Lion 11 bulan jalan dah laju.

Dah tu, ko tau Lion tak reti stop berjalan. Keje dia meround satu rumah. Nak tido pon berjalan lagi. Bangun tido tup2 berjalan. Pengsan emak dia!!

Pastu dia tak nak dengan orang lain. Nak dengan emak dia jah.. siap panggil..

'ammmmamamama..'

Dah tu, dia suka ajak Pahat round satu rumah jugak sampai ke dapur. Memang la balik kampung tak berapa boleh tido sangat budak 2 orang tuh.

Gambar Lion and Pahat berdua nan ado. Emak malas nak amek sebab sibuk bergossip dan tido..**matila...

Kesakitan breast feeding.

Pahat kan dah tumbuh 7 batang gigi sejak 8 bulan. Tapi tak pernah la dia menggigit time tengah breastfeed.

Tapi sekarang nih, 1 tahun 2 bulan (lebih kurang), dia ada hobi baru menggigit nipple akak time breastfeed.

Tapi mula2 takde la saket. Ari sabtu aritu, dia gigit sekuat hati dia pastu dia sentap. Ya allahhh tuhan saja la yang tau saketnya.

Lepas tu luka lah nipple akak uollsss... terus trauma akak nak breastfeed dia lagi.

Tapi akak bg la jugak tapi selang 6 jam baru aku kasik belah kiri tuh. Gila sakit time breastfeed, macam kena toreh dengan pisau okeh.

Jadi sampai hari ni aku kena menanggung kesakitan ketika breastfeedkan Pahat.

Semalam dok main2 dengan dia, tiba2 dia gigit pulak belah kanan.. Sakit gila babi okeh!

Last2 aku cubit kaki dia.

Akak dah trauma uolllss nak breastfeed kan Pahat kalau keje asik menggigit je.. Kalau gigit2 manja takpe.. Ni gigit sekuat hati dia..

Aiyoo... akak nak carik minyak gamat tengah hari nih!


Lagi satu, pump akak rosak kat bahagian soket dia. Gara2 selalu kena banting dengan Pahat. Nasib baik emak Lion ado pump Avent. Pinjam Pump dia dulu.

Thursday, November 24, 2011

Pahat, cancel jadi rider!

Haaa... cemana tuh?

Akak cakap dengan Pahat mcm ni:

Pahat tak payah jadi Rider mcm Rossi lah, jadi player bola sepak jah. Nanti Pahat dapat 30k, bagi ibu 10k tau. Tapi jangan kawen dengan artis.


Bolehhhh??

Lalu Pahat jawab.

'Ajijiijijiiiiii...bububububu' Sambil tepuk2 muka emak..

Apa maksudnya tuh?? **matila emak pon taktau.

Tuesday, November 22, 2011

My Favourite Player..

Aiyohhhh kannn?? Sibuk jugak nak update pasal harimau muda???

Sebagai seorang pompuan dan juga kawan2 akak PLU. Merasa listkan senarai pemain yang akak taste..
**pose2 tak sedar diri sebentar. Mana tau boleh jadi anak hikan uollss.. Merasa la kau pose2 Rita Rudaini!


1. Mohd Muslim Ahmad - Jersey no 24 (posisi- Defense)
Tinggi - 182cm

Asal Terengganu. Lahir tahun 1989.

Dia ni main bahagian pertahanan. Main harimau senior masa kat Piala suzuki AFF tu kan dia ni ada.

Akak suka dia sebab bentuk muka dia petak susah hendak dijumpai...**matilah

Dia ni la yang tadi malam dok lambai2 kat pengadil bgtau dia tak salah jatuhkan pemain Indon tuh. Sah2 pemain indon tu dive sendiri kannnnn???


2. Fadhli Shas - Jersey No 4 (Posisi- midfield)
Tinggi- 184

Akak pose2 letak gambar dia dengan Muslim.

Asal Lumut, Perak. Lahir tahun 1991.

Dia ni tak main liga Malaysia okeh. Dia main dengan Liga Slovakia, club Zlaté Moravce.


3. Irfan Fazail - Jersey no 7 (Midfield)
Tinggi - 170

Gambar bersama Wan Zack Haikal, Fadhli Shas, Irfan Fazail yang belan kanan sekali.. Korang nampak tak betapa taste nya Fadhli ittewwww??? **ok.. larikkk!

