Monday, October 31, 2011

First time pegi Petaling Street..

Weekend nih busy okeh. Pakcik aku datang dari kuantan tido kat rumah akak sbab konvo anak dia tu ha dekat PICC. Kan dekat je kat rumah akak tuh.

Pagi sabtu akak yang indah dicemari oleh berak Pahat yang berlambak2 sampai kena kat toto dan bantal akak okeh. Kelam kabut bangun. Mohd Rafi terus mandikan dia pagi2 buta tuh. Merasa la menjerit2 Pahat sebab sejuk.

Pastu, akak Fiza ajak akak pegi Petaling Street beli bunga. Haruslah akak ajak Mohd Rafi sekali, habes tu sape nak dokong dia kannnn??

Murah gila kan bunga kat situ.. ramai la pulak orang membeli bunga2 konvo.

Fiza dan bunga pepel yang chantek!

Alang2 sampai petaling street akak pon jakun lah pegi jalan2 kat situ sekali.. Wahh... banyaknya beg imitation kennnn?? Tapi tak berani beli takut dia letak harga mahal buang duet aku jah.

Eh, sebenarnya duit aku yang takde. Aku bawak 20sen sajork. Bolehhhhh???

Akak first time uollss jalan2 kat situ.. Kalau orang nak rompak akak pon akak pasrah sajork, setakat 20sen kannnn???

Budak botak dan ayah kesayangan..

Bila rambut kau nak tumbuh Pahat??? Orang lain siap dah 2 3 kali gunting, rambut kau memang segitu la tak gunting2..

Balik tu singgah alamanda kejap jalan2. Pegi carefour beli Pet Pet. Sekali berak pulak si Pahat tuhhhh... motip membantutkan niat emak nak pau apak???

Jadi laju2 akak pegi baby changing room ittew.. Ramai gila orang dalam tuh.

Sekali tengok Pahat berak selambak jugak okeh, sampai seluar2 dan baju semua kena. Mujur aku bawak baju spare. Dan mujur tak kena baju emak kalau tak Apak kena beli baju baru.

Aku sumbat dia dalam sinki alang2 mandikan terus. Pastu ada budak kat sebelah tu ala2 5 tahun camtuh cakap:

'Eeeee...busuknya!'

Keji tauu! Terasa akak.

Pastu terus susukan Pahat kat situ, since bilik dah penuh, susu kan la kat bench yang ada kat bilik diaper tuh.. Ada siap susukan anak dia sambil diri tuh. Terer tak???

Ni satu akak nak bagitau, para2 bapa tu kalau nampak ada mommy2 tengah breastfeed anak tu tak payah lah masuk dalam bilik diaper tuh. Cukup la wife tu je yang masuk. Lainla kau bapa tunggal. Ini terang2 nampak mommy2 breastfeed anak, sibuk jugak nak masuk beramai2 sekali dengan anak2 dia yang lain dengan troli2 sekali..

Bilik tu dah cukup sesak, tambah masuk beramai2.. Ayah tinggal kat luar kejap jaga anak tak boleh ke? Perlu ke nak beramai2 dalam bilik tu?

Akak pulak yang segan breastfeed depan diorang.

Kerja! Kerja! Kerja!

Kaedahnya tempat kerja akak sekarang sedang dalam proses menterminatekan para2 pekerja yang berstatus kontrak bulan 12 inih.

Kesian tau uollsss, dah kerja 5 6 tahun tiba2 lepas bulan 12 ko takde keje. Cemana??
Kalau single takpe lah uollsss... Ko pikir duit untuk kau je kalau tak keje boleh balik kampung duduk rumah parents kejap. Kalau dah kawen ada anak cemana??

Mana nak bayar rumah, kereta, utang2 lain semua? Bil bagai... Anak2 lagi... Kesian kannn??

Pastu kan, akak dengar2 Uni yang dekat dengan MidValley itteewww lagi lah uollss... semua Tutor diterminatekan... merasa kannnn??

