Tuesday, August 9, 2011

Iftar ke 8.. eh, ye ke?





Emak emak kalau tak letak gambo masakan tak sah kennnnn??

Ni ha menu buka semalam. Dah dua hari tak jejak baazar sebab aku koser nak start keter berjalan di baazar tuh.
Ayam masak kunyit.


Gulai lemak pisang muda. Slurp... sedap makan dengan sambal belacan dan ikan masin.

Tau tak cemana nak masak pisang muda?? Nak siang dia kena rendam dgn air uollss sebab dia muda lagi still ada banyak getah.

Tumbuk kunyit, ketumbar, black pepper, jintan manis, bawang merah, garlic dan ikan bilis.

Kalau ada udang lagi sedap.

Tumis. Letak air sikit. Masukkan pisang. Tunggu sampai agak2 empuk masukkan santan. Pastu dah siap.

Nasib baik akak tak letak nama Gulai Lemak Pisang Muda TERSEDAP di DONIA... **matikannn perli sape tak tau....

Ni progress kuih raya...


Baru buat kuih2 raya yang tahan simpan lama2. Tat and cis button may be rabu baru start sbb kuih2 rapuh ni takut tak boleh simpan lama. So sapa nak amek cepat baru akak buat.

Long way to go, to baru 50 balang, yang belum celup coklat ada dalam 30 balang. Mampos tak sampau suku pon lagik. Minggu ni asistant lagi sorang sampai.


Sapa rindu dengan Lion, ni gambo terbaru dia. Mcm muka emak dia ke apa ntah.


P/s : akak lupa nak announce bahawa order kek and mac pon akak tutup. Kalau lg seminggu nak raya tiba2 miracle happened kuih raya akak siap akak buka utk order raya...





Monday, August 8, 2011

Laki orang dan tunang orang...

Ha...ni baru cerita yang betull uollsss... Pahat tak interframe dalam entry nih..

Mula2, ingat tak cerita laki orang yang bercinta dengan perempuan se Ofis? Satu opis tu jugak tau diorg bercinta padaal bini dia cukup baik dah??

Kaedahnya itu hari dah kantoi uolss... Pastu adegan drama swasta mintak maap tak buat lagi bagai.. I sayang u sorang je..

Pastu, dalam sebulan tu baik la kejap..

Tup...tup... sambung balik bercinta... Kau mampuuu mcm tuu?? Tak serik kannnnn?? Mati la kau kalau bini kau tau lepas nih..

Ayat dia: ' Aku tak paham kenapa perempuan tak boleh terima lelaki bercinta dengan org lain.. Sedangkan aku still sayang kat dia'

Bull shit sangat ayat... Masalahnya kau tu bercinta sorok2. Kan Fiza kannnn??
;
;
;
Cerita ke 2. Tunang dengan orang lain. Bercinta dengan orang lain. Tak cintakan tunang dia tapi tak nak putuskan. Tetap jugak nak kawen dengan tunang tu dalam masa yang sama tak nak putuskan.

Hellooooo..... Mana satu ko nak??
;
;
;
Cerita ke 3.

Laki orang yang sibuk usha2 budak2 pompuan kat FB mcm single lagi. Padahal status jelas mengatakan Married. Eh, dont be suprise budak2 pompuan skrg ni dah tak kira Married or single. Bila tanya, aku nak kawan je dengan dia...
Oh My god! Ada ke istilah kawan je kalau nama panggilan dah tukar Sayang n Abang??
;
;
;
Cerita ke 4.
Kes pemain bola terkenal ittewww kannnn?? Yang tunang dia... opssss! Ex tunang dia sibuk merempan kat FB bagai... Yang ex tunang ni pon satu, dah tau tunang kau ittewww popular yang emo di FB uollsss...Gaduh laki bini pon nan ado letak kat profile bagai tau.
Mula2 kata tiada orang ke tiga. Hanya abang dan adik.
Tup...tup keluar gambar berpegangan tangan gituuuu...


Abang adik sangatsssss kannnnnnn???

Kannnnn??


Lelaki nih uolllss kalau orang hulur, dia amek je. Free sape tak nak kannn?? Bohsia pon skrg kena bayar tauu guna top up. Dah tu bila bini/tunang orang tu serang kau, ko cakap bini orag tu tak pandai jaga laki kannnnn??? Clust!!
Dah kau goda2 dia haruslahh dia amek je... Tak payah cakap laki orang kannn, lelaki mana2 pon sama je kannn??

Mula2 konsep test market, pastu lama2 dah terjerat kaedahnya.

Bak kata kat satu blog nih, kalau tak silap aku cupkekasih kot... Akak lupa, guugle la eh.

Kalau tiba suami tak bagi pegang hp. Angkat phone tergesa2. Start dengan 'aaaaa...aaaa...apa? tak dengar' dan terus keluar jawab telepon, dan tiba2 extremely baik dengan korang siap belikan bunga bagai...

Hati2 uolllsssss!

Sekian sahaja entry peram.

Sunday, August 7, 2011

Shopping raya...

Arini akak tak masak sebab akak malas.. Beli makanan kat baazar jah. Tapi akak dah pesan awal2 kat Mohd Rafi beli makanan yang penting sajork utk elakkan pembaziran.

