Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Flaming Steamboat.

Di hari kejadian Mohd Rafi nak belikan purse ittew, Boss Mohd Rafi ajak makan2 dia belanja.

Since dia ajak makan kat Shah Alam area hicom tu. Akak pon mengambil kesempatan untuk berjumpa Huda kawan akak masa kat surrey dulu nak bagi cookies.

Gila punya lama aku berjanji nak bagi tak tak jugak bagi. **munafik sangat kau kannn??

So, ni baru la aku bagi. Sorry kerol. Sorry huda!

Ada sesapa kawan surrey akak yg baca blog akak ni tak???
Saja nak bgtau Huda is 8 month pregnant dan bakal melahirkan bulan 3 nanti. Nanti kita sama2 pegi tengok ye..

Nak tak Mader?.. Eh Mader, Zalanee add aku kat FB ko suruh kaaa??? **gituuuuu larik tajuk.

Eh, berbalik kepada Cerita perenggan atas, Boss Mohd Rafi belanja makan dihari jadi Mohd Rafi.


Budak kesayangan Apak dia nih, kalau nak suruh diam kasik dia makanan. Kalau makanan dia dah abes dia buat la perangai memanjat keluar baby chair tu.
Biskut fingers itu adelah makanan Pahat.

Harga buffet steam boat dekat Flaming ini adelah 26 hengget satu kepala.

Di hari kejadian akak sorang pompuan. Lagi 6 orang adelah lelaki. Mula2 akak nak pose2 amek gambar, tapi setelah theyolls mengutuk meja sebelah mengambil gambar ramai2 lalu terbantut niat suci murni ku itteeewwww..

Steamboat dia adelah biasa jah. Tak berapa sedap sangat. Akak lagi suka seoul Garden.
Makanan lain ok jah.

Akak dengan Mohd Rafi banyak makan dim sum dengan makanan goreng2.

Walaupon akak cakap akak tak nak bg hadiah. Tapi akak beli jugak hadiah uollss... Walaupon Mohd Rafi nan ado pon feeling2 bagi hadiah birthday akak.

So, akak beli la sling bag sebab dia sibuk kata nak pi indon sling bag dia tu kecik sgt nak sumbat barang.

TAPI... akak beli beg ni hasil dari duit dia jugak lah. Pagi tu dia bagi 100 hengget beli lauk. Ala...beli lauk untuk seminggu tak sampai 50 hengget uollsss... So lebihnya akak belikan dia hadiah, walaupon duit minggu lepas dia bagi ada lagi..

Clust tak akak?? Jadik housewife ni kena la pandai2 nyorokkan duit gittuuuuuu...

Monday, January 16, 2012

Suami saya suka membebel..

Aiyoooo...bangun2 pagi weekend Mohd Rafi membebel kat akak rumah tidak berkemas. Atas meja penuh..

Hellooo tau tak kenapa semua barang aku letak atas meja??

Sebab kalau aku letak bawah nescaya anak dia capai2 pastu bawak pegi depan..

Gituuuuu alasan orang malas mengemas.. Akak malas lah mengemas konsepnya pastu Pahat tukang sepah balik. Akak koser nak buat keje 40 kali dalam sehari.

Eh, tapi akak suka memasak. Kemas memang akak malas.

Pastu Mohd Rafi kata, 'U kan dah tak keje..bla..bla..bla... kemas la rumah...bla..bla.. Pahat...bla..bla..blaa'

Tu diah... ingat orang tak keje tak busy kah???

Lepas membebel dalam keter dia ajak akak pegi Jusco.

Pastu dia cakap 'U cari la purse murah2 untuk u, I belikan'

Gituuuuu... masalahnya purse murah akak tak berkenan uolllsss... ***matilah tak sedar diri dah mesken. Lepas pilih2 dan belek2. Akak tak beli ponnnnn.

Akak cakap dengan Mohd Rafi. 'Nanti beli kat JPO lah, I ada tengok purse Charles n Keith murah'

Camtuh kann??

