Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Masak raya haji dan akikah Farhat

Alhamdulillah... Pahat dapat buat akikah tahun ni.

Itupon sponsor uollsss.. Bersyukur la sangat. Yela, nak buat sendiri belum mampu. Ni ada orang sponsor syukur Alhamdulillah..

Since akak tak balik kampung. Jadi akak pose2 masak dirumah sajork.

Pagi tu pegi pasar borong. Ya ampunnnnn jam okeh jalan masuk. Clust tau!!

Raya ni akak masak ayam masak merah, rendang daging dengan sambal goreng jawa.

Akak nak masak lodeh tapi Mohd Rafi tak suka. Dia suka sambal goreng jawa.

Gambar kalau rajin esok akak amek. Akak pose2 malas nak amek arini.

Actually Mohd Rafi suruh masak kuah kacang tapi akak malas. Sapa suruh dia merayap malam2 buta ni kann??

Chantek sungguh ayat dia untuk suami tersayang lah. Takde makna!

Eh, lupa pulak, arini sambil2 masak untuk raya akak asist Filla buat portugese egg tart, Pastu buat pavlova 2 bijik. Pastu buat cream puff puiler..

Pastu Mop satu rumah. Esok ada Qurban pulak. Esok akak plan nak buat kek lapis prune. Ntah jadi ke tidak ntah..

Ok. Bye!

Friday, November 4, 2011

Balik raya tak korang??

Akak tak balik kampung sebab nan ado budget sebab bulan ni idupkan roadtax la, bayar duit rumah kat johor tu la sebab budak2 tu bayar lambat sebulan ***tension!.

Lagipon bulan ni malas sikit nak amek order orang..haha... so merasa la kannnnn?

Lagipon lagi 2 minggu nak kena balik johor lagik sebab sepupu akak kawen.. so mak akak kata balik time tu jah! Tak payah bazir2 duit gituuuu...

Elehh... sedih ke tak dapat balik beraya?? tak sedih pon.. ni bukan kali pertama pon. 1st time masa aku belajar kat itm. Xde duit nak balik dan cuti 2 3 hari jah. Yela uollss masa tu arwah bapa akak baru meninggal. Akak pulak tak amek ptptn, akak amek YPJ punya. Dapat pon 800 kot 1 sem. Harga buah sawit pon rendah lagi tak mcm sekarang..

So, akak pegi rumah kawan akak kat kampung melayu subang tu beraya bersama dia sebab emak dia pon nan ado pegi haji. So akak pon feeling2 masak kat rumah dia.

Masa tu akak masak ayam masak merah dengan lodeh. FYI, masa tu umur aku 19 camtuh.

Ada pakcik kat opis nih tanya akak, 'ko start masak sejak umur berapa?'

Akak jawab 'Darjah 6 dah pandai masak'

Dia kata anak dia pandai masak masa belajar kat US. Ye la, dah terpaksa kannnn???

Sebab apa akak pandai masak darjah 6?? Emak dan arwak bapak akak suka pegi menyawit dan sapa2 tinggal kat rumah akan ditinggalkan dengan pelbagai jenis keje. Merasala kau kalau tak siap kena sebat. Bapak akak garang gila okeh.

Merasa la kena masak nasik. Keluarkan ikan. Basuh pinggan dan sebagainya.

Tapi masa tu aku pandai masak asam pedas dgn goreng2 sayur je lah..

Pastu lama2 mak aku ajar masak kari. Pastu masak sayur keladi dan sebagainya.

Eh, apa aku merepek disitu??

Kali kedua tak balik beraya kat UK lah uollss... 3 kali. Tapi akak suka tau beraya kat uk.. Seronok beraya dengan kawan2..!

Itu aku lah, Pahat nih dah 2 kali tak beraya haji...

Ala.. raya haji je pon.. bukan aku buat korban pon kaedahnya..

Emak akak kata tahun depan dia nak sponsor sekor lembu untuk anak2 dia.. Clust emak tau! Untuk cucu2 takde ke mak??? ***matila tamak.

Sekarang ni emak akak punya gaji felda tiap bulan lebih banyak dari gaji akak+gaji Mohd Rafi... Padahal duduk rumah jah sambil menjahit. Kaya emak akak tau!

