Wednesday, June 30, 2010

Come Back : Ramai gila manusia di klinik.

Selepas minggu lepas akak frust kerana x dapat check up. Dan isnin n selasa akak mengabeskan cuti yang ada. Akak pose2 pegi check up arini puiler..

Ampunnnn ramai gila orang. Pukul 1 baru dpt turn itu pon setelah akak pegi basuh keter dulu. Siap pegi beli makanan bagai...
Doctor kata perut akak mcm kecik. Tapi bila scan dia kata ok. Saiz baby tu sekitar 24-25minggu.

Berat akak adelah naik 3.5kg!! Doc kata AGAK NAIK BANYAK JUGA. Hasil melantak selama sebulan.. Apa tidaknya kalau jumpa kawan2 akak nanti theyolls buat statement:

'Makanla banyak2, kau kan makan untuk 2 orang...'
Kalau Mohd Rafi call atau message perkara pertama dia tanya ' Dah makan ke belom?'

Harussla berat akak naik uollss...
Okeh hasil check up:
Tekanan Darah : 98/59Berat ibu : 54.5kg
Berat bayi : 871g
Scan : heartbeat ok. Buah pinggang baby x bengkak, dan lagi skali adelah 'boy'. Ukuran semua adelah ok.

Kena cucuk ATT lagi. Tapi kali ni dah x berapa sakit.

---------------------------------Sepanjang cuti akak berjaya menyiapkan selimut, 2 kain bedung, dan 8 helai barut baby.

Bengkung untuk akak mak akak dah jahitkan. Rumah mak mertua akak ada mesin jahit tepi so senang sikit nak jahit benda2 tu semua.

Bawah skali color biru adelah selimut (guna kain kapas), bedung color putih (kain cotton jenis ape ntah). Bengkung 6 meter kain color pink..hahaha (cotton jugak), barut tuh color biru stripe putih (cotton ape ntah tp yg lembut sikit).

Punyala gigih, dengan tali2 barut tu akak jahit uolllss.. Last2 akak pose2 malas pegi kedai beli sajork tali barut yang putih tu haa...

Tapi akak pose2 coomel sbb barut baby tu color biru stripe..

Comel tak uollssss???

Sekian, akak saket pinggang naik bas dr johor ke serdang.

Friday, June 25, 2010

Update lagi dan lagi..! @24 weeks.

Frust sbb x boleh check up arini. So akak tepek gambar perut hari ini lah yek. Cukup 24 minggu. Ticker tuh adelah lembab nak update pastu lambat sehari. Akak ikut kiraan doctor la uollss..

Gambar dalam opis lepas bangun tido...Opppppssss!! Ntah kenapa makan nasik lemak je mesti ngantok.

Diam kau Cik Lee dan Cik Sha. Mak tau uolls bakal nak cakap mak propah dan sememangnya suka tido... Haha.

Nak citer pasal world cup nih uolllsss... Akak pose2 message Mohd Rafi bagitau akak sokong Portugal sbb Ronaldo seksi..
Pastu laki akak balas 'I x seksi ke?'

Akak pose2 jujur jawab ' X sgt. Ronaldo lagi seksi'

Dia reply 'Mmmm..'

Adekah bermaksud sentap dengan jawapan akak???

Ilot di Pagi Jumaat : Edisi sentap lite2..

Uolls... Akak dengan vangganya bangun pagi2. Breakfast. Makan acid folic n Iberet folic.

Amek buku merah pegi klinik.

Sexcited nak pegi check up 6 bulan la kaedahnya..

Sampai sana, budak yg jaga kaunter tuh bagitau:

'Doctor Rahaya xde. Cuti. Datang next week lah. Hari selasa'

Keji tau uolllss... Akak dah buat appointment 25/6 sekali je dia cuti daaa...

Tapi akak pon confuse jugak sebenarnya, selalunya check up appointment hari khamis. Tetiba bulan ni dia letak ari jumaat. Sah lah, Doctor Rahaya salah tengok kalendar.

So akak terus sentap lite2.... frust x dapat tengok baby arinih..

Terus pegi beli nasik lemak kerang bawah pokok tuh. Dia letak kerang sebeban sbb nak abeskan stock katanya.
Padahal akak nih bukanlah suka sangat makan kerang. Akak pose2 makan kerang sbb nak naikkan HB sajork..

Arini akak gantung kuali periuk kat rumah. Nan ado bawak bekal. Nan ado masak. Sbb ptg ni nak balik kampung takut x abes lauk2 ittew..

So, uolls semua x payah check blog inih (**pose popular) selama 4 hari kaedahnya....!

Selamat Bercuti!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 24, 2010

Wow!! Hebat...hebat....sambil tepuk tangan...

Update pagi dimulakan dengan berita Ariel Peterpon.

Hebat gila uollsss... Polis jumpa 32 video, 4 daripada tu adelah video dgn lelaki. Howwwww???

Memang stock semua dia sapu uolllsss asalkan boleh bayar bil air kaedahnya...

Lagi hebat okeh dari Tiger Wood. Kau ado Tiger Wood scandal dengan 32 org??

Yang akak heran tuh, dah buat scandal tu dah la.. Yang pegi rakam tu nak buat hape kejadahnya??

Nak feeling2 syok sendiri kah tengok aksi sendiri???

Aiyohhh...pengsan akak mcm nih!! Terus akak feeling2 geli nak nyanyi lagu peterpan di karaoke.. Cemana tuh?? Padahal dulu menjadi pujaan.. Kan CD Owner kannnn???

SUMBER KLIK SINI!
____________________________________
Lepas tu kan uollss... akak nak tergelak dengan gossip Fasha Panda tuh.
Paling best akak rasa statement Almy Nadia :

"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.

"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut.

Tak ke kau sentap kalau jadi Fasha Panda tu kalau baca statement tu???

_____________________________

Yang ke 2, dah 2 hari akak bangun tido kaki cramp. Tapi sebab susah nak tarikh ibu jari kaki sendiri. Akak feeling2 biarkan je sampai hilang sendiri.

