Wednesday, September 21, 2011

ini semua kau punya pasal Pahat!!

Aiyooo... selagi laptop aku rosak selagi tu la nan ado gambar di blog ini melainkan gambar curik..

Anak uollss dah berjalannn????

Anak akak nan adoooo! Berdiri sendiri pon nan ado.

EH, Lion dah berdiri sendiri tau. Lion baru 10 bulan.

Akak check2 buku check up Pahat semalam nak tgk next appointment berapa hb.
Tengok kat berat dia, eh, aritu 10 bulan 9.9kg rupanya.

Patutla macam nak pengsan aku mendokong dia sambil beli ikan kat kedai.

Perangai dia dah nak setahun nih ada 45 macam kadang2 nak pengsan akak layan. Kadang2 akak tak koser nak layan. Sudahhh!! emak banyak order nak buat... **matila...

Yang paling akak tak suka ialah dia suka sangat mengutip. SAMPAH. Mengutip je takpe, tapi package KUTIP dan MAKAN tu akak tak tahan. Aritu ntah serangga mana tersadai tepi dinding dia kutip makan, akak jolok mulut dia dah hancur binatang tu dikejekan.

Eh, dulu kan bila Pahat duduk dalam car seat orang mesti cakap:
'Baiknyaaaa Pahat duduk diam je dalam car seat..'

Sekarang, ya ampunnnnn....beristiqfar aku nak pegi carrefour yang 5 menet tu jah. Kalau pangku dia sibuk nak pegang stereng main hon lah, main signal, main wiper. Tak boleh duduk diam.

Kalau nak baca paper jangan depan dia. Habes dia koyak pastu dia gigit kunyah masuk dalam mulut.

Kat dapur abes bawang aku diteraburkan. Tak tenteram emak nak masak tau.

Gigi ado 6 batang tapi suka menggigit orang. Tempat favourite dia lutut aku ni ha. Ntah rasa manis ke hape.

Paling tension bila nak melipat kain. Aku lipat dia kembur, aku lipat dia kembur. Last2 emak longgok je kain dalam bakul.

Konsep Pahat, selagi emak tak tido selagi tu dia x nak tido. Merasa Emak pon tido sekali. Dah tu semua keje pon tak buat.

Orang cakap Pahat dah putih, dah tak hitam mcm apak dia time dia bayi dulu.

Makan pulak, akak nak bagi nasik tapi akak BS tu kata kasik la bubur yang kering sikit sbb dia bukannya reti mnguyah dan kurang minum air masak. Nanti berak sembelit melalak2 mcm kena pukul emak jugak yang tension kena bangun pukul 3 pagi.

Selalu lauk dia sayur akak blend siap2. Tapi ikan masak daily lah. Selalu ikan rebus je. Dah start seasoned jugak tp very lightly lah. Tapi dia ni suka menyibuk kalau orang makan. Nanti melalak2 kat bawah suh suapkan dia jugak.

Maka, sediakanla nasik putih sikit untuk dia..

Eh, panjang pulak entry Pahat. motippp??

Tadi pagi akak bakar choc peanut butter cake. Petang kang nak frosting pulak.. Byeeeeeee!!

Tuesday, September 20, 2011

Tak semua bersalin kat hospital swasta tu best..

Ni pengalaman kawan akak ARNI bersalin dekat An Nur Bangi.

BACA SINI!!

Ramai juga akak dengar pengalaman ngeri bersalin dekat An Nur nih.

Siap pesan kat Arni ni jangan tulis kat Blog bolehhhhhh???

Dah tu service hampeh cemana? Orang buat komplen langsung takde tidakan diambil LANGSUNG!

