Tuesday, April 29, 2014

Baju Raya.

Sibuk je kan beli baju raya.

Puasa x habes ganti lagik. Adoyai..kalau akak tau akak nak pregnant sambil loya2 pening2, akak dh ganti puasa siap2.
Apa nak di kata..... skrg subuh start pukul 3 habes pukul 5. Maghrib pukul 8.20pm. Mampooo x agak2 puasa.
Nanti kan time puasa summer. Buka pukul 9 lebih. Pengsan emak.

Eh, berbalik pada baju raya. Akak pon feeling2 jugak nak berbaju raya walaupon time raya tu perut dah kedepan.
Akak dok tengok2 la jugak fashionvalet.com ala2 baju raya ready made from designer. Tapi mahal la pulakk... Yang Saiful Baharim tu ok lagi, akak suka jugak dalam rm300 to RM400. Yang designer lain memang Ya Ampunnnnnn mahal gila akak rasa. Pastu design biasa2 je harga RM799! Pitammm!! Ready made je kot.

Akak nak tggu Rizalman punya baju raya ready made. Pastu akak tahun lepas suka baju raya Arma Couture. Chantek sgt. Tapi akak kan dintis serta mesken x kuasa la haku nak beli baju raya sampai Rm500. Tp kan yang Arma punya baju raya tu akak rasa berbaloi la jugak kalau nk beli sbb design dia chantek sangatss.

Tahun lepas akak ada la jugak feeling2 nak beli baju jovian Mandagie kat Tesco. Tapi dah gi fitting 4 5 baju. Cutting dia x berapa chantek. Terlalu panjang sampai meleret2. And kain agak nipis. Compare dengan Rizalman punya ready made yang akak beli 2 tahun lepas, cutting memang chantek terletak kat badan. Labuh memang ngam2. So akak suka Rizalman punya ready made.

Tahun ni akak usha2 poplook. Sebab pregnant, jd akak pon sedar diri. Beli lah baju dress longgar2 je. Beli jugak blouse. Best gila poplook. Dah la free delivery pastu murah pulak tu. Lepas order, 2 hari dah sampai. Bukan sampai uk tp sampai malaysia ke rumah adik aku. Haros dia menerai baju aku dulu. Baju poplook hasil Paw laki akak sbb dia janji nak belikan baju pregnant. Ok la tu. Beli 2 baju tak sampai GBP30.

Ha baju ni kann sebab kembang2 mmg la sesuai pakai time pregnant.

Dengan dress ni. Adik aku kata buruk. Biarla asalkan laki akak approve. Boleh gitu.

Yang penting sesuai dengan budget. Ntah bila nak pos ke uk akak pon tak tau.

Yang penting sekarang ni uolls. Nak membeli kena la berdasarkan budget yang kita ada. Biarla pakai baju 10hengget pon asalkan tak berhutang semata2 nak memenuhi nafsu.

Sekian. Kejap lagi kena check up kat spital. Nyampah tau asyik ulang alik spital jek.


Sunday, April 27, 2014

6th anniversary.

Anniversary akak dan mohd rafi adalah 6.4.

Tapi kaedahnya uollss akak lupa. Laki akak pun lupa. Howww?

Hari khamis 10hb baru akak teringat, Eh, arini 10hb, bukan ke annivesary 6.4?

Kannnn? Dah tua2 dah lupa. Akak pun ala2 dont bother gituuu.

Akak cakap dengan Mohd Rafi, 'Bang, I rasa i nak anak 2 je dah la. Maximum pun 3. Tak larat la tua2 nak mengandung nak layan loya2 pening2 lagi'

Sekarang dah 13 weeks alhamdulillah dah kurang sikit. Hopefully boleh focus kat phd. Aku pon risau la asyik loya2 pening2 nak buat keje pon x boleh. Harap2 sempat siapkan 1 project before deliver sbb sv plan nak hantar pegi conference kat Malaysia. Aku dengar kat Malaysia akak kena bayar sendiri pon akak sanggup uollss. Gituuu... Doakan akak berjaya gituuuuu..

Akak rasa bersalah sbb sv akak baik memahami tp kejadian pregnant loya2 muntah2 x disangka. Progress pun slow. Haih.

