Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Barang baby, Perlu atau ikut nafsu?

Ok, untuk orang2 yang mesken mcm akak nih merasa baca.

1. Breastpump : Perlu atau tidak??
Bagi akak, kalau korang nak jimat duet+berkerja breastpump is a must. Sebab susu FM tu ko hengat harga dia dah berapa?? Mahal hokeh.

TAPI... tak perlu lah nak beli sampai Madela swing bagai.. Memang la dalam blog+internet orang dok sibuk2 kata Madela, spectra 3. Tapi sebenarnya ada lagi breastpump yang lebih murah dan sama kualiti mcm Madela dan spectra 3.

Suggestion akak adelah The first year, kalau korang feeling2 nak double pump baru RM500++

2. Baju baby : Perlu kah yang berjenama?
Akak nak bgtau akak tak pernah belikan baju Pahat lebih dari rm50. Chop! aku rasa lebih rm30 pon tak pernah kot, ke ada sehelai je.. ntah emak lupa nyeh!

Akak beli baju2 jenama high street seperti ck, osh kosh atau GAP adelah di FOS atau internet. FOS sehelai baru RM10. Murah jah.

Yang lain2 kadang2 akak beli yang satu set terus. Jeans Pahat pon akak tak koser beli kat anakku ka butik2 terkenal kah. Akak bantai FOS atau reject shop juga. Pastu akak suka pegi TESCO Plentong ada 1 kedai jual barang bayi mcm FOS jugak dan murah.

3. Barang persiapan baby : Perlu tak beli semua?
Ha.... barut pon aku jahit sendiri sebab nak jimat punya pasal. Barang2 lain mcm warmer atau strelizer tu kalau korang ada budget lebih boleh la beli. Kalau mesken mcm akak sendiri mau ingat rendam kat air panas sudahhh.

4. Stroler
Nak tau tak stroler Pahat akak beli dengan harga RM75.. Lagipon akak bukannya nak beranak 10 nak beli stroler yang mahal dan tahan harga seribu lebih tuh. Sah2 kalau anak 4 orang bei stroler murah 4 kali baru RM320 < rm1000.

5. Car seat
Bagi akak ni penting sebab jalan kerja Mohd Rafi dan akak adelah tidak sama. So keje menghantar Pahat adelah akak. Tapi beli jugak yang murah. Akak beli Mydear baby time warehouse sale.

Tetiba akak malas nak sambung tapi akak nak citer pasal duit raya bolehhhh??

Uollss... akak kan mesken, so akak sedia duet raya rmdan rm2 sajork utk anak2 rakan. Tapi akak segan la pulak orang bagi Pahat rm5. Patutkah akak up duit raya menjadi RM5 sedangkan akak mesken? ataupon buat bodo je lah kannn???

sambung balik citer barang baby tu akak nak cakap ialah, kalau tak berkemampuan, sediakan mengikut apa yang kita ada je. Tak perlu lah kau feeling hutang orang tak bayar tapi bila wife ko bersalin nak dekat spital swasta yang mahal. Bila orang tanya pasal hutang ko kata bulan ni guna banyak duit sebab baby baru lahir sedangkan ko keje O&G dah sedia gaji banyak tapi hutang orang nan ado bayar..

Matila kannnn perli sapa tak tau!

Wednesday, May 18, 2011

Bertemu bayi2 comel 2

Semalam akak pegi Shah Alam hantar order kek. Thanks Iema!.

Pastu akak culik Kher ajak teman pegi hantar kek sbb akak dengan Pahat jah kaedahnya. Kang sesat sia2 je uolllsss...

Pastu akak pegi anta mac kat Ain mama Syami. Syami bam bam okeh. Kalau dukung dia rasa penuh je. Pahat jugak semua orang jumpa kata dah kurus... Siannn kau Pahat..

Sorry eh gambar ni Syami pejam pulak. Gambar lg satu akak pulak yang pejam.. Tu Pahat tu memang menggeletis tak boleh duduk diam.

