Monday, March 28, 2011

Pahat makan...

Ha, semua orang pon dah tau Pahat dah start makan. Akak kasik puree sajork. Bubur nasik tak kasik lagi.

Nestum akak tak beli sebab nanti menjadi penyebab malas nak sediakan makanan untuk Pahat. Beli biskut je in case of travelling.

Lagipon dalam Pa&Ma bulan inih kata, kalau boleh jangan bagi makanan segera. Seeloknya masak sendiri.

Lagipon bukan susah sangat pon. Rebus dan tinggal. Pastu blender.

Nih suka sangat buat mulut itik mcm tuh. Siapa ajar nih?


Pakaikan bib siap2 ye uollsss... unless kalau nak mandikan dia lepas tuh.

Macam Pahat nih, 7 8 suap dia ok la.. lepas tu dia dok menyembur2 abes berterabur. Lepas tuh dia boring dah tak nak makan.


Lepas makan dok menonggeng mcm nih.

Aishh.. sekarang nih jangan mimpi okeh nak tido atas katil.. Si Pahat nih tido ganas gila pusing 360 darjah. Pastu kalau ada org kat sebelah ke atau sendal badan dia dengan bantal, dia tak dapat pusing meniarap nanti dia meraung2 time tido tuh..

isk... ba-bap kang!

Kalau ko tido sebelah dia merasa lah esok pagi ko terpaksa tido atas lantai sebab dia dah conquer space kau.

:: Hah, selain dari Wafiy yang bam bam hasil susuan ibu... Syami nih lagi bam bam okeh... 5 bulan dah 9 kilo. Kagum akak dengan emak dia tau..

p/s : Bubur nasik boleh ke simpan mcm puree buah dalam fridge?? akak feeling2 malas nak masak hari2 uollsss

Kalau dah berhutang tuh pandai2 la bayar..

Akak nak citer sikit ni,..

Akak nih ado seorang kawan yang sangatlah baik hati. Dan orang2 suka lah mengambil kesempatan dengan meminjam duit beribu2 tapi tak reti2 nak membayar..

Ada yang nak kawen pinjam kat dia RM4k... Motippp nak kawen pinjam duit orang?? cut la budget mana2 yang patut... Kalau tak mampu jemput 500 orang, jemput la 200 orang sajork.

Pastu yang ni tak pe lah sbb dia ingat hutang dia. Dia remind tiap2 bulan dia tak boleh bayar lagi. Tunggu dia keje off shore katanya..

Ada lagi sorng pompuan nih namanya S, keje kat putrajaya tuh bawak keter Waja. Nasib baik aku tak tau noplat kalau tak aku letak kat sinih jugak.

Dia tuh not even kawan akak tuh punya kawan. Dia meminjam duit kawan akak tuh kawan atas kawan. Baru jumpa sekali je kot.

Masa tu keter dia rosak, kena overhaul kot cam tuh.. Dia pinjam RM1800. So, kawan dia, M beg to kawan akak nih untuk bagi dia pinjam duit tuh.

FYI, itu adelah citer tahun lepas. Dah setahun dia pinjam, satu sen pon nan ado bayar. Dah la tak bayar bila org msg mintak tak nak reply.
Dah tu, sikit pon tak sms kawan akak ni cakap, dia takde duit, nanti dia bayar ke hape..

Senyap gitu je... Bagus tak perangai???

Last2 kawan akak tension dia sms kalau dia tak bayar dia pegi rumah, lebih kurang cam tu la.. Baru dia bayar, tu pon RM200..

Bulan ni langsung senyap... Blehhh??

Yela..mentang2 la orang tu baik hati, tapi tolong lah jangan pijak kepala. Orang tu nak guna duit jugak.

Yang akak heran tuh pompuan ni keje. Duduk rumah family. Belum kawen, anak pon takde nak ditanggung. Kenapa tak boleh bayar RM100 sebulan??

Paling2 pon ingat la bayar RM50 atau sekadar termampu... Ini, buat mcm ko takde hutang dengan orang.. At least sms la cakap bulan ni takde duit, bulan depan bayar la rm50 sebulan..

Nasib baik aku tak kenal dia, kalau tak aku yang pegi mintak duit kat dia..

Eh, akak nih x dela kaya mana tapi belum lagi akak pinjam duit orang sampai beribu2.

Akak geram pon ada walaupon dia tak pinjam duit akak kaedahnya..

Sunday, March 27, 2011

Siapa nak carik bekas ice cube bertutup sila carik di Giant, tempat lain memang nan ado!

Ha tu orang degil punya pasal..

Akak dah tanya ashila bekas ice cube tu carik kat mana. Dia cakap kat giant.

Tapi rumah akak nih dekat dengan carrefour. So akak carik kat carrefour nan ado. Ada yang tak bertutup jah.

Pastu pegi mydin pulak. Nan ado.

Pastu degil lagik. Pegi tesco pulak. Budget tesco ada jual kaedahnya kannn??

Nan ado..

Pastu last2 pegi giant. Berlambak okeh!. Mcm2 color ado.

Motipppp kannn??? Dah selamat akak isi puree buah2 dalam tuh. Stok seminggu..

so yang lain2 tu jangan degil mcm akak okeh. Carik kat giant sajork.. Sbb bekas tuh chap giant.

Monster Notes : Hari ini panas gilak ah. Pahat tido pon berpeluh2. Emak aku kata kat johor ujan lebat okeh..

p/s : sila nanti kan project macaron give away!! ***pose2 ramai peminat.. **matila kannnnn??

Saturday, March 26, 2011

Macaron...macaron...macaron....!



Setelah membeli mixer, akak terus feeling2 buat macaron.

Alhamudillah kali ni chantek macaron akak.

Merah menyala tu terletak pewarna banyak sgt uolllssss...
Dah la pewarna murahan... ada pahit2 sket.. Lain kali sila beli jenama wilton.

Tuh fillling dia belom buat lagi sbb lupa kaedahnya beli butter dok excited buat macaron jah.. Lagipon kalau susah2 sangat letak jah jem.

Bye... akak happy macaron akak jadi.

Friday, March 25, 2011

Kereta ooo..kereta...

Semput aku minggu ni dibuat kereta aku..

Mula2 selasa belt altenator/aircon putus. Fineeeeeeeeeeee.... aku gi beli belt baru RM18 jah.

Pastu esoknya belt yang kecik tuh, belt ape ntah... Fineeeeeeeeeeeeeee, Mohd Rafi gi Dengkil naik Motor dengan Shafiq pesakit jantung beli baru.

Malam Rabu, tangki pecah. Fineeeeeeeee... pegi carik dia punya paip ke apa ntah sebab kat situ je bocor.
Nan ado jual.
Kalau beli satu tangki mahal la pulak.

So, call org johor ada jual. Suruh dia pos kan.

Semalam sampai2 je Mohd Rafi try pasang, rupanya tak fit pulak.. Diameter yang nih besar sikit..

Calling2 orang johor suruh pos yang lain dan pos balik yang lama..

So, sekarang nih kereta aku berjalan berdasarkan ihsan Tangki air ditampal dengan gam. Harap2 dia tak merebak atau berasap2 ditengah jalan sewaktu aku tengah drive. Tak ke ngeri..

Tunggu barang sampai dulu kalau nak buat hal..

P/S Terima kasih Post Malaysia. Barang saya pos laju sehari je sampai.

iklan