Akak plan nak cuti 3 bulan maternity. Lepas 40 hari pantang nak balik Malaysia cuti bawak baby. Dah alang2 nak cuti tu. Tapi kena discuss dgn sv dulu cemana boleh ke x.

Tu semua cuma plan je.

Pastu x tau caner visa baby. Akak confuse lagi.

Thursday, April 17, 2014

Update on Thalasemia and midwife

Baru lepas jumpa community midwife iaitu Sam. Lepas seisi dgn community midwife akak pegi hospital pulak seisi kaunseling bersama Karen.

Gitu la nyah kalau dua2 carrier thalasemia, your life will be busy go back and forth to the hospital.

Masa dengan Sam dia completekan borang, tanya history pregnancy and delivery Pahat. Dia tanya berapa lama kat labour room. Akak cakap 2 jam kat labour room from 12am to 2am. Tapi dah pegi hospital utk saringan since 10pm sbb water broke. Pastu dia suh citer kejadian masa tu. Pastu since beranak normal and easy labour dia kata. Padahal aku meneran pahat tu bagai nk gila. Sam suggest akak beranak homebirth.

Wah. Akak excited dengar. Yela uollss orang Malaysia beriya nak homebirth tapi x boleh. Sam kata nanti masa 34 weeks midwife akan dtg rumah check keadaan kita and baby cemana. Boleh ke x homebirth. Lepas tu nanti dia akan bawak tub ala2 kolam budak2 mandi tu kot, nnt beranak la dalam air tu. Pastu nanti baby akan di vaccine lepas tu. Sama mcm kat hospital jugak. Midwife akan bawak semua kelengkapan termasuk hearing test.

Jangan tanya akak cemana diorg buat hearing test nyah. Akak x tau. Tapi it's good to hear i be able to opted for homebirth this time.

Akak pulak dah feeling2 la nak homebirth. Senang la kan, kalau x aku pi hospital kang Pahat sapa nak jaga?

Ni buku check up diorang. Semua dia tulis dalam tu.

Pastu suprisingly HB count aku untuk pregnant kali ni, yela uolss untuk pembawa thalasemia ni hb mmg selalu low. HB akak 112. Kira ok la. Masa mula2 check up pregnantkan Pahat HB akak 7.9. Akak suspect kat uk ni susah kau nk dpt makanan2 merapu tepi jalan. Jd time malam2 ptg2 makan buah. Salah satu sebabnya adalah akak loya2 pening2 so makan buah membantu reduce kan loya tu. Kat malaysia wahhhh mmg la best kan lapar2 je gi kedai beli goreng pisang ke mcD ke...
Tertekan aku orang upload gambar makanan sedap2.

Result semua dalam bentuk surat. Pastu dia tampal kat dalam buku tu.

Ok. Citer thalasemia counseling kat Hospital dengan Karen. So dia bawak masuk 1 bilik caunseling. Dia explain pasal thalasemia. Dia tunjuk gambarajah semua. Pastu dia suh aku translate kat Mohd Rafi pulak.

Pastu dia kata x semestinya akan ada anak major thalasemia kalau both parents are carrier. Ada kes dpt anak 6 tp enam2 tu normal. So dia kata 25% chances. Seperti dalam entry dibawah yang akak tulis.

Kalau korang baca website malaysia, rata2 diorg tulis thalasemia major boleh hidup sampai 19 tahun je sebab terlebih iron dalam badan sbb blood transfusion. Tapi karen kata kat UK ni ada yang thalasemia major boleh hidup 50 to 60 years mcm org normal. Karen kata tapi apart from kena blood tranfusion every 3 to 4 weeks. Treatmentnya ada drug untuk buang iron lebih dalam badan. So parents biasanya akan diberi machine dan akan dilatih untuk guna machine tu sbb parents yg akan pasang benda2 tu kat anak dia. Sbb machine ni ke pasang kat major thalasemia 5days per week 12 hours per day.

Dengar mcm ngeri. Tapi mcm tu la org yg thalasemia major survive kat uk ni.