Dia ni akak suka sebab dia asal Johor..**matila semangat kenegerian. Pontian Johor. Umur sama mcm Fadhli Shas 1991. Tak payah feeling2 Rita Rudaini ye uolllssss... Melainkan korang chantek!

Dia juga main untuk liga Slovakia bersama Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal untuk club Zlaté Moravce.


Last but not least...






yang menjadi pujaan pondan2... **matila haku!

4. Izzaq Faris - Jersey No 14 (Striker)
Tinggi 190



Dia nih tinggi gila. 190. Korang perasan tak player Malaysia memang tinggi2??
Akak takdela suka sangat dia ni, Tapi sebab dia ni tinggi gila tu yang akak suka.. **matilah lagik.
Yang penting Cik Li suka. Kannnn??

Asal Terengganu. Lahir tahun 1990. Lain2 akak malas nak amek pusing.. Bolehhhh????


Akak tau korang mesti suka Sharul tu kann?? Ke Apex???? **matilah jejari runcing.

Walaucemana pon akak respect la jugak kat Apex nih.. Despite of dia punya gossip kalah artis tuh, peformance dia tetap mantap!

Tapi the true hero tadi malam adelah captain harimau muda iaitu Baddrol Bakhtiar.

Tahniah uollssss!!

Esok diorang akan main lawan Syiria di stadium Bukit Jalil pula untuk kelayakan olimpik.

Tak penat ke hape??

Monday, November 21, 2011

Pahat kat opis.

Arini akak sangat tension.

Pukul 8 akak BS msg akak bgtau dia nak cuti arini.

Motippp??

Aku tak kesah la dia nak cuti. Tapi bgtau la awal.. Aku bukan boleh suka2 je nak cuti. Lagipon arini ada kelas nak buat preparation lagik..

Nak suruh Mohd Rafi cuti mati hidup semula pon dia x nak okeh..

So, akak feeling2 bawak Pahat pegi opis.

Pengsan okeh.

Ni dia tido ok la. Kang bangun semua benda dia nak capai.

Gambar malas mau upload.

Anak apak.


Kannnn??? gaya tido sama kaedahnya. Walaupon Pahat cerah banyak dari apak. Apak nampak sipi2 je kat belakang tuh.

Muka happy dalam parkson Alamanda. Biasala kannn hari ahad adelah hari bersama apak.. **kata apak dia.

Nasib baik arini ujan sepanjang hari. Kalau tak Apak kata dia nak pegi keje jugak... Pengsan dengan pahat lagik!

Saturday, November 19, 2011

Entry Miss you so much and I wish i had million dolar.

Entry meroyan rindukan UK uolllss..

For sure ex surreyian jugak meroyan rindukan uk. Terutamanya bila Cik Sha upload gambar2 baru Uni of Surrey..

Homaigod. Akak rasa mcm mimpi pernah duduk sana selama 3 tahun.

That was the bestest memories and friends i had.

As uolls know, hard disk akak yang FULL dengan gambar ketika di SURREY/UK. Telah dihilangkan oleh FIZA.

Sentap!

Jadi sebagai mengimbau kenangan akak upload gambar dari fotopages akak suatu ketika dulu. Nasib baik fotopages masih lagi hidup. ni pon yang ado gambar masa melawat scotland on christmas day.

Baju pelampung ni dah selamat akak bungkus2 masuk dalam kotak. Sapa feeling2 nak melawat time winter boleh amek baju tuh.

Walaupon akak telah dikutuk membeli baju winter ala2 pelampung tapi akak suka baju ittew sebab panas je pakai time winter okeh.

Akak ingat lagi time nak pi UK tu akak gigih keje kilang sebab nak cari duit bayar yuran ielts. Pastu tambang pegi ulang alik KL lagik. Semua guna duet sendiri sebab masa tu emak akak tak mampu kaedahnya.

Nak tak nak kena keja kilang. Pastu supervisor tu macam lahanat sangat mentang2 akak operator jah. Janji keje 4 hari. Tapi bila kau taknak buat OT jumaat sabtu merasa la kau kena maki.

Lepas tu akak apply pulak jadi repairer pulak. Tapi sebulan jah. Lepas tu pi UK. Duit gaji tu akak buat beli barang2 dan baju pegi uk. Itu pon akak beli chap ayam sajork. Baju pon nan ado jenama. kasut pon beli yang murah RM10 tu ha.

