Tuesday, November 1, 2011

Dessert I made last week..

Sebenarnya nak update last week time depavali kannn? tetiba tak boleh upload gambar terus akak sentap lalu peram jah entry. Matila kannnn???


Portugese egg tart. >> LAki aku dah bosan makan. Bolehhh??
Recipe amek kat ilot's kitchen belah kanan tu.


Butterscotch choc chip cookies. Guna recipe dalam buku 'KITCHEN AID' yg aku beli kat Big Bad Wolf tu.
Tapi aku ubah sikit recepi dia sebab akak tak suka buat choc chip guna castor sugar dan whole egg. Eh, sebenarnya banyak aku ubah dengan tepung2 sekali aku ubah.

Dah mcm buat recipe sendiri daaaaa... Pastu mula2 rasa mcm tak sedap. Mohd Rafi kata choc chip raya lagi sedap. Ni akak tak tipu memang dapat banyak review orang kata sedap.

Pastu Choc chip ni aku peram la 2 balang kat rumah tuh. Niat asal nak bagi kat kawan aku kat UK tu dari raya tak post2.. Janji palsu sangat akak kannnn??

Sebab tak sedap akak tak jadi la post uollss... Tapi kaedahnya, pakcik akak datang dengan anak2 dia dok melantak choc chip ittew sajork. Dah tu, akak suh la dia bawak balik. Siap mintak resepi lagik.. Kellasss akak.

Bila akak rasa lama2 sedap la pulak kannnn...!! **motippp?? **ahhhh resepi nantilah, korang pi carik butterscotch chip dulu. Akak beli kat yummie dah lama tapi peram tak tau buat apa.


Ni Puding caramel french recipe. Guna recipe dari buku 'DESSERT'

Akak suka!! sebab dia smooth xde lubang2 dan tak hanyir!!
Recipe nanti jugak akak bagi. Matila janji2 manismu sangattss..

Yang lain2 akak ado buat pavlova tapi sekor pon x nak makan termasuk akak... eeeee...tak suka lah! Tapi for the sake of nak mengabeskan telur putih aku buat jugak kurangkan gula lalu peram dalam fridge dan buang ke tong sampah.

Hari ahad malam akak feeling2 buat puding koktail pulak sebab senang jah nak buat guna tepung custard..

Raya haji akak nak buat cream brulee pulak. Tapi recepi dia guna 6 bijik egg yolk seram pulak akak. Tapi recipe dia senang je.

Nanti akak share yeah.. boleh kita feeling2 duduk kat French sana.

Monday, October 31, 2011

First time pegi Petaling Street..

Weekend nih busy okeh. Pakcik aku datang dari kuantan tido kat rumah akak sbab konvo anak dia tu ha dekat PICC. Kan dekat je kat rumah akak tuh.

Pagi sabtu akak yang indah dicemari oleh berak Pahat yang berlambak2 sampai kena kat toto dan bantal akak okeh. Kelam kabut bangun. Mohd Rafi terus mandikan dia pagi2 buta tuh. Merasa la menjerit2 Pahat sebab sejuk.

Pastu, akak Fiza ajak akak pegi Petaling Street beli bunga. Haruslah akak ajak Mohd Rafi sekali, habes tu sape nak dokong dia kannnn??

Murah gila kan bunga kat situ.. ramai la pulak orang membeli bunga2 konvo.

Fiza dan bunga pepel yang chantek!

Alang2 sampai petaling street akak pon jakun lah pegi jalan2 kat situ sekali.. Wahh... banyaknya beg imitation kennnn?? Tapi tak berani beli takut dia letak harga mahal buang duet aku jah.

Eh, sebenarnya duit aku yang takde. Aku bawak 20sen sajork. Bolehhhhh???

Akak first time uollss jalan2 kat situ.. Kalau orang nak rompak akak pon akak pasrah sajork, setakat 20sen kannnn???

Budak botak dan ayah kesayangan..

Bila rambut kau nak tumbuh Pahat??? Orang lain siap dah 2 3 kali gunting, rambut kau memang segitu la tak gunting2..

Balik tu singgah alamanda kejap jalan2. Pegi carefour beli Pet Pet. Sekali berak pulak si Pahat tuhhhh... motip membantutkan niat emak nak pau apak???

Jadi laju2 akak pegi baby changing room ittew.. Ramai gila orang dalam tuh.

Sekali tengok Pahat berak selambak jugak okeh, sampai seluar2 dan baju semua kena. Mujur aku bawak baju spare. Dan mujur tak kena baju emak kalau tak Apak kena beli baju baru.

Aku sumbat dia dalam sinki alang2 mandikan terus. Pastu ada budak kat sebelah tu ala2 5 tahun camtuh cakap:

'Eeeee...busuknya!'

Keji tauu! Terasa akak.

Pastu terus susukan Pahat kat situ, since bilik dah penuh, susu kan la kat bench yang ada kat bilik diaper tuh.. Ada siap susukan anak dia sambil diri tuh. Terer tak???