Akak copy paste org yang comment kat entry tuh:

hi.. tertarik dengan entry you kali ni.. first time i bump to your blog from my friend's link dari facebook..

i pity with your condition dekat an-nur.. tapi dekat sini jugak i nak kongsikan pengalaman auntie i beranak dekat sane 3 tahun lepas..

macam you jugak, she has been forced to take epidural, padahal mase tu ikutkan she doesn't have to take epidural pun.. tapi lagi kesian dia you.. lepas dia beranak, dia jatuh sakit, tak boleh langsung dukung anak dia, badan jadi lemah dan macam-macam lagi.. kiterng suspect doktor bius tu salah cucuk epidural dekat dia,

kesian sangat, for the past 3 years, she has been struggling untuk diri dia, anak dia yang bongsu tu very independent sebab mak dia tak sihat.

alhamdulillah after three years, this year, baru i tengok dia happy, baru i tengok dia dah boleh masak untuk anak2 dia.. and now dia memang happy.

and dia selalu pesan dekat i, kalau boleh tak payah lah pergi an-nur tu, with her bad experienced semua tu...


Sapa2 yang feeling2 nak pegi An Nur bersalin tu renti kan lah, akak suggest pegi KPJ lagi best bilik dia. Luas pun luas. Kat An nur tu mcm hectic+crowded sangat lah..

Ada sapa2 yang mempunyai pengalaman sebegini juga???

Monday, September 19, 2011

Musim ujan tak boleh la nak buat macaron...

Latest from ilotskitchen. Red velvet cupcake yang bawah sekali tu, dengan macaron pelbagai color kat belakang tu..

Eh? apesal aku update kat blog persendirian pulak nih?? ahhh... lantak lah yek..

Gambar cilok FB kawan aku.

So, order dari kawan se 'surrey' akak.

Matila kan dia order 50 bijik Mac tapi aku berjaya buat 40 biji je di musim hujan nih..

Almaklumla akak buat french mac yang sensitip dengan cuaca, kalau ujan abes crack semua mac. Itu pon ntah berapa batch masuk tong sampah.

Jadi ujan2 begini macaron terpaksa la di hold dulu ordernya unless tak kisah nak pick up bila gituuuu.

Oh ye, batch last 2 weeks yang macaron disaster adelah disebabkan akak pakai eggwhite yang dah lama simpan time buat kueh raya bulan puasa lepas.

Red velvet pon terpaksa on hold dulu. Aku ada 1/2 botol je wilton red-no taste cukup2 untuk buat order kak ina next week.

empat lain semua takde stok termasuk kota dem.

Tapi kat hartamas ado, tapi akak nan ado tau jalan.

Merasa banyak order on hold minggu ni.

Harap bersabar semua dan nantikan kemunculan kek2 baru from ilotskitchen!!
Matila promosi mcm popular.

Bye



hai la anakkk......

Uollss... akak sentap sangatss... Skrin laptop akak pecah dikejekan Pahat. Akak pon tak sedar bila dia buat tetiba je dah pecah..
**nangesss!

CD owner kata nak tukar skrin RM800.. elloooo! baik aku beli baru. 2nd choice dia suh beli skrin PC connect ke laptop dengan cost RM200. Agak2 akak pilih yang mana??? pandaiii!!!

Next week Mohd Rafi pegi Jakarta lagi bos dia ajak(paksa). Konsepnya Bos dia tuh tek berapa reti sangat pasal barang2 moto yang perlu untuk bengkel. Jadi kena angkut Mohd Rafi. Dulu Bos dia pegi sorang merasa barang2 merepek dia beli dengan konsep murah tapi nan ado laku.

Dah tu, dulu bengkel tu ada sorang mamat ni keje sebelum Mohd Rafi keje nama dia Amir. Tapi mentang2 la bos dia tu tak tau apa2 pasal motor dia kelentong bos dia ni kaw2 punya..

Bayangkan la dapat duit betulkan moto separuh dia masuk kocek, separuh lagi dia kasik bos. Pastu resit beli barang moto pon dia selalu tipu. Kalau Bos suruh dia beli harga rm120, dia mark up jadi RM170.

Ada sekali akak pegi sana Mohd rafi suh tengok resit tuh, obviously tipu..

Well, kalau nak tipu pon beli la resit baru ke kannn... ini pegi tukar tulisan 2 ke 7, tak ke obvious???

Bayangkanla, time dia keje sorang, sebulan ujung2 duit kedai tinggal rm500 sajork?? RM500 nak buat bayar sewa kedai pon tak lepas uolllssss...