Nasib baik pegi time autumn. Pakai jaket biasa2 je pastu. Weekend pegi woking beli kasut baru. Akak ingat lagi kasut jenama 1st yang akak beli adelah ADIDAS samoa tuh. 15 pound for 2. Satu color biru gelap. Satu color purple. Kasut tu wujud lagi ye sampai skrg..

Tu la uolls... tak semua dilahirkan senang. Ada masa kita kena berusaha mcm nak gila untuk memdapatkan sesuatu.

All in all, thanks to mARA kerana merealisasikan impian akak.. Akak dah bayar abes pon MARA punya utang.

Bye.....

Friday, November 18, 2011

Tamak

Tu diah semua nak masuk kat mulut.

Semalam kan akak dok busy siapkan order orang, sekali je Pahat dengar bunyi moto kat depan rumah.

DIa pon kelam kabut pegi kat pintu siap melalak2 bagai..

Tapi, tu bukan apak dia uolls... Tu orang lalu saja nak rem kat depan rumah akak kuat2 kannn??

Dah tu dia dok tunggu la kat depan pintu tu sambil capai2 tombol mcm dia tau nak bukak je.

Sebab selalunya apak dia balik dia tunggu kat pintu pastu melalak, nanti apak dia amek.

Semalam lama jugak dia tunggu apak tak amek2 jugak.. Last2 dia mengamuk. Aiyoohhh terus terhenti pembuatan kek akak.

DIa tak tau next week apak nak pegi indon 4 hari.. Merasa apak bawak pahat sekali!

Wednesday, November 16, 2011

Weekend yang indah.

indah la sangatttttt kannnn??

Macam biasa hari sabtu Mohd Rafi keje.

Pagi tu akak baking 2 tray brownies. Satu akak letak cream cheese topping. Satu lagi akak topping choc ganache. Resepi amek kat mana akak dah lupa tapi website omputeh mana ntah..

Yang cheese brownies akak bungkus dan bawak ke rumah Fiza. Dari akak boring kat rumah lebih baik akak bawak Pahat jalan2 pegi rumah Fiza.

Pastu kitorang pegi Seremban. Pegi butik D Haja. Dalam kete Pahat tido tak sedarkan diri. Sampai kedai pon tak sedarkan diri jugak, lalu akak campak dia kat sofa yang ada dalam butik tuh.

Citer pasal Butik D haja tu dia ada jual tudung express Rm 4.99. Tudung yang ala2 Ratu tu harga RM75 . Tak koser akak nak beli. Tudung yang murah ittew pon akak nan ado beli sebab awning dia tak chantek. Last2 akak beli shawl jah.

Hari ahad Mohd Rafi cuti. Yeay!!. Dia belanja makan. Akak suspect gaji dia banyak bulan ni tapi taknak bagitau akak. Keji kann??

Mula2 nak makan kat The little cafe bangi tu. Tapi kedai dia ala2 exclusive sangat tak berani kitorg nak masuk.

So, round satu bangi, kitorg end up masuk 'Taste'

Owner dia omputeh uolls.. Akak suspect dia kawen dgn melayu sebab menu malay pon ado dalam tuh.

Konsep kedai dia blue and brown. Tu Pahat tak reti duduk diam selagi tak bagi dia makanan.

Mohd Rafi order Marinara pasta. Dia ni kalau makan western memang suka order pasta jah.

Pasta dia sedap. Rasa italian. Seasoning very lite yet rich. Senang citer 40 kali lebih sedap dari pasta Pizza hut yang keras tuh.

Mushroom soup ni akak order. Pun sedap jugak. Very rich taste of mushroom.

Harga pon ok. Not bad. Pasta dalam rm12.90. Mushroom soup RM6.

all in all akak puas hati la makan kat situ.

Tuesday, November 15, 2011

Nah! update mix and match.

Mula2, hari khamis lepas, gigih pegi lunch cepat2 sebab pukul 1 akak ada lab MicroP.

Tup tup, akak tersepit jari kat kereta uollsss... Aiyoooo menjerit akak disitu jugak.. Kali ni jari kelinking pulak kena. Sebelah jari yg kena sepit bulan puasa aritu. Dah la jari yg tu pon dah hodoh tersepit pintu. Nasib baik akak dah kawen tau, nan ado alasan nak turunkan hantaran ke apa...


Nampak tak jari akak yang chantek tu??? Akak pon tak paham motipp jari akak boleh tersepit pintu kereta??

