Wednesday, April 27, 2011

Ujian Papsmear

Bulan 2 ke 3 aritu kan akak kena paksa buat test papsmear kat Klinik Desa masa check up Pahat.

Sekali je pagi ni tiba2 ada nurse datang rumah. Ingatkan ada apa la kan, rupanya hantar surat.

Rajin pulak Nurse nih hantar surat kat rumah.




Nampak ke tak tulisan tuh? Guna camera phone buruk haruslah tak nampak kaedahnya..

Surat tu menyatakan ujian Papsmear akak Normal uollsss... Dia kata ulang test balik bulan 2.2012.

Selamatttt!!!

Tuesday, April 26, 2011

Sentap dengan Kamdar

Kaedahnya akak nak balik kampung, duit kutu@undi dapat bulan ni, feeling2 lah nak pegi beli kain pasang buat baju raya dengan Baju Pahat sekali.

Berangan kan Mak dia??

Mohd Rafi malas nak pi jauh2, so teringat kat precint 15 kat mydin tu ada kampar.

So akak paksa la Mohd Rafi ikut pegi Kamdar.

Sampai sana Kamdar tutup uollss..

Bukan tutup sehari tapi forever kaedahnya..

Sentap terus dengan kamdar pegi reject shop beli baju Pahat.

Aksi Pahat..

Sekarang nih akak geram okeh dengan Pahat. Dia kalau angin baik dia datang, dia nak la minum susu guna botol, time angin tak balik dia datang jangan HARAP. JANGAN HARAP dia nak bukak mulut pon..

Kalau dia x nak dia akan buat mulut macam nih:

Atau mcm nih:

Nanti setiap kali akak amek dia dari rumah BS, akak tuh mesti cakap:

'Pa an, tak nak susu sangat arini..'

Ye... akak BS tu panggil Pahat, Pa an. Dia ingat nama dia Farhan. Akak dah betulkan tapi dia panggil Pa an, jugak. Nasib lah!.

Kadang2 akak tu terpaksa la picit2 puting botol tu kasik keluar air masuk dalam mulut dia sebab dia tak nak hisap langsung. Siap mengilai2 kat situ lagi ado.



Suh minum susu pon mcm kena dera daaa... Kalau kain mcm nih rajin pulak kau makan kan??

Lagi satu hobi dia isap jari. Rela lah dia isap jari dari minum susu. Kau tak hangen??

Akak kadang2 geram pon ado. Kang akak marah2 ado dia takut? Dia gelak2 lagi ado...

Sekarang dia dah pandai errr merangkak? mengesot? aku pon tak tau nak panggil apa. Dia merangkak+mengesot.

Dia angkat badan mcmm merangkak tapi dia jatuhkan badan dia untuk ke depan. Paham tak korang?? akak koserla nak post video kaedahnya. Imagine sendiri..

Bila dah sampai hujung2 sofa mcm nih, tangan dia terselit bawah sofa tu, melalak mintak amek...

Bila main2 dengan Apak dia nampak je Emak dia lalu terus nanges suh Emak amek..

Apa? Apak tak mampu gembirakan Pahat kah????


Monster Note : Ntah hape aku merepek tengah2 malam buta nih. Baru siap buat keje. Tak siap sangat pon, sambung esok. Botol Pahat nak kena basuh. Baju nak kena kemas. Bubur nak kena masak. Nak kena pump lagi...

Busy tau jadi emak.. Kan...kan...kannn??

Monday, April 25, 2011

Takde muuddd..

Saket gigi nak pi makan pon malas. Boleh kunyah belah kiri je. Tak feel.

Nak pi klinik tapi jap lagi nak jaga exam.. Takkan nak jaga exam dgn pipi bengkak kannn??

Semalam akak cakap dengan Mohd Rafi:

' Bang, u ada playar yang muncung tirus tu kann??? Cabutkan gigi I ni. Tak tahan la saket!'

Mohd Rafi balas apa uolls tau?

'Gila ke hape u ni??'

Sampai hati taknak cabutkan gigi akak nih.... kejii!

Sunday, April 24, 2011

I think I have KIWI fruit alergy..

I never like KIWI okeh.

Masa belajar dulu pon akak try la makan kiwi beberapa kali. Sudahnya, harammmm kiwi tu masuk tong sampah. Sebab after makan kiwi tu seluruh mulut aku akan jadi gatal2.

Walaupon kat UK kiwi berlambak kaedahnya, nan ado lah aku makan.

Today, aku makan. Cemana ntah terpedaya dengan kata2 Mohd Rafi yang menyatakan KIWI tu sedap lalu membaham 7 out of 8 kiwi yang ada dalam pek tuh.