Eh, takpela kitorg ni pon jawatan SEMENTARA... suka2 dia lah kannnn?

Eh, cakap orang padahal aku pon sama kannnn??

Ala... akak pon risa jugak lepas bulan 12 nak keje apa. Tapi akak malas nak pikir bolehhh??

Buat je la keje apa2 asalkan halal konsepnya.

Lepas bulan 12 pada mana2 company yang memerlukan catering sila contact akak tau.

Akak dah register dah business catering akak..

Mohd Rafi lagi best, confident2 je business catering akak berjaya kaedahnya.. Padahal satu contact company pon akak nan ado... **matila haku!

Doakan akak berjaya yah!! Ameeennnnnnn....

Friday, October 28, 2011

Farhat breasfeeding n EBM

Eh, dah setahun uollss..

Kalau pegi mana2 orang tanya, umur berapa?

Setahun dah.

Cepat je dah setahun. Dah nak masuk setahun sebulan pun Pahat tuh.

Dah setahun breastfeed kan dia.

Cuma dah tak exclusive la.. ala, lepas dia makan pon kira dah tak exclusivekannn??

Akak bersyukurla Pahat xde masalah breasfeed since lahir. Lahir2 je nurse suruh breasfeed atas operation bed tu terus dia boleh hisap.

Yang menjadi masalah adelah bila dia rejecting bottle. Sampai sekarang ni pon kalau cuti lama 4 hari tak bagi dia bottle langsung merasa la baby sitter telepon kau esoknya Pahat tak nak minum susu. Merasa la lunch balik rumah breasfeed kan dia dulu sambil tipu2 kasik botol.

Lagi satu dia cuma guna puting ortho tuh. Sebab puting biasa dia taknak.

Dan sampai setahun ni dia masih lagi guna size newborn. Akak ado beli size 2 untuk baby 6month tapi dia tak nak. Dia tetap nak puting size new born sebab flow dia slow.

Anak korang mcm tu ke?

Thursday, October 27, 2011

Long fever.

All in all dah 6 hari okeh Pahat demam.

Asal malam je badan dia mendadak panas.

Since Doc kat Azzahrah tu suh check darah after 2 days. So akak pon pegi la arini. Pegi dengan Mohd Rafi..

Haaa tu akak nak cakap. Mohd Rafi kalau pasal anak dia, dia sanggup cuti keje. Pahat check up pon dia sanggup cuti okeh. Sepanjang check up Pahat sampai setahun nih, sekali je yang dia miss check up Pahat tuh. Yang lain dia sanggup pegi pegang anak dia. Sibuk nak bukakkan baju bila nurse suruh.

Dah tu akak tercegat kat situ buat apa??? Tengok je lah uolllss...!

Akak rasa kalau lelaki boleh breastfeed dia pon sibuk nak breastfeed Pahat.

Ok, berbalik pada citer Pahat demam. Kitorag pegi Klinik Kesihatan Putrajaya jah. sbb FREE.

Pegi pukul 8.30, pukul 12.30 baru dapat turn jumpa Doctor. Pengsan kat situ jugak.

Pukul 1.30 baru dpt ubat.

Punya la ramai orang ari ni!

Balik tu akak susukan dia. Bagi ubat. Muntah pulak berlambak...!

Alhamdulillah darah Pahat ok. Takde denggi. Takde jangkitan kuman.

Cuma Doctor kata demam viral memang selalu mcm tu, malam je selalunya panas..

Dah check darah lega la akak..

Kena cucuk amek darah pon tak nanges anak aku. Buat bodo je tengok nurse tu cucuk tangan dia.

Apa punya baby la ko nih.

Tuesday, October 25, 2011

Demam hape ntah nih??

Pahat demam dah 3 hari.

Tapi akak tak paham demam dia. Dia cuma demam malam sajork.

