Sebenarnya, niat aku nak pegi klinik tadi pagi ialah nak mintak ubat kurangkan pening, loya dan pusing.
Sebab aku kan minggu ni kena naik komuter sbb Mohd Rafi shift malam. Pastu bila naik komuter semestinya kena berdiri sebab manusia ya ampunnnn ramai gila. Aku dah la tak boleh diri lama sikit nanti loya2 and pening. Lagi la ada hati nak naik komuter kaedahnya.. memang pitam aku dalam tuh.
So pegi klinik tadi pagi. Doc tuh kata ada ubat tapi dia check blood pressure dulu. Dia cakap:
'Patutla u slalu pening2. Blood pressure u low. 90/60'
ooo..ye ke? pastu dia bagi aku Obumin. Aku dah ada obumin tuh sebenarnya tapi stop makan sbb loya2 dan pening sangat. Pastu dia bagi ubat tahan muntah and pening.
Makan bila perlu sahaja. Dan dia bagi aku MC 1 hari walaupon aku x mintak.
Agaknya dia tgk muka aku mcm hazab sangat tahan pening dia bagi aku MC.
Orang bagi MC, aku amek je la...Betul tak??
Esok check up pulak.