Friday, August 12, 2011

Iftar ke 11 kot? Mak dah lost count.





Ni tengok dulu gambar bayi 10 bulan melalak.. Apsal gigi 2 batang je tak nak tumbuh2??

Iftar aku mostly dengan adik ipar aku je. So masak ikut sedap tekak aku. Kalau Mohd Rafi ada pon aku ikut sedap tekak. Sebab bila aku tanya nak masak apa jawapan dia sungguh tak memberansangkan.

Arini akak masak asam pedas ikan duri.. Gambar2 ni semua lepas makan baru teringat nak amek.. Howww???

Kau ado amek gambar dengan senduk2 sekali???
Peria goreng.

Macaroni goreng semalam yang tak jadi masak akak bring foward ke hari ini.. Kau mampu buat konsep bring foward mcm akak??


Last skali tengok gambar di bawah ni:


Yang akak nak focuskan bukan Pahat ye... Tapi jari akak yang chantek ittewwww...
Masa akak nak amek Pahat kat rumah BS, time keluar kereta nak tutup pintu tiba2 akak tersedar jari akak tersepit kat pintu kereta uolllss... Sakit ya ampunnnnn...

Lemah okeh satu badan. Padan muka kau!! Yang akak heran tuh, cemana boleh satu jari jah iaitu jari manis jah yang tersepit?? Mengapakah jari2 lain tak kena???

Sampai sekarang berdenyut2 jari akak nih.

Esok first thing pagi2 kena pegi klinik nak amek Ferum. Aku rasa my HB is getting worse la bila aku duduk buat kuih nak bangun rasa mcm nak pitam. Ni kalau aku pregnant lagi skali ntah berapa low HB aku agaknya.

Pastu nak bawak Pahat pegi klinik jugak. Dia selsema puiler. Harap2 jangan selsema lama2 kesian tengok dia..

Akak ado beli pasta untuk baby. Esok akak masak utk Pahat!!



Thursday, August 11, 2011

Bad news not worse

Akak terima khabar buruk hari ini. Tapi tak pe lah dah prepare for the worse pun. Alhamdulillah.... Harap2 cukup untuk hidup..

Semalam akak feeling2 rajin buat puding caramel. Rasa dia biasa2 je... Akak nak puding caramel yg mcm tesco UK punya tuh... Yang dalam bekas 45p tu... Lembut je puding dia.

Kueh tak siap ada hati buat dessert bagai kennnnn??? Semalam masak mee gorang jah. Ingatkan nak masak macaroni goreng sekali tapi tiba2 terpemalas padahal aku dah keluarkan daging dan rebus macaroni bagai. Simpan balik dalam fridge.

Semalam jugak akak ter MISS geng mengaji. Tension akak!. Tapi x pe, asteruk kan suka ulang2 cerita kannn??? Nanti2 ada la tu..

Mengapakah akak miss? akak tido pukul 9 okeh. Pahat tak nak tido pon aku paksa jugak tido sebelah aku.

Bangun pukul 3 pagi sambung buat kuih cheese button. Tiba2 akak dengar bunyi2 orang mengaji.. tengok jam, whattt??? dah pukul 5.30???? Terus pose2 panaskan mee kejut mohd rafi. Makan je la apa yg sempat konsepnya.

Wednesday, August 10, 2011

Orang yang tak buat tak tau susahnya..



Baru2 ni ada kawan akak mintak turunkan harga kueh tat dari RM21 ke RM18.

Serba salah nak bagi. Akak rasa RM21 tuh dah cukup murah dah. Dah la aku guna home made jam. Ingat senang ke nak kopek nenas, blend, tunggu kering lagik. Tapi aku bagi la jugak harga tu sebab dia order 1 je. Kalau 10 sorryyyy..

Semalam, balik rumah dah pukul 6. Jadi masak apa yang ada jah. Jadi lah Mee Sup Mi lidi.



Tapi aku memang suka masak Mi lidi sup mcm nih. Sedap jek walaupon simple..

Sape2 yg tak tau tu Mi Lidi rupanya mcm nih.. Akak cari sekitar KL haramm nak jumpa. Ni import dr johor.


Baguskan bulan puasa?? tak tau nak update apa hari2 citer pasal buka puasa kaedahnya... Clust!!

Tuesday, August 9, 2011

Iftar ke 8.. eh, ye ke?





Emak emak kalau tak letak gambo masakan tak sah kennnnn??

Ni ha menu buka semalam. Dah dua hari tak jejak baazar sebab aku koser nak start keter berjalan di baazar tuh.
Ayam masak kunyit.


Gulai lemak pisang muda. Slurp... sedap makan dengan sambal belacan dan ikan masin.

