Tuesday, September 6, 2011

Rumah masuk pencuri..

**Gambar takde kena mengena dengan jalan cerita.


Balik dari johor, akak tengok penyidai kain tu dah masuk ke longkang. Nasib bukan baju akak yang di sidai di situ. Baju Mohd Rafi. Merasa la kannnn?

Lagipon tugas akak bukan membasuh kain, tugas basuh kain+sidai kain kje Mohd Rafi. Keje akak lipat kain tapi dah berlonggok kat atas katil sebab sebelum raya busy buat kueh raya punya pasal kennnnn??

Sebenarnya kat penyidai kain tu ada battery kereta yang dah rosak Mohd Rafi buat sendal. Dah berapa kali apek 'kau kau kunci, kau kau cincang, paper lama! surat khabar lama!' tanya nak jual tak bateri tuh.

Aritu sekali semua orang dalam rumah dia masuk tetiba amek bateri tu okeh. Nasib baik adik ipar akak nampak lalu sergah apek tuh. Terus dia letak balik.

Jadi akak terus masuk dalam rumah check laci katil ada tak duit cash hasil jualan kueh yang akak simpan bawah katil. Matila kena marah dengan mohd Rafi sbb simpan duit ribu2 dalam rumah. Motippp tak masukkan dalam bank kannnn???

Tapi dalam rumah nan ado pon barang2 hilang. Barang motor kat luar pon nan ado hilang. Jadi hanyalah BATERI kereta yang hilang!!

Syukur Alhamdulillahhh....

So suspect utama pencuri bateri sendal penyidai kain mohd Rafi adelah apek 'kau kau kunci, kau kau cincang, paper lama! surat khabar lama!'

Rasainn kauu aritu apek tu tanya ko sibuk kata, tak nak jual! nak buat sendal penyidai kain!!

Merasa apek tu curik bateri kau....!

Sunday, September 4, 2011

Raya tak raya!






Raya akak tak raya sangat uollss... 2 hari nak raya akak n Pahat demam panas. Badan akak saket2 tak larat nak bangun dok melepek jah kat rumah.

Pastu Mak mertua akak suh pegi urut. Pegi la berurut dgn Pahat sekali kat air tawar 5 tuh, motipp hakak call Kher tak jawab??

Pastu esoknya badan akak sakit gila babi hasil kesan selepas urut. Sbb makcik tu kata badan akak masuk angin banyak gituuuu..

Lepas hari ke 3 badan akak dah rasa sedap sikit. Tapi Pahat makin teruk batuk. Malam raya dia tak tido asik melalak je. Jadi, emak dgn apak pon tak boleh tido jugak menjaga Pahat.

Jadi raya pertama dah melawat klinik terdekat yang bukak. Poliklinik Penawar bukak, tapi mahal uollsss raya pertama tuh.

Gambar raya pertama Pahat pon semua tak senonoh je. Tension emak.


Baru lepas melalak.


Batuk kokol.


Melawatt klinik dulu sebelum melawat rumah orang.

Kesimpulannya cuti raya banyak melepek kat rumah sajork. Xde pon beraya beriya. Siannn Pahat sampai skrg batuk tak baik lagi tapi dah tinggal sikit2 sajork.

Selamat kembali berkerja esok!


Saturday, August 27, 2011

Akak tak mampu beli fareeda uollss...






Dapat tudung ala2 ropol mcm fareeda pon ok la...

Yela..untuk orang2 yang mesken mcm akak tapi feeling nak tudung ropol2 konsepnya boleh la pegi ratu yang harga 3 kali lebih murah dari Fareeda. Kalau uols kaya uols beli la Fareeda. Akak mesken kaedahnya.

so, kasik akak feeling2 buy n blog walaupon akak nan ado beli beg flip bag channel pelbagai color konsepnya... **larikkk dulu!

Konsep ijau tahun ni haruslah akak beli tudung ijaau walaupon akak dan lupa ijau apa baju akak tuh, di buatnya ijau apple tak ke color clash nak pakai dgn ijau lumut?? takde orang lain tukang komplen, tu haaa laki akak yang itam tuh... matila lagi.

