Tuesday, October 30, 2012

Qurban 2012

Alhamdulillah.. tahun ni family akak buat qurban adik beradik + emak akak.

Lembu beli dekat NAFAS Bandar Penawar. Harga lembu adalah rm3300. Ada yang 2k++ sahaja harganya tapi emak akak kata. Nak bagi kat orang lebih baik cari yang gemok2.

Akak akak dan juga Ayah Mohd Rafi

Lembu kami setelah disembelih. Lembu tu disembelih di ladang tersebut. Pekerja dia belah 4 dan keluarkan semua isi perut letak dalam 1 guni. Lepas tu masuk dalam SUV ford abang ipar akak aka abang Mohd Rafi.

Oihh..  Nak citer. nak tarik lembu tu masuk dalam kandang sembelih tu punya la payah. Degil gila. Lepas tu akak dah cakap dengan Mohd Rafi, lembu sapa la tu yang degil sangat. Rupa2nya lembu akak. Howww???

Seisi menngeluarkan isi perut dan belah 4.

Laki akak.
Lepas tu bawak balik rumah Lapah kat rumah. Akak tak dapat bayangkan kalau sembelih kat rumah mau pitam orang nak tarik lembu tu. Nak bersihkan darah plus najis dia lagik.

Hoyeah. Pompuan gemok....Pitammmm!!

Seisi melapah kat rumah.
Lepas tu seisi menimbang dan juga membungkus. Pakcik aku kata ada dalam 120kg++ semua sekali. Akak pon tak tau sebab akak menonton sahajork.

Daging sudah selamat bagi2 kat orang. Kitorg adik beradik cuma amek 1kg atau 2kg ja sorang + lebihan tulang yang orang dah x nak bawak balik tu kitorang amek masak sop tulang untuk kenduri malamnya.

Mak akak kata bagi kat orang dulu. Ada lebih baru amek. Begitu lah adanya.

Ada sambungan lenkali...**matila sambungan tapi x bersambung jugak... Ala akak bukan popular pon uollss feeling2 nak tggu sambungan.


Wednesday, October 24, 2012

Review on collagen.

Ok. Ingat tak akak pernah citer pasal collagen? Ok. uollss akak bimbo. Collagen ada type 1 and type 2.
Type 2 untuk arthisis(salah eja...matila..) . Type 1 yg korang dok makan untuk kulit tuh.

Jadi. Perut akak menggelebeh sebab lepas beranak malas pakai bengkung. Ditambah pulak, asal ada lab siang tu, malam tu penatnya kemain.

Jalan2 sikit pon dah penat.

Jadi akak berkata dalam hati. 'Tak boleh jadi ni. Kena cari supplement'

Akak teringat pulak dulu kawan akak ada bagi 3 sachet supplement bernama Origen.

Supplement ni berupa collagen+vit c+beta carrotene.

Sebab benda ni mahal. Jadi kita kenala survey2 dulu.

Jadi akak jumpa link ni tentang collagen2 yang ada dipasaran serta explanation tentang collagen.

http://www.thepillhouse.com/supplement-reviews/collagen-drink-review

So. Akak pon pegi ke 3 farmasi yang ada kat Mines. Watson. Guardian dan juga Care Farmasi.

Kebetulan dekat Care Farmasi ada promotion.

RM132 / 30 sachet. Free 2 Pur White. Dan the most important thing is ada HALAL JAKIM !!!

Terus akak beli uollss.

Akak lupa nak bgtau. ORIGEN PLUS ni version hidryonized collagen. Kenapa kena hydronized? sebab kalau tak nanti collagen tu akak mendap dalam buah pinggang. Sila berhati2 beli collagen ya. Pastu ni ada vitamin c dan juga beta carrotene. All natural ingredients. Nak lebih2 lagi pasal info product ni sila guugle.

Dan ni contain 5000mg collagen. Collagen tak boleh amek lebih juga ya. Jangan nak over. Nanti ada side effect. Biasanya kalau lebih 10000mg diorang akan advise makan 2 atau 3 kali sehari.