Pastu kan uollsss... akak pegi Jusco pakai selipar jah. Pastu dia PAKSA akak beli selipar baru. Dia kata dia malu akak pakai selipar besar.

Keji nak mampus kannnnn???

SO, akak beli selipar kat BATA. Dia lah bayar, sapa suh aku tukar selipar kannn??

Padahal duet aku ada je.. cukup la kalau takat nak hidup 2 bulan tanpa gaji.

Akak nak bgtau, birthday Mohd Rafi akak nan ado buat kek bagai sebab dia bukan makan!!

Dah 3 birthday dia aku buat kek harammmm dia nak makan.

Pastu kan uolllsss jalan2 kat Shah Alam akak mintak dia belikan kabinet dapur yang bertutup ada pintu. Ala...yang murah2 RM100 tu jah... **banyak permintaan kau yang miskin ni kannnn?? tak sedar diri kannnnn???

Pastu dia cakap kan'
'I boleh nak beli kan kabinet dapur tapi u kena kemas..bla..bla..bla.....'

Terus terbantut niat akak okeh.

Last2..akak cakap. 'Elehhhhh....setakat RM200 i ada laaaaa'

Gituuuuuu, dah miskin lagi berlagak kannnnn?????

Akak nak mandi dulu uollss... Akak nak pegi carefour carik hadiah Mohd Rafi. Walaupon dia keji dengan akak kaedahnya.

Sunday, January 15, 2012

Manusia lalang.

Eh?

Sapa?

Akak lah uollsss...

Tadi feeling2 sangat nk buat choc chip. Pastu tetiba malas. Howww??

Eh, uols tengok tak Mr Labuci kat TV3 tadi?

Ala, Cik Ta berlakon pakai baju sendat2... Cemanala dia bernapas pakai baju kurung sendat nak mampus macam tu?

Eh, tu bukan point citer tu, citer tu pasal husband dia tak keje dan wife dia berkerja tanggung keluarga.
Sampai satu tahap wife dia dah hilang respect sampai menengking2 husband dia.

Gituuuuu?? akak pon pernah jugak laki akak tak kerja, takde sampai mcm tuh pon uollss... Lagipon Mohd Rafi tak keje pon dia tak mintak duit akak. Dia buat keje2 sampingan jugak repair moto kat rumah. So ada la jugak duet dia.

Akak lagik suka apa laki akak duk rumah jaga anak time akak keje. Dari anta kat taska yang ntah hapa2 kannnn??

Korang ingat senang kah lelaki nak duduk rumah mcm tu jaga anak??

Walaucemanapon lelaki kena la tegas dengan isteri. Jangan lembut sangat macam cerita tadi ittewww sampai wife boleh menengking macam tuh.

Akak paling2 pon sentap2 gituuuu jah. Tak berani uollls nak tengking2.. Kang hado kena penampar. Dah la laki akak garang.

Eh, arini birthday Mohd Rafi. Tapi dah pukul 1 pagi tak balik2 keje lagik.. Malas ah nak tunggu. Nak tido uollsss...

Monday, December 19, 2011

Tak dapat hadiah pon...

uollss, nuffnang nan ado kasik akak tiket wayang free pon..
Motipp?? Adekah akak tak populer?? **kannnn??

Hadiah birthday nan hado sangatlah. Akak opis kasik akak bodyshop set perisa strawberry. Dah selamat akak try.

Ha.... Mohd Rafi kasik apa kannnn??

Dia kata dia takde duet. Sebab pegi jakarta katanya...

Akak cakap ' Bagila hadiah berupa jam tangan licorne ke..'
**pose2 cd owner.

Mohd Rafi kata ' Kalau ada duit jangankan licorne, jam gucci pon i boleh belikan..'

Camtuuuu kannn???

So, yang dia beli kat Jakarta tau tak apa??

