Showing posts with label gossip. Show all posts
Showing posts with label gossip. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Macam2 FB.

Baru2 nih organiser majlis reunion dekat sekolah Felda akak tuh invite akak pegi majlis reunion tersebut.

Masalah 1 : akak tak kenal sapa dia. Adekah dia popular di sekolah? Sebenarnya akak sekolah situ sampai form 3 sajork. Dah tu semua dah jadi mak orang bapak orang sumpah akak dah tak kenal muka masing2 sebab dah berubah.
Pastu dia tanya aku 'Kenal tak?'

Akak jawab, 'Tak, siapa eh. Tak ingat lah'

Dia jawab, ' ****nama dia"

Pon tetap akak tak kenal. Jadi korang boleh simpulkan tak perangai akak kat sekolah? Very the tak mesra alam dan tak mengambil tau hal2 semasa.

Ok. Akak cuma kenal class mate akak sajork. Adekah orang mengenali akak sebab akak popular sebab akak chantek??? Tidak okeh. Serabai nak mampos aku kat sekolah..**pose2 nyorokkan gambar bukti.

Masalah 2 : Dia jemput untuk class 1998. Adekah akak wujud waktu ittewww??
TIDAK hokeh. Time tu akak kat sekolah teknik.

Masalah 3 : BUat kat Johor. Akak tengah mesken, tidak lah pose2 nak balik johor semata2 nyahhhh!!

Actually ramai juga yang add kat FB tapi akak tak approve sebab akak pose2 tak kenal. Unless kalau dia message dulu. Kalau setakat letak gambar kucing atau artis korea koser haku nak approve. Pastu akak nak approve pon akak tengok lah dia ada mutual friends dengan sapa dalam FB tuh.

Kalau laki akak semua dia approve, ntah sapa2 pon. Dia pose2 dia popular padahal nan hado pong.

Cerita ke 2. Nak ngumpat bersama Filla, mengenai adik uollsss MZ yg berada di shah alam bekerja dia company kereta buatan malaysia ittewwww yang cik gayah itteewww...

Aiyoooooo.... motippp hari2 buat status jiwang hati lara????

Meh akak copy paste status dia :

Mode: Merengsa + Rindu.. Argh... Sedey...=(

To my someone, sy baru dengar lagu Najwa Latif, tajuk lagu tu "I Love You".. I dedicate that song to you.. Please hear that song and feel the lyric.. I love you..I miss you..=)

To my special one:- Last nite statement: PLEASE NOTE THE CAPITAL LETTER WORD. I NEVER THINKED BAD ON YOU.
I just talked to my old friend, sharing something personal. The same answer for the same question.."May be that person just taking advantage of you or just nice to be friend. But, nothing deep inside feel." BUT, MY HEART SAY NO...IT IS BECOZ, I BELIEVE THAT PERSON KNOW MY FEELING, TAKING CARE OF ME, CONCERN ABOUT ME & DEEP IN HEART, I'M SOMEONE SPECIAL TO..... -Don't ever worry about whatever perception. I know,"u just u"..

I do not realize my tears is falling down when that person in front of me. For 2nd time, that person will not around... Waiting until next week...

kau tak pengsan hari2 buat status mcm tuhhhh???? Last2 akak hide kan dia sajork bukan sebab akak tak suka dia. Tapi tak suka status2 jiwa lara ittewww...koser uollllsssss!

Kalau bayangkan sehari tu adelah 10 kali camtuh buat status mcm tuh. OMG, akak pon pernah bercinta nan hado kemaruk mcm tuh sekali.

Filllaaaa, uollsss tolonglah nasehatkan adik uollls ittewww... nak pitam setiap kali i baca status dia.

Yang status kawan dia RZ puiler, sentiasalah melahar orang. Kawan2 adek2 surrey akak nan hado mcm tuh okeh. Kan cik Sha kannnn??

Wednesday, January 18, 2012

Aku tetap nak melahar!

aiyooo uollsss...

Pagi2 akak bergossip dengan kawan akak pasal status FB MLM popular inieww..

