Thursday, February 24, 2011
Perihal miskin tegar...
Tapi itu bukan ceritanya..
Ceritanya, aritu akak balik johor. Sekali je sampai Kota Tinggi tu ujan renyai2.. Pastu ada satu couple nih bawak motor ex5 dengan anak kat tengah2..
Akak cakap kat mohd Rafi, 'Kesian, tumpangkan la orang tu'
So, Mohd Rafi berenti tepi.. Tup..tup tengok orang tempat dia jugak. So hantar la sampai rumah. Dia nak balik tengok mak dia. Kereta memang takde. Husband dia sorang je keje. Anak dia tu umur setahun.
Takde kereta bawak anak kecik memang kesian ye uollss.. Ujan plak tuh. Dia kata masa dia bertolak tu tak ujan tapi dah sampai kota tinggi ujan pulak. Nak berenti kat tepi takde tempat teduh pulak. Dia dari Pasir Gudang ye uollls.. Agak gigih la membawa motor ex5 itu...
Ada orang mempersoalkan di dalam blog. Kenapa tak beli kereta. Bulan2 baru RM300++. Tak sayang anak ke?
Akak rasa tak patut persoalkan orang yang tak mampu beli kereta atau tidak. Kalau dah gaji RM1500. Nak bayar sewa rumah lagi. Isteri tak kerja. Anak lagi. Belanja isi rumah. Petrol yang keje naik je tiap2 bulan. Korang rasa mampu ke??
Boleh la dia bercakap, elehhh viva baru RM300. Ye, tu kau keje laki bini. Tak semua orang sama mcm tu. Motip kau tak boleh nak fikir??
Lagipon buat apa nak berhutang tiap2 bulan beli kereta sedangkan tak mampu? Kalau mampu pulak, satu beban pulak nak isi petrol tiap2 hari.
Lagi satu, boleh kah kita persoalkan orang miskin tapi beranak ramai??? Itu kan kuasa tuhan. Dah tuhan tak bagi rezeki duit tapi bagi rezeki anak. Terima je lah. Lagipon bukan dia menyusahkan kau mintak duit ke ape.. Bukan dia pegi buang anak dia ke apa. Apa yang dia makan, anak dia makan. Nasi berlauk garam pon tetap juga kenyang.
Mana tahu anak dia yang ramai tu yang akan mengenang jasa dia satu hari nanti..
Pastu akak sedih gila baca berita pasal budak yang terkena renjatan elektrik kat klang tuh. Dia tengah cuti sem, amek upah menyawit dengan abang dia. Dah la anak yatim piatu.
Takde tempat bergantung. Terpaksa cari pendapatan sendiri. Budak2 sekarang ado nak buat part time menyawit? Ado??
Pastu disebabkan terkena renjatan elektrik tu, kaki dan tangan dia lumpuh. Cuma satu tangan yang boleh diselamatkan. Kesian tak uolllsss??? Dah la miskin, tangan dgn kaki takde. Cemana dia nak carik keje? Cemana nak sambung belajar?
Akak ada amek no akaun dia, aritu kat bersamamu ada keluarkan. Tapi akak tak bawak arini. Esok la yek. Derma RM10 pon jadi la uollss.. Kesian budak tu.
Friday, January 22, 2010
kalau COLA dgn elaun Rumah ditarik balik akak nak pasang khemah tepi tasik Fakulti la uolllss..
Harussla kita ramai2 pasang khemah tepi tasik fakulti nih sajork.. Nak jimat duit punya pasal.. Nak mandi terjun sajork dalam tasik itteww... Untung2 jumpa biawak... Akak dah beberapa kali okeh terserempak dgn biawak dalam tasik tuh..
Tapi uollss.. CUEPACS menafikan okeh khabar berita ittewww... tapi cuepacs pon kadang2 propah jugak uollsss...
CUEPACS nafi COLA ditarik balik
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.
Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.
''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.
Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.
"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.
Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.
Lepas tu kan uollss... dengar2 minyak naik jadi RM3.70 seliter... Tak ke mati nak membayarnya?? Untuk berjimat, meh kita naik basikal pegi keje..
Errr.... Bila Pilihanraya?? mcm dah ada kat otak je nak vote parti mana.... **opppssss!