Monday, March 2, 2009

Long...long journey...

Semalam kan hujan lebat sepanjang hari. So, sepanjang perjalanan balik ke Mantin di iringi dgn hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Drive 60km/j. Dari 3 jam jadi 6 jam perjalanan. Jalan memang slow gila dan sampai kereta2 terpaksa pasang lampu kecemasan.
Sampai Melaka hantar Tipot balik Utem. Dah x ujan. Dengan x sedar diri sempat lagi pegi JOM HEBOH. Bolehh??? Jalan sikit2 je. Beli London Roll pastu balik. London Roll 5 kotak potato chips 5 packet =Rm10. Ramai org. Leceh nak jalan2...
Sampai dekat bawah bukit mantin, ada pulak pokok tumbang. Lagi 5 km je nak sampai rumah. Keji tau... Terpakksa patah balik tol Seremban, pastu keluar Tol Nilai.. Pukul 11 baru sampai rumah. Padahal dari Melaka pukul 7.30pm. Gila lama nak sampai!! Kaki akak sakit2 layan jam. Walaupun kereta auto..haiyohhh...tobat la akak nak balik petang2 lebih2 lagi hari ahad..
Pokok kacang panjang akak dah tumbuh.
Memang saja tanam dalam Polybag. Senang nak uruskan.
Tadi pegi Seremban Specialist buat Pregnancy Check up. Ya Allah... akak ingatkan klinik private ceppatla kan dapat turn jumpa Doc. Ado??? Nan adoo okehh... pukul 11 datang dekat pukul 2 baru dapat turn. Pastu jumpa Dr Kala (satu2nya Gyne pompuan kat situ). Scan baby guna Ultrasound. Xde degupan Jantung lagi. Dr Kala suruh datang lagi 2 minggu untuk tengok degupan jantung baby. Bayaran??? Sekali check up RM50..
Esok nak gi check up kat klinik Goverment pulak.. Ntah berapa lama lagi pulak la aku kena tunggu kan?? Dah la kena pegi lepas presentation. Esok ada presentation sampai pukul 10. Ntah kalau pukul 10 datang agak2 pukul berapa baru dpt Turn??? ..Haiyohhh..masa akak terbuang begitu sahaja..

Akak saje nak upload gambar terbaaru akak bersama tudung murahan RM9.. Adik akak cakap sejak akak pregnant muka akak pucat. Kena make up kalau kuar.. Koser okeh nak make up2 nih.. Malas.. Volehhh??

Ok..tu je.. Akak ada keje nak buat...

iklan