Kat umah Madam kher sibuk dok sondol2 orang.. Thanks Kher belanja A&W and bg tompang rumah kejap. Nanti lain kali iols datang lagi... Matilaaaa!!!

Maklum la... laki iols kan keje sabtu ahad dan cuti umum. So terpaksa la akak berdikari berjalan2 seorang diri. Aritu offer petpet kat carefour dengan gigihnya aku pegi beli feeling2 letak pahat dalam stroler sambil jinjing pampers 2 pack. Last2 Pahat mengamok dalam tuh. Pampers letak dalam stroler, pahat aku dukung sebelah. Sorong stroller sebelah.

So balik dari SA, akak paksa Pahat tido sebab ujan kaedahnya akak pon nak tido jugak... Hahaha...


Baik tak Pahat tengok TV? Tengah tengok Music Bank. KBSW. Nanti dah besar jadik Lee seunggi atau Gigwang tau???

***matila emak dah addicted dengan Gigwang pulak sekarang..



Ni version kek yang sama mcm entry sebelum nih. Choc Moist cake with creamcheese and chocolate in every layer. Ada 3 layer. Kek ni sangat berat. I guess almost 3kg kot. 9'. Price RM70.
Kek ni mahal sket sebab cream cheese yang akak guna untuk salut kek ni almost the same amount with cheese cake.
Sedap. Tak tipu. Larikkkkkkk!!

Tuesday, February 8, 2011

Baby belum 2 bulan dah bagi makan...

Entry mengumpat okeh.... Matila kau nurakah sangatsss!

Akak balik kampung aritu kannn.. Akak ipar Mohd Rafi kan baru bersalin bulan 12 aritu. Anak dia dalam sebulan lebih la macam tuh.. Tup..tup akak tengok dia kasik anak dia makan uolllssss....

Dia kasik biskut baby tu haa..

Akak nak pitam kejap. Akak tanya dia kata anak dia dok nanges je. So bila dia sumbat makanan anak dia diam. So dia feeling2 buat kesimpulan anak dia tak kenyang breastfeed. so dia sumbat makanan.

Padahal anak dia bukannya nanges sepanjang masa mcm anak adik akak Tipot tuh. Biasa la kan baby nanges eventhough dia dah BF kan dia.

Pastu time anak dia still BF (masa belum bagi kasik makan masa tu), anak dia tak berak 2 hari dia bawak pegi jumpa Doctor. Doctor tu bengong pegi kasik ubat bontot kasik baby tu berak. Pastu akak cakap la kalau BF 2 hari tak berak tu tak perlu risau. Sebab dia serap susu tu..

Tapi akak nan ado la cakap lebih2.. nanti dia cakap kang anak baru satu dah sibuk sedangkan anak dia dah 3 uollss...

Akak tengok documentary semalam, solid food shpuld be introduce later to baby until intestine(ke hape lupa) ready. Pastu susu kena introduce after 1 year. Peanut, egg and fish kena introduce after 2 years. Sebabnya???

To prevent atopy..

Apa itteww atopy??? Carik sendiri kat guugle..

Kesian la hai baby belum 2 bulan pon dah kasik makan.. Menyeksa betul kan..kan??

Thursday, December 9, 2010

Minggu yang meriah..

Minggu nih adelah minggu yang meriah dengan kelahiran baby okeh. Adik akak selamat bersalin. Akak ipar akak pon selamat bersalin semalam. Dua2 baby berat 3.1++.
Ni Baby adik akak yang dah teroverdue bersalin tuh. Berat 3.17kg. Panjang 51cm.
Nama Muhammad Rayyan Nafiz.

Apesal tahun nih ramai sangat guna nama Rayyan weh???

Tak nak ke amek nama mcm anak akak Rossiudin gituuu.. Kau berani letak nama anak feeling2 Rossi??

Oh.. pasal Rahim TInggi tu sebab adik akak sengal lepas bersalin tak kencing2 sampai esok paginya. Harusla rahim tu tak kecut. Dia takut nak kencing sebab trauma. Takut pedih kat bahagian jahitan tuh.