Mohd Rafi ade ke suruh gesel ibu jari kaki kat meja solek. Takde maknanya!!!

Esok ada check up 6 bulan dan juga balik johor naik flight. Hahahaha.. Tak sabar!!

Wednesday, June 23, 2010

per'KEMBANG'an~~!

Lihat secara clockwise. Baju hitam tu adelah ketika 19 minggu. Yang paling recent(Gemok) baju kuning 23 minggu.

Walaupon sebulan je, banyak gila perubahan dalam perut. Kagum sebentar dengan anugerah tuhan.

Tapi perut akak masih dalam kategori comel gituuuu...

Nih akak nak citer pasal adik akak Tipot yang pregnant 4 bulan setengah tuh.
Semalam dia ada check up. Pastu lepas check up tuh dia pose2 call mak akak. Mak akak pon haruslah call akak..

Sejak dia pregnant, berat dia bukan makin naik. Tapi makin turun ye.. Dari 48kg, ke 46kg, skrg nih 45kg. Kau ado mcm tuh??

Haruss lah dia kena marah dengan mak akak sbb x nak makan segala.
Pastu HB dia turun dari 12 ke 11.6 ke 9.7, Mak akak pon membebel la dengan segala petir sambar menyambar...

Walaupon HB akak lagi teruk sebenarnya. Haha..Akak punya 9.3 sajork. Tapi akak makan ubat okeh. Adik akak tuh nan ado makan ubat.
Padahal bila orang sediakan makanan, sedap je dia makan. Bila duduk rumah sendiri malas kaedahnya nak masak.

Harusslah mak akak bising. Nasib baik berat akak nan ado turun walaupon nan ado lah naik.

Sekarang nih sbb berat dia asik turun je, Doctor suruh dia check up every 2 weeks. Rasainn laki dia cuti 2 minggu sekali hantar dia pegi klinik kaedahnya...

Pengsan mcm nih....!

Tuesday, June 22, 2010

Mari makan!!!!!!!!!!!!

Berikut adelah makanan2 yang wujud dalam opis akak:

1. wafer music tuh dah nak tinggal suku padahal baru beli semalam.

2. Kismis Tok guru (tak ori. Salah beli dan banyak bijik. Benci aku.). Sbb Mohd Rafi suruh makan sbb dia terpedaya kata2 Cik Lee yang makan kismis bagus time pregnant.

3. Nesvita 3 in 1 incase x sempat breakfast dirumah.

4. Biskut tiger. Last choice kalau lapar. Sbb aku x suka makan biskut pon.

5. Jajan cikedis -Dah 2 bulan x abes2 lagi

6. Asam janggut - Makan time boring.

Aku rasa bulan nih berat aku bakal mencanak-canak naik. Agak2 mesti lebih 3 kilo.. Xpe la kannn, naik untuk bulan lepas yang berat aku x naik sekali tu. Bolehhhhh kira mcm tu???

Sape yang paling happy bila aku gemok?? Mohd Rafi okeh. Dia kata 'xpe la... untuk baby..'
Mohd Rafi suka gila lah tiap kali balik rasa perut akak baby tendang2. Pastu siap dekatkan telinga kat perut. Ntah dengar bunyi apa akak nak ado tau.. Kalau ado stetoskop(cemana ntah eja dia) boleh jugak dengar sendiri.

Akak risau la jugak berat naik mendadak nih. Kang kena minom air gula pulak. Baik2 aku terselamat dari minum karang jadi pemecah tradisi record pregnant tanpa minum air gula family akak kang.. Kau ado record mcm tuh???

Lagi satu akak risau nanti muncol pulak strecth mark kalau berat naik mendadak. So far "BELOM" keluar lagi. Tak bermakna "TIDAK" okeh.

Kaki pon 'BELOM' bengkak lagi. X tau lah berapa bulan baru bengkak. Errr... korang berapa bulan baru bengkak??

Lepas makan perut rasa SENAK dan KETAT. Pastu nak bernafas susah. Jalan slow dah tak boleh laju2 mcm dulu.

Esok lah akak update per'KEMBANG'an badan dalam masa sebulan nih..! Nak baca journal pulak. Kang tak siap thesis aku before bersalin.

p/s ; Alhamdulillahh kontrak sambung lg. Dah keluar kat system.
p/s/s ; rasa mcm nak minum nescafe lah.

Monday, June 21, 2010

Sayang, nak makan durian?? + resepi lontong

Akak nak makan durian uolllsss...

Masa awal pregnancy tu kan Mohd Rafi x bagi makan sbb mak akak pesan kat dia durian nih panas.

Ok lah... Tapi akak makan jugak. Hahahaha... Kat rumah Filla masa tuh. 2 ulas je pon. Tu pon kena bebel dgn Mohd Rafi.

Pastu semalam akak nak makan durian. Akak tanya Mohd Rafi boleh makan tak? (**guna alasan baby...bolehhh??)
Mohd Rafi kata 'Tanya mak'
Akak lurus bendul tanya mak akak. Harrammmmm mak akak nak bagi.

Setitis pon dia x bagi makan okeh. Mak akak kata nanti kembar darah masa bersalin.
Minum air tebu pon dia kata nanti kembar darah (maksudnya tumpah darah la..)

Kalau mandi malam dia kata bersaalin kembar air. **lebih kurang air keluar habes baru nak bersalin lah.. kan sakit nak meneran kalau air ketuban dah xde.

Tapi betul ke tak. Akak nan ado lah tau. Perlukah akak derhaka?? Akak pose2 nak makan 2 ulas jahh uollss.. Tapi bukan mengidam. Tapi sebab tengok durian mcm sedap jahhh..


Ok. Next!! resepi lontong. Gambar nan ado. Kat camera phone Mohd Rafi.