Ala2, gaji 3k-4k tak cukup katanya, yang paling best dalam kurungan (Nauzubillah), kau mampoooo gaji 3k sebut nauzubillah..

Speechless sambil bergenang air mata akak baca okeh.

Agak2 kalau household income bawah 3k mcm akak yang layak memohon bantuan 500 ittewww apa agaknya dia sebut kannn???

Clustt kannn uolllssss??

Akak terasa miskin hina disituuuu...

status penuh sila ke fb akak ye uolllsss... Nak mampos reveal kat sini?

Friday, December 9, 2011

Kesian penulis novel OMBAK RINDU

Korang dah tengok kah OMBAK RINDU??

Korang rasa best kah?? akak rasa biasa je, sebab spoil sikit lah Maya Karin jadi Izzah. Kot ye pon stylish dia tu pakaikan la tudung betul2 sikit.

Pastu akak kesian dengan penulis novel dia Fauziah Ashari,

ni akak copy paste:

Tiada apa yang tinggal. tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, ” Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Itu juga merupakan ayat yang ada di novel.


Uolls bayangkan uolss adalah pencipta asal, tetiba bayaran tak berbaloi. Bayaran pelakon lagi banyak dari pencipta tak ke korang hangen. Dah la sibuk2 kat paper citer tu meletop. Lagilah hangen kannn??

Dah tu ada ke kat internet diorang dok kata Fauziah tu tamak?

Keji betul kann?? akak rasa tu hak dia. Lagipon dia takde cakap pon dia nak mintak bayaran. Dia cuma jelaskan tentang bayaran yang dia dapat.

Vavi sangat sapa yang tuduh2 mcm tu.

Well, kalau dia nak tamak tu pon hak dia. Uolls tengok JK rowling tuh, berapa banyak dia dapat untuk movie harry potter tu jah.

So, lepas ni kalau ada penulis2 novel yang nak buat filem, mintaklah demand sikit. 30% dari untung movie ke..

Kepada produser Filem OMBAK RINDU : Agak2la sikittt... ingat senang ke nak fikir jalan cerita novel tu. Lagipon orang ramai2 tengok citer tu pon sebab dah baca novel tu.

Tapi akak ada baca kat paper dia kata kalau kutipan 8juta dia kasik la imbuhan.

Aikk?? nak kena tunggu 8 juta kah baru kasik??? Chantek sangat!

Thursday, November 24, 2011

Pahat, cancel jadi rider!

Haaa... cemana tuh?

Akak cakap dengan Pahat mcm ni:

Pahat tak payah jadi Rider mcm Rossi lah, jadi player bola sepak jah. Nanti Pahat dapat 30k, bagi ibu 10k tau. Tapi jangan kawen dengan artis.


Bolehhhh??

Lalu Pahat jawab.

'Ajijiijijiiiiii...bububububu' Sambil tepuk2 muka emak..

Apa maksudnya tuh?? **matila emak pon taktau.

Monday, August 8, 2011

Laki orang dan tunang orang...

Ha...ni baru cerita yang betull uollsss... Pahat tak interframe dalam entry nih..

Mula2, ingat tak cerita laki orang yang bercinta dengan perempuan se Ofis? Satu opis tu jugak tau diorg bercinta padaal bini dia cukup baik dah??

Kaedahnya itu hari dah kantoi uolss... Pastu adegan drama swasta mintak maap tak buat lagi bagai.. I sayang u sorang je..

Pastu, dalam sebulan tu baik la kejap..

Tup...tup... sambung balik bercinta... Kau mampuuu mcm tuu?? Tak serik kannnnn?? Mati la kau kalau bini kau tau lepas nih..

Ayat dia: ' Aku tak paham kenapa perempuan tak boleh terima lelaki bercinta dengan org lain.. Sedangkan aku still sayang kat dia'

Bull shit sangat ayat... Masalahnya kau tu bercinta sorok2. Kan Fiza kannnn??
;
;
;
Cerita ke 2. Tunang dengan orang lain. Bercinta dengan orang lain. Tak cintakan tunang dia tapi tak nak putuskan. Tetap jugak nak kawen dengan tunang tu dalam masa yang sama tak nak putuskan.