Siang badan dia ok, temperature normal. Bila malam je suhu naik. Badan panas.

So semalam pegi klinik. Doc tuh suruh pegi emergency hospital amek darah..

Walaweh... korang pernah pegi bahagian emergency hospital tuh?? Korang tau tak berapa bapak lama kena tunggu??

Akak pernah okeh. 2 kali. Dari pagi pukul 10 tuh, pukul 4 baru dapat turn.

Kalau akak yang kena pegi sorang takpe lagi.. Nak bawak Pahat nih??? aiyooooooo..

So, last2 akak bawak Pahat pegi Azzahrah sebab situ panel dan boleh check darah jugak..

Tapi Doctor check dia kata Pahat kena Demam viral. Dia suh makan ubat selama 4 jam sekali. Bagi sekali ubat bontot. Walaupon siang tu tak demam still kena bagi jugak.

So monitor 2 hari, kalau tak baik jugak baru amek darah.

Yang heran tu, time dia demam dia dok aktif mcm biasa je. Mcm tak demam pon akak tengok. Sebab tu akak tunggu 3 hari baru pi klinik sbb dia tak menunjukkan ciri2 orang demam pon.

Sunday, October 23, 2011

Health Concious!

Nah pukul 3 pagi akak dah bangun, sebad akak tido pkul 9 kaedahnya.

Dah tu akak nak mengamalkan konsep kesihatan dalam islam di mana bangun dan mandi sebelum subuh. Pastu lepas subuh kau tido balik kannnnnnnn????
Akak tetiba bangun teringan eggwhite yang dah dikeluarkan dari fridge dari siang. So bangun buat pavlova.

hihihihihi....

Jumaat lepas ada talk pasal 'Wellness in workplace' kat opis akak nih..

Ternganga2 kitorang dengar okeh, sebab banyak benda yang kita practise adelah salah okeh. So akak share kat korang eh apa instructor tu cakap. Supaya akak ingat gituuu.


1. Start exercise with cardio exercise. Brisk walking is the best sebab korang gerakkan your whole body. Then baru la korang boleh buat muscle exercise.
Ramai orang terus jump buat exercise konon nak kuruskan badan sbb tu fail nyehhh!

2. Start with slow and steady pace. Tak pernah exercise jangan dok jogging mcm nakmasuk marathn ye uolllsss.. sikit2 yang termampu sudah.

3. Cardiac arrest bukan hanya disebabkan oleh rokok dan juga diebetes tetapi juga disebabkan korang terus2 buat exercise berat contoh bersukan tanpa buat cardio exercise.. Dan juga disebabkan oleh liposuction gituuu..in this case die on operation table.

4. Before cardio exercise at least kena makan 'sikit' dulu. Bukan melantak nasi lemak ye uolllss... makan biskut sekeping jah. Minum air milo kaaa..

5. Badan kita boleh develop calcium, so kalau uolls dah cukup calcium tak perlu amek supplement sebab tu akak menyebabkan benda2 yang x elok, > akak lupa kenapa nyehhhh.. Boleh gitu??

6. Korset mahal tak boleh menyebabkan korang kurus. Tengok je la penjual korset yang TOP itteeewwww... Adekah beliau kurus seperti yang diwar-warkannn??? Tapi untuk korang menjana pendapatan boleh laaa..

7. If korang makan banyak, make sure calorie yang korang burn pon banyak tu jugak.

8. Eat healthily. Minum air 1 ke 2 litter sehari. Jangan minum banyak sangat sebab nanti darah korang akan diluted, dan keluar through liang roma. Nak??

9. Different body shape have different type of exercise. Pear type of body tak boleh start with jogs exercise okeh. Akak baru tau, korang kena start with bicycle.

10. Nak kuruskan badan jangan tunggu esok. Kalau tunggu esok memang selamanya la tak exercise. > ni ayat akak!

Nanti akak share pulak pasal kesihatan dlm islam.