Akak pose2 la call Mohd Rafi konon2 nak mintak simpati. Hadooooo?? Nan ado uollsss... Laki akak bebel2

'Tula I dah cakap jangan kelam kabut sangat buat keje.. slow..slow.. Ni kan dah kena...bla..bla..bla...'

Sedih akak tau! Keji kan laki akak??

Motippp tetiba gambar Pahat? apa kena mengena dengan tersepit jari??

Nan ado kena mengena uolls.. Akak saja upload gambar dia sebab dah snap katanya..

Buai belakang tu hanya sebagai display sajork. Nan ado dia nak masuk dalam tu. Siap terjun keluar sendiri lagik.

Rambut dia emak tak tau la bila nak tumbuh. Dari lahir memang segitu je lah uollss rambut dia.

Eh..eh.. Pahat dah pandai jalan uolls.. dalam 7 8 langkah gitu.. Tapi kaedahnya dia tak pandai berdiri. Dia cuma pandai berjalan. Kalau dirikan dia nanti dia duduk balik.

Kalau dia dengar bunyik moto apak dia cepat2 dia tunggu depan pintu sambil melalak2... gedik sangat kannnn???

Paling dia suka panjat atas badan orang sambil hisap jari feeling2 nak tido.

Ye uollss...dia still lagik isap jari bila nak tido.

Ha...akak mcm ni la tetiba malas nak type lagik. So, later!

Monday, November 14, 2011

Bukak kedai nursing wear yang chantek!

Haloooo.... akak dah tutup dah kedai software. Sapa2 nak sila la email kat sapa2 yang akak dah emailkan tuh.. Dah tak larat nak copy paste uolllsss..

Arini akak nak bukak kedai NURSING WEAR + BARANG BABY..

BUkan kedai akak uollss... Ni kedai kawan akak. Dia jual mcm2 dari nursing wear, bra barang baby, maternity wear yang chantek2.. Harga pon berpatutan.



Ni nursing wear color ijau. Chantek kannn???

Maternity wear color ijau jugak. Motipp tetiba suka ijau?? Baju ni merangkap nursing dan maternity sekali.


Nursing bra yang chantek kannn?? Harga RM29 sajork..

Banyak lagi korang boleh tengok di sini:

http://scornieymaternity.blogspot.com/

Atau add kat facebook dia :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001794258771


BERITA BAIK!!!

Korang nak diskaun kannnnn??
Add dia kat facebook dan private message kat dia:

'Hi Arni, saya kawan Ilot. Boleh tak bagi diskaun?'

Ha..nanti dia akan bagi korang diskaun atau dapat free delivery..

Silalah terjah sekarang!!

Friday, November 11, 2011

Dah tilik ke birthday korang??

Ha... penat pulak akak mencopy paste email2 korang untuk sebarkan dakyah tilikan birthday.

Akak dah send dah email. Sila check email masing kecuali gmail. Sapa2 kasik email gmail sila bagi email lain seperti yahoo atau office mail.

Sapa tak dapat lagi mai tinggal komen kat bawah.

Laku software akak, merasa kalau jual RM5 dah kaya akak semalam.. Matila kannn.

Thursday, November 10, 2011

Rahsia tarikh lahir gituuuu...

Tu diahhhhh!!

Korang pernah dengar Dr Azizan yang dok sibuk buat ceramah rahsia tarikh lahir ittewww??

Cik Lee send kat mak software ni saja2 dok tengok rahsia tarikh lahir akak kannnn??

Klik gambar untuk tengok...

Apa??? Pencapaian hidup selepas 45 tahun???

Apa?? Buat keje2 PR???

Paling best mementingkan kebersihan. Matila aku kena maki dengan Mohd Rafi kalau dia baca.

Takde maknanyah!!

sapa nak software sila email kat akak. Nanti akak send kat uolls..

ilotshikamaru at gmail

Tuesday, November 8, 2011

Be careful what you wish for!

Seriously, time akak amek tempahan kueh raya berlambak2 aritu akak cakap,

'Biarlah Pahat jalan lambat sikit, nanti senang nak amek order orang. Nanti dia dah jalan susah nak jaga'

Memang tuhan makbulkan okeh sebab dah setahun sebulan nan ado berjalan. Nan ado berdiri lepas tangan. Merasa la kau.

Ari ni aku dapat call offer untuk buat catering kat Cyberjaya.
The problem is, diorang nak WESTERN menu. And aku kena bagi diorang quotation.