Hellooooo..... Mana satu ko nak??
;
;
;
Cerita ke 3.

Laki orang yang sibuk usha2 budak2 pompuan kat FB mcm single lagi. Padahal status jelas mengatakan Married. Eh, dont be suprise budak2 pompuan skrg ni dah tak kira Married or single. Bila tanya, aku nak kawan je dengan dia...
Oh My god! Ada ke istilah kawan je kalau nama panggilan dah tukar Sayang n Abang??
;
;
;
Cerita ke 4.
Kes pemain bola terkenal ittewww kannnn?? Yang tunang dia... opssss! Ex tunang dia sibuk merempan kat FB bagai... Yang ex tunang ni pon satu, dah tau tunang kau ittewww popular yang emo di FB uollsss...Gaduh laki bini pon nan ado letak kat profile bagai tau.
Mula2 kata tiada orang ke tiga. Hanya abang dan adik.
Tup...tup keluar gambar berpegangan tangan gituuuu...


Abang adik sangatsssss kannnnnnn???

Kannnnn??


Lelaki nih uolllss kalau orang hulur, dia amek je. Free sape tak nak kannn?? Bohsia pon skrg kena bayar tauu guna top up. Dah tu bila bini/tunang orang tu serang kau, ko cakap bini orag tu tak pandai jaga laki kannnnn??? Clust!!
Dah kau goda2 dia haruslahh dia amek je... Tak payah cakap laki orang kannn, lelaki mana2 pon sama je kannn??

Mula2 konsep test market, pastu lama2 dah terjerat kaedahnya.

Bak kata kat satu blog nih, kalau tak silap aku cupkekasih kot... Akak lupa, guugle la eh.

Kalau tiba suami tak bagi pegang hp. Angkat phone tergesa2. Start dengan 'aaaaa...aaaa...apa? tak dengar' dan terus keluar jawab telepon, dan tiba2 extremely baik dengan korang siap belikan bunga bagai...

Hati2 uolllsssss!

Sekian sahaja entry peram.

Thursday, July 28, 2011

Bila engkau sudah famous amous..

Merasa hari khamis bergossip...

Yela,,, uollss pon feeling2 keeper famous.

Fiance uollss pon feeling2 famous jugak..

Pastu, publish kat facebook..

Kannnnn??? Merasa la satu malaysia tau...

Lenkali retis ke orang2 popular tu, carik pasangan yang takde fb. Xde blog.

Merasa kau kena cerca satu malaysia..

Baca ni je lah ek...

http://beautifulnara.com/adakah-ini-gambar-dahlia-teck-yang-dikatakan-mempunyai-hubungan-dengan-khairul-fahmi/

ye...adik2 semua.... kalau ye pon ada problem jangan dok canang kat FB yeee, lain la kornag suam2 kuku popular mcm akak nih ado orang kesah..

Merasa komen!!!

Tuesday, February 8, 2011

Baby belum 2 bulan dah bagi makan...

Entry mengumpat okeh.... Matila kau nurakah sangatsss!

Akak balik kampung aritu kannn.. Akak ipar Mohd Rafi kan baru bersalin bulan 12 aritu. Anak dia dalam sebulan lebih la macam tuh.. Tup..tup akak tengok dia kasik anak dia makan uolllssss....

Dia kasik biskut baby tu haa..

Akak nak pitam kejap. Akak tanya dia kata anak dia dok nanges je. So bila dia sumbat makanan anak dia diam. So dia feeling2 buat kesimpulan anak dia tak kenyang breastfeed. so dia sumbat makanan.

Padahal anak dia bukannya nanges sepanjang masa mcm anak adik akak Tipot tuh. Biasa la kan baby nanges eventhough dia dah BF kan dia.

Pastu time anak dia still BF (masa belum bagi kasik makan masa tu), anak dia tak berak 2 hari dia bawak pegi jumpa Doctor. Doctor tu bengong pegi kasik ubat bontot kasik baby tu berak. Pastu akak cakap la kalau BF 2 hari tak berak tu tak perlu risau. Sebab dia serap susu tu..