Friday, October 21, 2011

The next great baker!


Ha...nampak? nampak??

Tu ada talent jadi chef tak??

Abes tu akak nak buat order kek orang dia sibuk jugak nak tepuk2..Akak bagi la mangkuk dengan spatula tu. Merasa la kau Pahat!!

Matila kan akak janji2 palsu nak upload episode 2 birthday Pahat..

Thursday, October 20, 2011

Kau mampu nyanyi lagu Move Like Jagger??

Akak on the way pegi Mc D tadi pagi breakfast dengar Hot FM panggilan hangit tu.

Mcm nak mati akak gelak dalam kereta.

Fafau ni call sorang budak ni nama dia Amirul.

Fafau kata kalau nak pegi **tutt** dah dalam radio sebut **tuutttt*** akak pon tulis lah uolsss..
Kena nyanyi dulu.

So Amirul ni pon nyanyi.

Ko tau dia nyanyi lagu apa??

Politeknik Malaysia!!

Pitam akak dengar!!.. Pastu Fafau tak puas hati. Dia suruh panggil kawan2 dia yang lain yang reti nyanyi.

Dia pass kat kawan dia Fakhrul. So, Fafau suruh la dia nyanyi.

Dia kata tak ingat lirik la. Kena nyanyi dengan background music.

So dia bukak la lagu..

Lagu apa??

Lagu Move Like Jagger tu ha. Pastu dia nyanyi siap buat suara kepit sekali.

Akak pengsan lagi sekali...

Aiyooooo...kau mampuu???

Oppss I did it again!!

Tu diah tadi malam Mohd Rafi balik rumah pukul 11. Dia mandi2 pakai baju amek charger phone.

Akak tanya, nak pegi Mana?

'Kedai'

'Kedai mana?'

'Kedai Moto. Nak sambung keje, moto orang tak siap lagi ni...'


Akak pengsan dengan Pahat!!


Ujung2 dia balik pukul 2 pagi.. Terlebih rajin susah. Pemalas pon susah. Tapi i guess lebih baik lebih rajin dari malas kannnnnn????

Wednesday, October 19, 2011

Pengsan mcm nih!

eh, akak tengok2 follower akak dah bertambah 52 gituuu...clust uollss menjadi follower akak walaupon akak memang malas nak follow orang kaedahnya.

Akak nak citer nih, sejak dua menjak nih Mohd Rafi very the busy mcm kedai tu dia punya padahal dia pekerja sajork. Pegi pukul 9 balik pukul 11 malam. Gaji sama jah. Laki kau ado mcm nih??

Dah tu hari AHAD pon dia sibuk keje uolllss.... Pitam akak dengan Pahat tau.. **tetiba pahat pon nak pitam sama.

Sempat la pegi Big Bad Wolf Day ahad tu sejam. Pastu baru nak makan, ada customer call. Dah tu dia sibuk cakap dgn akak.

'Yang cepat makan, i nak pegi keje ni. Orang dah sibuk call'

Perlu kah?? Orang tu tak reti2 kah kedai tutup hari ahad sibuk mengganggu ketenteraman keluarga akak.. Gituuuuu..

Lain la kalau ahad ko keje dapat double kannn??

Sejak dia pindah kedai baru ni, dia kata sales cecah 3k sehari.. Sehari okeh. Kau kira sendiri sebulan dapat berapa tolak la 30% modal gituuuuu..

Yang akak bertambah tension, Boss dia lepas nih pindah kuantan. Dia bagi amanah kat laki akak tuh. Dah tu, laki akak tu terajinnnnn la sangat kannnn? Merasa lah akak pengsan lagi dengan Pahat dok melepek kat rumah jah..

Ko tau berapa gaji Mohd Rafi dia bagi??? 1.2k sajork.

Sekian.

uwah!!!! Good bye friends!

