Wednesday, November 10, 2010

EBM + Pregnant adelah penyakit berjangkit...!

Ye uollss... akak langgar pantang lagi semalam.

Pegi beli puting MAM. Lepas tu balik feeling2 nak bagi Farhat EBM..

Tapi nan adoooo!!

Botol storage bumble bee tuh tak muat puting tu. While botol first year terlampau besar sangat lubangnya.. Kejilah!!

Lepas tu, akak dah tak buat stok EBM dah SEBABnya???

Tahan 3 minggu jah dalam fridge akak tuh.. Takut jugak nih kalau naik keje nanti stok tak cukup..
Itupon tumpang sikit kat fridge rumah Fila yang besar tuh. Kan Filla kann???

Lepas tuh kan.... AKAK AKU PREGNANT!!

Pengsan Mak aku jaga orang pantang. Lepas aku, adik aku, lepas tuh akak aku pulak. Howww??

Lupa lagi nak bagi tau.. Akak ipar aku yang sulung tu pon pregnant due bulan 12 nih... Akak ipar aku yang no 2 pon pregnant tapi due dalam bulan 3 tuh..

Pengsan!!!

Musim pregnant kah?? Berjangkit kah???

p/s : Farhat sekarang susah tido siang. Jadi Emak dia xde masa langsung nak update blog. Nak berak pon kena tahan2 okeh sampai ayah dia abes keje. Lepas tuh yang akak bengang tuh bila dah berjaya tidokan dia ayah dia suka sangat kacau. Cium pipi dia kah.. usik2 tangan kaki dia lah.. hasilnya??? Farhat bangun lah!.. Pastu akak suruh ayah dia tidokan yang lebih tido ayah dia... Keji tau!

Sunday, November 7, 2010

Hari ahad dihabeskan dengan menonton citer korea dibawah..
Serious kelakar wes..!

sebenarnya dah lama aku nak donlod citer tuh. Tapi nan ado masa plus berpantang kat kampung plus time pregnant aku terlalu penat nak fikir pasal citer korea..

Marathon mcm org gila gelak sorang2.

Mentang2 la anak aku tido siang lama arinih. Ntah kenapa tiba2 siang nih dia baik pulak.

Pastuh, disebabkan dosa2 emak dia yang ala2 mcm malas nak layan dia sebab dah tengok Lee Seunggi, malam nih dia cranky gila melalak macam kena pukul..

Insaf terus emak dia. Tapi kejap je lah.. Aiyohhh...pernah ke Ilot insaf lama2???

KBS world nak tayang Drama terbaru Rain. Cant wait!!!

Oh, Farhat a.k.a Rossi junior... Tolonglah hensem dan cerdik dan bersopan santun mcm Lee Seunggi bila besar nanti!!

Adoo tak kau doakan anak mcm tuhh???

Friday, November 5, 2010

Eh.. dah 30 hari uollss...

Budak kecik nih dah 30 hari.. eh, Tapi bukan arini.. ESOK lah 30 hari..

Makin hari makin tembam.

Semalam muntah secara banyak. Tapi akak ok jah sebab bila dia muntah tuh kahak dia sekali keluar. So lepas tuh dia boleh bernapas secara amannn..

Semalam akak langgar pantang uollsss...

Mula2 pegi klinik putrajaya set appointment cucuk Farhat. Sbb sebelum ni kan check up kat Johor. So balik sini kena set appointment dgn klinik sini pulak. Appoitment hari jumaat depan. Harap2 anak akak tabah menghadapinya.... Volehhhhhh???

Lepas tuh kannnn... dah alang2 akak pegi pulak SALE MYDEARBABY kat PUCHONG... Memang murah uolllsss berbanding harga kat website. Ada yang separuh harga.

Kitorang beli ni. RM60. Pastu mula2 nak beli stroller. Tapi mcm menyemak je diruang kete kenari akak tu kannn.. tak jadi beli lah uollsss... kitorg beli carrier jah.

Bayangkan la nak balik kampung nak bawak bouncer, car seat, bakul baju dia, bakul barang2 dia, baju mak ayah dia.. pastu tambah dengan Stroller...
Dah mcm lori pulak keter akak..

Lepas tu, belum insaf lagi... akak ajak Mohd Rafi pegi Tesco puilerr... Beli pampers(Hanya sebagai alasan)... and beli barang dapur..

Sempat breastfeed Farhat kat bilik diapers tesco tuh.. Eh, akak suka kerusi dia, selesa je nak breastfeed Farhat.

Lepas tuh balik nasib baik belum maghrib. Pukul 6.45pm sampai. Terus dia x nak tido sampai pukul 9. Padan muka emak dia.