Kan lepas bersalin kan air kencing sebaldi keluar kannn??


Perlukah letak gambar Farhat ni tiap kali tulis entry???

Budak debab nih mengalami kembong arini tak mau tido. Kepala kat ubun2 tuh ada lekuk sket. Jadi akak menggunakan info2 yang akak baca kat internet seperti :
1. Sapu minyak yuyi
2. Dokong dia dengan cara kangaroo sambil tepuk2 belakang

Nanti dia akak sedawa and kentut lepas tu dia lega.

Adik beradik akak sekarang panggil Farhat adelah Pah-hat.. Ikut pelat anak sedara akak Icah yang umur 3 tahun tuh.

Pahat dah pandai senyum bila orang agah. Dah pandai bagi respond bila orang cakap2 dengan dia. Tapi leher tak keras2 lagi. Tapi suka berlagak mcm leher dia dah keras.

Monday, November 1, 2010

Farhat 101.........

Bila dah jadi emak nih hari2 mengadap perubahan anak setiap hari without fail..

Sorryla yek kalau korang feeling2 bosan asik citer pasal anak jah.. Suka hati akak lah uolllss...

Akak saja nak tunjuk perubahan Farhat dari lahir sampai hari ke 25 nih... Wah mcm dah feeling2 besar je anak aku kann?? Mesti uolls rasa nak lempang kannnn??


Dari hari pertama


Yang ni masa seminggu kot...


Ni lebih kurang 15-20 hari mcm tuh.. Akak lupa uolllssss...



To this....

Hari ni dah 25 hari. Dah develop banyak lemak kat muka n badan dia.

Dah tak tau dah muka dia ikut siapa.. Hidung memang confirm ikut ayah dia.. yang lain2 akak nan ado tau..

Time mengeliat jadi mcm nih. Merah menyala muka.

Akak dah balik putrajaya uolls.. terpaksalah manage Farhat sorang2.. Harap2 dia tak buat hal mcm semalam pukul 5 pagi bangun tak nak tido balik.. Pengsan kejap okeh!

Dia mcm cranky sikit hari ni, may be sebab penat perjalanan dari Kota Tinggi ke rumah nih..

Ok BYe!

Friday, October 29, 2010

Goodbye Johor, welcome to real life!

Minggu ni last pantang kat Johor.

Isnin balik Putrajaya balik.

Ohooo... boleh ke aku manage Farhat sorang2??

Sepanjang 3 minggu nih aku cuma mandikan dia sekali okeh. Tu pon meraung2 anak aku dalam besen tuh. Mcm tak confident je emak dia mandikan dia.. motippp sangat kannn??

Muka dia dah lain dari masa lahir. Ntah ikut rupa sape akak pon confuse. Kadang2 akak tertanya2 sendiri. Eh, Betul ke ni anak aku?? betul ke aku lahirkan dia???

Boleh gituuu sewel???

sedih la uollsss.... Goodbye channel singapore akak! Citer Kopi Bujang, citer Delicatessen (favourite!!) lagi satu citer favourite untuk mengutuk ialah Sedap! Asmah Laili tuh. Akak pose pengsan okeh setiap kali tengok dia masak.

Kau ado masak Nasi Dagang, kari ikan tu dia panggil lemak cili ikan?? Pastu ikan tuh dia goreng dulu... Ado??Ado CD Owner???

Last skali akak tak sabar nak makan nasik lemak okeh. Lagi 22 hari nak abes pantang.. Ayohhhh... nasib baik akak bukan czer kalau tak kena pantang ais selama setahun. Merasa!!!

Wednesday, October 27, 2010

Pumping and Leaking....

Hari ni ada appointment dengan Nurse sempena 20 hari. Eh, tak tau la tempat korang ada ke takde.
Tapi kat rumah akak nih ada je Nurse yang datang rumah masa dalam hari check baby.

So, berat Farhat dah 4kg uollss...