Aku akak feeling2 simpan satu tadi aku makan.

Lepas tu apa jadi????

Mulut aku gatal2. Tekak gatal. Mulut rasa mcm bengkak. Tiba2 sakit perut. Nak muntah.

Padan muka!

Eh, ke tu simptom2 masuk angin sebab makan lambat meh???

Macaron lagi!

I've posted macaron recipe HERE

Check it out!

***edited, link salah daaa... Klik link ilotskitchen kat sidebar kanan ye...

Friday, April 22, 2011

Tolong Tuhan aku sangat Mengantok...!

Aku adelah mengantok.

Sebab, Pahat siang2 dia ado gedik sikit dia tak nak minum susu sangat dengan BS. selama akak tinggalkan dia tu, dia minum 2 botol 3oz sajork...

Lepas tu, balik umah amek kau kan... baru letak sejam tido dia bangun melalak2.. Susukan. Tido balik nanti tak sampai 2 jam bangun lagi.. sampai la ke pagi uolllsss..

Jadi akak pon dah mcm ibu2 dalam pantang kaedahnya susukan anak 1-2jam sekali...

Pahat tuh dia ada gedik sikit. Time dia nak minum susu botol, dia minum la banyak2.. kalau time dia xde mood sehari kadang2 satu botol je dia minum. Anak kau ado??

Pastu kat rumah siap la aku nak masak dia sibuk jerit2 kat depan kaedahnya... Aiyohhhh!

Dah lunch ni aku nak tido kejap. Bye.

Thursday, April 21, 2011

Tutup Kedai...

Kedai ilotskitchen ditutup sampai 26/4. Beri laluan akak nak siapkan keje2 akak nih uolllssss...

Wednesday, April 20, 2011

Siapa nak CUPCAKE FREE???

I still have 7 or 8 pieces choc cupcake in my fridge without frosting.

Siapa nak????

I give it for FREEE!!!

With free frosting! Nak cream cheese or fresh cream.

Available for self pick up only.

Email me or comment.

or message at this number :

After office hour ye amek..

Tuesday, April 19, 2011

Kelam kabut. Rasainnn kau!!

Sebelum tu, saksikan gambar Pahat tengah ketawa berserta tangan apak dia yang itam itteww...
Pahat dah kurus kannn???


Semalam tengah2 mengadap laptop buat thesis, tiba2 dapat sms:

'Ilot, jangan lupa kek esok'

Matila kannn. AKak lupa uolllssss!! Akak ingat hari khamis. Merasa!!

So, jadilah kek seperti di blog kak ilotskitchen itteeewwww...

eh, lagi apa ntah akak nak update... akak ngantok kekenyangan okeh..

oooo...jap...jap...

Disebabkan kesedihan dgn pemergian allayarhamah yana tuh. Akak terus cakap kat Pahat:

'Tengok Pahat, orang lain takde emak nak kasik susu badan tau. Ni Pahat ibu kasik susu tak nak'

Motipppp bebel2 kat Pahat mcm dia paham. Hakikatnya dia ketawa ado lah!

Akak marah pon dia ketawa uolllssss.....

Monday, April 18, 2011

Tribute to Ilyana Sulaiman

Dia bukan rakan rapat dengan aku.

Kenal through Filla.

We got along well.

Macam baru semalam je aku datang rumah Filla tengok perut dia dah berisi. Rupanya sudah 5 bulan.

Kami bercerita tentang pregnancy. Dia kata tangan dan kaki dia bengkak tiap2 pagi sampai nak berus gigi pun susah.

Macam baru semalam aku saksikan dia goreng kentang sambil berborak dengan Filla dan Auntie. Kami ketawa.

Aku tak percaya aku boleh menangis sambil menaip entry ini....

Alfatihah untuk almarhum Ilyana Sulaiman.

Beliau meninggal ketika melahirkan bayi lelaki beliau. Bayi tersebut hidup berkat kasih sayang ibunya. Manakala ibunya tewas...

Hari ini adalah hari yang sedih. Aku tak dapat bayangkan dengan orang yang benar2 rapat dengan beliau.

Manakala, aku cuba bayangkan anak itu. Suami beliau.

Ya Allah, berikanlah ketabahan kepada mereka. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 beriman....

Aminnnnnnnnnnnnnnn........

Friday, April 15, 2011

Pahat dan Neb

Semalam balik opis, nafas Pahat berbunyi kuat. Kitorang risau, terus bawak pi Klinik.