Dari tepi.

Harga yang inniew rm59, less 20% untuk non member, utk member 30%. Jadila dalam rm42 gittuuu.


Ni pon konsep ropol ado less jugak, 20 and 30%. Rm59 jugak.

Last skali,
Yang ni kain chiffon, akak suka sebab pakai tak panas. Rm89 ado less jua 20 n 30%.

Ada anak breastfeed takde makna okeh nak pakai shawl lilit2.. Dah la anak aku tu suka main tarik2 tudung akak. Lebih baik akak pakai tudung konsep TAK PERLU IRON dan SARUNG siap.

Esok nak balik kampung tapi Pahat demam uolls.. Akak pon dah mcm dedar2 nak demam jugak.. Merasa tipah ompong kena masak... Matila tak sedap.
Ni dia budak tak sedar diri demam tetap nak memanjat2...

Dah la uolls.. akak bakal x update seminggu gamaknya.. jangan rindu akak yeah!


Friday, August 26, 2011

Aadekah kau tak cukup makan??

Dah beberapa kali akak jumpa customer and kawan2 cakap akak dah kurus mcm tulang. Adooo???

Akak bukak diet okeh. Apetah lg tak makan. Akak makan banyak jah. Korang patut tengok masa akak makan buffet aritu, abes semua akak makan.

Cuma, masa akak adelah limited untuk makan for 2nd and 3rd time. So, kalau akak makan sekali, sekali tu je la.

Lepas raya akak berniat nak makan banyak2. Matila kau lepas raya pon aku busy kaedahnya sebenarnya!!

Adoii... kueh untuk johor tak buat lagik...

Pahat dah dapat duet raya!! Yeay!! thanks cik ien!

Last skali, SELAMAT HARI RAYA UNTUK PARA PEMBACA DAN PEMBELI KUEH RAYA AKAK< segala kekurangan dan kelemahan akak mintak maaf dan hallalkan. Maad zahir batin. Jangan serik beli kueh dengan akak yek.

Thursday, August 25, 2011

Akak maseh hidup uolllssss...

Akak baru dapat bernapas lega sebentar sebab kueh raya untuk customer dah siap.

Alhamdulillah, semua yang order thru blog and fb semuanya dtg pick up walaupon takde mintak deposit. Kannnn??? akak perchaya uollsss jah koonsepnya..

Tapi malam ni akak still kena buat keuh jugak uolllss.. ada order emergency yg akak on hold dulu. Dan juga kueh raya untuk kampung.

Lepas raya pon akak full dgn order kek, macaron and cookies jugak. So, konsep yang sama juga. Siapa order dulu dia dapat camtuh.

Last weekend akak busy gila babi buat kueh raya. Tiba2 tgk jam dah pukul 6. Nak masak?? lauk nan ado stock. Pegi baazar?? ujan lebat uollss.. Last2 akak search internet buffet yang terdekat. Akak feeling2 nak pegi picc tapi fully booked. Call Palm Garden still ada vacant so akak pegi la situ. Dah le tersalah book, dtg 5 org pegi booking 4 orang. Merasa kau duduk di luar!


Harga buffet rm65. Satay dia sumpah sedap okeh. Satay daging pon lembut je. Dari satay station yang mahal nak mampus tuh.

Balik dari buka puasa walaupon kueh feeling2 tak siap lagi tetap akak pegi shopping metrojaya warehouse sale kat picc. Tapi too bad, duet akak dah habes buat bayar buffet. Dah tu emak aku bawak duet rm60 sajork. Merasa la beli handbag murahan berharga rm44 sajork. Itu pon akak pose2 berebut time happy hour.

Nah akak tepek gambar di Picc. Akak malas letak caption.


Ha... uolls mesti nak tau Mohd Rafi pegi Jakarta beli apa kannn??

Dia beli helmet batman uollsss... Pastu pagi2 buta bangun pakaikan kat Pahat. Motippp??




iklan