Naik sekilo dari lahir. Tak sia2 akak tak tido malam BF kan dia. Boleh gituuu??

Sekarang nih bangun2 pagi breast mesti leaking. Satu baju basah bila bangun pagi.

So, pagi2 kena la rajin pump susu jugak walaupon feeling2 pump banyak2 pon fridge kecik sajork ntah muat ke tak.

Akak bersyukur jugak uollss walaupon akak menggunakan pump murahan littlebean RM199, susu tetap keluar dengan jayanya..

Sebenarnya nak upload gambar tapi tau2 je la line celcom kat kampung nih uollsss...

Oh... sebenarnya akak nak cakap, susu jadi berlambak mcm tuh sebab diet akak hari2 adelah SAWI... muka akak pon dah layu mcm sawi uollss... Cepatlah abes pantang..! Akak nak pose2 makan sayur lain pulak.. Blehhhh???

Tuesday, October 26, 2010

Dah start cranky dah...

First two weeks anak akak baikkkk sangat lah kan uollss.. ala-ala pijak semut tak mati gituuu..

Bangun kejap menyusu pastu tido balik. Indah betul hidup emak dia masa tuh.

Siap boleh berFB dan blogging bagai. Siap jengok2 blog org lain lagi kannn??

Sempat buat research sikit2 lagi..

Lepas 2 minggu......

Tido siang susah. Nak kena layan2 dia buai2 dia dulu...

Janganla harap dia nak tido lepas menyusu okeh. Time menyusu dia tido la, bila letak je nanti dia bangun..

Kadang2 kejenya menganga je mintak susu padahal baru 1/2jam menyusu. Howw??? Akak mula2 dulu susukan la jugak. Tapi dia asik muntah jah akak nan ado lah bagi. Rugi lah susu akak uollss kalau dia asik muntah je. Bolehhhhhhh???

Tapi dari apa yang akak baca normal baby tido 16-20 jam. Kira ok la jugak farhat cuma dia kuat cranky skrg okeh. Dah pandai melalak mintak susu. Dulu sopan je mintak susu..

Masukkan balik dalam perut ibu kangggg.... Nak??

Esok Farhat 20 hari!!!!

Apa??? Baru 20 hari?????

Monday, October 25, 2010

Eh?? Bingung....

Masuk hari ni maseh lagi bingung fikir kat mana nak duduk lepas nih.

Bingung lagi fikir mana nak cekau duit nak pindah rumah bagai..

Mana budget untuk anak lagi kann??

sampai aku rasa gave up nak berenti keje and duduk johor je.
Rasa menyampah je nak layan benda2 mcm nih boleh tak??

Semalam edisi mengamuk Farhat. Susah nak tido. Bagi susu pastu muntah balik. Adekah dia pon stress jugak mcm emak dia??

Dah tu, ramai pulak yang buat bising semalam disaat2 anak aku baru nak melelapkan mata.

Aku dah pose2 sound 'Sila senyap anak aku nak tido' boleh tak??

Rasa rugi okeh susu selambak keluar bila Farhat muntah.

Thursday, October 21, 2010

Parenting..... Seorang ibu yang keji..

akak tension. Sebab Mohd Rafi mengelat sebab dia cuma ado 3 hari jah time akak pantang.

Stress tau kena handle baby sorang2 walaupon akak pon kadang2 feeling2 malas. Bolehhh??

Nasib baik ada nenek kan Farhat???

So far dia adelah baby yang baik. Tak banyak meragam. Cuma kalau dia nak berak tuh kecoh satu rumah bunyinya.

Kadang2 akak tak sedar time malam2 dia nak susu.

Suka tido senget2. Penat betulkan kedudukan tido dia.

Kadang2 time dia bangun akak malas nak layan sebab dia tak nanges pon. Boleh tak macam tuh??

Akak malas nak pump susu beriya sbb fidge kat rumah putrajaya nun kecik. Kat rumah mak aku nih boleh la sumbat banyak2 since fridge ada 2. Kat rumah aku tuh fridge kecik je adoo...

