Friday, January 22, 2010

kalau COLA dgn elaun Rumah ditarik balik akak nak pasang khemah tepi tasik Fakulti la uolllss..

Motipp khabar2 angin menyatakan Elaun COLA and rumah ditarik balik??

Harussla kita ramai2 pasang khemah tepi tasik fakulti nih sajork.. Nak jimat duit punya pasal.. Nak mandi terjun sajork dalam tasik itteww... Untung2 jumpa biawak... Akak dah beberapa kali okeh terserempak dgn biawak dalam tasik tuh..

Tapi uollss.. CUEPACS menafikan okeh khabar berita ittewww... tapi cuepacs pon kadang2 propah jugak uollsss...

CUEPACS nafi COLA ditarik balik

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.

Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.

''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.

Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.

Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.


SUMBER DARI UTUSAN 22 jan 2010.

Lepas tu kan uollss... dengar2 minyak naik jadi RM3.70 seliter... Tak ke mati nak membayarnya?? Untuk berjimat, meh kita naik basikal pegi keje..

Errr.... Bila Pilihanraya?? mcm dah ada kat otak je nak vote parti mana.... **opppssss!

4 comments:

MyZsZs NOoR said...

Dengar jugak khabar angin tu. Bukan pasang khemah, kiter orang ni tidor kat dalam kelas jer gitew. Wat ler asrama untuk cikgu-cikgu kat sabah ni. Rumah sewa kawasan pedalaman 800 plus2...Mampos ler giteww

monstorious wife said...

wah.. rumah sewa kat kwsn pendalaman pon 800++?? sama sajork mcm dibandar..

cik keboom said...

nan ado uols propa je semua tuh...iols dh dpt email dh dr jpa semua tuh kabar angin sajor...lg pun iols kan warga perbendaharaan yg dpt berita paling lambat uols huhuhu

MyZsZs NOoR said...

Betul tu. Mula2 dengar macam tak percaya tapi bila dah rasa sendiri barulah percaya. Orang kata kalo posting kat Sabah kaya sbb elaun rumah banyak tapi harga rumah sewa kat sini kena tau gak. Huhu kalo kat KL 800 tu boleh dapat rumah bagus gak kan. Ni rumah pun banyak masalah daaaaa

iklan