Teh sorso untuk akak!, sebab akak tanya aritu, 'sedap tak?'

dia kata sedap! Jadi dia bawak balik 2 botol dengan 2 kotak teh uncang. **masih tak sedar diri low hb lagi mau minum teh.

Lagi dia bawak balik air coke and fanta yang dalam botol kaca kecik tu. Takde kat Malaysia katanya... Takde sangatttt kannn??

Tup...tup...semalam berjalan kat Jonker Walk, berlambak jual!! Merasa!!

Pastu dia belikan anak dia baju 2 helai.

Pastu belikan akak baju. Walaupon akak meragui taste dia tapi akak tak la cakap apa2...**mtaila kena carot. Sebab nanti dia dah taknak belkan akak apa2 pulak kannnn??

Nanti akak amek gambar baju lah. Malaslah.

Pastu akak tanya berapa hengget, 80rupiah atau rm50. Akak rasa baju mcm tu kat Malaysia boleh dapat lagi murah uolllsss, sah2 laki aku kena tipu tauuuu.

Nasib baik saiz betul... kalau takkkk harusss akak carot lagik.

Thursday, December 15, 2011

Akak sudah kertu uolllsss

Arini 16hb akak dah masuk 30 series..

Merasa uolls lepas dah beranak nih exercise sikit badan sakit2.

Arini akak masuk treasure hunt Fakulti. Wakil 6 orang perjabatan.

Akak MENANG uollss.... Hebat tak team akak?? Yang penting akak berjaya naik kayak dekat tasik fakulti walaupun hakikatnya akak nan ado reti berenang.

Tapi, balik rumah sakit2 satu badan hokeh. Gara2 berlari kesana sini. Mula2 jah berlari. Lepas tu dah penat jalan jah.

Fakuti akak tu dah la besar, jauh jugak berkejaran kesana sini. Kalau hari biasa harammm kau nak berjalan, Akak naik keter jah pegi lab.

Pastu petangnya pegi check up Pahat. Nasib baik akak tak kena maki dengan nurse sebab hilangkan buku check up dia. Diorang kan ada record kat sana.

Ramai pulak petang nih yang check up anak. Pahat dok jalan ke sana sini tegur baby2 lain.

Anyway, berat dia tak banyak pon naik. 200g jah. 10.2kg.

Ok la. Kang obese kang susah pulak dah besar nanti dia nak diet.

Ok. Last. Happy birthday untuk diri sendiri.

Akak mungkin mesken takde duet, dan bakal nan ado kerja tapi akak ada husband dan Pahat, I'm happy enough! My life is complete.

Tuesday, October 18, 2011

Pics : Birthday Pahat

Ampunnn uollss akak malas nak upload gambar kannnn?? Padahal laptop 'sewa' dah ada dari last week..

Awas ye!! Gambar banyakss.

Mula2 letak gambar makanan dulu. Makanan semua adelah home made.

Kek besday Pahat yang comel bersaiz 9' sajork.. Menyebabkan emak dia kena maki dengan adik dan akak aku yang datang sebab buat kek kecik..


Portugese egg tart. Yang buruk2 adik akak temok yang buat. Nanti akak kasik resepi yeah. Kalau korang dok sibuk buat pavlova gua putih telur, kuning telur tu simpan buat tart nih.


Cream puff aka profiterole aka choux pastry. Nanti akak bagi resepi jugak. Kawan Mohd Rafi sibuk suruh aku buat hari2.. Motipppp??? Ni pon custard filling dia akak guna vanilla beans dan egg yolk.


Ni Red Velvet lah.


Ni Pavlova yang korang dok sibuk2 nak buat kat blog tu kann??


Menu utama. Gigih akak beli set buffet bulat tu. Gigih tawar kat apek tu menjadi Rm75. Mula2 susunan macam ni. Sekali je bila akak keluar rumah tengok dah kedinding semuanya. Takde org lain yang serajin Mohd Rafi dok sibuk alihkan. Set buffet ittew semua harta sendiri uollss jangan speku itu pon sponsor okeh.