Tapi akak nan ado la cakap lebih2.. nanti dia cakap kang anak baru satu dah sibuk sedangkan anak dia dah 3 uollss...

Akak tengok documentary semalam, solid food shpuld be introduce later to baby until intestine(ke hape lupa) ready. Pastu susu kena introduce after 1 year. Peanut, egg and fish kena introduce after 2 years. Sebabnya???

To prevent atopy..

Apa itteww atopy??? Carik sendiri kat guugle..

Kesian la hai baby belum 2 bulan pon dah kasik makan.. Menyeksa betul kan..kan??

Thursday, January 27, 2011

Rampas merampas...

Kannn??

Akak kan pose2 meroyan okeh kalau ada orang yang suka rampas laki orang nih..

Selalu akak baca feeling2 sorang jah.. Nih akak dah tak tahan.. korang baca lah pulak...

http://aidaryzal.blogspot.com/ >ni blog ex dia

http://azierizal.blogspot.com/ >ni blog wife baru dia..

bila tengok muka wife baru dia tuh akak nak pengsan 10 kali... Plissss lah!

Thursday, January 6, 2011

Banyak2.

update malas nak pi lunch. Errr...sebenarnya tak bawak keter arini nak kuar pi lunch. Eh, kalau bawak keter pon tetap malas nak jalan ke parking drive pi lunch.

Eh, kalau pi lunch pon pi balik umah susukan Farhat.

Tapi akak pengasuh kata tak payah balik. Dia ok je jaga farhat tu jadi, aku pon oklah.

..............................................

Akak nak kata yang akak sedang stress pikirkan financing boleh???
Duit Farhat banyak. Nak masukkan Amanah saham didik tapi boleh lepas 6 bulan. Debab baru 3 bulan.
..............................................

Si Ayu yang sewa rumah aka tuh langsung tak reply sms or call sedangkan hari2 akak sms dia okeh. Siap email bagai.. So motipnyaa?? Mangga saje rumah itu esok.
Oh... and, TNB sms tiap2 hari kata ada tunggakkan bil untuk 2 bulan. Motipppp?? Nasib baik aku ada amek deposit bil air api.
..............................................

Farhat dan Rompers

Akak suka pulak pakaikan Farhat nih rompers weh. Betul kata ko Ita weh, senang nak check berak and tukarkan pampers.

Farhat pakai legging mcm kelakar. Tapi akak tetap rasa chomel. So what??? boleh gitu tetiba kerek.

Makcik Temok dengki letak IC dia atas dahi.

Time nih gemok. Sekarang mcm dah kurus sket sebab dia tak nak minum sangat susu botol and dia dah kurang juga bangun menyusu malam. Tapi kadang2 akak kejut dia sumbat jugak sebab breast dah bengkak and malas aku nak memekak pagi2 buta mengepump.

....................................................

Akak peninglah banyak benda nak kena bayar. Akak tengah apply personal loan untuk settlekan hutang. Lagi murah bayar personal loan dari aku bayar interest credit card. Koser tau bayar tiap2 bulan pon nan ado settle jugak.. Tapi orang bank kata nak call arini tapi tak call maksudnya, gagal disitu pinjaman aku.
Keji lah bagi harapan palsu.

Monday, July 12, 2010

Ado orang suruh kau kacau laki orang?? Ado?? Ado??

Biasa la uollss... akak kan EMO bila baca pasal rampas merampas dan kisah laki orang x sedar diri nihh..

Hari ni punya berita:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyanyidiserang/Article

Pasal TOM TOM BAK my star LG ittew dan juga:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SMSMemeykejutkanAbby/Article

pasal Memey and Abby puiler...

Motipp kau sibuk2 hal orang ittew setelah kau rampas laki dia. Motippp?? Motippp??

Arini kecoh seketika di opis sbb akak kan ignorant malas baca email. Rupanya dari last year untuk sesape yg belum submit thesis diwajibkan amek subject seminar. Keji tauuu!!... Akak baru nak submit thesis sem nih terpaksa amek subject lagi seminar itteww....

Nasib baik boleh add subject lagi.. Alhamdulillah lancar semuanya....

