Thursday, November 26, 2009

Dah Balik ke Belom??

Aku tak pack baju lagik..

Tengah sibuk masak Ayam Kampung Organik Rendang..**matila nama..
Abes tu, ayam tuh memang ayam organik kampung okeh. Akak kan pose2 nak jaga kesihatan kaedahnya..

Anak sedara akak yang Bena tuh umur 7 tahun. Hari2 bukan siaran kartun 24 jam okeh. Motiff sangat??

Pastu bila akak amek remote tukar citer lain dia kemaruk pulak baca buku kuat2.. Motifff??? Tengah kemaruk reti membaca, semua buku dia baca okeh. Sampai akak halau dia baca dalam bilik sana. Akak nak tengok TV okeh bukan nak dengar dia baca buku.. **matila mak sedara yang tak memberansangkan..

Pastu dia dah reti baca Quran. Hari2 mak dia call suruh aku ajar dia. Tapi aku pass kat adik aku suh ajar.. Bolehhhh???
Si Bena tuh boleh la baca sendiri Quran tapi tajwid memang tak betul la.. Lagipon sekolah agama belom ajar pasal tajwid lagi.

Akak balik kampung malam nih. Mampos jalan Jammed!..

Raya haji ni turn rumah mak mertua akak uolllss.. Nih akak balik lambat. Kalau awal sehari, akak jadi tukang anyam ketupat. Sebab dalam rumah tuh semua tak reti anyam ketupat.

Hari sabtu pagi dah balik Mantin, Mohd Rafi nak kejarkan wedding kawan dia kat Gombak.
Ape ntah yang best sangat padahal orang tu tak pegi pon wedding aku. Nak lama2 kat kampung pon tak boleh.
Aku cadangkan jumpa kawan dia awal pastu pass hadiah tak nak. Nak pegi jugak kan wedding tuh. Siapla kalau lauk tak sedap. **matilah tak ikhlas..

Bila la rendang aku nak masak nih??

p/s : Henpon akak Mohd Rafi bawak pegi keje. Sape2 ada urusan sila email atau tinggal komen kat sini. Tadi pagi Mohd Rafi kesiangan. Bangun pukul 7. Padan muka dia. Dia yang pandai2 set alarm semalam. Selalu akak yang buat uollls.. Nih, dia yang set ntah pukul berapa pastuh letak kat sebelah dia.. Rasainnnnnn!!

iklan