Nanti kang pump banyak2 akhirnya buang pulak.. Rugi lah!

Akak keji. Time Mohd Rafi ada akak suruh dia tukar pampers dan main dengan Farhat sbb akak nak tido. Boleh tak mcm tuh??

Banyak benda yang perlu difikirkan setelah mempunyai anak. Ko hengat ko boleh berkaraoke suka2 hati mcm dulu??
Kena berjimat cermat. Pampers mahal. Bolehhhhh???

Last skali. Nak tido lah!

Tuesday, October 19, 2010

Kembong perut

Semalam Farhat kena kembong perut okeh.

Risau gila kitorang sbb dari pukul 4 sampai 8 tak tido2 lagi. yang lagi risau dia tak menanges cuma tak tido je lah.

Pastu mak aku tengok2 rupanya dia kena kembung perut. Pastu cepat2 sapu minyak yuyee kat perut and kaki.

Lepas tepuk2 belakang dia. Urut2 kaki, pukul 10 lebih baru tido.

Risau weh.

Mak akak cakap, itu belom anak demam lagi.. Anak demam lagi la mak bapak tak boleh nak tido..

Aiyohh...Farhat time ibu dia nak blog time tu la dia nak menyusu.. Jeles betul.

Ok bye.

Monday, October 18, 2010

Budak yang kuat tido..

Farhat 10 hari. Hobi tido.

Akak pon confuse uollls time bila yang dia nak susu sebab akak pose2 susukan dia setiap 2 jam. Pastu dia takde nanges ke ape kecuali time mandi.

Ikut perangai sape ntah takut mandi.

Sepatutnya berapa jam sekali uollss kena breastfeed kan?

Susu akak adelah berlambak. Kadang2 tengah breastfeed belah kiri yang belah kanan pon kuar air jugak meleleh2 sampai lencun 1 baju. Lepas tuh cepat2 pump bukan sebab nak buat stok ke hape tapi sebab tak nak breast bengkak.
Saket okeh breast bengkak.

Tapi best je tengok bila pump air keluar laju je.. Masa mula2 dulu air keluar menitik-menitik..

Sekarang nih pump 5-10 minit dapatla 2oz camtuh. Tapi akak pose2 malas nak pump lama2. Pastu pump sebelah je sbb yang sebelah dah breastfeed kan farhat. Dah la tu, pump setting sucking yang paling slow skali pulak tuh.

Kat sini cuaca adelah panas. Tak hujan pon sejak akak balik berpantang.

Akak guna celcom broadband yang sangat laha line nya kat sini. Harap bersabar je lah entry tanpa gambar.

Eh, Farhat berak. Bye.. Anak akak suka berak.. Blehhh???

p/s : Tolong!!!! Anak akak x nak menyusu guna botol.... Cemana nihhhh?? penat tau beli botol first year sekali tamak 3 pulak tuh.

Pantang jahanam cara ilot..

Gila panas weh..

Bila panas, harammm tak pakai stokin. Pastu bengkung pon ON OFF pakai. Gila tension pastu tengok strecth mark hitam2 kat perut.

Ye.. Mak akak bising. Tapi PANAS okeh. Pastu bila pakai bengkung leceh la pulak nak breastfeed nak tunduk2..

Tapi sbb jahitan aku maseh terasa, akak breastfeed dengan posisi baring.

Kalau duduk breastfeed nescaya esoknya bontot tak boleh angkat langsung kena baring jah.

Pilis, param dan tapel perut tuh akak pakai time bidan datang.

Tapi bab makan memang pantang habes. Ado nak jumpa menu goreng2?? Nan ado!

Hari2 lauknya adelah sama. Ikan kukus dan sawi rebus.

Aritu mula2 adela jugak dapat makan ikan singgang, tapi bila Farhat kena jaundice sikit tuh Nurse tu cakap kunyit boleh sebabkan kuning terus menu ikan kukus hari2 uolllsss...