Thursday, June 24, 2010

Wow!! Hebat...hebat....sambil tepuk tangan...

Update pagi dimulakan dengan berita Ariel Peterpon.

Hebat gila uollsss... Polis jumpa 32 video, 4 daripada tu adelah video dgn lelaki. Howwwww???

Memang stock semua dia sapu uolllsss asalkan boleh bayar bil air kaedahnya...

Lagi hebat okeh dari Tiger Wood. Kau ado Tiger Wood scandal dengan 32 org??

Yang akak heran tuh, dah buat scandal tu dah la.. Yang pegi rakam tu nak buat hape kejadahnya??

Nak feeling2 syok sendiri kah tengok aksi sendiri???

Aiyohhh...pengsan akak mcm nih!! Terus akak feeling2 geli nak nyanyi lagu peterpan di karaoke.. Cemana tuh?? Padahal dulu menjadi pujaan.. Kan CD Owner kannnn???

SUMBER KLIK SINI!
____________________________________
Lepas tu kan uollss... akak nak tergelak dengan gossip Fasha Panda tuh.
Paling best akak rasa statement Almy Nadia :

"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.

"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut.

Tak ke kau sentap kalau jadi Fasha Panda tu kalau baca statement tu???

_____________________________

Yang ke 2, dah 2 hari akak bangun tido kaki cramp. Tapi sebab susah nak tarikh ibu jari kaki sendiri. Akak feeling2 biarkan je sampai hilang sendiri.

Mohd Rafi ade ke suruh gesel ibu jari kaki kat meja solek. Takde maknanya!!!

Esok ada check up 6 bulan dan juga balik johor naik flight. Hahahaha.. Tak sabar!!

Sunday, June 20, 2010

It's not a big deal...

Akak rasa mcm kes Saiful Apek dadah mcm diexagerate kan oleh sesetangah pihak.

40g je pon jumpa. Bukan 400g pon. Not likely kes benjy lah.. Yang tu mmg kes besar. I think 40g still boleh forgiven lah..

Lagipon, dia bukan ada susahkan sesape dgn benda tuh unlike Fasha Panda yg suka buat kontroversi bukan2 melibatkan orang lain gituhhh..

And kes sultan brunei ceraikan Azrinaz tuh. Dalam blog gossip jadi ntah hape2.. Last2 bergaduh pulak pengomen2 malaysia dan Brunei pasal negara.

Ape kejadahnya?? Mcm dah xde keje lain lah diorang nih..

_______________________________

And semalam mak mertua akak call. Dia kata dia nak jahitkan bedung n barut baby. Sebab aritu masa Mohd Rafi datang akak suruh dia bawak balik kain2 yang akak beli tu. Sbb igtkan next week balik nak jahit sendiri je.

Sekali je semalam mak mertua akak volunteer nak jahitkan. Tugak mak aku pulak buat bengkung aku lepas bersalin nanti. Akak aku ada bengkung modern tuh, tapi aku tengok mcm x berkesan je... Aku rela pakai bengkung traditional walaupon kena lilit2 sambit ikat tiang.

Oh, 4 meter kain diperlukan untuk buat bengkung traditional. Akak beli color pink. Hahaha...

Aku ingat nak beli diaper bag color pink. Melampau tak agak2?? Ala..mmgla baby boy, tapi bukan dia pon yg galas beg tuh.. Kan mak dia.. So x kisah lah kan beli beg pink..

Lupa nak cakap, selimut baby pon aku beli kain kapas jahit sendiri.

Akak kan pose verangan nak DIY... Nasib baik mak mertua akak dan mak akak dua2 tukang jahit.

Okeh. Nak gi makan ais krim mat kool.

Friday, June 11, 2010

Gossipp!!

Akak tidak lah dengan niat mahu bergossip..

Tapi kadang2 bila baca one particular entry tuh boleh jadi laughing stock pon ada jugak..

yesss, ITA, ko x nak ke buat entry slimming lepas bersalin and size seluar kau sekarang walaupon kau tidaklah menggunakan corset yang mahal ittewww..

Kelakar okeh. Kelakar.