Mengagau aku carik contoh quotation. Sadly, available quotation semua malay food.

Adoii... pengsan nak survey harga western food pulak..

Sapa2 yg pernah order western food sila lah bgtau akak harga yang patut.



Tadi malam Mohd Rafi belanja makan kat Mudzalifah Fried Chicken. Pastu dia bagi aku elaun LEBIH sikit bulan nih berkat keje bagai nak mati kaedahnya. Dah tu, akak tanya berapa gaji dia dapat bulan ni tak nak bgtau okeh. Motiipppp nak rahsia2??? Takut akak mintak la tuuu...

Sunday, November 6, 2011

Masak raya haji dan akikah Farhat

Alhamdulillah... Pahat dapat buat akikah tahun ni.

Itupon sponsor uollsss.. Bersyukur la sangat. Yela, nak buat sendiri belum mampu. Ni ada orang sponsor syukur Alhamdulillah..

Since akak tak balik kampung. Jadi akak pose2 masak dirumah sajork.

Pagi tu pegi pasar borong. Ya ampunnnnn jam okeh jalan masuk. Clust tau!!

Raya ni akak masak ayam masak merah, rendang daging dengan sambal goreng jawa.

Akak nak masak lodeh tapi Mohd Rafi tak suka. Dia suka sambal goreng jawa.

Gambar kalau rajin esok akak amek. Akak pose2 malas nak amek arini.

Actually Mohd Rafi suruh masak kuah kacang tapi akak malas. Sapa suruh dia merayap malam2 buta ni kann??

Chantek sungguh ayat dia untuk suami tersayang lah. Takde makna!

Eh, lupa pulak, arini sambil2 masak untuk raya akak asist Filla buat portugese egg tart, Pastu buat pavlova 2 bijik. Pastu buat cream puff puiler..

Pastu Mop satu rumah. Esok ada Qurban pulak. Esok akak plan nak buat kek lapis prune. Ntah jadi ke tidak ntah..

Ok. Bye!

Friday, November 4, 2011

Balik raya tak korang??

Akak tak balik kampung sebab nan ado budget sebab bulan ni idupkan roadtax la, bayar duit rumah kat johor tu la sebab budak2 tu bayar lambat sebulan ***tension!.

Lagipon bulan ni malas sikit nak amek order orang..haha... so merasa la kannnnn?

Lagipon lagi 2 minggu nak kena balik johor lagik sebab sepupu akak kawen.. so mak akak kata balik time tu jah! Tak payah bazir2 duit gituuuu...

Elehh... sedih ke tak dapat balik beraya?? tak sedih pon.. ni bukan kali pertama pon. 1st time masa aku belajar kat itm. Xde duit nak balik dan cuti 2 3 hari jah. Yela uollss masa tu arwah bapa akak baru meninggal. Akak pulak tak amek ptptn, akak amek YPJ punya. Dapat pon 800 kot 1 sem. Harga buah sawit pon rendah lagi tak mcm sekarang..

So, akak pegi rumah kawan akak kat kampung melayu subang tu beraya bersama dia sebab emak dia pon nan ado pegi haji. So akak pon feeling2 masak kat rumah dia.

Masa tu akak masak ayam masak merah dengan lodeh. FYI, masa tu umur aku 19 camtuh.

Ada pakcik kat opis nih tanya akak, 'ko start masak sejak umur berapa?'

Akak jawab 'Darjah 6 dah pandai masak'

Dia kata anak dia pandai masak masa belajar kat US. Ye la, dah terpaksa kannnn???

Sebab apa akak pandai masak darjah 6?? Emak dan arwak bapak akak suka pegi menyawit dan sapa2 tinggal kat rumah akan ditinggalkan dengan pelbagai jenis keje. Merasala kau kalau tak siap kena sebat. Bapak akak garang gila okeh.

Merasa la kena masak nasik. Keluarkan ikan. Basuh pinggan dan sebagainya.

Tapi masa tu aku pandai masak asam pedas dgn goreng2 sayur je lah..

Pastu lama2 mak aku ajar masak kari. Pastu masak sayur keladi dan sebagainya.

Eh, apa aku merepek disitu??

Kali kedua tak balik beraya kat UK lah uollss... 3 kali. Tapi akak suka tau beraya kat uk.. Seronok beraya dengan kawan2..!

Itu aku lah, Pahat nih dah 2 kali tak beraya haji...