1. Masak nasik impit
2. Masak sambal udang or sambal ikan bilis or ayam masak merah or kuah kacang
3. Masak lodeh:

Cara2 masak lodeh:

Bahan2:
kunyit, Bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis di tumbuk halus. (nak guna udang kering pon bolehhh).
Lada merah (hiris)

Santan cair. Dan pekat. Kalau guna santan kotak letak la air dalam 1 1/2 cawan.

Udang(suka hati nak letak ke tidak)

Kacang panjang, carrot, sengkuang, kubis, terung.

Tempeh, tauhu, kentang (potong kuib dah goreng basah -jangan garing sangat. Kang jadi saambal goreng pulak)

Pucuk tahu, su un - Rendam sampai lembik.

Cara2:
Masukkan bahan2 tumbuk tuh dalam periuk. Akak pose2 tumis guna olive oil. (perlu ke bagitau??). Masukkan udang.
Masukkan santan cair.
Masukkan sengkuang dan carrot.
Bila dah lembik sikit masukkan kacang panjang, kubis dan terung.
Pastu, masukkan lada hiris.

Pastu masukkan bahan2 goreng dan pucuk tahu dan suun tu.

Jangan lupa bubuh garam.
Ajinomoto tak payah letak sbb akak gerenti sedap... Kau ado overconfident.

Senang jeh uollss... Ala2 masak sayur lemak sajork...

Cuma yang menyampah tuh nak potong2 sayur tuh bagai..

SEKIAN, CHEF ILOT yang bawak bekal nasik lemak pastu ngantok nak mampos. Gigih nih bangaun pagi2 masak nasi lemak dan rebus ubi kayu.

Budak sekolah mana ntah nih??

Imej terbaru Mohd Rafi. Jangan komplen gambar gelap uollsss... Dah laki akak memang gelap nak buat cemana.. Tak koser akak nak photoshop bagai cerahkan.

Pengsan akak tengok. Dah macam budak samseng sekolah menengah ke ape ntah. Ntah dia feeling2 apa ntah masa potong rambut tu agaknya..

Hobi akak skrg nih ade mencekik... Skrg nih pon tgh makan biskut wafer music tu ha..

Kalau kat rumah keje aku makan ice cream mat kool..

Kejap lagi balik akak pose2 nak buat ais krim malaysia lah.. Sbb nak pose2 berjimat katanya..

:- Siapa2 yang balik johor atau ada kat johor sila lah datang kenduri lenggang perut yang sebenarnya kenduri kesyukuran kat rumah mertua akak di Felda Sg Mas.

p/s : Baju kurung ada 2 3 helai yang dah x muat.

Bye!

Sunday, June 20, 2010

It's not a big deal...

Akak rasa mcm kes Saiful Apek dadah mcm diexagerate kan oleh sesetangah pihak.

40g je pon jumpa. Bukan 400g pon. Not likely kes benjy lah.. Yang tu mmg kes besar. I think 40g still boleh forgiven lah..

Lagipon, dia bukan ada susahkan sesape dgn benda tuh unlike Fasha Panda yg suka buat kontroversi bukan2 melibatkan orang lain gituhhh..

And kes sultan brunei ceraikan Azrinaz tuh. Dalam blog gossip jadi ntah hape2.. Last2 bergaduh pulak pengomen2 malaysia dan Brunei pasal negara.

Ape kejadahnya?? Mcm dah xde keje lain lah diorang nih..

_______________________________

And semalam mak mertua akak call. Dia kata dia nak jahitkan bedung n barut baby. Sebab aritu masa Mohd Rafi datang akak suruh dia bawak balik kain2 yang akak beli tu. Sbb igtkan next week balik nak jahit sendiri je.

Sekali je semalam mak mertua akak volunteer nak jahitkan. Tugak mak aku pulak buat bengkung aku lepas bersalin nanti. Akak aku ada bengkung modern tuh, tapi aku tengok mcm x berkesan je... Aku rela pakai bengkung traditional walaupon kena lilit2 sambit ikat tiang.

Oh, 4 meter kain diperlukan untuk buat bengkung traditional. Akak beli color pink. Hahaha...

Aku ingat nak beli diaper bag color pink. Melampau tak agak2?? Ala..mmgla baby boy, tapi bukan dia pon yg galas beg tuh.. Kan mak dia.. So x kisah lah kan beli beg pink..

Lupa nak cakap, selimut baby pon aku beli kain kapas jahit sendiri.

Akak kan pose verangan nak DIY... Nasib baik mak mertua akak dan mak akak dua2 tukang jahit.

Okeh. Nak gi makan ais krim mat kool.

Saturday, June 19, 2010

Perempuan yang perasan gemuk atau memang gemok.

Nampak ticker tuh? Dah 23 weeks okeh. Tak lama lagi dah masuk 3rd trimister.

Eh, lupa nak cakap. Mohd Rafi dah balik Johor semula. Dia datang sehari je. Naik moto dari Johor. Abeslah dia pulas minyak nak bagi laju.

Mohd Rafi ada imej baru. Nanti lah akak upload gambar.

Aku rasa aku dah gemok. Aku rasa perut aku setiap minggu semakin besar. Mohd Rafi kata perut aku dah menenggelami breast aku. Bolehh mcm tuh??


Mcm biasa gambar di lokasi yg sama. Tetaapppp pintu toilet terbukak. Ape nak jadi nih??? isk..isk..

Uolls x rasa akak dah gemok ke uolllsss???

Xpelah, at least bulan nih punya check up berat akak bakal naik x macam bulan lepas. Sekilo pon x naik.

Nantilah akak buat perbanding dengan gambar2 minggu lepas..

Friday, June 18, 2010

Suprise!!!

Akak tengah masak lontong semalam. Tiba2 Mohd Rafi call. Akak ingat nak bagitau dia x jadi datang.

Tapi...

Nak bagitau dia dah kat Bangi.

Rumah bersepah uolllss... Tapi motiff akak nak kemas pon x sempat. Akak pose2 sambung masak lah...

Pastu dia sampai2 (naik moto).. terus membebel sambil kemas meja. Pastu menyapu satu rumah. Laki kau ado balik2 menyapu sampah???