Lepas tu cerita sekali ko berapa banyak duit dalam bank ko berserta dengan slip gaji supaya bila perompak jumpa kau senang dia nak rompak duit2 mu yang banyak ittewwww...

**************************

Okeh ke second, Gossip yang kelakar adelah Gossip twitter Fasha Panda.

Hampir semua blog gossip citer pasal tuh okeh.

Tidak ke kelakar bila kau sibuk menafikan yang ko berchenta dengan orang itteww, Bila Tizz Zakiah call pagi2 buta ko naek hangin??

Aik??? Kata kawan sajorkkk... X kan lah Tiz x boleh nak masuk line???

*******************************

Okeh ke Third,

Video Luna Maya and Ariel.

Walaupon dah obvious gila tu video theyolllss... tetappp statement artis2 :

'itu bukan saya, Superimpose tu..'

Kannnn?? Tapi tidaklah akak kesah sebab dua2 orang ittew bukanlah isteri atau suami orang.
Luna Maya tu pon non muslim. Ariel tu akak x pasti.

********************************

Ada2nya benda2 mcm nih menyebabkan hari ku terhibur la jugak kaedahnya.............

Wednesday, June 2, 2010

Uollss chantekk kannn?????

Uollss semua tak nak ke buat BEAUTY SECRET Of 2010 punya entry lepas tu kan,

letak barang2 kechantekan uolls yang mahal2 ittew berserta harga sekali...

Ala2, satu barang dekat seribu gitteeewwwww....

Kannnn????

Akak lari dulu uolllssss!!!

Wednesday, April 7, 2010

Siapakah Yang nak tolong aku Pindah??

Pindah rumah sewaktu pregnant 3 bulan adelah sangat mencabar.

SIAPA VOLUNTEER nak tolong akak pindah rumah sabtu nih???

Nanti akak upah ayam masak ungkep. Boleh gituuu??

Akak nak buat pengumuman nih, akak tak boleh nak menerima tempahan kek sepanjang bulan april sbb barang kek akak tertinggal kat kampung kaedahnya..

Sebenarnya malas nak bawak sbb keter sudah penuh.

Ok, lagi satu pengumuman, adik akak yg nikah bulan poser aritu dan baru bersanding minggu lepas adelah pregnant. akak kira2 dalam sebulan lebih kot. Tapi dia belom pegi check lagi.

Letih la mak akak nak jaga orang pantang beramai2 kaedahnya.

Ada gossip lain tapi esok lah. Nak kemas barang pindah.

Monday, September 28, 2009

Open House 09

Open house rumah akak meriah sekali walaupon akak pose2 jemput 5 6 orang sajork.. Konsep berjimat katanya.. Lagipon ko hengat kalau jemput semua orang, semua nak datang kahh??

Anyway, akak berterima kasih untuk Fiza & family, Panjang & Dagu, Azlee &friends, CD owner & sister, Abg bob & family, Dyana n amril n iris n sharil sbb datang rumah akak yang jauh inih dan jua daif.. Sofa pon xde kann cik sha??

Gambar paling atas adelah Ayam masak ungkep..(masakan kebesaran akak) dan Mee laksa johor (akak guna Mee Lidi, guna spagetti tak sedap dan keras)
Kek coklat tuh baru kuar dari oven masa Azlee datang. Sebab panas lagi dah letak topping. Topping dia cair nokss... Tapi takpe.. tetap sedap okeh.. ***tetapppp!!

Sebab akak kan nan ado camera kaedahnya.. So akak tunggu fiza datang baru la amek gambar. Tu pon cume beberapa orang sajork yang ado gambar.. **ampunnn tetamu mak semua!!!

Mohd Rafi, CD Owner dan Cik Sha.. **motifff kau pose duduk macam anak dara sunti?? CHantek kah???? **larikkk


ADEK cd Owner dan fiza sibuk berbual.. Akak sibuk laser melaser, sentap menyentap bersama Eric..opppsss.. Cik Sha dan CD Owner . Mohd Rafi tukang gelak.

konsep tengok gambar kawen walaupon dah setahun lebih kedahnya.. Akak laki bini konsep open house pakai track bottom sajork..**matila..