Ni satu akak nak bagitau, para2 bapa tu kalau nampak ada mommy2 tengah breastfeed anak tu tak payah lah masuk dalam bilik diaper tuh. Cukup la wife tu je yang masuk. Lainla kau bapa tunggal. Ini terang2 nampak mommy2 breastfeed anak, sibuk jugak nak masuk beramai2 sekali dengan anak2 dia yang lain dengan troli2 sekali..

Bilik tu dah cukup sesak, tambah masuk beramai2.. Ayah tinggal kat luar kejap jaga anak tak boleh ke? Perlu ke nak beramai2 dalam bilik tu?

Akak pulak yang segan breastfeed depan diorang.

Kerja! Kerja! Kerja!

Kaedahnya tempat kerja akak sekarang sedang dalam proses menterminatekan para2 pekerja yang berstatus kontrak bulan 12 inih.

Kesian tau uollsss, dah kerja 5 6 tahun tiba2 lepas bulan 12 ko takde keje. Cemana??
Kalau single takpe lah uollsss... Ko pikir duit untuk kau je kalau tak keje boleh balik kampung duduk rumah parents kejap. Kalau dah kawen ada anak cemana??

Mana nak bayar rumah, kereta, utang2 lain semua? Bil bagai... Anak2 lagi... Kesian kannn??

Pastu kan, akak dengar2 Uni yang dekat dengan MidValley itteewww lagi lah uollss... semua Tutor diterminatekan... merasa kannnn??

Eh, takpela kitorg ni pon jawatan SEMENTARA... suka2 dia lah kannnn?

Eh, cakap orang padahal aku pon sama kannnn??

Ala... akak pon risa jugak lepas bulan 12 nak keje apa. Tapi akak malas nak pikir bolehhh??

Buat je la keje apa2 asalkan halal konsepnya.

Lepas bulan 12 pada mana2 company yang memerlukan catering sila contact akak tau.

Akak dah register dah business catering akak..

Mohd Rafi lagi best, confident2 je business catering akak berjaya kaedahnya.. Padahal satu contact company pon akak nan ado... **matila haku!

Doakan akak berjaya yah!! Ameeennnnnnn....

Friday, October 28, 2011

Farhat breasfeeding n EBM

Eh, dah setahun uollss..

Kalau pegi mana2 orang tanya, umur berapa?

Setahun dah.

Cepat je dah setahun. Dah nak masuk setahun sebulan pun Pahat tuh.

Dah setahun breastfeed kan dia.

Cuma dah tak exclusive la.. ala, lepas dia makan pon kira dah tak exclusivekannn??

Akak bersyukurla Pahat xde masalah breasfeed since lahir. Lahir2 je nurse suruh breasfeed atas operation bed tu terus dia boleh hisap.

Yang menjadi masalah adelah bila dia rejecting bottle. Sampai sekarang ni pon kalau cuti lama 4 hari tak bagi dia bottle langsung merasa la baby sitter telepon kau esoknya Pahat tak nak minum susu. Merasa la lunch balik rumah breasfeed kan dia dulu sambil tipu2 kasik botol.

Lagi satu dia cuma guna puting ortho tuh. Sebab puting biasa dia taknak.

Dan sampai setahun ni dia masih lagi guna size newborn. Akak ado beli size 2 untuk baby 6month tapi dia tak nak. Dia tetap nak puting size new born sebab flow dia slow.

Anak korang mcm tu ke?

Thursday, October 27, 2011

Long fever.

All in all dah 6 hari okeh Pahat demam.

Asal malam je badan dia mendadak panas.

Since Doc kat Azzahrah tu suh check darah after 2 days. So akak pon pegi la arini. Pegi dengan Mohd Rafi..

Haaa tu akak nak cakap. Mohd Rafi kalau pasal anak dia, dia sanggup cuti keje. Pahat check up pon dia sanggup cuti okeh. Sepanjang check up Pahat sampai setahun nih, sekali je yang dia miss check up Pahat tuh. Yang lain dia sanggup pegi pegang anak dia. Sibuk nak bukakkan baju bila nurse suruh.

Dah tu akak tercegat kat situ buat apa??? Tengok je lah uolllss...!

Akak rasa kalau lelaki boleh breastfeed dia pon sibuk nak breastfeed Pahat.

Ok, berbalik pada citer Pahat demam. Kitorag pegi Klinik Kesihatan Putrajaya jah. sbb FREE.

Pegi pukul 8.30, pukul 12.30 baru dapat turn jumpa Doctor. Pengsan kat situ jugak.

Pukul 1.30 baru dpt ubat.

Punya la ramai orang ari ni!

Balik tu akak susukan dia. Bagi ubat. Muntah pulak berlambak...!

Alhamdulillah darah Pahat ok. Takde denggi. Takde jangkitan kuman.

Cuma Doctor kata demam viral memang selalu mcm tu, malam je selalunya panas..

Dah check darah lega la akak..

Kena cucuk amek darah pon tak nanges anak aku. Buat bodo je tengok nurse tu cucuk tangan dia.

Apa punya baby la ko nih.

iklan