Doc check paru2 dia dua2 penuh kahak. So Doc suggest amek Neb. Jadi amek la Neb... Ha tu gambar tengah melalak2 amek Neb. Kesian tengok dia.

First time dia kena amek Neb.

Pastu balik rumah malam tuh akak diserang sakit kepala yang amat sangat. Terbaring la kat katil. Telan paracetamol berkali2 tak jalan jugak. Arini pegi kelas pastu balik rumah baring sebab tak larat gila sakit kepala. Serious akak tak pernah sakit kepala mcm nih sekali. Amek Paracetamol lagi 2 kali pagi ni akak amek, tak jalan okeh. Tak memberi kesan langsung.

Nak bangun lagi la tak boleh. Kepala berdenyut2 je.

Last2 petang tuh pegi klinik lagi. Doc kasik ponstan. Makan sekali je lepas tu dah ok.

Lagi satu, sejak sakit demam selsema dan sewaktu dengan nya susu sikit sangat. Breast pon lambat penuh. Dah la stok susu takde... Adoiiiii.. kesian la Pahat mcm nihh..

Wednesday, April 13, 2011

Update orang sakit.......

Akak tetiba telah menerima tempahan mencabar iaitu melukis gambor kereta.

Gila tak berseni nak lukis gambar kereta atas kek.

Jadi, jalan mudahnya, akak pi menggagau carik kedai2 edible printing kaedahnya.

Dalam masa 5 saat jugak tetiba terer menggunakan photoshop.. Mati tak kauu??

Nih hidung rasa nak tanggal, mcm santa claus pon ada. Perut aku dah senak2 kes batuk tak berenti punya pasal. Kepala rasa berat +bengap je...

Itu aku, cuba bayangkan Pahat yang bayi tuh... kesian anak akak dah kurus tau..

Pastu kannn... kenapa eh, time demam2 nih aku pump susu tak banyak?

Adekah effect mengambil ubat selsema or batuk?

Tension aku pump2 dapat 4oz jah.... adoiiii...

Monday, April 11, 2011

Pity my son..


Sian Pahat batuk2 + selsema.

Akak pon batuk + selsema + demam + sakit tekak.

Mohd Rafi pon selsema uollsss...

Dah jadi satu family sakit.

Akak n Mohd Rafi yang tua ni takpe la nak batu ke hape.. Tapi kesian la kat baby kaedahnya... Tak boleh nak tido dia batuk teruk.

Pegi klinik td pagi tak pasal2 akak kena amek darah 1 tube, suspect denggi. Mujur nan ado apa2..

Pahat pun tak kena ammek gas. Doc kata lung dia clear lagi. So kasik sabutamol jah.

Saturday, April 9, 2011

Check up Pahat yang mencemaskan!

Hari khamis kaedahnya check up Pahat.

Kitorg selalu pegi kat klinik desa je. So situ takde la equipment yang grand2. Ado pon nurse 3 orang jah.

So semalam balik kelas pukul 9, pegi la klinik desa tu.

Sampai sana takde orang okeh.. Akak pon feeling2 happy uolllsss terus bukak baju Pahat timbang dan ukur tinggi.

Sekali je tiba2 ada kereta laju berenti depan klinik berlari2 org tu keluar dari kereta masuk dalam klinik.

Dia pangku budak kecik umur 2 tahun tengah berbuih2 mulut dia. Akak dah seram okeh.

Budak tu kena Fit@sawan.

Nurse check temperature. 37.9 c tak tinggi sangat. Pastu lap badan budak tu kasik sedar.

Dalam 30 minit mcm tu budak tu sedar. Menanges.

Pastu Nurse telepon Klinik kesihatan terdekat tanya Doctor. Doctor tuh suruh buat surat bagai, suh kasik ubat bontot lah apa la.. Hellooo budak tu dah nak nazak okeh nak buat2 surat bagai????

Lepas tu tetiba budak tu jadi sawan lagi skali.

Bapak dia insist nak hantar pegi putrajaya. sebab wife dia baru lepas bersalin cser td malam kat hospital putrajaya.Tapi Nurse kata hantar pegi serdang lagi dekat. Since tu klinik desa jah. Nan ado lah ambulance.

So, kitorg offer diri nak hantar pegi hospital serdang. So Mohd Rafi pegi hantar.

Yang bijaknya, motippp akak tinggal kat klinik tu sorang2 dgn Pahat?? Akak lupa mintak kunci kereta. Merasa tunggu kat situ dengan Nenek budak yg kena sawan tu yg baru datang dari kelantan semalam sbb nak tengok anak dia bersalin kaedahnya.