Pastu dia bagi option untuk check baby dalam perut ada thalasemia ke tak. Dia akan cucuk carum dalam perut amek sikit air ketuban pastu sample tu akan dia hantar ke lab. Tapi ada risk nya. 1 of 10 chances akan miscarriage. Sbb dia kata ada parents yang kata, ala anak aku ada thalasemia aku nak gugurkan je kandungan.
Tapi karen kata ada parents yang regret buat test tu sbb it turn out the baby is normal tapi miscarriage sbb procedure tu.

So we decide, we dont want to do that procedure. Takpe la apa2 pun baby lahir ni kami terima. Lagipun ada treatment untuk dia.

Yang aku risau treatment bila balik malaysia nanti. Sama kah mcm kat sini??

Balik tu aku amek maternity bounty pack kat kaunter depan tu. Isi dia sangat2 best.


Receiving blanket. Panty liner. Sabun basuh. Baju cotton organic. Paling best cream stretch mark. Dia bagi besar bukan sample kecik jenis pakai 2 3 hari tu. Dan voucher shopping.

Lepas ni akak nak pi kutip bounty pack kat boots pulak.

Gitu la perangai2 orang melayu kan, suka benda free.

Ok uols... Happy easter holiday!!

Wednesday, April 16, 2014

Thalasemia result.

Semalam midwife called. Nama midwife yg jaga akak adalah Karen. Dia ni yg akan uruskan scan blood test and semua2 tu la. So dia call bgtau yg Mohd Rafi pun thalasemia beta carrier. Diorang mmg taking thalasemia ni seriously. So terus book appointment esok.

Karen tu kata dia akan sediakan translator. Bolehh?? Siap ado translator.

Pastu dia tanya la akak ckp bahasa apa. Nanti dia akan crkan translator.

So td dia call balik x jumpa translator english to malay. The closest dia jumpa malaiam language. So akak kata xpe lah x yah translator sbb akak ok je.

Karen tu kata esok dia akan amek blood lagi untuk test kalau akak ada alpha thalasemia pulak.

So esok appointment dengan community midwife pukul 11.30am. Lepas tu terus pi hospital pulak appointment dengan karen. Nanti dia akan explain pasal thalassemia sekali.

Most probably nnt dia akan check baby jugak.

Kalau nk baca pasal thalassemia ni boleh google. 25% anak akan normal bebas dr thalasemia, 50% minor, another 50% minor and 25% major.

Pahat confirm bukan major. Tp kena buat blood test pulak samaada dia minor atau normal.

xpe, semuanya free. Akak suka!

Saturday, April 12, 2014

Spring!!!

Yes... my favourite season is coming.

Akak suka spring sebab akak suka bunga2 tumbuh. Cantik!

Ni daffodil kat area uni je. Daffodil ni jangka hayat sekejap je. Sebulan kang dah layu bunga dia.

Ni pahat main slide. Nampak muka mcm nk nanges sebenarnya dia gembira. Sampai aku x larat balik sekolah asyik nak singgah taman permainan je. Pulak tu memang kena lalu situ. Merasa!

Td pagi hantar Pahat pegi sekolah saing pulak dengan kawan dia dari Brazil nama Loisa. Dia jerit nama pahat.
'Farhat!!!'

Pahat tengok terus dia excited pegi kat Loisa pastu peluk dia. Hover sgt anak aku.

Arini sekolah dia bagi daffodil bulb ni suh tanam. Pastu bg diari skali suh tulis update tentang daffodil yg ditanam tu. Tangan emak kau ni memang la tanam pokok mati. Tup tup tulis kat diary pokok x timbul2. Howww??

Nanti akak amek gambar kalau2 hidup kan pokok tu.

Semalam health visitor dtg check progress Pahat. Dia ada bawak mainan and analyse pahat. Lepas tu semua benda yg Pahat buat dia bg markah pastu dia kumpulkan.

Kesimpulannya psychomotor and locomotive skill dia xde masalah. Tapi kena check hearing and speech dia. So dia akan refer ke speech theraphy and buat hearing test skali.

Nampaknya ulang alik spital je keje mak bapak kau. Yg emak check up pregnant. Yg anak speech theraphy. Yg bagusnya diorg mmg dah siapkan appointment siap2. Xde la tunggu lama. Paling2 pun 30 menet lepas waktu appointment.