Ungkep kebesaran ilot. Eh tapi ni bukan aku masak. Resepi carik kat ilots kitchen belah kanan tu.


Sambal udang (Mohd Rafi gigih siang udang buang kepala ekor. Kalau aku sah2 aku kerat guna gunting jah kepala dgn ekor tuh). Sambal goreng jawa.


Laksam. Errr...korang nak resepi jugak tak?? **matila kannnnn senang gila nak buat.


Macaroni sup. Jangan tanya akak resepi bukan akak yang buat. Tanya Filla.


Decoration yang simple untuk emak2 yang malas nak pikir tema.


Apak mithali. Dokong anak sambil penyapu.


Zakir menyerundul. Larikkk! Gelaran emak aku kasik sebab dia terejal sikit. Tapi paling rajin kalau disuruh okeh. Ada jugak good point dia.


Tetamu:


Kak ifa. Hanya mampu mengambil gambar belakang dia. Boleh?


Acik oren dan Tunang beliau. Kenapa makan sikit sangat uollss??


Filla, fara dan sepupu2 beliau. Nampak tak Fara yang short hair tuh? Gigih okeh kuruskan badan, jaga makan, pegi gym. Sekarang dia dah kurus dah dan badan dia firm tak lembik sbb dia pegi gym. Nampak tu Fiza?? Nampak??

Tiba2 akak malas nak sambung. Nanti bila akak rajin.. Tunggu part 2 yeah...

Monday, October 10, 2011

Pahat is one already!

Mula2 sekali, terima kasih buat Shilla, acik oren, aisha, fiza, filla dan kawan2 yang memeriahkan majlis harijadi Pahat yang tak seberapa tuh pada hari sabtu lepas.

Terima kasih juga buat hadiah2 dan angpow2 yang diberikan, dengan itu juga duit Pahat sudah selamat akak belikan emas dinar buat kali ke-2. ***pahat lagi kaya dari emak.

Gambar tak dapek nak upload selagi laptop belum betulkan.

So, menu hari sabtu tu adalah:

Nasi putih (akak pose2 beli beras basmati okeh)
Ayam ungkep - emak akak masak. Kalau cik sha datang harus dia hentak2 kaki suruh akak masak jugak kaedahnya.
sambal goreng jawa
sambal udang

Laksam - Abes licin.

Macaroni sup - Sponsor dari Mama Filla.


Dessert:

Red Velvet
Pavlova
cream puff
portugese egg tart - Tukang habeskan anak sedara aku Zakir. Siap suruh emak dia buat hari2 dia nak bawak bekal pegi sekolah tapi emak dia nan ado oven. Howww??
Agar2 - Sponsor dari Mama Filla jugaksss..

Air sirap - Sponsor dari Mama Filla jugakkkksss

Khemah + Pinggan mangkuk + Sudu Garpu - Sponsor dari Mama Filla lagikkk...

***matikla banyak sponsor kennn

Pastu malam2 bakar ikan keli+ ayam kampung - Sponsor dari Mama Filla lagikkk dan lagikkkk

**pengsan banyak sponsor kannn??

Kek Birthday Pahat merupakan kek american choc saiz comel 9 inci sajork.

Balik keje Mohd Rafi maki akak:

'Kek Umno boleh buat besar2, kek Pahat kecik ni je???'

Boleh gituuuu???

Dah tu kan, ada carrot cupcake aku tak keluarkan dr dalam fridge sbb tak sempat frosting. Dah tu sampai ke hari ni ada lagi kek itteww..

Nanti lah akak menumpang kasih kat laptop sesiapa transfer gambar birthday Pahat.

Tungguuuuuuuu!!

Wednesday, October 5, 2011

Plan of Menu.

Menu utama akak tak fikir lagi. Matila kann korang datang makan dessert sajork???

SO, akak plan dessert ado, tart nenas untuk CW.