Ala.. raya haji je pon.. bukan aku buat korban pon kaedahnya..

Emak akak kata tahun depan dia nak sponsor sekor lembu untuk anak2 dia.. Clust emak tau! Untuk cucu2 takde ke mak??? ***matila tamak.

Sekarang ni emak akak punya gaji felda tiap bulan lebih banyak dari gaji akak+gaji Mohd Rafi... Padahal duduk rumah jah sambil menjahit. Kaya emak akak tau!

Kalau dulu, tak dapat nak bayangkan susahnya cemana. Aku nak pegi rombongan sekolah pon tak dapat sebab nan ado duet.

Siap ada yang keluar felda sebab tak tahan, sekarang nih menyesal nak masuk balik..

Tiba2 aku merepek cerita lain.. Jadi sekian je lah!

Thursday, November 3, 2011

Cookies raya haji..



Choc chip cookies untuk raya.

Sapa order lambat kalu dapat lepas raya.

Semalam Pahat baik. Pukul 7.40 dah tido. Jadi emak boleh la buat keh sebanyak 4 balang. Tu pon ada lagi adunan tak siapkan lagi sebab choc chip dah abes. Malas pulak aku nak pegi Yummie tuh.

Seminggu chicken pox, seminggu demam, seminggu batuk2

Haa.... anak akak inniew seminggu kena chicken pox.

Dah baik demam viral pulak seminggu.

Dah baik, sekarang batuk2 pulak seminggu tak baik2..

Adoyai anak.... cuti emak dah kritikal tauuuuu...!

Dah tu, dia tak suka gila makan ubat yang ventolin tuh, Asal bagi jek mesti muntah. Aku dah fobia nak bagi ubat tu, sebab tu la batuk dia tak baik2..

Pastu tadi pegi Azzahrah (sbb panel kannn haruslah free suka2 kau pegi. Harus lepas bulan 12 pegi klinik Gov jah!).

Doc tu bagi ubat ventolin jugak , selsema dan antibiotic.

Seriously, antibiotic aku x nak bagi suka2. Bukan bagus sangat asyik makan antibiotic je. Dan ubat selsema pon aku was-was nak bagi sebab dia tulis situ drowsy.

Eh, kenapa pulak ubat selsema bayi mengantuk? bukan Doc kena bagi ubat cair kahak je ke??

Nama ubat tu ialah actifed.

Ada sesapa ta if ubat ni safe for babies ke tak.. or probably safe tapi ada side effect later ke tak.

Tuesday, November 1, 2011

are you breadwinner or just helping or for fun??

Akak nak tanya korang.

korang breadwinner of the family?

or

Keje untuk bantu suami?

or

Keje suka2 dapat duit boleh shopping untuk diri sendiri?

Akak categori (A). Breadwinner. Dah tu gaji Mohd Rafi tu berapa je kann.. So pandai2 la bayar apa yang patut. Aku rasa aku tak pernah lagi shopping tiap2 bulan beli baju baru. Paling2 pun bila ada duit lebih untung buat kek baru la aku beli. Tu pon berkira2 jugak. Beli baju pon kat reject shop ke jusco scarlet ke.. Tapi baju pahat aku beli tiap2 bulan. Yang murah sajork. Baju raya aku untuk pengetahuan korang aku beli kain yang RM18 ittew..

Ala...tapi tak kisah sangat lah semua tu. Bukan nak cakap duit tak penting. Siapa kata tak penting. Tapi whatever we had, we make it work. Apa yang kita ada itu yang kita belanjakan.
Janganla sampai belanja berlebihan lepas tu kena pinjam orang duit bila cukup bulan. Lepas tu pura2 lupa nak bayar... **matila sepupu kau azli kannn??

Terus terang jugak aku tak menyimpan sangat tiap2 bulan. Simpanan yang ada sekarang ni adelah duit untung bisness. Emas Farhat. Dan juga ASD Pahat.

Pathetic ke??

Ntah, aku rasa happy jek. Asalkan cukup duit nak makan pakai dan jalan2 sudah la kann?

Takde la sampai aku duduk rumah je takde duit nak jalan2 ke makan2 kat luar ke.. Cuma nak shopping2 sakan tu nan ado lah. Lebih2 lagi barang2 makanan makin lama makin mahal.

Kau hengat ayam sekilo berapa sekarang??? Pengsan okeh!!

Ingat aku tak risau bulan 12 nanti dah jobless?? Malas nak fikir boleh tak??