So, akak dah guna 5 hari. Akak tak tipu ya, perut akak dah kurang gelebeh. Pastu tentang energy takde la energetic mcm makan dadah. Rasa penat jugak cuma tak la lembik je bila balik rumah after work. Tapi pasal energy ni bukan sebab collagen tapi sebab kandungan vit c and beta carrotene tu. Kulit muka jadi halus okeh. Akak tak tipu. Tapi takde la kulit aku bertambah cantik or akak kelihatan muda ke apa. Biasa sahajork. Tunggu la lepas sebulan mana tau akak jadi chantek ka...**larikkkk!!

AWAS ya, kalau perut korang gelebeh sebab lemak pastu makan product ni xde kesan jangan salahkan akak!!

So far akak survey, ini yang paling murah. Kalau tak sila ephyra pon contain 5000mg collagen. Tapi Ephyra punya contain lagi banyak ada 9 jenis kot dalam tu yang akak baca.

Tapi Ephyra RM200. Mahal la pulak akak nak beli. So akak beli lah ORIGEN nih.

So akak puas hati la jugak baru 5 hari dah nampak kesan sikit. Kalau lepas 30 hari pon mcm tu jugak next month aku dah x beli dah... **matila lagiii

So, sapa2 rasa2 nak collagen yang murah dan berkesan. Dan juga HALAL JAKIM. Beli lah ORIGEN nih. Promotion sekarang kat CARE FARMASI until 5 november harga dia RM132. Lepas tu naek jadi RM168.

Sorry akak tak jual. Kau pegi beli sendiri kat farmasi.

Akak sharing2 sahajork!!

Friday, October 19, 2012

Doing number 2.

Nah saksikan gambar2 Pahat sedang berak...

Matilah kannnnn!!!

Emak larik duluuuu!!!



 Bear tu emak Mohd Rafi bagi. Naik lori nak merempit pon bawak bear naik sekali. Bonceng katanya.

Emak ingat nak potty train dia lah. Sapa yang dah berjaya potty train anak dia sila ajar emak.

Emak rasa dia dah paham dan boleh tunjuk2. Tapi tak pandai cakap lah.

Eh. Akak nak citer aritu akak tengah solat. Pastu dia macam nak berak so akak biarkan je.

Lepas habes solat dia tunjuk kat akak something.

Akak tengok dekat2 rupanya dia korek tahi dia kat pampers..

Aiyooo....geli tau. Akak terus bawak dia masuk toilet sambil kena babap.

Tapi dia jerit 'aaaa' je. Pastu gelak2 main air. Tak insaf punya budak. Emak pulak tension.

Wrong question to wrong people.

Hai la uollss... Akak kan sejak student dh masuk nih nan hado nak update blog sgt. Jangan nak tanya akak. Apa guna ada smartphone kaedahnya?

Akak sibuk chatting jah uolllsss..

Td pagi ada message masuk tanya akak dia nk buat bisnes MLM chap ****n.
Aiyoooo...byk2 orang. Motipp tanya akak? Sah2 aku memang x suka MLM. So akak jawab akak x suka.

Pastu dia ckp kawan2 dia buat bisnes tu dh kaya.

Akak cakap terpulang lah kennnn.

Akak kang ckp lebih2 org kalau dah termakan hasutan nampak duet je mana nak dengar kannn?

So akak last2 malas reply msg dia. Akak kan keji.

Akak mmg x suka reply msg kat fb. Lebih2 lagi penjual insurance. Kawan2 lama dok add. Tup tup tegur sebab nk jual insurance.

Lepas tu akak koser dah nak balas.

Bukan apa uolls akak takut akak takut terlaser. Lebih2 lagi seorg penjual insurance kat fb akak tu yg suka komen2 kat status akak.
****matila shilla dgn kher tau.