Tapi sebab telinga akak dah kebal. Akak pon buat tak kisah sajork sambil sambung masak. Motiff akak dah lapar dan puasa sibuk nak mengemas?? Haruslah makan lagi penting uollsss...

Tapi akak pegi Jalan Sentul. Mohd Rafi nak beli barang Motor. Akak nak terkencing. Pastu akak drop je Mohd Rafi kat situ dan pegi Esso depan.

Sekali je jalan sehala uollss kat situ. Howw akak nak patah balik??

Akak main jalan sajork dan akak sesat. Akak call CD Owner nan ado angkat. Akak call Cik Lee pon sama.

Sekali je tetiba akak masuk Lebuh Mehameru. Tetiba sampai Tugu Negara. Cemana tuh? Padahal tugu negarra ittew akak x pernah jejak pon.

Call Filla pulak. Filla suruh masuk Jalan Kuching. Tapi akak termasuk Jalan Raja Laut.

Uollss tak rasa mcm nak maki diri sendiri kah??? Tetiba akak sesat sampai ke Pudu pulak??

Motifffffffffffffffff??????

Mohd Rafi dah calling2 akak tanya kat mana. Mula2 akak tipu cakap jalan jam. Pastu akak bgtau akak sesat. Haruss lah dia bising uolllsss...

Selepas sejam setengah pusing2 jalan KL ittew. Dan mengabiskan minyak kereta, baru lah akak jumpa Jalan Sentul.

Keeejihhhhhh!!!!!!!!!!!

Thursday, June 17, 2010

Janji manismu.....

Mohd Rafi kata nak datang tapi nan ado tanda2 nak datang pon.. Keji tau...

I have some good news today:

1. Kawan akak yang sopan santun akan bertunang next week. Tapi akak nan ado boleh datang sebab next week juga akak ada kenduri lenggang perut (bukan lenggang perut pon.. tapi lebih kurang kenduri kesyukuran sajorkkk) kat rumah mak mertua akak. Ye, rumah mak mertua akak bukan rumah mak akak.

Mak akak mula2 nak buat saing dengan adik akak yang gedik tuh. Tapi dah mak mertua akak offer diri dia pon ok sajork sbb boleh jimat duit katanya.. Haha..

2. Writing chapter 1 dah siap. Tapi on paper lah. Belum type balik. Chapter methodology in progress!

okeh..tu jah good news for today!
_______________________________________________

Esok 23 weeks. Yeay!!... Next week check up sorang2 setelah 5 bulan check up akak paksa Mohd Rafi temankan.
Nama baby dah ada. Untuk lelaki dan pompuan. In case tetiba scan balik jantina girl pulak ke..

Combination of initials R and F. R tu sbb Rafi. F tu nama akak lah Fa*ilah...**mati aku kalau ada student google nama aku.

Tapi gaduh dulu okeh baru dapat nama tuh. Motifff Mohd Rafi nak anak dia semua ada R kat depan?? Abes akak yang mengandungkan nih xde nama lah?? Chantek sangat kann??

So, we settled with Mohd R F la mcm tuh... Walaupon aku tetap x puas hati sebab R ittew didepan. Tapi pasrah jah uollssss...

Yelah uollss.. dia nak ikut mcm family dia semua guna huruf R didepan. Pastu family akak nama kan caca merba, widahwati, herman, Fa*ilah, sarypah dan sebagainya..

Pastu motifff nak ikut family dia jah??
Akak nak letak nama khawarizmi tau uollsss tp dia x bagi sbb 'K' di depan ittewww... Keji sangatlah...

Tu lah dia uolllsss... Pasal nama pon boleh gaduh okeh.. Tapi xde lah sampai baling2 pinggan ke hape.. Campak2 henpon ke hape...

Yang penting... akak panggil dia tetap dengan nama F di belakang.. Boleh??? Baby suka je kan??

Wednesday, June 16, 2010

Daddy, bila nak datang ntah!

Benci tau Mohd Rafi nih... Tau lah bengkel tu xde sape nak jaga. Takkan cuti sehari pon x boleh kannn???
Akak suruh tutup sehari pon x nak. Takut sangat customer dia lari.

Akak dah beli dah barang2 baby. Beli sikit2 lah uollss.. Kang terberanak pengsan pulak nak beli sekaligus.
Barut yang dah siap dah beli 3, Baju dah ada 2, Diapers mat, wipes, cotton, set mandian, towel segala.

So, Fila and Fizi, Uolls yang terdekat dengan I, Kalau bulan 8 ke atas nih I call malam2 tuh silalah bersiap sedia datang rumah I angkut bakul dalam bilik store okeh??

Seram okeh dengar cerita orang bersalin yang bleeding. Sebab ada komplikasi boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Dah la akak baru je dengar citer kawan akak, yang akak ipar dia meninggal semasa bersalin. Cuma anak dia dapat diselamatkan. Of course lah abang dia sedih uolllssss...
Wife bergadai nyawa untuk bagi zuriat.
Baby tuh family kawan akak jaga.
Kesian kannn??

Mohd Rafi kata dia nak datang esok. Tapi akak rasa dia saja nak bagi harapan palsu Janji ManisMU Aishah kat akak supaya akak tak psiko hari2 message dia tanya bila nak datang.

Abes tu orang lain datang at least seminggu sekali ke 2 minggu sekali ke.. Ini konsep dia sebulan sekali. KEEEEEEJI LAH!!

Perut akak dah besar akak rasa comel gituuu.. Kau ado rasa perut kau buncit comel Cik Lee???

Masih belom ada strecth mark. Tunggu masa dan ketika sajork dia nak muncul. Sapu lotion secara pukal sambil berkata kepada baby ;
'Baby, doa2lah perut ibu nih xde strecth mark. Kalau x nanti ayah tak sayang ibu...'

Psiko tak??

Baca surah yusuf banyak2 dengan harapan anak aku hensem. Bolehhhh??