Kalau dulu, tak dapat nak bayangkan susahnya cemana. Aku nak pegi rombongan sekolah pon tak dapat sebab nan ado duet.

Siap ada yang keluar felda sebab tak tahan, sekarang nih menyesal nak masuk balik..

Tiba2 aku merepek cerita lain.. Jadi sekian je lah!

Thursday, September 22, 2011

Open House classmate merangkap housemate surrey..

Matila gambar curik dari FB.

Ni first open house rakan2 yang akak pegi tahun inih uollsss... Merasa la orang tak popular takde sapa jemput kauuuuuuu!!

Actually ado open house lain, tapi ari tu ujan lebat gila dan akak ni datang sorang dengan Pahat je terkontang kanting nak pegang payung. Sbb sabtu kan Mohd Rafi keje..

Ni open house rumah kawan akak masa kat surrey dulu, Dyana. Nampak tak muka akak buruk berganding dengan Dyana??? **matila pose2 beli make up lepas nih. Make up pon dah tak mampu beli. Howwww???

Pahat sedang menggigit angpow. Macam tikus dah anak aku.


Ex surreyians. Bao kekok gila pegang baby, pastu pass kay Hussain (baju putih belang merah). Bagus okeh dia ni pegang baby tak kekok siap main2 dengan Pahat, boleh emak makan dengan tenang..
Dan Pahat maseh menggigit angpow.. Tension emak bila amek dari tangan dia melalak.

EH, tu baju raya akak taun nih.. Perlu kah bagitau??

Sabtu ni akak tak tau nak pegi mana, ada wdding kat perak, pastu open house rumah Puan Shilla dia shah alam, open house rumah As di kajang.. Aiii xdo ke rumah doket2 sikit senang nak pegi..

Open house rumah akak sekali dengan besday pahat, sekali launching business catering, boleh gituuuu??

Tuesday, September 13, 2011

Open house terkejut..

Hari ahad tu akak sibuk2 nak keluar tiba2 kawan2 Mohd Rafi call cakap nak datang raya lepas maghrib.

Aiyohhh... rumah akak kueh raya pon nan ado okeh. Motippp pembuat kueh nan ado kueh raya untuk rumah sendiri kannn???

So balik rumah pukul 7 tu kelam kabut akak masak mee 3 bungkus. Sbb yang nak datang tu ramai- lelaki 10 orang. Dan baking choc cake since barang2 semua dah ada.

Tapiiii.... tunggu punya tunggu dah pukul 10 nan ado jugak datang.. Harammmm sangat kann??

Last2 dekat pukul 11 baru datang. Akak koser nak layan. Akak tido kan Pahat. Mohd Rafi layan diorang.

Sunday, September 4, 2011

Raya tak raya!






Raya akak tak raya sangat uollss... 2 hari nak raya akak n Pahat demam panas. Badan akak saket2 tak larat nak bangun dok melepek jah kat rumah.

Pastu Mak mertua akak suh pegi urut. Pegi la berurut dgn Pahat sekali kat air tawar 5 tuh, motipp hakak call Kher tak jawab??

Pastu esoknya badan akak sakit gila babi hasil kesan selepas urut. Sbb makcik tu kata badan akak masuk angin banyak gituuuu..

Lepas hari ke 3 badan akak dah rasa sedap sikit. Tapi Pahat makin teruk batuk. Malam raya dia tak tido asik melalak je. Jadi, emak dgn apak pon tak boleh tido jugak menjaga Pahat.

Jadi raya pertama dah melawat klinik terdekat yang bukak. Poliklinik Penawar bukak, tapi mahal uollsss raya pertama tuh.

Gambar raya pertama Pahat pon semua tak senonoh je. Tension emak.


Baru lepas melalak.


Batuk kokol.


Melawatt klinik dulu sebelum melawat rumah orang.

Kesimpulannya cuti raya banyak melepek kat rumah sajork. Xde pon beraya beriya. Siannn Pahat sampai skrg batuk tak baik lagi tapi dah tinggal sikit2 sajork.

Selamat kembali berkerja esok!


Saturday, August 27, 2011

Akak tak mampu beli fareeda uollss...






Dapat tudung ala2 ropol mcm fareeda pon ok la...