Friday, October 12, 2012

Kisah check up 2 tahun

Semalam akak pegi bawak Pahat check up 2 tahun. Berat beliau 13kg. Tinggi 88cm.
Bagus pahat! Bila dah sampai 90cm boleh la bawak pegi Icity main segala jenis permainan.
Pastu nurse tu tanya kenapa stop breastfeed? Pregnant ke??
Akak gelak je. Akak cakap penat breastfeed.
Nurse tu jawab. Sabo je la...
Pastu as usual dia tanya Pahat pandai cakap ke x. Lagi 3 bulan tengok progress. Kalau tak kena pi speech teraphy....
Pastu buku check up pahat hilang. Tapi kat klinik ada 1 lagi copy. Akak nak photostat nurse x bagi. Takut hilang lagi. Hehe.
Tapi thanks to samsung technology. Ada apps camscanner. So akak mintak izin kat nurse capture gambar then convert to pdf.
Terasa bijak sebentar.




bye. Selamat behujung minggu!! Akak nak pi Kenanga Wholesale perabeh duit.

Thursday, October 11, 2012

Berapa kali?

Akak terpaksa EL esok. X kuasa nak bawak Pahat pi opis lagi. Arini terpaksa bawak sebab akak kena ajar Lab MicroP.

Akak nak tanya korang.
Berapa kali balik rumah mertua walaupun jauh?

Akak just nak share lah kan. Walaupon rumah emak uols dekat. Emak mertua jauh dan laki korang jenis lupa daratan x ingat emak sendiri. Please ingatkan laki masing2 tanya ¦

'Bila nak balik kampung rumah emak u?'

Walaupon korang rasa jauh. Korang x selesa tido rumah mertua. Korang gaduh dengan adik beradik dia. Tolong lah balik rumah mertua sekali sekala.

Yesss...uollsss akak x cakap orang lain. Abang akak sendiri mcm tu. Asyik balik rumah mertua saja.

Emak akak makan hati ya..

Yang lelaki yang kisahkan emak sendiri. Yang bini nya tak ambil peduli nak ingatkan suami masing2.

Yela...uollss walaupon anak yang lain ramai. Seorang ibu akan terkenang2 kan anak dia walau jahat cemana pon.

Akak ni teringat ye. PAHAT tu lelaki. Kalau dia buat perangai mcm tu dan bini dia pulak jenis tak ambil peduli mcm mana? Apa perasaan kita sebagai emak kannn?

So. Akak amalkan konsep bergilir. Walaupon akak selalu balik kampung sorang. Akak tetap akak tido rumah mertua kalau masa tu mmg turn rumah mertua.

Yela.. Kita pon ada anak. Kita patut paham.

Ni ada anak makin tak paham pulak kannn?

Eh. Lepas tu tayang kat facebook puiler... Mau orang tua kita tak terasa hati.

Emak bapak kita dan mertua tu hidup tak lama. Sila lah jadi menantu yg baik sementara masih hidup.

Hidup ni pon umpama roda. Nanti2 kalau anak2 kita buat mcm tu juga jangan lah pulak sedih ya.

Ok. Akak nak tido. Ingat pesanan akak tu!

Dan kalau nak balik rumah emak sendiri jangan post kat facebook. Kau hengat adik beradik dia tak reti search status kau?

Wednesday, October 10, 2012

i love 3 in 1 cardigan!

Helloooooo... jangan maki akak ye sekiranya akak mencapup lagi di sini.

Akak terpaksa jaga Pahat. Baysitter tiba2 msg nak cuti anak dia saket. So akak balik rumah lah jaga Pahat. Nasib baik pagi xde kelas. Petang ni ada Lab x tau la nant cemana btah haku kena bawak Pahat masuk Lab sekali je.

Takut jahanam board MicroP yang berharga 20k ittew anak aku kerja kan.

Apak dia mcm biasa lah uolllss... Gila kerja.  Especially tengah banyak motor pending. Kat rumah ni pon ada 4 bijik x siap lagi. Pening haku tengok.

oh. Pasal dia dgn boss dia dah settle. Koser haku nak amek tau lebih lanjut. Nanti dia cakap akkk kepoh. Walaupon hakikatnya akak memang kepoh ya.