Lepas pukul 7 lebih camtuh semua tetamu dah balik. Akak kemas rumah lepas tuh Cik sha dan CD Owner beraya di balai polis kajang pula.. Bolehhhhh??

Kan balai polis kajang ada buat open house gituu kaedahnya..
Akak pose2 ajak Mohd Rafi dan Fiza pegi join sama..
Konsepnya THE MORE THE MERRIER gituu... **kepala hotak kau la ilot..

Kitorang pegi la kajang tengok mangsa2 kemalangan jalan raya. Polis kat pos pengawal tu sempat lagi mengorat akak walaupon Mohd Rafi kat belakang.. Mungkin dia tak nampak Mohd Rafi sebab gelap sangat... **ampunnn bang..!!

Mangsa rogol pada malam tersebut.. Terus tak virgin uolllsss... **matila statement kontroversi sangatsss..
Gambar Perogol Bersiri... WANTED!!***akak lari dulu!!!

Walaupon kete xcident, pose kena ceria gituhhhh...


ahli rombongan bersama kete cik sha yang xcident tuh..

Scandalous sangat gambar nih kan???? **mampos aku kena maki...

Cerita sebenarnya ialah, lepas balik dari open house rumah akak, cik sha dan CD Owner balik together2.. Sampai kat round about UKM ntah cemana cik sha terlanggarr kete CD Owner..
Banyak sangat verangan lol.. sbb tu berlanggar..

SO, lepas tu diorang pon beraya la di balai polis kajang gituhhh..

Kete tak teruk sangatlah... Tak kena enjin. Bolehh jalan lagi..

Pas tuh akak culik Fiza ke Sri Petaling jumpa kawan Mohd Rafi amek keropok lekor dari T'ganu..
Balik lepak terus membuta..

Esoknya pegi Jerantot pulaa...

Tuesday, August 18, 2009

Secara Logiknya...

weh... Aku baru terpikir....

Secara logiknya kannn.... si akhil dgn waheda wakasinih tu nikah.. diorang kata x plan awal pon kan??

ala-ala secara tiba2 arinih rasa chenta mendalam mcm siyal esok terus nikah..

Kau rasa logik tak??

BAru aku teringat.. bukan ke nak nikah kena sediakan document.. submit borang kat Kadi.. Pastu uruskan HIV punya form.. Book tempat. Aku tengok barang hantaran complete tak macam persediaan sebulan jek..

Babi lah!.. Aku yakin diorg dah buat plan nak kawen sebelum cerai lagi..

MACAM SIYAL!!!!!!!!!!!!!.....

Oit! Tolong lah, kalau nak tipu agak2 sikit boleh????

-yang benar-
Isteri yang HEMO-HEMO mungkin nak period esok..

**matila kan update berkali-kali dalam sehari..

Sunday, August 16, 2009

Ini lah dia ustaz paling poyo aaku pernah dengar...

Dah baca paper??

Akhil Hayy tu bernikah dgn Waheeda akhirnya...

Hai... zaman sekarang ni ustaz pon dah pandai menipu...

Dah tau kan siapa benar dan siapa yang salah??

Baca sinih kisah poyo diorang yang menyampah sampai aku rasa mcm nak sepak je ustaz gila tuh.. Blehhh????

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=4631&c=1&s=1&whichpage=3&pagesize=10

paling tak boleh blah statement nih:

Selepas bercerai, Akhil akui dia semakin rapat dengan Waheeda dan tidak menolak kalau ditakdirkan akan berkahwin dengan pelakon filem Nana Tanjung itu kerana Waheeda memiliki ciri-ciri wanita yang disukainya.

adoihhh...matila kau... ko baru bercerai like one month gitu kan?? Ex wife punya edah pon tak habes lagi... Lagi nak buat statement semakin rapat selepas bercerai... KEPALA HOTAK KAU!!!

Yang waheda tuh dulu wat statement dah dedahkan aib Maizawati sampai dia malu satu malaysia kan?? Apa sudah jadi sekarang..

Eiiii...babi la korang nih... **bolehhh tetiba emo????

iklan