So, arini pegi mencari baju raya Pahat. Baju melayu dah tempah dengan Mak Mohd Rafi... Tempah kononnn kannnn padahal free sajork... Tema akak cotton hijau. Tipot ompong, kalau ko nak raya rumah mak, pakai baju ijau plissss.

Ni aksi2 pahat dan Apak ketika shopping baju. Terjumpa cermin besar.


Suka dia tengok cermin besar.

Barang2 shopping koser akak nak letak. Akak beli murah2 sajork. Anak akak tu bukan tau kalau akak belikan baju Burberry sekalipon.

Saturday, August 6, 2011

Iftar ke 6.

Sebenarnya akak feeling2 malasssss banget nak masak arini. Dah la pose2 malas nak masak, masak nak keluar pegi baazar puiler.... Tapi adik ipar akak kan ada kat sini tolong akak buat kueh takkan nak bagi dia makan meggi pulak kennnn??

So akak pon masak la jugak.

Ikan gelama goreng.

Sayur sawi goreng.

Ayam halia blackpepper.

plan asal akak ialah ayam nak goreng. ikan nak masak pecel jawa tuh. Cemana ntah tetiba akak ting tong masak lain puilerrr...

Air lagi la hina gila. Ada la air soya semalam tinggal 1 cawan pastu air milo sahur tadi pagi yang panas nak mampus Mohd Rafi buat aku tak boleh minum aku simpan dalam fridge.

So, adik ipar aku, aku bg minum soya. Akak minum milo. Kau adoooo akak ipar pemalas mcm tuhhh????

Akak nak bgtau tau, sape2 yang sms, akak tak balas atau setaun baru akak balas tu jangan sentap ye, akak pose2 busy sekarang nih. Lainlah kalau uollss nak tolong akak secara free.. Nanti akak bg la resepi free gituuuuuuu...

Order2 cawangan Johor, kau ado cawangan??? Kuih2 akan dihantar insyaAllah pada 17hb nih.

Lupa lagi nak pesan. Kalau uollss call akak mcm nak mati tapi akak nan ado jawab mahupon reply jua sila jngan sentap. Tangan akak nih sentiasa lah memegang doh kuih takde maknanya aku nak kotorkan telepon sebab henpon akak touch screen.. Touch scree henpon murahan ye... Bukan i phone mahupon samsung galaxy mahupon HTC HD desire mcm henpon Cik Li.. Cik Li gadis urban berteknology tinggi harusla mempunyai gadget2 terkini... Larikkkk..!

Jadual akak time weekend nih adelah.

Lepas sahur : celup coklat almond London sebb time ni sejuk, so coklat dia cepat keras.
sampai pukul 8 atau 9 akak stop. Tido sama2 dgn Pahat.

Pukul 11 bangun rehatkan minda sebentar, tengok TV, main2 dgn Pahat. Bila pahat tido je, selalunya pukul 1, maka start la buat kueh. Sampai habis adunann. Biasanya sekali buat 4 adunan.
Kalau Almond 4 adunan boleh dapat 10 balang. Choc chip 7 ke 8 balang.

Pukul 2 kang Pahat bangun maka terpaksa bergilir2 dgn adik ipar akak jaga dia sambil buat kueh. Tu yang melambatkan keje. Pukul 5 kang abes, rehat kejap.

Pukul 6 masak. Tunggu buka. Pukul 8 sambung balik buat kueh sampai pukul 11.

camtu lah rutin weekend....ngantok. nak tido. bye.

Kisah tamak haloba..

Mula2 akak nak cakap, motippp harga makanan kat baazar ya ampunnn mahal???

Aku beli ayam golek popular kannn kat serdang ittew, end up dia bagi chicken wing yang mentah.
MENTAH OKEHHH!!! bukan lepas bakar dia mentah uollss... tapi2 mentah2 dia belum bakar. Rasa keji tak???

Last akak bakar guna oven... Tension Mak!!

Hari ke 3 puasa akak beli jah makanan, konon feeling2 malas masak. Beli mee RM1.50 2 bungkus. Chicken Wing 6 ketul. Cucur udang RM2. Oblong 2 bijikkk... Last tak habess uolllssss.... Syaitannnn sangatssss..

Esoknya akak pegi baazar beli kuih dan air jah. Arini pon aku beli kueh dan air jah. Koser tau semua dah naik harga dan aku tak nak membazri amalan syaitannn...


Menu hari ni siakap stim, sayur campur dan hati pedal goreng tepung.
Ada murtabak mini jugak aku buat tapi termasinnnn uollsss... maklumla puasa kennnnn..

Order kueh officially closed. Tu pon ada lagi orang order cake aku terpaksa tolak. Ada jugak order kueh yang nak last minute nak next week pon aku tolak. Bukan akak tolak rezeki uollsss tapi akak kena selesaikan order2 terdahulu dulu kaedahnya..
Nanti kalau uolls semua tak dpt kueh raya ni harus akak kena maki bertubi2...

Kalau nak order jugak boleh tapi akak tak boleh confirmkan dpt sebelum raya ke selepas raya. Sorry ye, order dah FULL capacitynya.

eh, lupa sapa yang order by comment blog tp tak reconfirm balik pon akak tak amek ye ordernya.. Sorry uollsss...!

iklan