Eh. sebenarnya akak nak tunjuk cardigan akak beli murah uollsss.. Lepas tu 3 in 1. boleh Pakai pelbagai gaya. Dress maxi tu akak beli rm35. Cardigan rm30.


Gambar di ambil dekat Lab. Matilah akak paksa opismate amikkan sementara tggu student dtg.

Monday, October 8, 2012

Farhat 2nd birthday. we went to the zoo!

Hi uollss....

Awas ya. Gambar banyak iolls koser nak pilih2..

Hakikatnya birthday Pahat adelah hari ini. 8/10.

Tapi akak saja bawak dia pi Zoo semalam sebagai hadiah birthday..**matila emak mesken. Mampoo bawak pi Zoo sahajork.

Kitorang pegi zoo Melaka ya sebab Zoo KL mahal!!

So saksikan je lah gambar yg banyak. Semua gambar di ambil dari Note hakak.

Di kandang Zirafah. Kesian kak tengok zebra tu sorang2 kat situ xde kawan.

DI kandang seladang **kot nama dia

Mula2 ingatkan nak naik kuda tapi ramai pulak orang tunggu turn. Cancel.


Tengok burung

Tengok apa ntah kat atas

Burung apa ntah tak tau nama...

Penyayang sangat Apak kau siap lap2 peluh anak.

Sapa la tukang amek gambar akak x senonoh macam nih. Keji sangat.





Ni Pahat dah penat berjalan. Tu yang dia duk bukak selipar dia.

So Apak lah kena dukung.

Buaya pemalas!...**larikk


Tengah tengok buaya yang tak bergerak


Kura2 batu tu jugak kau suka.

Ni dah penat ye.. Dia penat jalan dia duduk kat tepi jalan tu.

Jadi Apak lah kena dukung balik. Suka la tu.
Clust akak, tiap2 tahun bawak Pahat pegi Zoo kannnn??

Kali ni akak x naik tram uollss... Akak gigih jalan kaki pusing keliling zoo tuh. Pahat pon jalan jugak. Tapi half way dia dah penat. Dia duduk tepi jalan. Tu yang Apak kena dukung.

Bila Apak dah x larat dukung. Emak pulak kena dukung.

Bila lalu kedai2 jual sourvenir cepat2 kena bawak lari ya. Kalau tak mau dia sibuk nak barang2 kat situ.

Anyway, we had fun yesterday! Lepas balik dari zoo akak pegi Klebang pulak. Next entry akak citer.

Nanti korang maki akak gambar banyak sangat...**maila feeling2 popular. Kau ado?

Balik rumah ingatkan nak ajak Mohd Rafi pegi beli barang kat Pasar borong. Tapi Mohd Rafi dah penat. Gara2 dukung budak kepenatan berjalan dalam zoo tuh.

Akak pon penat hokeh tawaf 1 zoo.

Kek pon x buat untuk Pahat. Mohd Rafi dah perli2 akak. Boleh gituuuuu?

Friday, October 5, 2012

Proposal...

Kann akak ada feeling2 nak buat PHD kannn??

Ingat tak??

Akak memang suka feeling2 jah.. Offer letter uni dah lama dapat. Biasa lah.

Scholarship jah yang nan hado.

Ada ka orang nak tengok proposal PHD akak??

Ni ha akak attachkan..





Proposal akak hanyal 1 page ya.. Supervisor akak kata ok jah.

Kalau SV uolls nak 8 pages, sila lah tulis 8 pages. In my case SV akak nak 1 pages sahajork..

Now, apa aku nak buat dengan offer letter dan result ielts 7.0 sedangkan scholarship NAN HADOO???

Sambil nyanyi-nyanyi...'aku insan yang lemah...Hanya mampu berserah...'

Dah. Bye.

...UP Coming bI.rI tdaY

Macam bangang je pen detecter note aku ni. 

akak nak tulis birthday 10 kali dia kuar mcm tu jugak.

Birthday Pahat kesayangan adelah isnin. So Ahad ni kitorg plan nak pi zoo melaka. 

Sebab dia dah suka tgk binatang2 tu jd emak bawak la pegi Zoo.