Yela..untuk orang2 yang mesken mcm akak tapi feeling nak tudung ropol2 konsepnya boleh la pegi ratu yang harga 3 kali lebih murah dari Fareeda. Kalau uols kaya uols beli la Fareeda. Akak mesken kaedahnya.

so, kasik akak feeling2 buy n blog walaupon akak nan ado beli beg flip bag channel pelbagai color konsepnya... **larikkk dulu!

Konsep ijau tahun ni haruslah akak beli tudung ijaau walaupon akak dan lupa ijau apa baju akak tuh, di buatnya ijau apple tak ke color clash nak pakai dgn ijau lumut?? takde orang lain tukang komplen, tu haaa laki akak yang itam tuh... matila lagi.

Dari tepi.

Harga yang inniew rm59, less 20% untuk non member, utk member 30%. Jadila dalam rm42 gittuuu.


Ni pon konsep ropol ado less jugak, 20 and 30%. Rm59 jugak.

Last skali,
Yang ni kain chiffon, akak suka sebab pakai tak panas. Rm89 ado less jua 20 n 30%.

Ada anak breastfeed takde makna okeh nak pakai shawl lilit2.. Dah la anak aku tu suka main tarik2 tudung akak. Lebih baik akak pakai tudung konsep TAK PERLU IRON dan SARUNG siap.

Esok nak balik kampung tapi Pahat demam uolls.. Akak pon dah mcm dedar2 nak demam jugak.. Merasa tipah ompong kena masak... Matila tak sedap.
Ni dia budak tak sedar diri demam tetap nak memanjat2...

Dah la uolls.. akak bakal x update seminggu gamaknya.. jangan rindu akak yeah!


Tuesday, November 16, 2010

Hari ke 40.. Berjalan2..

Tau tak semalam Farhat tuh tak nak tido.. Dia tido pukul 11 malam bangun pukul 7 pagi.

Pengsan tak kau jadi emak dia??

Pastu ari ni tido siang pon kejap2 je...

Arini weolls jalan2 pegi Putrajaya amek mykid.

Gambar terbaru Emak yang sungguh buruk tanpa memakai apa2 dimuka sebab anak dia dah merengek.....


Farhat dan pose 'Aku dah bersalah!!'
Matilah kau ada emak mcm nihh..

Yang terakhir sekali saya sertakan gambar seksi mendedahkan dada.

Dengan ucapan 'Apa tengok2??'... Dengan nada kerek.

Selamat Hari Raya Qurban.............!!!
Kami tak balik kampung tahun nih. Beraya kat sini je..

Tuesday, September 21, 2010

Edisi raya : Open House

Hari sabtu adelah hari open house rumah akak walaupon xde lah se'open' mana sebab akak pose2 jemput dalam beberapa orang jah. Open house secara kecil-kecilan. Akak pon bukannya larat sangat nak masak banyak2. Mohd Rafi banyak tolong potong2 goreng ayam and hobi dia kemas rumah..

So menu ialah:

Mee hoon sinngapore, sambal goreng jawa (bukan hangus ye cik Lee... Motipp?) , Ayam masak merah , nasi impit dan jugak oren sunquick.

Ada lagi satu meja berisi kueh raya(beli) dan juga air. Of course la kan.. takkan nak biar orang makan tercekik kannn???

Tapi ok la sebab makanan habes, akak suka!!

Habes open house. Akak buat petang pukul 2 sampai 6ptg sajork.

Habes semua tetamu balik. Kemas2 rumah terus pegi Puchong konon2 nak pegi fabulousmom nak beli cooler bag.

Harammmmm uolllss... Akak sesat berkali2 lepastu sampai kat kedai tu ada notis KEDAI PINDAH!!!

Sentap tak?? sentap uolllss... pastu akak dengan Mohd Rafi pegi la carik kedai baru dekat dengan IOI mall berdasarkan maap yang theyolls bagi.

Sampai sana, naik atas. Tekan loceng mcm orang gila tapi ado orang bukak pintu???? ADO????

Nan ado okeh.... SENTAP lagi skali... Padahal akak tengok mcm ada bayang2 orang kat dalam. AKak suspect theyolls tido.. Bolehhhh????

Sebab SENTAP sangatsss, call CD Owner ajak makan kat satay station yang Aisar cakap sedap sangat tu kannn??