Wednesday, April 9, 2014

Dating scan

what a long day.
Sbb dah 10 weeks so hospital bg surat suruh datang scan. Dia bagi option nak detail scan ke scan biasa2 sahajork. Detail scan ni untuk check down syndrom. Pastu kena pegi Antenatal clinic untuk amek blood aku and Mohd Rafi. Since akak ada thalasemia carrier so kena check husband jugak.
Chance untuk baby ada thalassemia  adalah 1 of 4 child. maksudnya 1 dr 4 org anak kau akan ada possibility ada thalasemia. Thalasemia ni bahaya ye sbb nnt dr umur setahun dah kena masuk darah kat anak. Lepas maximum boleh hidup pun 19 tahun jah. Kesian la kan kat budak tu nanti. If both parents ada thalasemia dia akan check baby pulak.

Akak doa banyak2 supaya Mohd Rafi clear from thalasemia.

Pegi scan dalam surat dah tulis pukul 2.20pm. Sebenarnya kitorg x tau hospital kat mana. Sbb check up kat community midwife je. Scan n blood test buat kat hospital. So main terjah sahajork. Kebetulan dalam.bus jumpa budak malaysia yg amek.medic. And dia nk pegi kelas kat spital. So dia tunjukkan jalan kat mana nak register. Kat mana nak scan. Alhamdulillah. Semoga Allah balas jasa adik tu.

Sonographer panggil akak pukul 3.00pm. Dia scan dia kata kecik sgt utk detail scan for syndrom. Kalau ikut waktu period dah 10 weeks 4 days. Scan utk syndrom dibuat masa 10weeks to 12 weeks. Ikut measurement scan baru 9 weeks. Heart beat dah ada. Alhamdulillah. Tapi baby kali ni bagus la. masa pahat scan 8 weeks dah melompat. Bukanla melompat mcm baby dh besar tu. Ala emak pun susah nk explain. Sonographer kata rahim aku kebelakang sikit so x nampak sgt babynya. But nothing dangerous sbb baru  lagi.

So kena buat appointment lagi skali untuk scan sbb x nampak sgt. Lagi 2
 mggu kena dtg lagi.

Lepas tu kena pegi Antenatal clinic untuk amek blood Mohd Rafi. Tapi x jumpa building. Kebetulan ada staff lelaki omputeh lalu dia tanya. Are you lost?
Lepas tu dia suruh ikut dia. Dia tunjukkan jalan pi building tu.

Sampai antenatal klinik kena tunggu lagi. Ala 30 menet je pon. Cuba kau tunggu check up kat spital serdang tu. Mau berjanggut baru dapat nombor. Lepas tu ada omputeh ni nampak aku boring dia offer paper dia. So akak amek lah baca.

Pahat mcm biasa menggodeh mainan.

Amek blood pastu balik rumah. Mohd Rafi pegi keje terus. Result nanti dia telepon bgtau.

Nanti akak update lagi. Akak memang malas upload gambar. Harap maklum.

Friday, April 4, 2014

Kering.

Kan mara kan suka2 reducekan elaun orang dari rate a ke rate b. Lepas tu kan uollss... Brighton ni adalah 7th most expensive city in uk.
Lepas tu tolak duit sewa rumah, duit dalam acc adalah tinnggalll gbp20. Kau hadoooooo??

Lepas tu akak ni terpaksa la mintak utang2 kat orang sebab dah mesken katanya.

Nasib baik la Mohd Rafi keje. Kalau tidak memang la makan nasi goreng hari2 uoolllss.

Lepas tu sapa2 nak dtg brighton/sussex ni kalau family akak nasehatkan tak payah la uollss... Sewa rumah mahal. Cost living pon mahal. Lepaas tu kalau nk sewa rumah korang kena sediakan 3 months deposit + 6 months rental in advance. So ko kena bayar 9 bulan sekali harung. Mampooooo???

Dah, baik korang pegi tempat murah kat atas2 sikit tu.

Ini nasehat akak. Suka hati kau la nak ikut ke x..

Byeeee.

Thursday, April 3, 2014

London again.