Tau tak cemana nak masak pisang muda?? Nak siang dia kena rendam dgn air uollss sebab dia muda lagi still ada banyak getah.

Tumbuk kunyit, ketumbar, black pepper, jintan manis, bawang merah, garlic dan ikan bilis.

Kalau ada udang lagi sedap.

Tumis. Letak air sikit. Masukkan pisang. Tunggu sampai agak2 empuk masukkan santan. Pastu dah siap.

Nasib baik akak tak letak nama Gulai Lemak Pisang Muda TERSEDAP di DONIA... **matikannn perli sape tak tau....

Ni progress kuih raya...


Baru buat kuih2 raya yang tahan simpan lama2. Tat and cis button may be rabu baru start sbb kuih2 rapuh ni takut tak boleh simpan lama. So sapa nak amek cepat baru akak buat.

Long way to go, to baru 50 balang, yang belum celup coklat ada dalam 30 balang. Mampos tak sampau suku pon lagik. Minggu ni asistant lagi sorang sampai.


Sapa rindu dengan Lion, ni gambo terbaru dia. Mcm muka emak dia ke apa ntah.


P/s : akak lupa nak announce bahawa order kek and mac pon akak tutup. Kalau lg seminggu nak raya tiba2 miracle happened kuih raya akak siap akak buka utk order raya...





Monday, August 8, 2011

Laki orang dan tunang orang...

Ha...ni baru cerita yang betull uollsss... Pahat tak interframe dalam entry nih..

Mula2, ingat tak cerita laki orang yang bercinta dengan perempuan se Ofis? Satu opis tu jugak tau diorg bercinta padaal bini dia cukup baik dah??

Kaedahnya itu hari dah kantoi uolss... Pastu adegan drama swasta mintak maap tak buat lagi bagai.. I sayang u sorang je..

Pastu, dalam sebulan tu baik la kejap..

Tup...tup... sambung balik bercinta... Kau mampuuu mcm tuu?? Tak serik kannnnn?? Mati la kau kalau bini kau tau lepas nih..

Ayat dia: ' Aku tak paham kenapa perempuan tak boleh terima lelaki bercinta dengan org lain.. Sedangkan aku still sayang kat dia'

Bull shit sangat ayat... Masalahnya kau tu bercinta sorok2. Kan Fiza kannnn??
;
;
;
Cerita ke 2. Tunang dengan orang lain. Bercinta dengan orang lain. Tak cintakan tunang dia tapi tak nak putuskan. Tetap jugak nak kawen dengan tunang tu dalam masa yang sama tak nak putuskan.

Hellooooo..... Mana satu ko nak??
;
;
;
Cerita ke 3.

Laki orang yang sibuk usha2 budak2 pompuan kat FB mcm single lagi. Padahal status jelas mengatakan Married. Eh, dont be suprise budak2 pompuan skrg ni dah tak kira Married or single. Bila tanya, aku nak kawan je dengan dia...
Oh My god! Ada ke istilah kawan je kalau nama panggilan dah tukar Sayang n Abang??
;
;
;
Cerita ke 4.
Kes pemain bola terkenal ittewww kannnn?? Yang tunang dia... opssss! Ex tunang dia sibuk merempan kat FB bagai... Yang ex tunang ni pon satu, dah tau tunang kau ittewww popular yang emo di FB uollsss...Gaduh laki bini pon nan ado letak kat profile bagai tau.
Mula2 kata tiada orang ke tiga. Hanya abang dan adik.
Tup...tup keluar gambar berpegangan tangan gituuuu...


Abang adik sangatsssss kannnnnnn???

Kannnnn??


Lelaki nih uolllss kalau orang hulur, dia amek je. Free sape tak nak kannn?? Bohsia pon skrg kena bayar tauu guna top up. Dah tu bila bini/tunang orang tu serang kau, ko cakap bini orag tu tak pandai jaga laki kannnnn??? Clust!!
Dah kau goda2 dia haruslahh dia amek je... Tak payah cakap laki orang kannn, lelaki mana2 pon sama je kannn??

Mula2 konsep test market, pastu lama2 dah terjerat kaedahnya.

Bak kata kat satu blog nih, kalau tak silap aku cupkekasih kot... Akak lupa, guugle la eh.

Kalau tiba suami tak bagi pegang hp. Angkat phone tergesa2. Start dengan 'aaaaa...aaaa...apa? tak dengar' dan terus keluar jawab telepon, dan tiba2 extremely baik dengan korang siap belikan bunga bagai...

Hati2 uolllsssss!

Sekian sahaja entry peram.

iklan