Akak kan sekarang suka baca ruangan Pakar sakit Puan dalam Harian METRO.. Pastu, terbaca yang nih...
Akak copy paste yek..
SAYA berusia 25 tahun dan sudah berkahwin dengan usia perkahwinan mencecah lebih setahun. Sejak lahir hingga kini, saya memang tidak didatangi haid.
Saya sudah membuat pemeriksaan doktor pakar yang mendapati saya tidak mempunyai rahim manakala laluan persetubuhan juga tiada. Saya amat sedih dan tertekan apabila memikirkan keadaan saya ini. Sebelum berkahwin lagi, suami saya tahu mengenai hal ini kerana dia selalu mengikut dan menghantar saya ke hospital. Dia mengatakan dapat menerima saya seadanya. Tetapi kini, saya rasa bersalah pada suami kerana tidak dapat menjadi normal seperti wanita lain. Doktor ada menyarankan saya menjalani pembedahan untuk membuat lubang rahim supaya saya dan suami dapat bersama dengan sempurna.
Tapi suami berpendapat, buat masa ini tidak perlu kerana dia merasa puas apabila bersama dan tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya kurang yakin keadaan ini akan berpanjangan.
Adakah saya perlu melakukan pembedahan terbabit? Adakah pembedahan itu akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap diri saya? Apakah pandangan doktor mengenai masalah saya ini? Saya juga ingin tahu kos yang perlu disediakan untuk melakukan pembedahan berkenaan.
JAWAPAN DOCTOR :
ANDA mengalami suatu keadaan yang dinamakan agenesis mullerian atau sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser, sejenis keabnormalan kongenital dalam pembentukan sistem mullerian yang berlaku satu dalam setiap 4,000 hingga 5,000 perempuan. Dalam istilah perubatan yang dipermudahkan, sepasang duktus mullerian di kanan dan kiri badan janin sepatutnya bercantum di tengah-tengah untuk membentuk sepasang tiub falopio, rahim dan dua pertiga bahagian faraj. Bagi diri anda, percantuman ini tidak berlaku kerana anda ketiadaan duktus mullerian.
Namun, anda masih mempunyai sepasang ovari memandangkan asal usul ovari bukanlah daripada duktus mullerian. Anda juga mempunyai kromosom normal seorang perempuan iaitu 46XX. Dengan kehadiran ovari yang berfungsi, anda masih boleh mengeluarkan telur (ovulasi) dan hormon kewanitaan estrogen serta progesteron daripada kedua-dua ovari. Anda juga mempunyai ciri fizikal dan emosi seorang perempuan sehinggalah ovari berhenti berfungsi kelak dan anda mencapai menopaus.
Memandangkan anda tidak mempunyai rahim, anda tidak berupaya hamil. Namun, seseorang yang mengalami agenesis mullerian masih boleh mempunyai bayi yang mewarisi genetiknya (daripada telur ovarinya) dan suaminya (spermanya) jika menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) ibu tumpang, ini tidak dibenarkan dalam Islam. Doktor anda pasti sudah menerangkan keadaan ini.
Komen akak : Akak rasa kesian uolllss dengan wanita tersebut. Seteruk2 kita pon masih ada harapan nak pregnant. Boleh lagi ikhtiarkan cara untuk pregnant. Kalau mcm dia tu, rahim untuk pregnant pon xde. Xde langsung peluang nak pregnant.
Insaf terus akak tau..
5 comments:
Dah tu yg kau nak meroyan kenapa. Insaf lah wahai dek nonnn!
-Sha-
ilot,
meh la kita posing-posing insafi diri
sha,
kalau nak tegur pon elok2 la sama..kita kan sesama pompuan..haih.. :)
sha : motifff?? hahaha.. ye la.. mak dah insaf arini.. esok2 mak meroyan lagi..
cik mar : sha bukan pompuan okeh.. so abaikan dia sajork.. **larikkk aku buat pengakuan berani mati kat sini..
Choyyy Ilot!
Akak pomphuannnn okehhh! Nok next week kau masakkan akak ungkep okeh. Dah 4 tahun tak makan since 2004.
sha : motifff kau mengaku women??
nanti mak bukak gerai ungkep terus depan istana budaya tuh.. merasa dapat modal balik beli tiket siti.
Post a Comment