Harini pulak, lepas mandi pukul 9 pagi dia x nak tido dan sangat cranky. Bayangkan dia nak lekat kat breast jeh. Bila lepaskan dia meraung!!

Sampai pukul 2 okeh dia mcm tuh. Sampai akak gave up. Ingat tak penat kah kena breastfeed sepanjang masa???

Aiyohhh...pengsan kejap. Tak boleh buat keje apa pun uollls... nak makan pon tak sempat.

Bagi EBM guna botol ANAKKU dia reject serta buat muka pelik. Bagi pacifier pon dia xnak..

PENGSAN lagi!!!

So terpaksa sua kan BF kan sepanjang masa sampai akak tertido. Sambil tu sapu minyak yuyee kat kaki and perut diia sambil urut2..

Last2 pukul 2 lebih camtuh akak gave up akak campak kat Mohd Rafi. Pastu akak tido... Ado tak emak keji mcm nihhh????

Mohd Rafi amek bantal favourite dia masa BF (sebab bantal tu kena muntah dia semalam so akak basuh dan jemur) dan dodoikann dia kat bantal tu baru la dia tido.. Masa ni emak dia dah membuta dengan jayanya...

Lepas tu baru la dia tido sampai sekarang cuma bangun untuk susukan je..

p/s : Baru akak tau bila minum air super banyak. Breast akak jadi super cepat bengkak. Semalam leaking sampai ke tilam basah. Tapi bila pump nan ado lah banyak pon... 4oz jah!

Wednesday, November 3, 2010

Question on Breastfeeding and EBM.. Tolonglah jawab!!

Okeh...

1st : semalam akak feeling2 defrost fridge sbb ais dah tebal.. Fridge akak kan yang kecik 1 pintu tuh.. Err..sebenarnya kan akak budget nak beli deep freezer tuh.. tapi sbb tuan rumah hanj terpaksa akak budget untuk pindah rumah puiler...

So, EBM yang akak simpan dalam plastic tu mcm cair sikit kat luar tapi kat dalam still beku.

Yang akak simpan dalam botol ok je tak beku..

Soalannya : Haruskah akak buang stok EBM ittew?? Rasa mcm nak nanges je kalau buang...

***Dalam gambar tu adelah stok EBM dlm plastic tersebut. Ada lagi yang 5oz punya pon cair sikit jugak semalam.. Tak ke nanges kalau kena buang???



Soalan ke 2

Sekarang Farhat dah 4 minggu. Akak tak start ajar Farhat guna botol lagi. Akak try guna botol 1st year tapi haram dia tak nak walaupon masa tu dia tengah lapar meraung2 kaedahnya.

Soalannya:
1. Start bila akak perlu ajar anak akak guna bottle?
2. Berapa oz sekali bagi?
3. Puting apa yang sesuai untuk anak akak yang gedik ittew??


Soalan ke 3

Peti sejuk akak kan kecik. Kalau akak simpan dulu kat bahagian refrigerated tuh sehari baru masuk bahagian freezer tuh boleh ke???

Soalan ke 4

Berapa lama selalunya 1 session korang pump breastmilk? Akak selalu stop cepat sebab malas nak tunggu lama2.. Adekah kena tunggu sampai susu tu tak keluar??


- Tolong lah yek para2 ibu yang breastfeeding.

p/s : Arini Farhat banyak tido siang. Standby je lah kang malam dia x mau tido.

Monday, November 1, 2010

Farhat 101.........

Bila dah jadi emak nih hari2 mengadap perubahan anak setiap hari without fail..

Sorryla yek kalau korang feeling2 bosan asik citer pasal anak jah.. Suka hati akak lah uolllss...

Akak saja nak tunjuk perubahan Farhat dari lahir sampai hari ke 25 nih... Wah mcm dah feeling2 besar je anak aku kann?? Mesti uolls rasa nak lempang kannnn??


Dari hari pertama


Yang ni masa seminggu kot...


Ni lebih kurang 15-20 hari mcm tuh.. Akak lupa uolllssss...



To this....

Hari ni dah 25 hari. Dah develop banyak lemak kat muka n badan dia.

Dah tak tau dah muka dia ikut siapa.. Hidung memang confirm ikut ayah dia.. yang lain2 akak nan ado tau..

Time mengeliat jadi mcm nih. Merah menyala muka.

Akak dah balik putrajaya uolls.. terpaksalah manage Farhat sorang2.. Harap2 dia tak buat hal mcm semalam pukul 5 pagi bangun tak nak tido balik.. Pengsan kejap okeh!

Dia mcm cranky sikit hari ni, may be sebab penat perjalanan dari Kota Tinggi ke rumah nih..

Ok BYe!

iklan