Monday, December 5, 2011

Pemalas punya orang!

Seriously shit, dah nak masuk tahun 2012.

Akak tak carik keje lagik uollss... Akak confuse apa akak nak buat lepas nih.

Akak ingat nak buat keje sendiri jah sebab akak x nak duduk kat opis mengabeskan duit company lagik dah.

Tengok nih time bekerja boleh main fb dan blog. Sudah tak berkat disitu kannn??

Kalau keje sendiri suka hati la nak main FB ke apa..

cuma... Duet cukup kahhhh????

Semalam Mohd Rfai tanya, 'Nanti u dah tak keje cemana eh? Sapa nak bayar utang2 tu semua?'

Buat masa ni akak malas nak fikir uolllssss...

AKak dalam kepala memang nekad nak buat catering jah.

Tapi ada pulak, orang yang demotivated akak seperti suruh carik keje dulu, bila bisnes dah stabil baru buat full time bisnes. Masalahnya, akak nak tanya,

Boleh kah catering nak buat part time??

Nak tak nak kena buat full time. Lagipon akak dah takde hati lah nak keje dengan orang, takut akak meraban2 perabih duit company sajork. Dapat dosa uollss.. Dah la akak suka datang lambat. Keji sangat disitu!

Lagi best kalau boleh duduk rumah sajork jaga anak. Tapi kewangan tak mengizinkan.

Jangan suruh aku jaga anak orang lagi la harapan okeh.. Anak aku pon dah kelam kabut aku nak buat keje rumah. inikan pulak nak jaga anak orang.

Nasib baik ada sikit simpanan duit boleh la bertahan untuk sebulan dua.

Lepas tu mari gadai buah pinggang...**matilah..

Owh... catering yang entry kat bawah ni, akak tersalah baca email. Diorang nak food tasting semua menu yg akak buat tuh..

Rasain!!!!


So, azam akak tahun 2012 adelah.

Nak kaya. Kalau boleh nak simpan duet 4k sebulan.

Tinggi sangat angan2 kau kannnnn????
Verangan kan indah uolllsssss...

Thursday, December 1, 2011

Oh...my ..my... HELP!!

Aritu aku ada masuk tender catering kat satu company pembuat Modem nih.

Mula2 dia suruh bagi quotation. Menu western.

Aku pon send.

Dah tu. Dia suruh tambah Menu. Western and Mediteranean.

Tapi si Bodoh Ilot. Telah menyangka Mediterranean ittew adelah Middle east food, lalu akak letak Menu Middle East, nasi khabsa, mandhi semua tuh. ***Note: Akak tak pernah masak pon, tapi sebab gugle resepi senang jah nak buat so akak includekan dalam menu.

Pastu akak kena maki dengan CD Owner sebab Motippp tak buat research betul2??

So, akak pon anggap tak dapat la untuk second stage punya pemilihan.

Tapi, semalam akak dapat email yang akak dapat utk 2nd stage....

TAPI...

Dia nak jumpa akak, have a meeting. Sila bawak company profile which include No of Worker and History.

TAK KE MATI???

No of worker is ONE and ONLY adelah akak.

HISTORY semua adelah cake order. Howww???
Paling2 catering yang akak buat adelah makan2 kat rumah sajork..

Matilah....


Tolonglah bagi cadangan kat akak ni apa akak perlu buat uollsss!!!

Perlukah tipu????**matila tak berkat.

Tuesday, November 29, 2011

Mana? mana? mana?

Mana citer Cinta Elysa akak????

Tetiba meroyan kannn??

So, lebih baik akak upload gambar Pahat.

Tukang sepah rumah in action. Dia memang suka menyelit kat mana2 dia suka. Ampai kain tu paham2 lah uolls musim ujan nih. Lebih2 lagi tempat pengering mesin basuh akak tuh rosak. Merasa la kain perah pakai tangan pastu, ujan je tak jugak kering2 kain akak.

Nampak tali kat leher dia tu? Dia memang suka letak benda kat leher. Tak kira lah kertas ke, kain ke bantal ke..

Pahat jalan nan ado lah laju. Dia still jatuh bangun lagi. Tak laju mcm Lion. Lion 11 bulan jalan dah laju.

Dah tu, ko tau Lion tak reti stop berjalan. Keje dia meround satu rumah. Nak tido pon berjalan lagi. Bangun tido tup2 berjalan. Pengsan emak dia!!

Pastu dia tak nak dengan orang lain. Nak dengan emak dia jah.. siap panggil..

'ammmmamamama..'

Dah tu, dia suka ajak Pahat round satu rumah jugak sampai ke dapur. Memang la balik kampung tak berapa boleh tido sangat budak 2 orang tuh.

Gambar Lion and Pahat berdua nan ado. Emak malas nak amek sebab sibuk bergossip dan tido..**matila...

Kesakitan breast feeding.

Pahat kan dah tumbuh 7 batang gigi sejak 8 bulan. Tapi tak pernah la dia menggigit time tengah breastfeed.

Tapi sekarang nih, 1 tahun 2 bulan (lebih kurang), dia ada hobi baru menggigit nipple akak time breastfeed.

Tapi mula2 takde la saket. Ari sabtu aritu, dia gigit sekuat hati dia pastu dia sentap. Ya allahhh tuhan saja la yang tau saketnya.

Lepas tu luka lah nipple akak uollsss... terus trauma akak nak breastfeed dia lagi.

Tapi akak bg la jugak tapi selang 6 jam baru aku kasik belah kiri tuh. Gila sakit time breastfeed, macam kena toreh dengan pisau okeh.

Jadi sampai hari ni aku kena menanggung kesakitan ketika breastfeedkan Pahat.

Semalam dok main2 dengan dia, tiba2 dia gigit pulak belah kanan.. Sakit gila babi okeh!

Last2 aku cubit kaki dia.

Akak dah trauma uolllss nak breastfeed kan Pahat kalau keje asik menggigit je.. Kalau gigit2 manja takpe.. Ni gigit sekuat hati dia..

Aiyoo... akak nak carik minyak gamat tengah hari nih!


Lagi satu, pump akak rosak kat bahagian soket dia. Gara2 selalu kena banting dengan Pahat. Nasib baik emak Lion ado pump Avent. Pinjam Pump dia dulu.

Thursday, November 24, 2011

Pahat, cancel jadi rider!

Haaa... cemana tuh?

Akak cakap dengan Pahat mcm ni:

Pahat tak payah jadi Rider mcm Rossi lah, jadi player bola sepak jah. Nanti Pahat dapat 30k, bagi ibu 10k tau. Tapi jangan kawen dengan artis.


Bolehhhh??

Lalu Pahat jawab.

'Ajijiijijiiiiii...bububububu' Sambil tepuk2 muka emak..

Apa maksudnya tuh?? **matila emak pon taktau.

iklan