CHoc chip untuk Cik Lee

Red Velvet

Carrot cake

Pavlova

Portugese Egg Tart

;
:

Tamak tak menu dessert aku???

Itu pon kalau sempat la uollsss... Kalau tak sempat merasa makan buah tembikai sajork!!

Kek Pahat akak decided nak buat american Choc cake. Decoration macam haram pon nasib la kau kannnnn???

Byeeee! Nak pegi lab microP.

Thursday, December 16, 2010

My birthday and my 2 old month son check up..


Yeeee.... Arini hari jadi akak okeh.

29 this year.. Harapan la sangaat nak dapat hadiah ke apa..
Farhat tuh dah cukup lah ada.. Bolehhh???

Cake pon nan ado uolllsss.... Sedih tak dah tua2 nih celebrate birthday..

Arini jugak appointment check Debab Pahat 2 bulan.

Berat dia 6.1kg, sebenarnya aku tengok 6.2kg, tapi apesal nurse tuh baca 6.1kg akak pon nan ado tau..
Panjang dia : 61cm, naik sikit ke sebab last month dah naik kaw2 panjang dia.

Time cucuk dia sibuk nak tido. Tapi tak nanges, jerit sikit je.

Yang akak heran tuh Nurse tu bagi paracetamol. Dia suruh bagi Pahat minum sebaik sahaja lepas cucuk. Supaya tak demam katanya. Perlu ke bagi weh?? Akak baca baby bawah 6 bulan tak perlu bagi ubat-ubatan kannn??

Wednesday, June 9, 2010

Going strong and weak!

Baru balik dari rumah Fizi membuat acara membuka hadiah beramai2..

Sorry uollss... I nan ado bagi hadiah sbb Iols miskin hina nan ado mampu beli hadiah tuala RM279.. Iols cuma mampu bagi kasih sayang kat uollss gituuuu...

Nih statement ikhlas okeh. Bukan statement keji.

Nak tengok gambar terbaru akak tak??
Chantekkah akak nak letak gambar akak selalu??

okeh.. Ni adelah gambar @22 weeks.. **sebenarnya 21 weeks and 6 days... Tapi suka hati akak la nak convert ke 22 week terus..



Ni kat rumah Fizi. Baru je tadi paksa Fila amek gambar. Kau ado orang x nak amek gambar kau tapi kau paksa???
Meja sebelah akak duduk tu meja mahal uollss dari Italy katanya..
Konsep hiasan dinding adelah konsep bijikkkk!!!! **matila haku..

Akak sebenarnya tak happy tapi malas lah nak meng'emo'kan diri tak pasal2.. Lagipon kalau kau tak happykan diri kau sendiri ado orang nak happykan kau???

Dah la.. nak pegi baca majalah Pa&Ma yang baru. Babai!!

Friday, January 15, 2010

@ 30 not 20th anymore..

Happy Birthday untuk suami, Mohd Rafi. Semoga Allah merahmati perkahwinan kita, semoga dimurahkan rezeki zuriat dan harta yang banyak ***tak boleh blah wish mcm nih. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik tahun ini. Dan semoga happy.

So sempena birthday beliau, akak telah membuat kek semalam.


Cup cake nih untuk celebrate dirumah sajork.. tiup lilin kat rumah la uolls.. Kalau buat kek yang besar membazir je tak makan..

Eh, jap... gelap pulak..

Ha...yang ni untuk beliau bawak pegi kilang.. Beliau suruh letak general JANUARY sbb ramai yang celebrate birthday January kat Dept dia... Tulis nama satu2 tak cukup space lakss..

Anyway, design nih beliau tak suka sbb mcm kanak2.. Tapi ado aku kesah???

Actually, nak letak la choc m&m, nak bagi colorful sket, pastu lupa nak beli. So howww??? Guna buttercream jahhh...

p/s Hadiah postpone ye banggg.... hik..

Friday, January 8, 2010

Nak buat2 lupa boleh tak??

Birthday Mohd Rafi 15hb nih uolllss..