Sementara tunggu sv reply email marilah kita update blog.

Ahad aritu ada career fair kat London. Akak x join tapi akak saja menyibuk dengan Yati n Afiq sebabnya tiket group buy 2 for 4 murah. All day travel card GBP9 sahajork. X payah nk beli oyster card bagai. Oyster card pon dah gbp8. Koser.

Tujuan akak ke London ikut diorang selain jalan2 adalah untuk makan. Konon2 nak makan kat Tuk Din sebab baca review memang best. Pastu rating review pon high. Pastu nk makan kfc halal. Kesian kann duduk sussex ni jakun sgt dgn makanan halal. Balik2 kedai paki boring uolssss.

Jadi ke Paddington kita ke Tun Din. Tapi Tuk Din penuh!! Pastu kitorg nak reserve pon untuk petang pon diorang x bagi. Keji tauu...

Pastu akak dok ingat2. Akak dulu slalu gak makan kat mara house mee goreng sedap. Pastu suh yati google sbb bateri aku dh innalillah. Jadi gambar semua guna henpon Mohd Rafi.

Pegi la Bonda cafe kat bawah mara house tu. Pon penuh!. Kitorg tggu je org habes makan. Menu lunch cuma ada nasi kandar je. Nasi kandar pon nasi kandar la... Kitorg dh lapar makanan melayu. Dah bosan makan masakan sendiri boleh gitu?.

Ni la rupa nasi kandar tu. Sedap gila oh makan. Mcm ni GBP6.50. Standard la harga mcm ni kat uk. Yang penting puas hati makan dengan sirap bandung.

Lepas tu jalan kaki pi Lancaster Hotel, dekat je kat situ. Penuh la budak2 malaysia kat situ pi career fair.
Ko tau, mula2 mohd rafi kata x payah bawah scooter Pahat tu. Tapi akak cakap rajin ke nak dukung di Pahat tu kalau dia malas jalan??

Kaedahnya akak paksa jugak bawak. Nasib la baik bawak. Kalau x, mau pitam seret si Pahat tu jalan.

Lepas tu kitorg pegi la cari kfc halal jugak. Dekat edgware road. Ala, sebelah2 je dengan Paddington. Akak beli hot wing 22 ketul. Kau mampooooo??? 10 ketul dh habes aku melantak kat situ. Lagi 12 ketul balik rumah kitorg habeskan. Sedap lah hot wing dia, x masin sgt, just nice.

Lepas melantak pi convent garden. Saja jalan2 sambil tgk street performance.

Sebab dah masuk spring cuaca aritu memang best. Tu yg anak beranak tu feeling2 pakai baju sehelai je.
Pahat suka tengok diorg ni. Siap tepuk2 tangan duduk menanguk depan tu.

Ni kat sebelah Cafe Laduree ala kedai macaron yg fofuler tu. Akak sempat la beli 7 biji macaron. Sebelum beli tanya dulu uollss ada alcohol ke tidak. Ada flavour yg ada alhohol. And mashmalow dia boleh makan sbb guna fish gelatine. Tapi macaron kat sini x sedap sgt. Dry. Membazer sangat duit aku beli. Baik beli kfc lagi 20 ketul.
Akak lagi suka yang akak beli kat harrods, melt in your mouth gituu.

Lepas tu jalan lagi. Sebab nak cari hummingbird bakery. Tapi kaedahnya tak jumpa tetiba dah sampai Leicester Square. Rupanya sebelah2 sahajork convent garden dengan Leicester Square. Kalau jalan lagi jumpa pulak Piccadily Circus.

Ni budak kepenatan. Duduk depan Kedai New Moon market. Mak bapak dia borong kicap dgn tempe frozen. Murah gbp1 kat china town compare dgn brighton.

Pastu pegi mc d beli air caramel frappe, yg lain2 pegi toilet. Beli air 1 je. Yang pegi toilet 5 orang. Howww??

Lepas tu balik lah. Kepenatan. Akak yg mengandung pon x sedar diri jalan banyak2. Esoknya sakit kaki. Rasainnnn..

Tapi puas hati dapat makan banyak2. Next time boleh makan kat tuk din pulak.

iklan