Harusla lepas pantang berat akak lebih kurus dari before pregnant.

Lepas tuh adik bradik akak balik rumah masing2 bukan main lagi telan cendol lah ais krim lah time tengah hari panas tu kan??

Tak ke kau tension kena minum air milo panas sajork???

Tau tak korang cemana nak check jaundice??? Tekan kat kulit baby tu selama 10 saat. Kalau kulit dia tukar kuning dari merah tu awaslah ye..

Bersedia jadik zombie set jam setiap 30 minit nak susukan dia. Yang paling BEST jika uolls breastfeeding ialah orang lain TAK BOLEH menolong uolls breastfeeding.

Akak feeling2 nak cipta satu instrument yang boleh pump air susu direct ke mulut baby. So tak payah feeling2 nak bangun2 tido..

Boleh tak PEMALAS mcm tuh???

Eh, ok bye.. nak tengok Farhat.

Saturday, October 16, 2010

On Breast feeding...

Hari ke 2 lahir susu xde sangat lagi.. mcm kesian pun ada bila dia hisap2 x nak lepas sedangkan susu mcm nan ado.

So mak akak suruh tuam breast guna tuala panas baru la keluar sikit2.

hari ke 3 balik kampung pagi lepas subuh. Farhat tak nak lepas menghisap sampaikan nipple breast akak jadi melecet. So paksa Mohd Rafi singgah farmasi beli nursing butter.

petang tu sampai rumah terus panggil Bidan acik Zarah datang rumah. Dia urut breast saket nak mampos!! tapi lepas tu susu terus lancar okeh.

hari ke 5 nurse suspect Farhat kena kuning pulak. Akak dah risauu gila. nurse suruh breastfeed every 30min supaya dia berak keluarkan kuning tu.

so jadi la zombie 2 hari tak tido kejutkan farhat setiap kali nak breasfeed. Kejutkan baby yang ada kuning agak susah juga sbb baby jaundice mmg suka tido.

Alhamdulillah smlm nurse check jaundice dah xde, pusat pun dah tanggal semalam..

Lepas tu feeling2 pump susu nak try guna breastpump little bean tuh... Dapatla jugak 50ml sebelah satu session sbb akak malas nak tunggu lama..

tu je.. nak cepat. Farhat dah bangun berak.

Sunday, October 10, 2010

mari menjadi Zombie.. Edisi kronologi kelahiran..

Okeh. Akak adelah ngantuk. Farhat suka mengempeng breast okeh. Susu baru start keluar banyak hari ni.

Sekarang dia tido baru ibu dia boleh berblog.

5.10.2010

Keluar darah sikit2. Call mak akak. Mak akak datang malam tu jugak. Pegi hospital serdang. Refer entry 5.10.2010

6.10.2010

Pagi2 bangun punch in je kat opis. Pastu pegi beli buah berangan. Pastu berjalan2 ke Mydin. Pastu pegi carrefour beli burger king RM1.
Malam berjalan ke mines. Masa nih maseh lagi tak sedar diri. Bolehhh??

7.10.2010

Awin call suruh amek akar fatimah. Darah maseh lagi keluar. Perut rasa mcm nak period tapi minor lagi.
Pegi klinik mintak MC, Doctor tak nak bagi sbb dia takut akak bersalin petang tu. Dia kata kalau tak bersalin datang balik mintak MC.

Amek akar fatimah. Mohd Rafi kena hantar kawan dia. Mintak tolong CD Owner hantar balik rumah. Sementara tuh sempat suruh singgah drive through Mc D lepaskan gian sebelum bersalin blehhh??

Balik rumah tiba2 rasa sakit perut tapi still minor. Pegi klinik Doctor kata dah bukak 2cm. Dia suh pegi hospital serdang. Pegi hospital serdang, dia check VE(seluk) dia kata baru 1 cm. Check CTG baby tido lagi.... Apsal anak akak suka sangat tido?? Masuk oksigen nan ado jugak bangun. Last2 masuk air lagi... Lepas Doctor dah puas hati dengan CTG dia halau balik.