Tapi akak pose2 nan ado budget untuk beli hadiah bagai boleh tak uolllss..

Akak nak pose2 bagi kaseh sayang sajork.. sbb tu yang penting kann???

Oo.. Tapi Mohd Rafi dah request suh buat ciskek. Dia nak bawak pegi tempat keje dia.
Nasib baik cream cheese ado lagi kat rumah. Aritu akak beli 2kg. Merasa akak dah plan nak buat toblerone ciskek.
Resepi ciskek suka hati akak.. Gituuuu...

To Mohd Rafi : Happy 30th(30 hokehh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!) birthday, moga2 cepat bagi I anak.. Boleh gituu??

Wednesday, December 16, 2009

Hari ini birthday ilotzzzzzzzzzzzzzzzzah!!

Wah...arini gue sudah 28..

Semalam akak siap text Mohd Rafi:

'Jangan lupa beli hadiah birthday i..'

Kau ado mcm tuh??? Ado akak kesah ikhlas atau tak.. Yang penting akak dapat hadiah.. Boleh gitu main paksa2???


so, Mohd Rafi belikan akak..........................................................


Vontot sape la yang leper gila tuh..???

Dia belikan akak jeans.. Tapi longgar...Howw??? Akak kan saiz 26. Dia pegi beli 27. Tapi boleh pakai lagi.
Next week hantar kecikkan pinggang lah.. Seluar chap Levi's. Apesal ntah levis malaysia mahal nak mampos??

Akak tau sebab apa dia belikan jeans. Sbb dia slalu komplen jeans akak londeh la... hape la... akak kan feeling2 gumuk pakai saiz 28 tapi nan ado muat. Tiap kali dia komplen akak jawab:
'U belikan la I seluar.. jangan komplen je..'

Ha..nasib baik reti pon belikan..



So, hadiah untuk diri sendiri adelah.. aritu dah beli awal2..

Oversize bag by Charles n Keith. Murah sajork sbb akak pose2 membazir beli bag mahal2.. RM65..

Sape nak bagi akak hadiah lagi pasnih akak nak camera dlsr.. **matila verangan..

Arini orang2 bertuah dapat cheese cake dari akak. Harap2 sedap la akak pakai brown sugar tuh.. Gasak korang la kalau tak sedap..

Time kaseh kepada yang wish. **matila 3 orang jah.. Mohd Rafi td malam akak kejut suruh wish dia pegi membuta.. Kejii tau!!!!!!!!!!!

p/s : Programming overlapped dah settle. Lagi 1 step programming sajork.. Cepat juga aku siapkan.. uhuuu..

Tuesday, November 24, 2009

Lelong...Lelong!!!

Semalam akak dapat flyers uollss..

Bank nak lelong rumah kat kawasan akak duduk nih.. Starting price from RM35k. Ada satu rumah yang akak interested tuh starting price RM38265.

Akak feeling2 nak beli uollss.. Sbb murah kan. Tapi mana nak dapat downpayment 10% itteww untuk booking kan??? Kaedahnya akak nak konon2 kuar kwsp tapi tak boleh gituuu.. kena bayar guna bank draft kaedahnya..

Takpe la noks... Bukan rezeki akak.. Lagipon bank memang slalu lelong rumah2 kat sinih pon..

Aha..rumah kat Johor tuh dah lulus dah loan. Tapi nama akak sorang jehh... motifff nanti aku kena kuar kwsp sorang2?? Nama mohd Rafi black list sebab dia volunteer guna nama dia masa kawan dia beli barang kat Eon kredit pastu tak bayar dan pastu menyusahkan aku.. Boleh tak mcm tuh??
Pastu, akak terus pose2 tak nak rumah tuh kalau guna nama akak sorang.. Motiff sangat nanti kalaau jadi apa2 aku kena tanggung sorang2 la kan hutang rumah tu?? jangan harap okeh!

Dah. akak tak nak carut banyak2 hari nih.