Aiyooo... merasa lah kawan akak ramai yang nan ado 2 3 bulan nih.

Ado pi China. Cik sha pi uk balik buat PHD. Jangan lupa ye pinggan correlle mak. Merasa aku tulis hari2 kat facebook wall kau sampai ko balik cuti kannn??

Lab microP is getting better. Makin lama makin hebat. Aku dah pandai guna serial mode and hexa mode. Itu pon sama2 belajar dengan student. Nasib lah kan??

Semalam aku buat ais krim goreng. Dah tu lebih roti tu nak buat apa kann?? jangan membazirr uollsss... Akak buat la puding roti berlayerkan chocolate. Atas sekali tabur chocolate chip. Sumpah sedap!

Ala... benda2 berasaskan chocolate kan memang sedap.. Akak tak suka puding roti lembik. So, aku toast kejap dulu roti tuh. Pastu atas dia bakar sampai garing sikit..

Gambar akak lupa nak amek uollss, dah selamat habes pon..

ala.. resepi aku suka2 buat sendiri guna konsep portugese tart punya bancuhan. Pastu aku tabur chocolate. Merasa!

Makan panas2 sedap uolllsss.

Tuesday, October 18, 2011

Pics : Birthday Pahat

Ampunnn uollss akak malas nak upload gambar kannnn?? Padahal laptop 'sewa' dah ada dari last week..

Awas ye!! Gambar banyakss.

Mula2 letak gambar makanan dulu. Makanan semua adelah home made.

Kek besday Pahat yang comel bersaiz 9' sajork.. Menyebabkan emak dia kena maki dengan adik dan akak aku yang datang sebab buat kek kecik..


Portugese egg tart. Yang buruk2 adik akak temok yang buat. Nanti akak kasik resepi yeah. Kalau korang dok sibuk buat pavlova gua putih telur, kuning telur tu simpan buat tart nih.


Cream puff aka profiterole aka choux pastry. Nanti akak bagi resepi jugak. Kawan Mohd Rafi sibuk suruh aku buat hari2.. Motipppp??? Ni pon custard filling dia akak guna vanilla beans dan egg yolk.


Ni Red Velvet lah.


Ni Pavlova yang korang dok sibuk2 nak buat kat blog tu kann??


Menu utama. Gigih akak beli set buffet bulat tu. Gigih tawar kat apek tu menjadi Rm75. Mula2 susunan macam ni. Sekali je bila akak keluar rumah tengok dah kedinding semuanya. Takde org lain yang serajin Mohd Rafi dok sibuk alihkan. Set buffet ittew semua harta sendiri uollss jangan speku itu pon sponsor okeh.


Ungkep kebesaran ilot. Eh tapi ni bukan aku masak. Resepi carik kat ilots kitchen belah kanan tu.


Sambal udang (Mohd Rafi gigih siang udang buang kepala ekor. Kalau aku sah2 aku kerat guna gunting jah kepala dgn ekor tuh). Sambal goreng jawa.


Laksam. Errr...korang nak resepi jugak tak?? **matila kannnnn senang gila nak buat.


Macaroni sup. Jangan tanya akak resepi bukan akak yang buat. Tanya Filla.


Decoration yang simple untuk emak2 yang malas nak pikir tema.


Apak mithali. Dokong anak sambil penyapu.


Zakir menyerundul. Larikkk! Gelaran emak aku kasik sebab dia terejal sikit. Tapi paling rajin kalau disuruh okeh. Ada jugak good point dia.


Tetamu:


Kak ifa. Hanya mampu mengambil gambar belakang dia. Boleh?


Acik oren dan Tunang beliau. Kenapa makan sikit sangat uollss??


Filla, fara dan sepupu2 beliau. Nampak tak Fara yang short hair tuh? Gigih okeh kuruskan badan, jaga makan, pegi gym. Sekarang dia dah kurus dah dan badan dia firm tak lembik sbb dia pegi gym. Nampak tu Fiza?? Nampak??