Tengok citer korea banyak2 dengan harapan anak aku putih. Bolehhhhh???

Tapi apa yang Allah nak bagi, akak terima sajork..!

Being pregnant pon dah syukur alhamdulillah....

Tuesday, June 15, 2010

Aku...aku..dan aku..!

For those reading this entry and trying to contact me through phone. Aku telah tertinggal henpon dirumah. So if you have my celcom number, you can reach me using that no.

--------------------------------------------

Ok lah.. somehow I'm so annoying with school friends.

Yela, nak buat reunion pastu asik tukar tarikh memanjang. Last2 bijak nak mampos pilih tarikh dekat dgn tarikh bersalin aku.

Adekah aku nak pegi??

Jangan Harap okeh. Lagipon time skolah dulu pon bukan aku rapat sangat dgn budak2 kelas aku pon. Aku rasa diorang poyo. Aku rapat dengan 4 5 org sajork dan pompuan lah.
Yang lain kawan aku adelah budak2 Voccay electronic sbb sama2 merompak soket plug kat bengkel electronic sambil pura2 amek air semayang bila pak guard nampak. Mcm harammm perangai..

Yela uolls.. mentality budak2 kelas akak masa tuh sangatlah berpandukan kechantekan dan kepandaian. Harusslah akak manusia paling serabai kan dalam kelas tuh?

Tapi akak rasa berbaloi juga lah aku tidak lah memuja sangat lelaki2 kelas akak tuh walaupon ada jugak yang kachak. Kerana mereka semua sudah menjadi 2 3 kali ganda size plus membawa perut yang berupa kandungan 7 bulan. If you know what I mean.

Most of the comment I received in FB adelah, diorang kata I've changed so much. Ye.. dulu aku serabai nak mampos sampai ko nak tengok pon x selera kann??

I think my true friends really are kawan2 hostel yang berperangai mcm setan ittew dulu. Still the same.

And perangai budak kelas aku juga still the same gilakan pangkat.

Ade ke reunion tuh kalau setakat nak buat kat PD, pot luck pulak tuh. Siap tubuhkan 'Seketariat Awam'??

Poyo tak korang rasa??

Setakat organized benda mcm tuh akak boleh buat sorang uolls.. Dan seketariat yg join adelah ajk2 gila kuasa sewaktu skolah... Hahahaha...

Dan, akak telah sound direct like I care, akak cakap akak x nak pegi.

Lebih baik aku gi jumpa kawan2 setan masa sekolah aku tuh.

Ye, mentality kita berbeza.

X jadi kudis pon kalau akak x pegi reunion itteww... Lebih baik aku pegi Ilham Beach Resort dapat jugak makan free.

Monday, June 14, 2010

Yeay BCL dah pulih...

Yeay, dah boleh bawak jalan2 BCL.

Td petang Fila bawak Abg bob bengkel kat sinih tu tengok2kan keter. Dia buat jumping boleh start. Padahal kaedahnya sama mcm yg kitorg buat semalam.

Rupanya wayar jumper tuh x sama.. x boleh beli yg murahan uollss nanti x hidup..

So, td ptg mintak tolong Cd owner amek kat U**M, pastu singgah kedai sparepart. Beli batery baru RM140 dan kepala bateri tu RM5.

Pastu gi bengkel tu Abg Bob pasangkan.

Akak tanya 'Berapa?'

Dia jawab 'Berapa2 pon boleh.. RM5 je lah..'

Akak bagi RM20. Logikla kan xkan nak bagi RM5 je. Dia pon berniaga apa.. Tapi dia amek RM10 sajork..

So, sesape nak pegi service keter pegi lah situ... Hijrah Auto kat Desa Pinggiran Putra Kajang.

Terima kasih Filla. CD Owner dan Abg Bob.

Masih lagi tidak boleh.....

ooo... keter masih lagi tidak boleh start uolls..
Akak sedih!!

Semalam akak pegi Al ikhsan dgn, fila,fizi dan aini**matila haku... oppss Amin... Tetiba Fizi borong banyak uollss.

Dan tetiba akak jumpa kawan akak masa kat surrey uollss... Dyana n Amril. So, akak pon tanya la dia guna breastpump apa.

Dia kata mula2 dia guna avent manual. Tapi mcm susah nak keluar susu bila pump. Last2 dia beli brand yang murah je, tolly joy. X sampai seratus dia cakap. Senang je nak keluar.

So, akak pon pose2 nak beli breastpump murahan kaedahnya..

Tapi sebelum akak sempat beli breastpump akak kena melayan keter akak ittew dulu. Ntah berapa kena agaknya nak hidupkan keter tuh..

Baby, tunda next-next month lah ibu beli breast pump. Tunggu sale sbb ibu miskin...

BCL yang chantek, Tolonglah hidupkan dirimu sebelom tuanmu inniew menjadi papa kedana bulan inih.. Dah la gaji bulan nih dapat cheque okeh. X masuk dalam bank.

Lagi satu yg akak pening adelah kontrak U**M akak nih expired bulan nih. Dan hantar surat dah sambung kontrak. KJ n Dekan dah approve. Tapi pejabat pendaftar x bagi pon lagi akak surat sambung kontrak..

Apekah yang akan terjadi nanti????

Dah. Nak tulis methodology. Bye.

Sunday, June 13, 2010

Bila BCL buat hal..

Kereta kenari kesayangan akak BCL ittew telah buat hal dengan x mau start hari ini.

Sebenarnya semalam dah buat hal tp akak usik2 wayar dah ok dah boleh start dan jalan2.

Hari langsung x boleh. Try buat jumping batery pon x mau jugak..

Esok lah panggil mekanik datang rumah...

Haishhhhhhh....................!

Saturday, June 12, 2010

That was the memory....

Of course I still mourning with the lost of my harddisk.. In fact, akak nih uolllss still x boleh menerima kenyataan harddisk yang besar ittewww boleh hilang.. And sometimes I'm getting angry with the fact it lost. Gone with the memory in UK.