6.45pm balik rumah. Rasa sakit perut yang amats. Tapi xde keje la kan akak nak ulang alik hospital. Malas la asik kena halau balik je tau. Mak mertua akak dah paksa pegi hospital.
Akak cakap tunggu pukul 10.30pm baru pegi.

Sakit perut memulas2. Air akar fatimah dah kembang semangkuk.

Pukul 10.20 tengah baring menahan sakit tiba2 air ketuban pecah! Kau kelam kabut Mohd Rafi start kete bawak keter mcm orang gila pegi spital.

Sampai hospital kain dah basah. Tukar kain lain. Sakit dah mcm nak mati. Meringkuk atas katil hospital. Doc check bukaan baru 2 cm. Check CTG lagi skali tak cantik. Baby tido. Masuk air 2 botol. Akak dah sakit tak tau nak cakap apa. Buat apa pun tak dapat hilangkan sakit tuh.

Pukul 12 Doc check baru bukak 3cm. Dia kata dia nak pecahkan ketuban lagi pastu hantar pegi labour room. Time nih ade Doc pelatih mintak izin nak buat VE kat akak. Ado akak nak bagi?? Jangan harap okeh! Akak dah nak sakit x tahan lagi mau tambah dengan VE lagik.. Kang salah seluk sia2 je hidup akak okeh.

Pukul 1pagi sorong masuk labour room. Doc check bukaan 5cm. Dia panggil Mohd Rafi masuk dan bagi laughing gas tuh. Rasa lega kejap bila nampak Mohd Rafi. Tapi lega kejap je sbb tiba2 sakit makin kerap tak sempat nak bernafas. Laughing gas pun dah tak membantu. Tiba2 sakit yang amat sangat sampai rasa nak terteran. Suruh Mohd Rafi panggil Nurse. Dah bukak 5cm.

Pastu tiba2 rasa sakit yang sangat2 sakit. Rasa mcm nak terteran 2 3 kali. Doc kata dah bukak 7cm. Dah nampak kepala. Nurse suruh try teran tak berjaya. Dia gunting sikit pastu suruh kangkang pegang kaki kuat2 dan teran.

Rasa mcm nak putus nafas uolls.. Campur dengan sakit nya lagi..

Banyak kali try teran baru berjaya. Masa Farhat dah keluar tu mulut tak henti ucap Alhamdulillah.. Masa tengah sakit perut menahan contraction dah habes baca ayat dah...

Masa Farhat keluar tuh tak tau betapa leganya dunia nih. Dia letak kat atas badan akak pastu Nurse bagi Farhat kat Mohd Rafi untuk azankan.

Pastu dia bawak keluar bersihkan. Dan midwife jahit bawah akak tuh. Sakit uollsssss..... Tanpa bius. Dia pose2 suruh akak sedut laughing gas kalau saket. Lepas tu dia letak baby sebelah katil suruh breastfeedkan. Farhat keluar2 je dah reti hisap susu. haha.

Kesan jahit tu 2 hari tak boleh duduk dengan betul. Memang sakit okeh. Nak baring tido berkalih pon sakit.

So, akak minum pati ikan haruan. Air gamat. Dengan basuh guna air manjakani.

Alhamdulillah, skrg ni dah kurang sikit..

Siapa yang nak datang melawat boleh datang umah akak arinih. Esok pagi2 dah balik johor pantang kat sana.

To be continue...

Friday, October 8, 2010

Introducing.... Muhamad Rossiuddin Farhat


Born 8/10/10 via normal delivery.
3.04kg
49cm

kalau korang tanya akak pengalaman bersalin, akak rasa mcm itulah first and last akak nak bersalin.. Serious weh..

Nih bekas jahitan kat bawah tu saket nak mamp*s!!

Monday, September 27, 2010

Hadiah ke dua.. tapi orangnya belum lahir lagi.. how?

Semalam dapat hadiah tilam baby dari Puan Zainab aka mama Filla..