Pahat masih x reti cakap kecuali. Ayah. Nak. Bye.

Risau pulak emak.

Disebabkan Pahat masih seorang toddler. Jadi hobi beliau adelah menyepah2kan mainan.

Ni standard la kannn semua budak pon mcm tu.

Apak dia masih lagi cium anak dia 40 kali time tido. Meluat haku tengok.


so.  Akak feeling2 mmmas dah nk sambung ayat. Akak sudahi dengan gambar.

Wednesday, October 3, 2012

Down town Mines

ala... satu hari akak feeling2 nk beli dress ala2 poplook katanya kat downtown berlambak.

Maka akak pon terpedaya lalu ajak Mohd Rafi.

Mohd Rafi ok jah. Dia mmg suka pi down town pon.

Sbb malas nk pi cheras. kitorang pi downtown Mines sahajork. Akak pon x tau apa nama dia sebenarnya. Tapi akak panggil downtown Mines sbb dekat dengan Mines lah.

Sampai sana laki akak bagi rm100 suh beli baju. Akak pon happy lah. Bukan selalu laki akak bg duet beli baju. Ye la akak kena sedar diri gaji dia bukan banyak mana. Dia bayar duit sewa rumah akak dah bersyukur.
tu dia.. belum sampai rumah dah bukak mainan susun dalak kereta
Kedai mmg berlambak2 ye kat sana. Akak rasa mcm lagi besar dari cheras.

Tapi kan... Banyak kedai jual barang yang sama.

Koser sangat tau. Akak pegi round  2 pusingan nan hado baju2 menarik.

Tudung pon biasa2 sahajok! Dah la jual tudung halfmoon ala2 radiusite tu mahal nak mampos.

Lagi best baazar upm tu ye. Dress banyak. Tudung murah dan chantek.
Tudung half moon kat baazar upm jual rm60+ jah. Kat downtown tu rm75.

Koser hakak!!

La st2 akak beli baju Pahat yang banyak. Dan juga cover note.


Duet rm100. Akak simpan untuk next baazar upm seterusnya. hahaaha.

Jadi barang yang di beli. kereta mainan Pahat. Asal pegi kedai ada je nak pau keter.
Bapak dia layan sangt. Kalau dengan aku jangan harap ye.. Lebih baik aku beli roti makan.


Update...sentap ke tak dapat bonus??

Hahaha..akak tidak lah paham dengan orang2 yang pertikaikan goverment dapat bonus 1.5 bulan ini uollsss..

Akak dengan Mohd Rafi tidak lah dapat bonus tapi akak sentap2 gitu je lah tapi xde la pertikaikan kenapa gov dapat bonus mereka2 yang kerja swasta tak dapat.

Hey! Akak kerja gov as Teaching Asistant nih x dapat bonus hokeh!

Mohd Rafi tu kerja pomen ado dia kesah Gov dapat bonus dia tak dapat bonus??

Aiyoooo...bonus masing2 mintak la kat company masing2 uollss.. kalau nak bonus banyak sila lah cari kerja oil and gas. Merasa bonus kau berbulan2..

Yang dapat bonus tu rezeki dia. Yang tak dapat bonus tu pegi la bodek boss masing2.

Banyak lagi company private lain yang bagi bonus berkepuk2 tapi senyap saja. Time gov dapat bonus mula la masing2 menggelabah.

Akak malas nak ulas lanjut. Karang sebab perkara bodoh macam ni tiba2 issue politik keluar sambil memaki2... Hellooooo?? Perlu ka pasal bonus jah sibuk nak gaduh maki2 kat faceboook????

Bodoh sangat!

Last sekali akak letak gambar pahat. ***tetiba keluar tajuk. Clust hakak!!





Tu la aktiviti masa lapang dia. Punggah bakul mainan. Masukkan kepala dalam bakul pastu merempit atas lori.
Pahat dah hitam!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dah. Yang lain tu jangan sentap2 sangat tak dapat bonus...(**akak pon sentap juga lite2).. pi isi borang mintak kerja kat petronas kalau nak bonus+gaji banyak.

iklan