So, ada la jugak yg upload gambar kat UK di FB. Tapi cuma ada 2 la gambar akak..

Gambar raya. Gemok weh masa nih. Dont mistaken yang depan kedua kiri tu adelah Dayang Nurfaizah puilerr... Yang lain mostly dah jadi mak orang dan bapak orang.


Ini selepas solat raya dia quiet centre. Akak nan ado dalam gambar sbb bangun lambat. Pastu, mcm org gila bersiap sbb theyollls semua semayang theyolls terus serbu rumah akak sbb rumah akak terdekat kaedahnya..
Nasib baik la akak dah siap masak malam nya... (pagi exactly...)

please...please my hard disk.. Show yourself..

Patutkah akak pegi jumpa bomoh utk mengetahui dimana letaknya harddisk kesayangan akak ittewwww??

Pic credit to Abg Bob.

Friday, June 11, 2010

Gossipp!!

Akak tidak lah dengan niat mahu bergossip..

Tapi kadang2 bila baca one particular entry tuh boleh jadi laughing stock pon ada jugak..

yesss, ITA, ko x nak ke buat entry slimming lepas bersalin and size seluar kau sekarang walaupon kau tidaklah menggunakan corset yang mahal ittewww..

Kelakar okeh. Kelakar.

Lepas tu cerita sekali ko berapa banyak duit dalam bank ko berserta dengan slip gaji supaya bila perompak jumpa kau senang dia nak rompak duit2 mu yang banyak ittewwww...

**************************

Okeh ke second, Gossip yang kelakar adelah Gossip twitter Fasha Panda.

Hampir semua blog gossip citer pasal tuh okeh.

Tidak ke kelakar bila kau sibuk menafikan yang ko berchenta dengan orang itteww, Bila Tizz Zakiah call pagi2 buta ko naek hangin??

Aik??? Kata kawan sajorkkk... X kan lah Tiz x boleh nak masuk line???

*******************************

Okeh ke Third,

Video Luna Maya and Ariel.

Walaupon dah obvious gila tu video theyolllss... tetappp statement artis2 :

'itu bukan saya, Superimpose tu..'

Kannnn?? Tapi tidaklah akak kesah sebab dua2 orang ittew bukanlah isteri atau suami orang.
Luna Maya tu pon non muslim. Ariel tu akak x pasti.

********************************

Ada2nya benda2 mcm nih menyebabkan hari ku terhibur la jugak kaedahnya.............

Should I??

a) balik johor

b) Pegi bercuti ke PD (nanti jumpa pakcik aku pulak, pastu kena singgah rumah dia pulak)

c) Tenang fikiran di pantai buatan putrajaya yang 5 minit dari rumah

d) Keluarkan duit emergency simpanan dan shopping. (mcm banyak sangat je duet haku)

e) Duduk je la rumah weekend nih tengok astero sampai lebam.

Please vote.. and please dont ask why!!

Thanks.

Tapi personally aku rasa pegi cameron balik hari pon best jugak. Yang x bestnya aku x pernah pegi cameron jadi aku tak tau jalan. Sekian.

Thursday, June 10, 2010

Rasa macam suck up gila lah..

Akak rasa mcm nak balik Johor. Mcm bosan lah duduk sini.

Nak naik bas takut kena maki dengan driver bas karang asik mintak berenti kenching je.

Nak drive banyak sangat kos minyak+tol.. Membazer duit aku je nanti.. Lebih baik aku buat beli breast pump ke barang baby ke duet tu dari membazir.

Nak naik flight, aku malas la nak nyusahkan orang nak mengantar aku pegi LCCT tuh. Lagipon bukan semua orang free nak pegi hantar aku tuh nanti.

Aku balik johor pon bukan sbb nak jumpa laki pon. Aku nak beramah mesra dengan mak aku. Boleh jugak makan sedap2 dan goyang kaki kat rumah. Boleh gituuu???

Kadang2 rasa arini mcm nak lempang orang. Sebenarnya kalau aku balik johor pon masalah aku bukan selesai...

Tapi at least boleh release tension betul tak??

Xde ke sesape nak balik johor akak nak tumpang uollss... Tapi uollss jangan maki akak tau kalau akak asik mintak berenti kat hentian sajork sbb nak terkenching kaedahnya...!

Wednesday, June 9, 2010

Going strong and weak!

Baru balik dari rumah Fizi membuat acara membuka hadiah beramai2..

Sorry uollss... I nan ado bagi hadiah sbb Iols miskin hina nan ado mampu beli hadiah tuala RM279.. Iols cuma mampu bagi kasih sayang kat uollss gituuuu...

Nih statement ikhlas okeh. Bukan statement keji.

Nak tengok gambar terbaru akak tak??
Chantekkah akak nak letak gambar akak selalu??

okeh.. Ni adelah gambar @22 weeks.. **sebenarnya 21 weeks and 6 days... Tapi suka hati akak la nak convert ke 22 week terus..



Ni kat rumah Fizi. Baru je tadi paksa Fila amek gambar. Kau ado orang x nak amek gambar kau tapi kau paksa???
Meja sebelah akak duduk tu meja mahal uollss dari Italy katanya..
Konsep hiasan dinding adelah konsep bijikkkk!!!! **matila haku..

Akak sebenarnya tak happy tapi malas lah nak meng'emo'kan diri tak pasal2.. Lagipon kalau kau tak happykan diri kau sendiri ado orang nak happykan kau???

Dah la.. nak pegi baca majalah Pa&Ma yang baru. Babai!!

Tuesday, June 8, 2010

Penyakit Lupa yang Kronik...

Uolllssss nak tau...

Akak punya penyakit lupa dah kronik uolllsss.... Akak pon x faham sbb pregnant ke sebab akak tido banyak sangat????? haaaaa??

meh akak listkan perkara2 merbahaya yang akak lupa:

1. Akak pegi The Mines, pose2 parking keter. Pastu feeling2 pegi shopping kain bengkung. Balik2 tengok rupanya akak x kunci kereta okeh... Dah la ada laptop dalam tuh. Kau x ke rasa nak beristiqfar saat tu juga??

