Tuesday, December 9, 2008

Semua Yang Tenat..

---TENAT 1---

Hari jumaat dapat call dari Pakcik aku bagitau Nenek sedara (nenek aku dgn dia adik beradik) dan tenat kat Hospital suruh melawat. Kat Hospital Melaka. Rumah dia kat Muar.

Nak pegi. Tapi mak aku x tau jalan dan aku pon ingat2 lupa. Ade yang sesat 2 beranak pulak karang nih..

Balik rumah. Raya Haji. Jalan2 cari nangka muda. Tiba2 teringin nak makan. Rembat kat rumah pakcik aku kat Lok Heng.

Malam tadi dapat call Nenek sedara dah meninggal. Dah pukul 11 lebih. Call semua makcik2 aku, diorg ckp nak pegi lepas subuh. Aku jadi driver. Tapi sampai Muar je. Pastu aku pass mak aku kat pakcik aku sbb aku nak balik Mantin. **gila derhaka sehhh!!... Aku ajak Mohd Rafi, dia kata dia kena keje.. Ok. Suka ko lah!..

Oh... makcik2 aku punya subuh pukul 5.40 betul2 lepas subuh. Aku punya subuh 6.40 waktu biasa aku bangun subuh.. Mestilah aku kena maki sbb lambat!!..

Hasil rempitan sejati. Sampai Muar pukul 10 lebih. Jenazah baru nak di sembahyangkan kat surau sebelah.. Nasib sempat. Ramai sungguh orang.


---TENAT 2---

Ada sesapa keje company US? atau company dia supply barang untuk company US?.. Kawan aku keje Flextronic kata ramai yang dah kena VSS. Kilang Wester Digital pon sama tenat. Abang ipar aku tempat kilang dia keje supply barang kat Flextronic, dari 6 hari seminggu keje jadi 5 hari seminggu. Sekarang dah jadi 4 hari seminggu je. Yang ada anak bini tu nak makan apa? belum masuk hutang kereta... rumah lagi... errr... credit card lagi....

Adakah anda merasai kesan Ekonomi Global??

Tapi.... kerajaan Malaysia buat promosi Jualan Jimat Malaysia.... Cemana tuh???? ***larikkkkk!!!

iklan