Tiba2 akak malas nak sambung. Nanti bila akak rajin.. Tunggu part 2 yeah...

Saturday, October 15, 2011

When you say i do..

Mood : Meroyan

Baru lepas baca buku Do you come here often?
Mula2 mcm tak best, lama2 terlebih layan sampai tak masak sampai ke malam.

Nasib baik Mohd Rafi keje. Pahat mula2 aku sumbat roti kosong. Pastu lama2 kesian pulak aku tengok dia aku masak la bubur dgn brocoli+kobis bunga+ikan bilis.

Mohd Rafi tu kang kalau aku tak masak sibukla bukak2 periuk tengok lauk apa. Kalau aku masak kang tak makan, Lempang kang!

Aritu seminggu aku masak 2 kali je tu pon masak mee. Dah tu pandai pulak komplen aku asik tak masak jek.

Akak tension uollsss asalmasak je tak abes, akakkkkkk jugak kena abeskan bawak bekal opis.Tak abes lagik ke tong sampah jawabnyah. Membazir amalan syaitann sangatsss..

Oh, btw lepas baca buku tu hati akak berbunga2 feeling2 nak carik lelaki idaman jugak kaedahnya tak sedar diri kau tu dah kawen kannnnn??

Esok akak nak pegi lagik Big Bad Wolf day tuh nak carik buku banyak2..

Byeeeeee

Friday, October 14, 2011

Ciri2 anak mat rempit.

Tu diah, kecik2 dah merempit..

Anak kau ado mcm nih???

Check up setahun dan chicken pox.

Haiiii... akak hadir bersama laptop pinjam... Terima kasih buat Filla!.. nanti iols masukkan anti virus yeah.

Ingat tak aritu akak pegi klinik Doc kata Pahat bukan kena Chicken Pox tapi some kind of virus??

So arini check up Pahat, akak pose2 pegi klinik Desa tu. Yela uolls klinik desa mana ado Doctor pon.. Nurse tu kata bukan chicken pox nih.. Raba2 Pahat tak demam pon..

Continue timbang.

Berat dia 10kg.

cucuk kat tangan kiri.

Hebat gila anak aku langsung tak berbunyi time kena cucuk. Menjerit tidak, melalak pon tidak.

Takde perasaan ke apa anak aku???

Kagum nurse tu tengok dia buat bodo je kena inject.

Balik aku rasa tak sedap hati tengok kaki dia dah tumbuh besar2 bijik chicken pox tu aku terus pegi klinik lagi.

Doc check temperature. demam sikit jah. 37 c.

Dia tgk bijik2 tu. Doc confirmkan yang tu chicken pox.

Dia siap pesan. Jangan hantar kat baby sitter, or bawak dia keluar kat public. Kena kuarantin kat rumah.

Dah tu, aku ada lab ptg tu pukul 1. Call Mohd Rafi suh jaga Pahat kejap sampai pukul 4.
Ko tau apa dia kata?? dia busy..

Hellooo.... ingat dia sorang kah berkerja?? merasa mak ugut2 dia baru setuju.

Dah tu aku kata pukul 1. Tapi dah pukul 1.40 tak sampai2 rumah lagi, last2 aku angkut je Pahat pegi lab..

So, kalau student2 aku tu kena chicken pox, tau la sapa bawak virus kannn???

Sorry students, I have no choice. Kalau tak, tak siap lab microP korang...

Selamat travel buat sahabat mak!! jangan lupa email mak ye kalau ada laptop murah2..!

Tuesday, October 11, 2011

Feeling..

Arini akak rasa tak sedap badan mcm nak demam.

Dah 2 3 hari aku lalu maeps tu plan nak pegi big bad wolf book fair tuh. Ajak Fiza tapi esok pulak. Sorry Fiza, aku esok time lunch ada lab sampai khamis. So arini aku pegi sorang lah.. Lagipon tak jauh pon dari opis nih.