2. Akak pegi pasar. Barang2 letak kat bonet. Pastu feeling2 parking masuk dalam rumah. Kunci Pagar. Bukak bonet amek barang2 beli kat pasar tuh.
ESOK PAGI...
Akak tengok bonet terbukak. Akak x tutup bonet kereta uollllssssssss!!!! Dari petang semalam ittew membawak kepada esok paginya..

3. Sabtu lepas kan akak feeling2 pegi Damansara. Feeling2 akak dah kunci mangga pagar rumah sekali. Balik tu akak carik2 mana kunci rumah kaedahnya...
RUPA-RUPANYA.....
Kunci tersangkut kat pagar tu dengan mangga2 sekali..

Mujur xde perompak masuk rumah akak okeh..

Akak citer dengan Mohd Rafi dia kata:

'Lain kali u letak nota sekali kat depan pagar tuh. 'Rumah ni xde orang... sila lah masuk...''

Keji kan Mohd Rafi???? Siapa suruh dia tinggalkan akak sorang2.. Dah akak asik lupa je..

4. Semalam akak puasa, pastu akak feeling2 nak makan aiskrim.. Walaupon ujan kaedahnya. Akak singgah kedai mamak. Beli ice cream. Dalam keter terus bukak plastik nak makan baru teringat, Puasa uollllssssss...

Haiyohhhhh... nasib baik la akak nih cuma membawa kenari sajork.. Kalau Honda dah lama kena rompak uolllsss keter akak..

Ape la nak jadi dgn akak nih uollllssss....

Monday, June 7, 2010

Fuhhhhh....

Baby, please hold youself... Lagi 3 jam je okeh Mummy nak buka puasa..

**ntah baby yg lapar ke mak dia???? Haaaa...

Does anyone have any knowledge about Vector Quantization??? Mainly VQ split. Akak nak buat literature review tapi x cukup reference je..

Masalahnya ialah, aku x tau banyak sgt pasal VQ split nih. In fact the matlab code pon aku amek dr internet. Sbb, aku tulis code sendiri ala2 hampeh je nak run.

Experiment pon dah siap. Cuma nak untuk thesis writing nih kena la tau banyak pasal VQ split nih eventhough ianya bukanlah main research aku,

Main research aku adelah speech based on spectrogram images. But VQ split tu gunanya untuk comparison method sajorkkk...

Now, aku fening uolllsss....

Adekah kau faham??

Latest.....

@ 21 weeks... **abaikan tudung dan seluar color mismatch. Abaikan jua pintu toilet yang terbukak. Jahanam betul amek gambar main sembarang..

Ada perubahan x perut akak?? Ado? ado?

Arini pose2 puasa ganti. Gigih akak bangun pukul 5 masak bagai. Takut lapar okeh kalau x sahur. Pastu tengah hari tengok blog makanan rasa mcm sedap je.. Hampeh tak???

Berbalik kepada cerita 21weeks.

Akak nan ado la pernah kena sembelit ke susah nak berak ke sepanjang pregnant. Akak memang stok membuang hari2.. Takde la akak makan buah hari2 jugak. Air pon xde la minum banyak sangat. **eh eh..berlagak nanti kang esok2 aku kena sembelit padan muka.

Sejak berurut aritu, dah xde sakit bawah perut. Jua nan ado sakit pinggang dah bila berjalan. Ala..acik zarah tu pon xde la urut sangat. Dia urut sikit2 sajork.. Dia cakap urat akak tegang.. Tu jahhh...

Apesal aku malas sangat nak tulis Thesis nih??? Why?? why?? why???

Aku jumpa breast pump little bean murah sajork Rm190. X tau la bagus ke x. Tapi idak la aku beli.. Survey2 sajork...

Sabtu lepas akak pegi Damansara. Keluar dr pukul 2 dr rumah. Sampai rumah balik dekat pukul 11 kot cam tuh. Tapi I had fun!.. Kalau tak sabtu sangat la bosan dok melepek kat rumah sajork. Tapi plisss Cik Lee, lepas nih mak tobat nak pegi Damansara.

Last but not least: Happy Birthday to Fizi!

Sunday, June 6, 2010

Rossi fall, Mohd Rafi kecewa...

Rossi accident semalam uolls... Patah kaki.

Terusss x boleh race arini.

Doc cakap it takes 6 week to recover. Tapi bergantung pada x-ray selepas 6 weeks tuh.

So, Rossi will be miss 3 race in 6 weeks tuh termasuk harini..

Harusss la Mohd Rafi keciwa.. Sbb Rossi nan ado la boleh mengekalkan kejuaraan dunia dia tahun innieww...

It think this year is Jorge Lorenzo year. He is only early 20's anyway. Still long way to go. I think he is the only racer who could beat Rossi..

Farewell Rossi!!

Mujur akak x beli tiket Motogp sepang lagi.. Lagipon dah dekat timee beranak motifff nak tgk motogp???

Kesiannn u Bang, Racer pujaan u x pasal2 cedera. Kan I dah cakap, lebih baik jaga I kat rumah yang dah nak beranak tuh.. Tahun ni tengok TV je la yek..

Saturday, June 5, 2010

Spoiler!! : Lagenda Budak Setan (**Jangan baca kalau belum tengok)

Ok uollls akak dah tengok citer ni td petang.

Keseluruhannya akak rasa citer ni x best. Mungkin filem CINTA dan SEPI lagi feeling dari movie nih.

Citer ni adelah ala2 falling in love in the first sight kaedahnya.

Paling akak menyampah ialah cameraman dia yang tukang amek gambar itteww... Motifff gambar semua closed up nak mampus pastu sampai muka pelakon2 tu tinggal suku je nampak??

Akak tau la Farid tu tinggi, Lisa tu rendah sikit. Fokus la jauh sikit.. Perlu ke nak amek gambar dekat2 nak mampus sampai nampak pipi sajork dan jerawat segala???