Lepas tu bila Mohd Rafi keje kat situ dia la ajar Bos tu sikit2 pasal barang motor. Harga2 semua, ajar dia sikit2 repair moto.. Pastu mamat tu sentap dgn Mohd Rafi.

Abes tu dah ko buat keje tak jujur kannn??

Ujung2, bos dia dah bengang, dia pecat lah mamat tuh. Dan pindah kedai baru. Kedai lama dia tutup.

Pindah kedai baru ni alhamdulillah sales pon banyak 30kali ganda.

Jadi, Bos dia ni pulak siang berkerja, nak kena transfer ke Kuantan.

Dah tu dia pun suruh Mohd Rafi jaga kedai tu. Menambah lagi keje Mohd Rafi. Mati la kan dari pukul 9 malam balik ntah pukul berapa pulak. Kalau gaji tak naik merasa berenti jah! cam tak berbaloi gila je gaji sekarang.

Wednesday, September 14, 2011

Barang baby, Perlu atau ikut nafsu?

Ok, untuk orang2 yang mesken mcm akak nih merasa baca.

1. Breastpump : Perlu atau tidak??
Bagi akak, kalau korang nak jimat duet+berkerja breastpump is a must. Sebab susu FM tu ko hengat harga dia dah berapa?? Mahal hokeh.

TAPI... tak perlu lah nak beli sampai Madela swing bagai.. Memang la dalam blog+internet orang dok sibuk2 kata Madela, spectra 3. Tapi sebenarnya ada lagi breastpump yang lebih murah dan sama kualiti mcm Madela dan spectra 3.

Suggestion akak adelah The first year, kalau korang feeling2 nak double pump baru RM500++

2. Baju baby : Perlu kah yang berjenama?
Akak nak bgtau akak tak pernah belikan baju Pahat lebih dari rm50. Chop! aku rasa lebih rm30 pon tak pernah kot, ke ada sehelai je.. ntah emak lupa nyeh!

Akak beli baju2 jenama high street seperti ck, osh kosh atau GAP adelah di FOS atau internet. FOS sehelai baru RM10. Murah jah.

Yang lain2 kadang2 akak beli yang satu set terus. Jeans Pahat pon akak tak koser beli kat anakku ka butik2 terkenal kah. Akak bantai FOS atau reject shop juga. Pastu akak suka pegi TESCO Plentong ada 1 kedai jual barang bayi mcm FOS jugak dan murah.

3. Barang persiapan baby : Perlu tak beli semua?
Ha.... barut pon aku jahit sendiri sebab nak jimat punya pasal. Barang2 lain mcm warmer atau strelizer tu kalau korang ada budget lebih boleh la beli. Kalau mesken mcm akak sendiri mau ingat rendam kat air panas sudahhh.

4. Stroler
Nak tau tak stroler Pahat akak beli dengan harga RM75.. Lagipon akak bukannya nak beranak 10 nak beli stroler yang mahal dan tahan harga seribu lebih tuh. Sah2 kalau anak 4 orang bei stroler murah 4 kali baru RM320 < rm1000.

5. Car seat
Bagi akak ni penting sebab jalan kerja Mohd Rafi dan akak adelah tidak sama. So keje menghantar Pahat adelah akak. Tapi beli jugak yang murah. Akak beli Mydear baby time warehouse sale.

Tetiba akak malas nak sambung tapi akak nak citer pasal duit raya bolehhhh??

Uollss... akak kan mesken, so akak sedia duet raya rmdan rm2 sajork utk anak2 rakan. Tapi akak segan la pulak orang bagi Pahat rm5. Patutkah akak up duit raya menjadi RM5 sedangkan akak mesken? ataupon buat bodo je lah kannn???

sambung balik citer barang baby tu akak nak cakap ialah, kalau tak berkemampuan, sediakan mengikut apa yang kita ada je. Tak perlu lah kau feeling hutang orang tak bayar tapi bila wife ko bersalin nak dekat spital swasta yang mahal. Bila orang tanya pasal hutang ko kata bulan ni guna banyak duit sebab baby baru lahir sedangkan ko keje O&G dah sedia gaji banyak tapi hutang orang nan ado bayar..

Matila kannnn perli sapa tak tau!

iklan