Badan Pahat tumbuh bintik2 kecik. mcm chicken pox tapi bukan. Mula2 bijik merah pastu jadi mcm chicken pox kecik.

Aku check2 kot2 ada ibu chicken pox ke nan ado pulak.

Aku tgk Pahat tu pon relax je takde garu2 pon. Tak gatal la kot.

Aku check temperature pon nan ado demam.

Apakah penyakit itu??

Nanti akak bgtau uollss ye buku apa ada jual... Nak carik buku Pahat jugak kot2 ada ke..

Monday, October 10, 2011

Pahat is one already!

Mula2 sekali, terima kasih buat Shilla, acik oren, aisha, fiza, filla dan kawan2 yang memeriahkan majlis harijadi Pahat yang tak seberapa tuh pada hari sabtu lepas.

Terima kasih juga buat hadiah2 dan angpow2 yang diberikan, dengan itu juga duit Pahat sudah selamat akak belikan emas dinar buat kali ke-2. ***pahat lagi kaya dari emak.

Gambar tak dapek nak upload selagi laptop belum betulkan.

So, menu hari sabtu tu adalah:

Nasi putih (akak pose2 beli beras basmati okeh)
Ayam ungkep - emak akak masak. Kalau cik sha datang harus dia hentak2 kaki suruh akak masak jugak kaedahnya.
sambal goreng jawa
sambal udang

Laksam - Abes licin.

Macaroni sup - Sponsor dari Mama Filla.


Dessert:

Red Velvet
Pavlova
cream puff
portugese egg tart - Tukang habeskan anak sedara aku Zakir. Siap suruh emak dia buat hari2 dia nak bawak bekal pegi sekolah tapi emak dia nan ado oven. Howww??
Agar2 - Sponsor dari Mama Filla jugaksss..

Air sirap - Sponsor dari Mama Filla jugakkkksss

Khemah + Pinggan mangkuk + Sudu Garpu - Sponsor dari Mama Filla lagikkk...

***matikla banyak sponsor kennn

Pastu malam2 bakar ikan keli+ ayam kampung - Sponsor dari Mama Filla lagikkk dan lagikkkk

**pengsan banyak sponsor kannn??

Kek Birthday Pahat merupakan kek american choc saiz comel 9 inci sajork.

Balik keje Mohd Rafi maki akak:

'Kek Umno boleh buat besar2, kek Pahat kecik ni je???'

Boleh gituuuu???

Dah tu kan, ada carrot cupcake aku tak keluarkan dr dalam fridge sbb tak sempat frosting. Dah tu sampai ke hari ni ada lagi kek itteww..

Nanti lah akak menumpang kasih kat laptop sesiapa transfer gambar birthday Pahat.

Tungguuuuuuuu!!

Emak Bapak Bodoh!!

Eh, korang baca paper tak yang Bapak dia liwat anak dia yang baru lahir 23 hari tu??

Sebab?? emak dia dalam pantang.

Aku takde perkataan lain nak ucap selain dari.

'Babiiiii!!!!!'

Babi tak perangai bapak dia tu. Babi sangat kannnn?? kurang ajar!

Aritu akak ada baca, seorang emak kat uk, umur 20an camtuh, blowjob anak dia umur 10 bulan.. Pastu amek video send kat Boyfrend dia. Bongok tak???

Dah tu, emak dia kena hukum seumur hidup penjara. Padan muka kau..

Tapi kes bapak liwat anak ni adelah much worse than that... Ko tau tak baby umur 23 hari tu nak masukkan jari kat bontot dia pon susah, ni bapak dia liwat dia???

Memang babi gila!!

Bagi hukum gantung sampai mati je boleh tak orang mcm nih??

Tak tau nak gambarkan kegeraman aku.

Thursday, October 6, 2011

Pregnant kali ke dua...

Wah... akak suka kan speku??

