Showing posts with label kisah cinta. Show all posts
Showing posts with label kisah cinta. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

Not so random..

First... I'm so damn tired with my daily routine. Cemana la kalau ada anak tu kan?? Kesian anak akak tu nanti mak bapak dia pegi pukul 7pagi balik pukul 9 malam. Pastu pukul 11 dah membuta.. Cuma ada 2 jam je bermesra dengan anak sendiri..

Ok. tu bukan pointnya. Aku tgh tunggu lecturer bagi solution math sbb aku x brp paham sgt nak buat. So hopefully dia akak reply ASAP. Actually aku dh email dr semalam and no reply. I'm stuck okeh.
Ok. So the randomness of sunday:

Ini adelah gambar pengurusan Sri Palma Villa yang bangang pegi pagar keliling pool. Akak x faham kenapa diorang sibuk sangat nak pagar kan tempat tu sedangkan tu jalan utama masuk. Yang bongoknya diorang sibuk sangat management tak cukup duit, maintenance fee mahal cekik darah. Pastu sibuk pegi bazerkan duit buat pagar nak buat ape?
Pastu jalaan masuk pool tu ada satu je, masuk dari belakang...
Bangang sangatlah!.. Aka x pernah lagi jumpa apartment ke Kondo ke yang diorang pegi pagar keliling pool tuh...


Ini gambar angin bertiup kencang. Akak feeling2 autumn sebab daun2 semua berterbangan tapi sebenarnya petanda nak hujan lebat kaedahnya..


Sebenarnya, gambar muka subject orang di atas adalah tidak penting sama sekali. Yang penting tengok tudung ittew..
Akak kembur2 almari terjumpa pulak tudung tuh. Teringat pulak kesah scandal france/tganu. Dia yang bagi akak tudung tuh sempena dia balik kampung cuti summer ke winter ntah.. Pastu dia pos dari France. Tempat dia blajar la.
Tapi hubungan scandal tersebut tidaklah berjaya kerana ada seorang minah gila yang tiba2 xde feeling terhadap mamat tuh.. **akak le tu.. Kesian mamat tuh frust. Masa tu akak langsung xde mood nak layan dia. Dia call dari france akak neverla angkat. Dia email pon akak never la reply setelah akak memutuskan hubungan. Tapi skrg nih weolls dah jd friends balik.
Mamat tu pon dah berkeluarga. Akak harap dia happy sbb dia adelah lelaki yang lebih baik. Dia melayan akak lebih baik dari Mohd Rafi.

Tapi akak anggap xde jodoh je la.. Walaupon cd owner turut merasa kecewa akak memutuskan hubungan dengan mamat tuh.. Mungkin akak tengah gila pada masa itu akak pon x tau la...
Mula2 akak suka tau uollss.. Pastu kenapa ntah tiba2 akak x suka.. Howwww??? Ntah2 ada orang guna2 kan akak.. Wah! fitnah sangatsss...

Kesimpulannya, Kalau ada lelaki baik yang suka kat uolls, uolls terima je lah kaedahnya...

Saturday, January 17, 2009

kisah cinta Ilot 2..

Tadi malam Fiza call akak. Akak tgh tido. Jawab mamai2.. Tadi pagi calll dia balik bagitau ade tiket ke Anugerah Juara lagu. Free 2. So akak boleh tgk dgn adik akak.. Tapi kan.. cam malas je nk pegi..

Ok..tu pon xde kena mengena dgn cerita kat bawah.

Oh.. pasal Zalanee tu. Tak payah korang google.. bukan glamer pon dia.. akak carik2 gambar dia kat frenster xde pulak.. Xde rezeki uollss.. Tapi dia orang Ganu..

Korang ingat tu satu je scandal akak?? **matila akak riak..

Masa skolah dulu akak ada masuk pertandingan Catur peringkat daerah gituuu.. akak kenal sorang budak ni nama dia Saiful Nizam. Budak Tanjung Sedili. Mula2 akak memang x pernah jumpa dia. Dia dapat no tepon dgn alamat akak dari sorang budak pompuan cute tu yang mintak kat akak. Mula2 akak tanya nak buat apa, mati2 budak pompuan tu cakap dia nak berkenalan dengan akak.. Rupa2nya akak terpedaya.. Akak dah feeling2 ada orang yang terer gila menang catur nak berkenalan dengan akak.. Budak pompuan tu menang okeh. No 1.. Akak?? Muahaha..akak dapat no 6.