Satay hati RM1.30 seketul.

Hati ayam and daging RM0.80.

And kitorg order mee rebus, RM6 satu mangkuk.

Lupa nak bagitau satay station ni kat Ampang.

Pada pendapat akak la kannn... Rasa dia biasa jahhhh!! Dan akak rasa mee rebus dia agak mahal la.. Sbb mee rebus dia xde daging pon akak makan.. ado telur jah..

Akak tak suka sangat satay dia sbb manis. Akak memang tak suka satay manis. Tapi Mohd Rafi sangat suka.. So, sape2 yang mcm Mohd Rafi suka la kot tempat nih...

Ok. Tu je..

Thursday, September 16, 2010

Rejeki lagi Alhamdulillah.. Syukran!

Dapat duet dividen insuran. Boleh buat beli barang baby arini. Yeay!!!

Mak akak ada kat sini. Pegi hantar adik akak balik jerantot. Thanks BA bagi kitorang rehat kat rumah ko. Kesian pulak kat mak ko susah2 je siap tapaukan lauk lagi.

So kitorg sampai rumah pon dah pukul 9. Panaskan rendang tu terus makan nasik. X payah nak masak dah.

Car seat dah beli. Akak aku belikan kat Kuala. Ala.. 2nd hand sajork..

Sape2 nak datang raya tu silalah datang. Rumah akak ada peyek and kerepek2 sajork. Kueh almond and tart harammmm nan ado sebijik pon. So, sape2 yang terasa nak makan kueh buatan tangan akak tuh mintak ampunnn je la yek..

Mula2 ingatkan duet untung buat kueh nak beli barang baby tapi harammmm jugak okeh.. Bagi 2 dgn Mohd Rafi pastu balik kampung bagi duet raya. Pastu beraya sampai lebam pastu tetiba langsaiiii!!!!!!... Howwww?????

Eh, lupa pulak.. akak beli baju pregnant dgn baju raya dengan 5 helai tudung raya dengan ntah hape2 lagi.. patutla duet akak habes.. Boleh gituu??

Bye..malas nak tulis.

Tuesday, September 14, 2010

Edisi raya : Membawa bom jangka ke mana saja..

Raya kedondong sebab baju tak sedondon.. Redha je la tahun ni kann...

Perut mcm dah tak larat nak bawak badan. Adik aku cakap dia takut tengok perut akak yang mcm nak meletop tuh..

Dia kata, badan akak tak nampak naik tapi perut tu mcm mengatasi segala-galanya.. Aiyohhhh....

Akak mmg dah x larat uollss nak bawak perut nih ke mana saja. Dari duduk nak bangun adelah seksa. Nak berkalih tido dari kiri pon kanan seksa juga. Tapak kaki selalu saket2..

Tapi tu pon tak insaf lagi tetap pegi beraya sakan. Howww???

Kawan akak yang due bulan 9 dah lepas bersalin kedua-duanya.. Dua2 dapat anak pompuan. Akak tengah tunggu bom jangka nih...

Semalam akak MC. Arini pegi opis mcm haram tak boleh nak punch in sbb internet down. Kena tulis nama atas kertas. Howwww????

Dah punch in tu kalau dah internet nan ado nak buat keje apenya kann??? Harussla cabut balik rumah. Lagipon akak pose2 tak larat lah nak naik opis giituuuu....

Stretch mark akak menggila timbul kat perut. Menurut akak kepada akak, dia dah beranak 3 tak pernah stretch mark dia teruk mcm akak. Padahal dia nan ado sapu2 lotion bagai. Keji tak????

Adik akak punya teori ialah, sebab badan akak tak membesar tapi perut besar mcm hape, so strecth mark kat perut tu jadik banyak akak dah x larat nak sapu Bio Oil uollsss...

Akak nak nanges lepas pantang perut akak dah tak seksi!!

Tuesday, September 7, 2010

Penat menjelang nak beranak nih.. Opps... menjelang raya!

Keji tak sekarrang dah malas update blog?

Bukan malas tapi serious tak sempat. Order kueh baru je siap tadi malam pukul 3pagi. Nasib baik akak ada assistant import tukang gentel almond london.

Itu pon dah last2 minit, jem tak cukup akak dah x koser nak beli nenas, kopek, blend pastu tunggu 3 4 jam baru jem nenas tu masak.