Kalau takat sewa rumah dan bills insyaAllah Mohd Rafi boleh tanggung, tapi bercakap tak semudah itu, kos pon dah tinggi. Hutang2 bank haku tuh sapa nak bayarkann??

Tu pon mujur aku dah terminate credit card, ada la saki baki yang aku kena bayar monthy sebab aku buat repayment bayar mana yang mampu gituuuu...

Yang penting akak nak cakap, kalau ada duit lebih tu walaupon lebih sikit je rajin2 la sedekah. InsyaAllah akan ada rezeki balik selebihnya untuk kita.

Citer bersalin. Cser? Normal? natural?

Ha...ni topic breakfast kat ofice semalam bersama officemate.

So diorang dok ceritala pasal bersalin, hospital dan sebagainya.

SO masuk topic natural birth.

Akak Adu seorang Doctor(phd bukan medical) kata natural birth tu maksudnya kita deliver naturally la tanpa induce and pain killer.

So aku tanya painkiller tu cemana?

Dia kata ada yang biasa cucuk kat depan tu, nama apa aku lupa, sorry uolls akak hilang ingatan. Lagi satu epidural tu ha yang tak rasa langsung sakit nak bersalin.

Pastu semua dok citer amek epidural. Kalau kat kerajaan dia pi cucuk kat kat depan tu tapi still sakit jugak la sikit2 kot.

Pastu aku pelik, 'Eh, kenapa saya takde?'

'Ilot takde kena cucuk apa2 ke masa bersalin aritu?'

'Takde pun'

'Agaknya dia tengok Ilot mcm tak sakit sangat kot..'

Amboiiii.... aku dah nak separuh mati tahan sakit tau, siap insaf2 lagi nak beranak lagik..

E, korang ado ke dia inject apa2???

Akak yag ado dia masukkan air sebanyak 5 botol sajork sejak contraction berlaku..

Dessert I made last week..

Sebenarnya nak update last week time depavali kannn? tetiba tak boleh upload gambar terus akak sentap lalu peram jah entry. Matila kannnn???


Portugese egg tart. >> LAki aku dah bosan makan. Bolehhh??
Recipe amek kat ilot's kitchen belah kanan tu.


Butterscotch choc chip cookies. Guna recipe dalam buku 'KITCHEN AID' yg aku beli kat Big Bad Wolf tu.
Tapi aku ubah sikit recepi dia sebab akak tak suka buat choc chip guna castor sugar dan whole egg. Eh, sebenarnya banyak aku ubah dengan tepung2 sekali aku ubah.

Dah mcm buat recipe sendiri daaaaa... Pastu mula2 rasa mcm tak sedap. Mohd Rafi kata choc chip raya lagi sedap. Ni akak tak tipu memang dapat banyak review orang kata sedap.

Pastu Choc chip ni aku peram la 2 balang kat rumah tuh. Niat asal nak bagi kat kawan aku kat UK tu dari raya tak post2.. Janji palsu sangat akak kannnn??

Sebab tak sedap akak tak jadi la post uollss... Tapi kaedahnya, pakcik akak datang dengan anak2 dia dok melantak choc chip ittew sajork. Dah tu, akak suh la dia bawak balik. Siap mintak resepi lagik.. Kellasss akak.

Bila akak rasa lama2 sedap la pulak kannnn...!! **motippp?? **ahhhh resepi nantilah, korang pi carik butterscotch chip dulu. Akak beli kat yummie dah lama tapi peram tak tau buat apa.


Ni Puding caramel french recipe. Guna recipe dari buku 'DESSERT'

Akak suka!! sebab dia smooth xde lubang2 dan tak hanyir!!
Recipe nanti jugak akak bagi. Matila janji2 manismu sangattss..

Yang lain2 akak ado buat pavlova tapi sekor pon x nak makan termasuk akak... eeeee...tak suka lah! Tapi for the sake of nak mengabeskan telur putih aku buat jugak kurangkan gula lalu peram dalam fridge dan buang ke tong sampah.

Hari ahad malam akak feeling2 buat puding koktail pulak sebab senang jah nak buat guna tepung custard..

Raya haji akak nak buat cream brulee pulak. Tapi recepi dia guna 6 bijik egg yolk seram pulak akak. Tapi recipe dia senang je.

Nanti akak share yeah.. boleh kita feeling2 duduk kat French sana.

iklan