Comel tak? Comel tak?

Comel kannn????

Ni akak tau siapa yang bakal suka. Anak sedara akak yang Icah umur 3 tahun tu memang fanatik dengan teddy bear. Dah la car seat anak akak pon dia rasmikan dulu. Dah la gumuk ada hati nak masuk dalam car seat tuh.. Gedik sangat tau..

Filla, semalam anak2 Puan Zainab semua xde.. tiba2 I dengan Mohd Rafi jadi anak2 dia makan malam kat rumah uolls.. Howww???

Lupa lak, tilam nih hadiah kedua yang baby akak dapat. Yang first aritu dapat baju kawan Mohd Rafi bagi. Tu pon masa pregnant 4 bulan..

Baby cot sepupu akak nak bagi sebab dia dah tak guna dah sbb anak dia dah besar. So, dia bagi akak guna baby cot dia.

Lupa lagi lah.. stroller akak plan x nak beli sebab takut rugi.. Dah la mahal kang anak akak tak suka duduk dalam tu tak ke rugi?
Baby carrier mcm nak beli tapi nanti2 lah baru beli.

Lain2 mcm tak penting je kan...?

Wednesday, June 30, 2010

Come Back : Ramai gila manusia di klinik.

Selepas minggu lepas akak frust kerana x dapat check up. Dan isnin n selasa akak mengabeskan cuti yang ada. Akak pose2 pegi check up arini puiler..

Ampunnnn ramai gila orang. Pukul 1 baru dpt turn itu pon setelah akak pegi basuh keter dulu. Siap pegi beli makanan bagai...
Doctor kata perut akak mcm kecik. Tapi bila scan dia kata ok. Saiz baby tu sekitar 24-25minggu.

Berat akak adelah naik 3.5kg!! Doc kata AGAK NAIK BANYAK JUGA. Hasil melantak selama sebulan.. Apa tidaknya kalau jumpa kawan2 akak nanti theyolls buat statement:

'Makanla banyak2, kau kan makan untuk 2 orang...'
Kalau Mohd Rafi call atau message perkara pertama dia tanya ' Dah makan ke belom?'

Harussla berat akak naik uollss...
Okeh hasil check up:
Tekanan Darah : 98/59Berat ibu : 54.5kg
Berat bayi : 871g
Scan : heartbeat ok. Buah pinggang baby x bengkak, dan lagi skali adelah 'boy'. Ukuran semua adelah ok.

Kena cucuk ATT lagi. Tapi kali ni dah x berapa sakit.

---------------------------------Sepanjang cuti akak berjaya menyiapkan selimut, 2 kain bedung, dan 8 helai barut baby.

Bengkung untuk akak mak akak dah jahitkan. Rumah mak mertua akak ada mesin jahit tepi so senang sikit nak jahit benda2 tu semua.

Bawah skali color biru adelah selimut (guna kain kapas), bedung color putih (kain cotton jenis ape ntah). Bengkung 6 meter kain color pink..hahaha (cotton jugak), barut tuh color biru stripe putih (cotton ape ntah tp yg lembut sikit).

Punyala gigih, dengan tali2 barut tu akak jahit uolllss.. Last2 akak pose2 malas pegi kedai beli sajork tali barut yang putih tu haa...

Tapi akak pose2 coomel sbb barut baby tu color biru stripe..

Comel tak uollssss???

Sekian, akak saket pinggang naik bas dr johor ke serdang.

Tuesday, April 28, 2009

many reason of joy..


akak penat ni uollsss..

Balik Jb kete Mohd Rafi bapak dia pakai seminggu. SO, akak berjalan2 naik moto ex5. Haiyohhhh... saket bontot okeh...

iklan jap...jap...

CONGRATS TO LYD AND AZRUL, for the new born baby girl!

jap lagi akak nak gi hospital melawat..

bye.
update**** gambar baby Leed n Azrul, Nujumul Aishah. Mak bapak dia x sibuk nak amek gambar akak yang lebih2 over gituuuu..

iklan