Akak mengambil langkah beli jah jem segera kat kedai Bakery. Tapi rasa dia of course la tak sama mcm jem buat sendiri... Tapi tak pe lah, cuma 2 balang je pon yang guna jem tu.

FYI, kueh untuk rumah sendiri adelah takde. ZERO!!.. Siapa2 dtg rumah aku bagi kerepek jah.. Sumpah tak sempat nak buat kueh kat rumah sendiri.

Rumah mak akak dgn mertua pon akak bagi tart sorang satu balang kecik jah. Yang muat 32 pieces tuh.. Akak dah x sempat nak buat banyak2 uolls...

Almond lagilah akak bawak balik yang belum coating dgn chocolate. Tak sempat jugak nak coating chocolate.. Keji tak jual kueh raya tapi rumah sendiri nan ado kueh???

Tahun ni order alhamdulillahhh... dapat jugak sebulan gaji punya untung. Boleh jugak buat beli barang baby, barang sendiri dan juga barang2 raya. Juga boleh la untuk bagi2 duet raya kat budak2.. Untuk duet minyak kete bagai.. Tukar tayar bagai... Syukur Alhamdulillah..

So arini, akak adelah penat, Petang nanti nak balik Johor pulak.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!!

Kepada customer2 kueh akak, jikalau rasa kueh tidak seperti yag diharapkan akak mohon ampunn maaf ye!!

Bye... Jumpa lagi seminggu!!!

Thursday, November 26, 2009

Dah Balik ke Belom??

Aku tak pack baju lagik..

Tengah sibuk masak Ayam Kampung Organik Rendang..**matila nama..
Abes tu, ayam tuh memang ayam organik kampung okeh. Akak kan pose2 nak jaga kesihatan kaedahnya..

Anak sedara akak yang Bena tuh umur 7 tahun. Hari2 bukan siaran kartun 24 jam okeh. Motiff sangat??

Pastu bila akak amek remote tukar citer lain dia kemaruk pulak baca buku kuat2.. Motifff??? Tengah kemaruk reti membaca, semua buku dia baca okeh. Sampai akak halau dia baca dalam bilik sana. Akak nak tengok TV okeh bukan nak dengar dia baca buku.. **matila mak sedara yang tak memberansangkan..

Pastu dia dah reti baca Quran. Hari2 mak dia call suruh aku ajar dia. Tapi aku pass kat adik aku suh ajar.. Bolehhhh???
Si Bena tuh boleh la baca sendiri Quran tapi tajwid memang tak betul la.. Lagipon sekolah agama belom ajar pasal tajwid lagi.

Akak balik kampung malam nih. Mampos jalan Jammed!..

Raya haji ni turn rumah mak mertua akak uolllss.. Nih akak balik lambat. Kalau awal sehari, akak jadi tukang anyam ketupat. Sebab dalam rumah tuh semua tak reti anyam ketupat.

Hari sabtu pagi dah balik Mantin, Mohd Rafi nak kejarkan wedding kawan dia kat Gombak.
Ape ntah yang best sangat padahal orang tu tak pegi pon wedding aku. Nak lama2 kat kampung pon tak boleh.
Aku cadangkan jumpa kawan dia awal pastu pass hadiah tak nak. Nak pegi jugak kan wedding tuh. Siapla kalau lauk tak sedap. **matilah tak ikhlas..

Bila la rendang aku nak masak nih??

p/s : Henpon akak Mohd Rafi bawak pegi keje. Sape2 ada urusan sila email atau tinggal komen kat sini. Tadi pagi Mohd Rafi kesiangan. Bangun pukul 7. Padan muka dia. Dia yang pandai2 set alarm semalam. Selalu akak yang buat uollls.. Nih, dia yang set ntah pukul berapa pastuh letak kat sebelah dia.. Rasainnnnnn!!

Monday, October 19, 2009

its all about the money... its all about dumb..dumb..

Suka hati aku la nak nyanyi mcm tuh..

Anyway, I found much better spectrogram code than provided in MATLAB. Click here:

http://www.mathworks.com/matlabcentral/fileexchange/1553-spectrogram-short-time-ft-log-magnitude

Rasa nak cium orang yang upload code tu.. Bolehhh... **matila kau..