Akak sentap nih uollss.. Akak tanya Mohd Rafi:

'Bang, I punya birthday bulan 12 nih. Nanti U nak bagi hadiah apa?'

Dia jawab:

'Hadiah apa nya?? Duit tak de..'

SENTAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Next life nak kawen dengan orang kaya lah.. **matila statement tak nak kalah..

p/s: tetiba kenapa bil tepon aku ada -RM50?? Siapa yang bayarkan RM50?? ke maxis baik hati bagi aku debit RM50??

Tuesday, November 17, 2009

a month to birthday.

Weh.. lagi sebulan okeh nak masuk birthday akak ke 2-lapan.. **matila tua!

Akak harap ada orang yang baik hati nak kasik akak hadiah tahun nih.. Paling koman pon kasik la cheese cake ke..**matila nak kek mahal.., mixer ke camera dlsr ke.. **tetapppp..

Nak harapkan Mohd Rafi kasik hadiah memang tinggal harapan jeh uolllsss... Harapan sangatss dia nak bagi akak hadiah..

Akak feeling2 nak balik kampung sempena birthday akak lah. Akak nak pose2 celebrate kat pantai Desaru.. howww???

- siapa reti nak block orang dari baca blog aku, sila angkat tangan!

Saturday, November 7, 2009

Kaya la tokey Emas macam nih..

What the F??

Harga emas naik lagi?? Baru je last week aku tengok 916 = RM127,

guess what, arini jadi RM134 !!

Abesla Mohd Rafi kering...

Eh, ape kena mengena dengan Mohd Rafi plak??

Sebab.... aku dengan special requestnya mintak Gelang atau Rantai Emas untuk hadiah birthday.

hahahaha... Ntah dapat ke tak tu agaknya....

Mengapakah aku mintak EMAS?? sebab, kalau nak tahu cincin risik, cincin tunang, cincin pemberian mak aku masa lepas aku balik UK semua dah takde..

Memang la sayang masa nak let go. Tapi terpaksa lah.. Paling sayang cincin mak aku bagi. Wah.. rasa nak nangis sekarang!!

Lagipon, aku tak pernah mintak apa2 pon dari suami kann.. sumpah! Nafkah sendiri pon aku tak pernah mintak.. So, aku mintak emas sebagai ganti EMAS yang dah takde tuh.

Weh, sebenarnya aku teringin mixer kitchen aid.. Ni yang rasa nak buat keje part time pulak!! Ade tak yang nak jual mixer kitchen aid terpakai bawah RM500.. **matila kan tetap nak murah jah..

Esok dengan Ahad Mohd Rafi OT okeh.. Jadi aku patah kaki la nak jalan2 tak boleh.. Dia bawak keter Bunga. Minggu ni pon tiap2 hari dia OT kecuali arini blehhh??

Alasan dia sebab nak tengok NurKasih... Bolehhhhh???

Semoga Mohd Rafi cepat kaya dan boleh belikan akak EMAS... Dapat pingat EMAS pon boleh la asalkan EMAS.. Anak emas pon akak rela amek.. pisang emas tak nak sebab murah...boleh gitu???

Jangan PAYUNG EMAS sudah... Akak tak rela uolllsss!!!

Monday, May 25, 2009

Happy Birthday!!

Happy 2nd Birthday to ICAH!!!!

Nanti mokde balik mokde bawak kek speacial yeah?...

p/s : CiMB sgt suck arini untuk membayar segala jenis bil.. Mentang2 arini gov gaji..

Monday, February 2, 2009

self made cake..



Sebelum tu, akak nak wish:

Happy 55th Birthday To Mak.. 2/2/1954
Happy 24th Birthday to Tipot .. 3/2/1985


Happy 5th birthday To Zakir (anak sedara akak).. 3/2/2004


So, sebagai meraikan birthday diorang akak dgn adik akak, Temok. Buat 2 biji kek. 1 untuk mak akak dgn Tipot. 1 lagi untuk anak akak yang nakal nak mampus.. Tangan berbalut pon main panjat2 lagi.. Mintak2la anak akak nanti x mcm tu.. **merasakan pose2 doa awal2.. motifff sangatsss

Kek ni akak yang decorate. Yang bawah ni adik akak Temok yg buat.. jelek banget kan??