Pencapaian terbaik akak dalam bidang catur, **matila.. dapat No. 3. Piala2 catur berlambak kat rumah tu akak dah buang.. Volehhhhh???

Berbalik pada Saiful tu, dia menari Zapin. So dia tulis surat kat akak yang dia akan pegi ke sekolah akak untuk bertanding Zapin pulak.. So dia nak jumpa akak.

Akak pon dah feeling2 berdebar2 tunggu dia. Tup..tup.. pertandingan tu di batalkan.. Hanjeng je akak rasa tau.. motifff sekolah akak batalkan???.. Keji sangat lah!!

Pastu kitorang banyak berutus surat dan tiap kali akak cuti sekolah dia call la rumah.. Dia guna telepon public je uolls.. Zaman akak sekolah dulu mana ada zaman2 henpon uolllsss...

Lepas 2 tahun. Kitorg buat blind date. Jumpa kat bus stand Kota Tinggi tu.. memang macam haram.. masa tu budak skolah akak outing. Tunggu punya tunggu x jumpa-jumpa.. so akak jalan2 dekat Plaza Arisun (sekarang dah xde, ganti Family mart).. Tengah carik2 pen kat tingkat atas, sekali je ada orang tegur.. Ye! itulah Saiful Nizam.. Akak malu2 uollss.. pastu borak2 dan dia teman akak tunggu teksi nak balik Asrama.. **matila keluar outing buat blind date..

tapi dekat Teksi stand tu ramai gila budak sekolah akak.. Esok, zassss!! jadi bahan gossip.. sesuatuh sangat kan?? Orang serabai mcm akak pon kuar dating..

Tapi x ramai sgt yang nampak masa tu.. Ramai budak pompuan asrama je yang perasan.. Diorg semua sibuk tanya sape yang hensem tu..?

Ye.. Saiful Nizam tu memang kacak dan tinggi... Kulit dia lebih kurang mcm kulit akak colornya.. Xde la gelap mcm Mohd Rafi kan?? **matila kutuk laki sendiri.. Dia lebih kacak sedikit dari Mohd Rafi..

Tapi akak tak tau kenapa akak rasa xde chemistry dengan dia.. **matila chemistry katanya.. Penat dia feeling2 meluahkan perasaan bagai.. tapi nan ado akak terima.. Kesian dia, sampai satu tahap dia nanges2 tepon akak. Akak siap suruh dia call Bugis, kawan akak masa sekolah tanya..**matila Bugis satu kampung dgn Mr Exam..**matila Mr Exam tanya Bugis lepas nih..

lama2 akak tension sebab dia x paham2 lagi bila akak cakap akak x suka dia.. Last2 akak marah dia. Cakap jangan carik akak lagi lepas ni, kalau jumpa buat2 x kenal dan tolong padam nama akak dari ingatan dia..

Lepas tu, akak langsung x dengar khabar berita dia..

Masalahnya uollss....

Akak menyesal akak buat mcm tu...

Sekarang ni akak rasa akak nak sangat jumpa dia.. Bukan nak terima dia, just nak tau khabar dia.. nak tau cemana hidup dia berubah.. cemana muka dia sekarang...

tapi dah 10 tahun pon berlalu....

**matila akak Mohd Rafi x tau citer nih...

p/s : akak ada scandal lain pulak nih.. tapi kat UK gituu... Nnt la akak citer. kalau x pon suruh CD Owner citer scandal budak France akak tuh.. **Larikkkk!!

Friday, January 16, 2009

Kisah cinta ilot...

Akak sebenarnya jeles dgn Kimot yang pergi bercuti kat Cameron.. Akak ni Cameron x pernah pegi lagi.. Mesken kan akak??

Tapi tu xde kena mengena dengan citer di bawah..