Pelakon2 tambahan nampak x neutral berlakon.

Lakonan Que Haidar sangat MELETOP mcm biasa..

Mengurangkan lagi feeling tengok cerita ni dengan kehadiran mak bapak yang membawa anak yang baru berlajar bercakap ke panggung wayang.
Setiap babak tanya mak dia kenapa??
Kenapa dia nangis?
Kenapa dua2 nangis??

SETIAP BABAK OKEH DIA BISING SAMPAI HABIS!

Jadi kurangla feeling menonton.

Part last Ayu meninggal ketika melahirkan adelah sedih.. Sbb akak pose2 bayangkan diri sendiri di dalam keadaan itteww..

Kesuluruhan, gambar dia adelah sangat spoil dan menghilangkan mood.

Lagu OST adelah BEST.

Akak bagi 2/5. Sekian.

Friday, June 4, 2010

Peristiwa gagal dimalam hari..

Kau pernah tengah2 masak tiba2 gas abes??

Akak td malam kena uolllss... Dah la pukul 10 malam masa tuh. Nan ado lah kedai bukak kaedahnya..

Mujurla akak bijak bertindak. Sambung masak guna rice cooker lah. Apa lagi kaedahnya kan??


Hasil mangsa keadaan. Mee sup campak namanya. Guna Mee Lidi. Yang penting sedap uolllsss..

Kau ado puji diri sendiri masak campak2 sedap??

Pastu nasib baik ada coffee maker. Masak la air guna coffee maker kaedahnya..

______________________________

Akak pose2 beli kain nak buat bengkung tradisional kaedahnya. Pose2 nak jahit la balik kampung. Pastu mak akak cakap mesin jahit rosak la pulak.. Cancel plan.

Yang paling verangan barut pon nak jahit sendiri. Pastu mak akak carut, beli jah kat kedai.. Sah2 murah sajork..

Akak ala2 pening nak beli barang bayi. Mcm banyak je... Akak nak mintak simpati lah kat akak ipar akak, mana tau boleh guna anak dia punya ke.. Lagipon anak dia kan dah besar..

Akak ingat strelizer tu mcm x perlu beli lah kot. Skrg nih ingat nak beli baby coat **betulkah aku eja?? sbb akak x confident lah nak tido sekali dgn baby memandangkan akak suka tido pusing2. Dan bapak dia pulak tido suka melebihi garisan yang dibenarkan..

Nantilah akak buat list satu2.. Cepat angkat tangan sape nak belikan tilam? bantal? tub mandi? baby coat? stroler? baby car seat?

Yang Benar,
Bakal Ibu miskin.

Wednesday, June 2, 2010

Uollss chantekk kannn?????

Uollss semua tak nak ke buat BEAUTY SECRET Of 2010 punya entry lepas tu kan,

letak barang2 kechantekan uolls yang mahal2 ittew berserta harga sekali...

Ala2, satu barang dekat seribu gitteeewwwww....

Kannnn????

Akak lari dulu uolllssss!!!

Tuesday, June 1, 2010

No,do not change the date plisss...

Alkisahnya, ingat tak doctor cakap perut akak dah naik mcm pregnant 6 7 bulan sedangkan akak baru 5 bulan??

So, mak akak bawak la akak pegi jumpa acik Zarah saje je nak urut. Akak nih takutla jugak pregnant2 nih nak urut. Tapi akak nih asik lah nak terkencing setiap 10 saat okeh. Kalau 10 minit boleh tolerate lagih..

Statement mak akak ialah : ' Alahh... mak dulu time mengandung semua anak pegi urut. Hidup je sampai sekarang semuanya..'

Okeh akak percaya kata2 mak akak. Motifffff nak melawan kata2 ibu???

So, acik zarah urut lite2 sajork. Dia kata urat akak tegang dan tak bagi angkat berat2. Bagaimanakah akak tidak mengangkat berat2 sedangkaan akak duduk seorang???

Lepas tu dia tengok perut akak dia tanya 'Dah 7 bulan kan??'

Akak jawab ' Baru 5 bulan..'

Acik zarah ittew tersangatla musykil sbb dia kata perut akak dah naik mcm orang pregnant 7 bulan.

Okeh. Faktanya. Perut akak kecik tapi dah naik mcm org pregnant 7 bulan. FAHAM???

So, acik zarah ittewpon berkata2 yang kemungkinan besar akak bakal bersalin ujung bulan 8 paling lewat awal bulan 9..

HOWWWWW?????

Oh, baby, janganlah keluar awal sangat. Ibu bercadang nak beli barang2 baby bulan 8 nanti kang, tunggu dividen okeh. Nanti ibu beli baju cantek2..

p/s : Kawan akak uollss masa wife dia pregnant 5 6 bulan Doc scan anak lelaki, sekali je dah 8 bulan pregnant nih Doc scan anak pompuan pulak.. Cemana tuh????
Haruskah akak beli jugak baju pink?????

Rasa bengang!

Korang tension tak baca paper hari2 citer pasal orang buang bayi??

Akak tension uollss... Xde apa2 perasaan ke diorang tuh buang bayi suka hati. Orang lain nak pregnant punya la susah diorang sedap2 je buang.

Ape agaknya perasaan diorang tanam bayi tuh tepi sungai la... tepi komuter la.. buang kat bus stand la..

kalau nak buang, time pregnant sebulan 2 tu buang lah.. Masa tu budak tu x cukup sifat lagi.. Nih bila dah beranak buang merata2... Ko hengat tu anak ayam???
Kalau x nak sangat bayi tuh, meh bagi kat aku nih.. kalau tak pon register je la kat jabtan kebajikan masyarakat...

Kesian budak2 tu.. Dah comel2 gebu2 semua yang diorg buang tu..

Korang nih yang buang2 bayi nih, lebih hina dari binatang.. Mak Ayam tu pon tau sayang anak dia...

Heh, Emo sungguh akak memikirkannya tau..

iklan