Showing posts with label Hospital. Show all posts
Showing posts with label Hospital. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Tak semua bersalin kat hospital swasta tu best..

Ni pengalaman kawan akak ARNI bersalin dekat An Nur Bangi.

BACA SINI!!

Ramai juga akak dengar pengalaman ngeri bersalin dekat An Nur nih.

Siap pesan kat Arni ni jangan tulis kat Blog bolehhhhhh???

Dah tu service hampeh cemana? Orang buat komplen langsung takde tidakan diambil LANGSUNG!

Akak copy paste org yang comment kat entry tuh:

hi.. tertarik dengan entry you kali ni.. first time i bump to your blog from my friend's link dari facebook..

i pity with your condition dekat an-nur.. tapi dekat sini jugak i nak kongsikan pengalaman auntie i beranak dekat sane 3 tahun lepas..

macam you jugak, she has been forced to take epidural, padahal mase tu ikutkan she doesn't have to take epidural pun.. tapi lagi kesian dia you.. lepas dia beranak, dia jatuh sakit, tak boleh langsung dukung anak dia, badan jadi lemah dan macam-macam lagi.. kiterng suspect doktor bius tu salah cucuk epidural dekat dia,

kesian sangat, for the past 3 years, she has been struggling untuk diri dia, anak dia yang bongsu tu very independent sebab mak dia tak sihat.

alhamdulillah after three years, this year, baru i tengok dia happy, baru i tengok dia dah boleh masak untuk anak2 dia.. and now dia memang happy.

and dia selalu pesan dekat i, kalau boleh tak payah lah pergi an-nur tu, with her bad experienced semua tu...


Sapa2 yang feeling2 nak pegi An Nur bersalin tu renti kan lah, akak suggest pegi KPJ lagi best bilik dia. Luas pun luas. Kat An nur tu mcm hectic+crowded sangat lah..

Ada sapa2 yang mempunyai pengalaman sebegini juga???

Thursday, July 29, 2010

Hospital part 2

Ahaa.... akak baru balik dari pegi hospital lah..

Kau ado, datang pukul 10pg, pukul 3 ptg nih baru siap??

Ramai gila orang kat klinik O&G. Sampaikan Nurse2 kat situ cakap, Doctor2 dari tadi tak bangun2 dari tempat duduk diorang.

Pastu Masing2 akak tengok dah mcm2 pesen duduk. Yela.. sakit pinggang lah duduk lama2..

Keputusannya tak payah warded pon. Doc kata 28 minggu still early. Masih ada masa nak betulkan lagi. So dia bagi la 3 jenis vitamin. Pastu kena amek darah lagi.

Pastu scan. Dia kata baby ok. Berat 1.3kg.

Next appointment lagi 3 minggu, 2 hari sebelum kena datang situ dulu amek darah.

Akak pose2 pilih hari isnin utk appointment.. Gila ah, hari khamis ramai orang.. Tak larat dah nak tunggu.

wokeh. Esok terus cuti. Bolehhhhh???

P/s : So, akak open order kueh raya lagi.. hahaha...

Wednesday, July 28, 2010

Hospital part 1.

Mula2, ade tak Mohd Rafi tuduh akak punya HB turun sebab makan durian??

Eleh.. akak cakap dengan dia, akak rasa je dalam 6 7 ulas..

Dia kata, kalau rasa makan 1 je.

Pastu akak cakap, kalau dah kat situ ade 6 7 jenis kena la rasa 1 setiap jenis. Betul tak akak cakap uolllss??

Pastu, haruslah akak kena bebel... CD Owner ko jangan cakap kat Adong tuh aku minum teh. Kang sebulan bebel tak abes.

____________________

Okeh..citer pasal hospital. Akak pegi arini dah pukul 12 lebih. Pastu kan, letih gila nak jalan kat parking U**M nih tambah puiler jalan dari parking tu nak pegi klinik O&G kat spital serdang tuh.
Sumpah aku rasa nak tahan teksi kalau ada masa tuh.

Sampai Klinik O&G, Nurse check buku merah aku dengan surat reference Doctor tuh.

Rupanya kat surat Doc tu dia tulis aku mengidap SEVERE AMENIA. Apsal aku tak tau weh? Boleh gitu??

Pastu Nurse India tu cakap 'Kena masuk ward ni..'

Apaaaa??? Terus aku cakap 'Eh, tak nak lah...'

Pastu dia cakap ' Tapi ward pun penuh sekarang nih..'

Wah... terus syukur bolehh?? Pastu Nurse melayu tu tengok kat buku merah tu HB aku. Dia tengok muka aku pucat.

Pastu diorang buat la seisi inteview tanya makan ubat apa, berapa kali sehari, tengok mata merah ke tak lah..

Pastu dia suruh akak datang pagi2 esok. Terus akak bangkang bolehhh?

'Saya kena mengajar esok pagi..'

Nurse tu cakap ' Takpe kita bagi MC. Cuti je esok'

Akak jawab balik 'Eh, x boleh kelas esok penting..'
Ye la uollss... akak malas lah nak ganti kelas kalau skip kelas esok. Lagipon sejam je kelas tu. Dari pukul 9 sampai 10 je..

Nurse tu terus menyansang akak:
'Kelas penting ke diri awak yang penting?'

Zassss!! Terus akak bgtau dia kelas sejam je. Pastu akak terus pegi hospital. Dia kata OK, dia buat appointment pukul 11pagi. Dia kata jangan lewat nanti doctor dah xde.

Sebelum tu dia sempat pesan. 'Kalau rasa nak pitam kat rumah terus pegi wad bersalin'

Wad Bersalin??? Terus ngeri akak dengar.

Tu je la citernya.. BUkan jumpa Doctor pun. Nurse tu pesan esok siap2 sediakan GL je masa register atau bgtau masa register tu nak guna E-GL.

Pastu akak bgtau la Mohd Rafi Nurse tuh pesan kalau nak pitam pegi spital cepat2.

Mohd Rafi terus call akak tanya:

'Kalau u nak pitam cemana pulak u nak drive pegi hospital?'

Ha ah kannn?? Cemana tuh? Akak pose2 cakap xde pape la nih. Ok jah kan?

So kesimpulannya, Mohd Rafi akan datang sini malam nih. Sbb dia takut akak pitam. Padahal akak plan nak siapkan kueh orang order untuk minggu nih.

Lepas tu, haruslah akak kerah tenaga dia suh tolong akak sekali. Hahaha.

Dah la... akak nak baliksss...

Fuh... Kenapa Parking hospital jauh?

Pasal hospital nanti lah akak update. Penat jalan dari parking ke klinik O&G tu x hilang lagi.

iklan