Tak uollss... Akak tak pregnant.

Cuma akak cakap dengan Mohd Rafi, Kalau pregnant pon alhamdulillah..

Dia kata tunggu Pahat 3 tahun..

Hellooo... akak dah 30 okeh. Pahat dah setahun kira ok la kan merancang untuk second child sbb bakal adik Pahat akan lahir tahun 2012 gituuuu... selang 2 tahun dari Pahat.

masa tu akak 32 tahun. Just nice.

Kalau tunggu 3 tahun merasa bersalin tahun 2015. Dah tu masa tu akak umur 34. Lepas tu cemana nak mencapai target 4 orang anak kannnnnn kalau dah tua???

Lagipon akak dah lupa saket bersalin cemana so kira ok la, walaupon ingat2 balik memang ngeri kaedahnya..

----------------------------------

Tadi malam laki bini excited beli barang2 besday pahat termasuk topi gambo binatang2 cute. Pastu sibuk pakaikan kat Pahat. Ado dia kesah??? nan ado!

Besday Pahat nan ado konsep.. Konsep caca marba.. Koser akak nak fikir2 konsep. Akak nak pikir menu nih.

Datang tau!!!

Wednesday, October 5, 2011

Plan of Menu.

Menu utama akak tak fikir lagi. Matila kann korang datang makan dessert sajork???

SO, akak plan dessert ado, tart nenas untuk CW.

CHoc chip untuk Cik Lee

Red Velvet

Carrot cake

Pavlova

Portugese Egg Tart

;
:

Tamak tak menu dessert aku???

Itu pon kalau sempat la uollsss... Kalau tak sempat merasa makan buah tembikai sajork!!

Kek Pahat akak decided nak buat american Choc cake. Decoration macam haram pon nasib la kau kannnnn???

Byeeee! Nak pegi lab microP.

Tuesday, October 4, 2011

Update setahun sekali konsepnya...

Matila la kan kena kecam sebab malas update blog kaedahnya??

Bukan apa uollsss, student dah masuk ni ha merasa busy sikit... Dah tu busy dgn Besday Pahat. Padahal balik rumah aku dok sama2 tido dengan Pahat pukul 9 tu ha..

Yela konsep tidokan anak tapi kau tido sekali, dah tu bila dah tertido tak reti2 nak bangun balik kan???

Dah tu bangun la pukul 6 pagi siapkan semua. Yang bagusnya siap breakfast hari2 kat rumah kecuali waktu2 kecemasan lah. Biasanya aku punya breakfast adelah makanan lebihan malam semalam. Mohd Rafi tak pandang okeh lauk2 semalam nih, jadi akak ni la yang kena habeskan konsepnya. Kalau pagi tak boleh habeskan, merasa bawak bekal ke opis puiler..

Jimatttt duet hakak!!

Korang dah check FB invitation kah belum??? Sila2 check ye dan confirmkan kat akak ni ha.. Kang terlebih masak, membazir amalan syaitannn..

Pastu sila lah datang yek, ni first and last aku buat besday Pahat secara pukal, lepas nih kowser okeh. Sambut kat rumah bersama keluarga jah!! Kau hengan emak ko kaya tiap2 tahun nak ber birthday party bagai???

__________

Ya Ampunnnnn.... Pahat itteww sudah bertambah berat, tapi jalan nan ado lagi. Dah tu berdiri pon tak nak. Penat tau nak dokong dia pegi carefour.

Dah tu tak reti duduk diam. Nak menggeletis je keje dia.

Akak selalu marah dia macam nih tau:

'Pahat, kau dah la botak. Perut boncet. Asik susu je, dah la debab, kaki kecik tak jalan2 lagik'

Matila kannnnn ado emak mcm nih??

p/s : masih lagi memikirkan kek cemana aku nak buat nih??

Ha, sapa nak makan red velvet tu sila2 datang rumah akak.

iklan