Td pagi Mr Exam called akak. Dia kata ada sorang budak baru masuk keje kat Jabatan dia scandal lama akak. Dia sebenarnya x tau pon tu scandal lama akak. Tapi officemate dia Azie tu ex-uitm sama dgn akak. So, dia tau la cciter scandal akak..

Bila Mr Exam bagi bayangan yang scandal akak tu dulu gila2kan akak. Akak dah syak. mesti budak tu!.. Zalanee **matila akak letak nama betul.. **matila uolls google nanti..

Ade ke Mr Exam kata Zalanee tu lagi kacak dari Mohd Rafi?? X langsung okeh.. Mr Exam tu memang juling matanya..**matila aku kena maki..**ampunnnn

Zalanee tu start ajak akak dating sejak dari part 1(sem 1) kat itm. Mula2 akak rasa confuse. Yela, masa tu akak dah la serabai, dah tu huduh pulak tu. Miskin hina lak tu. Kenapa dia tetiba nak ajak akak dating?? Ada orang suruh kah??? Sungguh confuse. So, akak tolak.

Pastu dia sibuk ajak dating lagi. Bagi surat jiwang la.. Surat dia akak bakar uollss.. Sebab x larat nak baca.. Paling akak ingat ayat dia 'takkan bulan jatuh ke riba kalau kita tak mencuba'.. terus nausea akak baca surat dia.. Tu belum dia call akak tiap kali cuti semester kat rumah. Ntah sape bagi dia alamat dgn no tepon rumah akak ntah.

Kalau x cuti semester dia call kawan akak kalau nak cakap dgn akak. Sebab akak xde henpon. Akak kan miskin dulu kini dan ..........

Ada sekali tu akak x layan dia. Dia bagi surat ugut nak berenti itm la hape la.. Tapi ado aku kesah?? Akak buat x tau je uolllss.. Sampai abes Uitm pon akak x layan dia.

Yang akak paling kesian pointer dia jatuh dari 3 pointer sampai jadi 2 pinter je. Siap fail 3 paper sbb frust cinta dia x berbalas.. **matila akak x kesah jugak uolllsss...

Masa kat Uk dia ade message kat frenster. tetapla berharap gituu.. Akak cakap, akak nak kawan je... Tapi dia x nak, dia kata dia x nak kawan dia nak couple.. What??? So akak malas nak layan dia.. Terus Block dia dr frenster..

Masa nak kawen akak jemput dia. Dia tanya kenapa akak jemput dia datang? Pastu dia mintak maaf sbb kacau2 akak selama nih..

Uolls tau tak, dia sanggup belajar main guitar, beli guitar sebab akak cakap akak suka lelaki main guitar... Bolehhh?? Sekarang siap dah terer main guitar. Dah ada band sendiri lagi..
Pastu dia sanggup sambung degree kat Uni private sebab pointer dia rendah untuk sama level mcm akak..

Padahal akak bukan kesah pon dia reti main guitar ke x.. bukan akak kisah pon dia ade degree ke x.. Bukan akak kisah pon dia kaya ke x...

Tapi akak tengok dia mcm mudah putus harapan. Bayangkan sbb akak tolak cinta dia pon sampai nak berenti itm segala?? Lepas tu, dah kalau akak x suka mana boleh paksa kan??

kesian jugak kat dia.. Dia buat macam2 untuk akak. Tapi akak buat bodo je.. Sampai kawan dia marah akak. Tapi xde maknanya hati kering macam akak nak kisah kan???

Akak doakan dia bahagia dengan orang lain.. He deserve someone better kot.. Not me..

Anyway, akak nak cakap sikit kat sesapa yang risau sangat jodoh dia belum jumpa.. Akak memang X PERNAH BERCINTA dengan sesape sebelum jumpa Mohd Rafi. Akak Start bercinta pon umur akak 26 masa jumpa Mohd Rafi. Akak pon x sangka jodoh akak dgn Mohd Rafi. Sepupu belah mak. Dan jodoh akak bukan orang yang educated pon dan x kaya pon.. Jodoh tu kan datang kadang2 kita x sangka. Tapi jangan paksa diri terima orang yang kita x suka.. boleh cuba tapi kesian kan other party tu bila tau actually uolls x suka dia pon.. Macam x ikhlas. Lebih baik cuba berkawan dulu...