Oh.. ari sabtu akak telah di import fiza untuk tolong dia masak. Akak tak masak pon uollss.. Akak cuma jadi asistant sajork.
Fiza kan pose2 nak buat open house kaedahnya..

Kelassss sangat open house fiza.. Sehari sebelum open house baru la beli rak dapur, beli TV,baru pasang dapur, baru beli gas... Kau ado macam tuh..

Fiza memang Ratu Last Minute ye uolllsss... Nasib baik tetamu semua kawan2.. sambil diorang datang makan.. sambil suruh buat kerja..

Walaucemanapon, open house rumah dia tetap sukses!!.. Weh jangan lupa mintak resepi kat Shah resepi Fruit Tart yang sedap tuh!!

Akak nan ado amek gambar sebab akak bukak tuan rumah.. Motifff aku nak over amek gambar.. Lagipon iolls mesken hina nan ado camera.. Henpon pon cuma ado skrin color hijau sajork.. Tapi ado lampu picit okeh.. Tu yang akak bangga sekali.. **matila..

Akak tak berapa sehat sangat ari tu. Demam kejap baik kejap tak. Telan UPHAMOL mcm tak berkesan walaupon murah kaedahnya.. Tekak saket gituhh..

Balik rumah check kat cermin rupanya ada ULSER kat tekak.. Kau ado ulser kat tekak mcm akak???

Tiap2 bulan okeh ado ULSER kat tekak membawa kepada demam..

eh...eh... tetiba akak nan ado idea nak type.. byeee!!!!!!!!!!!

Back to square one..

Akak dah ok uolls.. Dah tak sedih pon..

Kan akak dah cakap kejap sajork akak nih...

Hari sabtu akak telah buat edisi TERJAH RAYA bersama ILoT dan FIZA di Shah alam..

Yela uollss.. akak nih bukannya selalu datang Shah alam tuh.. Merasa akak pose2 raya rumah kawan2..

Tapi malangnya kawan akak semua balik kampung uollss.. Keji sangat mcm tau2 akak nak dtang TERJAH..

So, yang available dan menjadi mangsa akak dgn fiza ialah UMYRA!!

clap!clap!clap!

Dah la kan, akak pegi shah alam lupa bawak baju kurung jua seluar jeans mahupon seluar slack atau any decent pants ke hape..
Yang aku bawak banyak2 ialah seluar track.. Kau ado raya rumah orang pakai seluar Track??

Yang penting rumah UMYRA tuh best ada swimming pool 7 meter dari rumah.. **akak ukur okeh!!! Lepas tuh akak dan Fiza dengan tak malunya mengabeskan KEROPOK dia sampaikan dia kuarkan lagi satu telap..

Time Kasih UMYRA@KHaiRiaH yang sudi menjadi tuan rumah terjahan kitorg!!

Pastu esoknya pegi KENDURI KAWEN AYU pon pakai suar Track.. Vollllehhhhh?? Malu gila akak uollss... org lain semua pakai baju kurung.. Kalau ado fashion police kat majlis tuh mesti akak kena tangkap!

Matila kau kan dah tak meroyan tapi sewel puiler..

Tetiba akak rasa malas nak type gituuuuu... Sambung esok!! ***teksiii!!!!

Wednesday, September 30, 2009

From PD with love..

Semalam pegi PD rumah pakcik aku..

Pakcik aku tuh dulu head chef kat Glory Beach resort..
Sekarang baru pindah keje kat Ilham Beach Resort...

Pegi rumah dia makan memang best gila weh..

Ikan siakap 3 rasa
Ayam goreng tepung
Ayam kampung masak ungkep
Kacang panjang goreng
Rebung masak lemak cili api..

Sedap gila.. siap tapau bawak balik lauk lagi dgn muka tak malunya..

siap tapau mini popiah tuh skali.. Yang anak lelaki dia buat..

Pakcik aku yang ni, sama mcm keluarga Mohd Rafi jugak.. Anak dia ada 6, semuanya Lelaki..

Dah memang keturunan kitorg ramai yang dapat anak lelaki semua gituhh..

Sape nak pegi PD sila roger aku!

Agaknya kalau aku pregnant tak gugur arituh dah beranak dah kot.. Dah pregnant balik dah susah..