Lepas dah hantar pegi hospital Mohd Rafi amek nenek dia pulak kat klinik tu. Akak follow dari belakang. Pahat letak kat car seat. Dia tido.

Sampai hospital tanya bapak dia cemana keadaan anak dia. Alhamdulillah anak dia dah sedar.

Mohd Rafi dah cuak gila bawak keter masak anta pegi hospital sebab dia kata budak tu dah pucat lesi dan susah bernapas. Ngeri tak ngeri??

So, pengajarannya ialah, kes2 kecemasan sila hantar anak ke bahagian EMERGENCY kat spital terus.

Dari feeling2 balik cepat terus lambat kaedahnya. Tapi takpe lah, yg penting budak tu selamat.

Malamnya makan nasi goreng cendawan, balik rumah kepala aku pusing gila. erious pusing 360 degree mcm amek dadah pon ada aku rasa.

Esok pegi kelas dah feeling2 tak sedap badan. Semayang jumaat balik rumah terus Flat. Nak pegi klinik malas kaedahnya.

Malam tu terus demam panas sampai ke hari ni. Makan ubat ok sikit. Nanti demam balik.
Akak memang style macam ni uollss... Asal period je demam. Pengsann!!

Pahat pulak selsemaa. KEsian dia tak boleh tido melalak-lalak hidung sumbat.

Adoii!!!

Friday, April 8, 2011

Pahat dah tak debab = 6 bulan hari ini...

Sebelum tu, sorry uollsss... akak promise nak buat tutorial macaron tapi tak buat lagi kaedahnya kannnn???

Musim ujan tak boleh nak buat macaron uollsss... Terpaksa la tunggu cuaca panas sikit ye.. Harap bersabar.

____________________________________

Back to topic. Pahat dah 6 bulan uollsss arini. Cukup 6 bulan akak susukan dia takde campur2 susu formula.

Alhamdulillah juga proses penyusuan tu mudah bagi akak. Takde lagi kes susu pump2 tak nak keluar ke apa.. Susu kurang tu memang ada tapi tu biasa la kan.
Problem lain pon yang ada cuma bila Pahat taknak botol.

Yang lain bagi akak breastfeed adalah keje senang sebab tak payah nak bangun tido bancuh susu. Boleh susu sambil baring dan mata pejam gituuu.

Lepas tu travel-less... bila travel hanya bawak badan sajork +pampers dan baju extra.

Dan paling penting jimat...

So, hopefully akak dapat berjimat sehingga Pahat setahun, selepas itu 2 tahun.

Wednesday, April 6, 2011

Red Velvet sempena 3rd Anniv..


Eh, dah 3 tahun dah??
Cepat kannnn??

So sempena anniv, akak telah mem'bake' 20 biji red velvet cupcake yang sudah selamat akak agih2kan kepada orang2..

Lepas tuh, petang2 tu Mohd Rafi tanya:

' Tak masak ke?'

Akak pon jawab, ' Masak. Kek sempena anniv'

Mohd Rafi kata ' Aduhhh... orang lapar nih dia pegi sibuk masak kek'

'Elehh... i buat kek sempena annivesary. Makan kat luar'

Hadiah, xde hadiah2 dah. Masing2 miskin kaedahnya. Kek tu cukup la kannn??

Nak order red velvet cupcake??

KLIK SINI.

Monday, April 4, 2011

Macaron lagi...

Kali ni buat macaron pink. Abaikan bintik2 color itam ittew sebab akak guna whole almond di blend sebab kaedahnya akak dah beli whole almond tuh untuk other purpose tapi dah cancel gittewww...

Maapkan juga gambar blur nak mampus nih kaedahnya akak guna camera enpon murahan.. cemana nak buat businesss nih kalau amekk gambor semua blur2 mcm nih???
Yang nih lime custard filling.
Akak suka sebab macaron tuh manis nak mati. Makan dengan benda masam sikit. Sesuai lah uolllsss...

Hazelnut chocolate filling.

Best serve after chilled.

Nih contoh2 macaron less sugar. Degil kaedahnya tetap nak cipta resepi less sugar.

Nanti akak post entry step by step how to make perfect macaron.

Bye.

Friday, April 1, 2011

Nak masuk Masterchef..

Akak feeling2 nak masuk masterchef Malaysia uollsss...

Akak pose2 kalau tengok Masterchef, sambil berkata dengan Mohd Rafi ;
'Eleh.... setakat masak mcm tu, I pon boleh menang....'

gituuu kannnn??

so, sesape feeling2 nak masuk mcm akak juga:

syarat2 nya:

18 tahun ke atas.
Paling penting, kalau dah kawen tak boleh pregnant..

Merasa!

iklan