Akak tau kek akak tu memang jelek bangett uollss... Akak xde piping bag dgn nozzle bagai.. So, akak pose2 guna plastic clear putih jehh.. Miskin kan akak?? Tapi xpela uollss..yang penting kita kena KREATIF...Sebab tu la sepesen je uolls decoration.. Kalau ada piping bag merasa akak buat bunga bagai.. **matila berlagak tapi nan ado..
Decoration guna Buttercream. Cara buat buttercream senang sajork... Pukul 150g butter cream, 150g butter, Bila dah kembang, masukkan 150g icing sugar yang dah diayak sedikit demi sedikit.. Kat internet pon banyak uollsss resepi buttercream.. Motifff malas nak search?? **matila tetiba maki2 orang...
P/s : Bila dah balik Mantin bosan pulak.. Tapi Supervisor akak dah bagi assignment pulak...

Wednesday, January 14, 2009

The 29 birthday!

HAPPY 29th BIRTHDAY TO MY MOHD RAFI!!!
semoga dimurah kan rezeki, dipanjangkan umur, semoga dikurniakan zuriat untuk kita dan semoga sabar dapat bini sewel mcm i...***larikkkk!

Soory uolss...akak over excited sikit... Kesian mohd Rafi, akak xde disisi dia untuk celebrate birthday..

Tunggu je bang, nnt I balik raya cina kita celebrate besday.. masa tu I dah x period dah..**matila lucah..

ha..korang semua, x kan baca je?? cepat wish!!!

p/s : i miss you mohd Rafi!!

Ilot Sewel..

Akak bohsan nih uollss.. Akak sangat meroyan hari ini.. Pegi kedai kat Mantin ni carik Buttercup. Motiff RM4.50 seketul??? Akak rasa x puas hati terus drive ke kedai Vanilla Pastry Kat Bangi. Bayar tol RM1.40 beli 2 buttercup 500g =RM6.20... **matila akak kemaruk buat kek.

So, akak tengah buat kek lapis Mocha.. **suka2 hati akak je buat resepi baru. Kau ado kreatif mcm akak?? **matila riak padahal x tau lagi kek jadi ke tak..

Akak rindu la dgn Mohd Rafi.. Ni la bini orang meroyan ingat kat laki... motiff sangat kan?? Dah la masa Mohd Rafi datang akak x boleh bermesra secara berlebihan. Apatah lagi melakukan aktiviti penggulingan secara hebat. Akak PERIOD. Cedera parah >ayat Mohd Rafi. Boleh lite2 sajork.. lite2 x best uollss... **matila akak berlucahan dalam samaran..

Akak rindu nak main lawan2 nyanyi dengan Mohd rafi.. **matila sewel..

Nanti Mohd Rafi nyanyi 'Rambut u yang kembang bak naruto, hidung mu yang pesek... pipi mu.. yang bla..bla..bla..' ***matila x ingat lirik lagu Mohd Rafi..

Pastu akak nyanyi ' Kulit mu yang gelap bak arang kena bakar...la....la...la..'

Nada lagu tu sila buat sendiri... ***matila korang x paham motiff entry akak hari ini.. akak pon x paham..

Eh, ESOK 15.1.2009. Adalah hari jadi MOHD RAFI KE 29. Tua gila kan 29?? **matila x sedar diri tua jugak.. So Mohd Rafi adalah CAPRICORN sama mcm Arhe CIK MAR... Pastu Cik Mar sama cam akak SAGITARIUS.... Cik mar, jom kita nyanyi... Kita serupa...kita serupa!!! **matila gila lagi...

Dah..akak nak pegi tengok kek akak jadi ke x ni...

iklan