Woi image processing bila nak abes???

Tuesday, September 29, 2009

seorang isteri yang dot...dot..dot...

Mak aku ada kat rumah aku nih bersama adek aku yang gemok..

Hari2 mak aku bangun awal.

Ntah kenapa buang tebiat Mohd Rafi hari2 tak tido lepas solat subuh. Pastuh siap buat sarapan untuk kitorang skali..

Mithalinya suami aku..

Aku?? Tido lah.. pukul 8 baru bangun.. Keji tak??

Bosan nih.. mcm malas nak buat image processing pulak..

Aritu Mohd Rafi rembat ikan guppy kat rumah mak dia.. Adelah dalam 20 ekor gituuhh..
Bercita2 nak menjadi penternak ikan yang berjaya pulak kan??
Statement dia ' mana tau dapat anak ke selepas bela ikan..'

Ape kena mengena kannn??

Semalam dia pegi kedai ikan kat Nilai beli ikan kecik2 2 ekor harga 80 sen satu. Tadi malam dah arwah dah ikan tuh..

Aku suspect dia kena buli dengan ikan guppy yang conquer aquarium aku tuh..

Keji betullah ikan tuh..**matila kan salahkan ikan..

p/s : sharil, bila aku tengok Eric-Deco bersama Eric tuh.. mcm muka uolls pulak okeeh..

Monday, September 28, 2009

Open House 09

Open house rumah akak meriah sekali walaupon akak pose2 jemput 5 6 orang sajork.. Konsep berjimat katanya.. Lagipon ko hengat kalau jemput semua orang, semua nak datang kahh??

Anyway, akak berterima kasih untuk Fiza & family, Panjang & Dagu, Azlee &friends, CD owner & sister, Abg bob & family, Dyana n amril n iris n sharil sbb datang rumah akak yang jauh inih dan jua daif.. Sofa pon xde kann cik sha??

Gambar paling atas adelah Ayam masak ungkep..(masakan kebesaran akak) dan Mee laksa johor (akak guna Mee Lidi, guna spagetti tak sedap dan keras)
Kek coklat tuh baru kuar dari oven masa Azlee datang. Sebab panas lagi dah letak topping. Topping dia cair nokss... Tapi takpe.. tetap sedap okeh.. ***tetapppp!!

Sebab akak kan nan ado camera kaedahnya.. So akak tunggu fiza datang baru la amek gambar. Tu pon cume beberapa orang sajork yang ado gambar.. **ampunnn tetamu mak semua!!!

Mohd Rafi, CD Owner dan Cik Sha.. **motifff kau pose duduk macam anak dara sunti?? CHantek kah???? **larikkk


ADEK cd Owner dan fiza sibuk berbual.. Akak sibuk laser melaser, sentap menyentap bersama Eric..opppsss.. Cik Sha dan CD Owner . Mohd Rafi tukang gelak.

konsep tengok gambar kawen walaupon dah setahun lebih kedahnya.. Akak laki bini konsep open house pakai track bottom sajork..**matila..


Lepas pukul 7 lebih camtuh semua tetamu dah balik. Akak kemas rumah lepas tuh Cik sha dan CD Owner beraya di balai polis kajang pula.. Bolehhhhh??

Kan balai polis kajang ada buat open house gituu kaedahnya..
Akak pose2 ajak Mohd Rafi dan Fiza pegi join sama..
Konsepnya THE MORE THE MERRIER gituu... **kepala hotak kau la ilot..

Kitorang pegi la kajang tengok mangsa2 kemalangan jalan raya. Polis kat pos pengawal tu sempat lagi mengorat akak walaupon Mohd Rafi kat belakang.. Mungkin dia tak nampak Mohd Rafi sebab gelap sangat... **ampunnn bang..!!

Mangsa rogol pada malam tersebut.. Terus tak virgin uolllsss... **matila statement kontroversi sangatsss..
Gambar Perogol Bersiri... WANTED!!***akak lari dulu!!!

Walaupon kete xcident, pose kena ceria gituhhhh...


ahli rombongan bersama kete cik sha yang xcident tuh..

Scandalous sangat gambar nih kan???? **mampos aku kena maki...

