Pengsan akak arini uollss... Check up kat hospital pulak..
Kenapa ntah setiap kali pegi hospital mesti penat gila sampai balik tu dah x mampu nak berjalan. Boleh tak macam tu?
HB akak maseh LOW... from 7.5 to 8.7. Adelah jugak peningkatan. Tapi Doc tu kata ok lagi. Dia suruh continue makan ferrous fumarate tuh double dose.
Next appointment 20/9. Disebabkan hospital punya check up sebulan sekali, akak tetap kena continue check up kat klinik biasa jugak sebab sekarang ni dah 8 bulan..
Penat la uollss check up kat Hospital.. Penat tunggu bukan penat apa....
Balik dari hospital terus melepek tido tak bangun2 mcm pengsan. Bolehhh??
Nasib baik akak x buka puasa..
Lagipon sekarang nih akak ada perangai Keji iaitu:
Susah gila nak bukak mata bangun kalau dah tido. Kuat membuta. Dan juga tak boleh berdiri lama. Pastu keje meneguk air sejuk sampai bergelen-gelen bila buka.
Skrang nih dah jadi terbalik pulak.. Selalu akak yang tukang kejut Mohd Rafi bangun. Sekarang nih Mohd Rafi yang kena kejut akak bersungguh2 baru akak bangun. Howwww??
Tutorial pon akak siap2 tulis atas tranparency pastu guna OHP je dalam class.. Sbb x larat la kan nak diri lama2...
Mak aku pulak asik telepon tanya ok ke puasa.. Siap pesan kalau tak larat puasa buka je.. Tapi akak mcm tak sampai hati lak nak buka walaupon dah melepek berbaring di sofa je kejenya.. Mcm rugi jah nak ganti2 nih uollss.. Kang tak terganti2 jugak next year nanti kena bayar fidyah pulak..
Nasib baik la buat kueh duduk bukan berdiri. InsyaAllah, minggu nih dah start edarkan kueh orang order.
p/s BA and Cik chelsea bila2 nak amek kuih roger je lah.
p/s/s : BA sebelum raya aku kena pi Jerantot lagi amek adik aku baik ittew tu cuti raya 10 hari..