Kalau umur baru 23 ke 24 ke..x payah la risau.. Mungkin ada jodoh2 untuk korang nanti..

Pergh!! panjang gila akak membebel...

Tuesday, January 13, 2009

kisah cinta lama mohd Rafi

Sorry la uolls, lambat sket buat sambungan.. Akak baru hantar Mohd Rafi ke Terminal 1. Dia nak balik JB. Akak nakk pose2 sedih meratap hiba dengan pemergian Mohd Rafi.... Tu pon dia cakap 'Macam malas je nak balik..'

Ok. Sambungan.. Akak rasa akak dah citer la dulu pasal Umi ni. Dia mula2 kawan2 je dgn Mohd Rafi. Masa dia kawan2 pon masa tu Umi tu dah ade BF. Tapi bila lama2 Mohd Rafi suka jugak dgn Umi ni. Lagipon kawan Mohd Rafi pon suka dgn Umi tu, so dia bagi la jalan kat kawan dia tu ngorat Umi.. Feeling2 berkorban demi kawan2.. Nyampah je akak dengar..

Pastu mohd Rafi ni kawan la dgn budak pompuan lain nama Eton. Budak ni pon suka kat Mohd Rafi gak tapi awal2 dah direject.. **matila akak suka2 je..

Pastu Umi ni grad Poli and keje kat Kajang. Rumah Family dia kat Semenyih. Dalam 6 bulan macam tu dia call Mohd Rafi. Maybe dia dah x dapat menahan perasaan dia. Sebab Mohd Rafi tu lembab sangat dia bagi2 hint x reti2 lagi..
Dia cakap ' Sebenarnya, aku suka kan ko'

cuba teka Mohd Rafi cakap apa?.....

Mohd rafi cakap 'Sorryla.. kita kawan2 je..'

Sebab masa tu Mohd Rafi dah bercinta dgn akak.

Akak rasa jawapan Mohd Rafi tu x tepat dan masih lagi bagi harapan kat Umi tu kan??
Sepatutnya dia cakap ' Sorryla, aku dah ada orang lain.. Dah nak tunang pun..'

Akak tanya Mohd Rafi kenapa x cakap macam tu, Dia jawab. 'Abes tu, masa tu kita belum tunang lagi..'

Haiyohhhh.... Perlu ke nak tunggu tunang baru nak cakap ada hubungan.. Veryssss desss.

Dah tu, lepas2 tu Mohd Rafi tiba2 bagi kad kahwin kat Umi tu. X ke terkejut budak tu?? Mohd Rafi call dia merajuk x nak cakap. Motifff??? **matila akak yang terlebih emo.

Masa akak kawen dia datang uollls.. Tapi serious akak x perasan sangat.. Tapi rasanya akak lagi chantek dari dia.. **matila akak syok sendiri..

Malam lepas kawen akak godeh2 henpon Mohd Rafi. Umi tu siap MMS baju yang dia bakal pakai untuk datang ke majlis akak tu. Kebaya jarang +tiub dgn kain batik lepas.

Akak x paham kenapa nak MMS gambar baju yang dia nak pakai. Pakai je la masa datang tu. Bukannya x nampak pon.. **matila akak tetiba mempertikaikan...

Tapi, akak pon x nak la halang Mohd Rafi kawan dgn dia. Lagipon diorg memang dah kawan2 lagi dulu.. Lagipon bukan Mohd Rafi layan dia sangat pon. Lagipon Mohd Rafi tu sengal. Dia x tau perasaan Umi tu cemana.

Akak x suruh pon dia dah tukar no HP. Mohd Rafi tukar ke no KL. Pandai2 la sape yang nak cari dia...

Dah la uolllss.. motiff citer pasal Umi tu sampai 2 entry... X perlu sangat kan??? **matila x pasal2 akak glamer kan dia.. Yang penting akak x pernah jumpa dia.. Cuma tengok gambar je masa kawen. Tu pon x clear sgt gituu....

iklan