Cerita sebenarnya ialah, lepas balik dari open house rumah akak, cik sha dan CD Owner balik together2.. Sampai kat round about UKM ntah cemana cik sha terlanggarr kete CD Owner..
Banyak sangat verangan lol.. sbb tu berlanggar..

SO, lepas tu diorang pon beraya la di balai polis kajang gituhhh..

Kete tak teruk sangatlah... Tak kena enjin. Bolehh jalan lagi..

Pas tuh akak culik Fiza ke Sri Petaling jumpa kawan Mohd Rafi amek keropok lekor dari T'ganu..
Balik lepak terus membuta..

Esoknya pegi Jerantot pulaa...

Friday, September 25, 2009

Open House ..

Esok adelah open house rumah saye.

Menu adelah : nasi impit, ungkep, lodeh, sambal kacang dan juga laksa.

Tapi kannnn..

Tadi pegi tesco nak beli ayam nan ado.. Howww????

P/s : eh.. jemput la datang.. Ke sri palma villa, kolej lagenda, mantin. Tapi sila call dulu!

Wednesday, September 23, 2009

Raya kedondong..

Raya tahun nih akak nan ado gambar raya la uollss..
au
Akak mesken nak beli kamera..

Lagipon, akak tension dengan Mohd Rafi. Akak suruh bawak baju kuning hantaran NIKAH, dia pegi bawak baju PINK NIKAH.. keji tak??

Pagi raya akak pakai baju kuning, dia pakai baju pink..

Dah jadi kedondong bukan sedondon.. Adik akak gelak2kan akak tau..

Malam raya lagilah disaster. Akak tengah buat kek coklat tetiba nan ado elektrik.. Hanjeng tak TNV?
Howw akak nak bakar kek??
Akak tunggu la 30 min. Pastu dah ada letrik.. Panaskan oven 15 minute pastu sumbat loyang dalam tuh.
Sekali je 5 minute pastu letrik nan ado lagi..
Akak biar je la kek tuh dalam oven tuh..
lepas 15 minute, letrik ado balik..
lepas 10 minute nan ado letrik balik..

Akak dah maki2 TNV tau.. hanjeng sangat tau malam raya takde karen.. Yang paling hanjeng kan uollss.. kek akak tuh terus jadi bantat dan keras... Akak sentap sekali!!

Terus akak pose2 malas nak buat kek lagi..

Orang ramai puji kueh tat akak sedap. Akak tak rasa pon sbb muka akak pon dah macam tat gituuu.. Taun depan akak stop buat tat sebab akak penat nak buat tat bolehhhh??? kalau akak buat pon akak naik harga la uolllsss... Rm20 ke...Baru la kaya cepat akak tau..

Baju raya akak taun ni ade 3 sajork.. Pastu yang lain akak sebat baju adik akak yang ompong tuh.. Yang baru nikah tuhh.. Dia banyak baju kurung kat rumah. Baju akak nan ado kat rumah.. ado baju raya sajork 3 pasang..

Dah la.. akak malas nak type..

Saturday, September 5, 2009

Baju raya guek dah siap yosh!!

Baju raya akak 3 pasang dah siap... Over tak???
Sepasang baju kurung pahang mak mertua akak buatkan.. Cost = free of charge...
2 pasang mak akak buat.. of course la free uolllss...
lagi 1 pasang tengah dalam pembikinan..

Baju Mohd Rafi???... NAN ADO!!!
Sbb baju melayu yang guna kain hantaran nikah tuh dia baru pakai sekali. Tu pon raya haji. Lagipon dia bukan pakai baju melayu sangat pon.. Time semayang raya sajork.. pastu pegi raya bukak pakai kemeja pulak..

Lagipon baju melayu dia dah banyak okeh.. Satu almari tu tak pakai.. Mak dia kan tukang jahit baju melayu uollss... so tiap2 tahun la buat.. cuma tahun nih busy... mak dia awal2 dah cakap tak dapek nak nolong...

Gambar baju raya nan ado.. Akak kan mesken nak pose gambar nan ado camera..

Semalam akak masak bubur lambuk sbb mohd rafi bising sangat teringin nak makan. Mcm biasa bubur lambuk akak memang DELICIOUS!! **matila angkat bakul..

Resepi???

Rahsia....

***larikkkkkk!!

iklan