Friday, November 5, 2010

Eh.. dah 30 hari uollss...

Budak kecik nih dah 30 hari.. eh, Tapi bukan arini.. ESOK lah 30 hari..

Makin hari makin tembam.

Semalam muntah secara banyak. Tapi akak ok jah sebab bila dia muntah tuh kahak dia sekali keluar. So lepas tuh dia boleh bernapas secara amannn..

Semalam akak langgar pantang uollsss...

Mula2 pegi klinik putrajaya set appointment cucuk Farhat. Sbb sebelum ni kan check up kat Johor. So balik sini kena set appointment dgn klinik sini pulak. Appoitment hari jumaat depan. Harap2 anak akak tabah menghadapinya.... Volehhhhhh???

Lepas tuh kannnn... dah alang2 akak pegi pulak SALE MYDEARBABY kat PUCHONG... Memang murah uolllsss berbanding harga kat website. Ada yang separuh harga.

Kitorang beli ni. RM60. Pastu mula2 nak beli stroller. Tapi mcm menyemak je diruang kete kenari akak tu kannn.. tak jadi beli lah uollsss... kitorg beli carrier jah.

Bayangkan la nak balik kampung nak bawak bouncer, car seat, bakul baju dia, bakul barang2 dia, baju mak ayah dia.. pastu tambah dengan Stroller...
Dah mcm lori pulak keter akak..

Lepas tu, belum insaf lagi... akak ajak Mohd Rafi pegi Tesco puilerr... Beli pampers(Hanya sebagai alasan)... and beli barang dapur..

Sempat breastfeed Farhat kat bilik diapers tesco tuh.. Eh, akak suka kerusi dia, selesa je nak breastfeed Farhat.

Lepas tuh balik nasib baik belum maghrib. Pukul 6.45pm sampai. Terus dia x nak tido sampai pukul 9. Padan muka emak dia.

Harini pulak, lepas mandi pukul 9 pagi dia x nak tido dan sangat cranky. Bayangkan dia nak lekat kat breast jeh. Bila lepaskan dia meraung!!

Sampai pukul 2 okeh dia mcm tuh. Sampai akak gave up. Ingat tak penat kah kena breastfeed sepanjang masa???

Aiyohhh...pengsan kejap. Tak boleh buat keje apa pun uollls... nak makan pon tak sempat.

Bagi EBM guna botol ANAKKU dia reject serta buat muka pelik. Bagi pacifier pon dia xnak..

PENGSAN lagi!!!

So terpaksa sua kan BF kan sepanjang masa sampai akak tertido. Sambil tu sapu minyak yuyee kat kaki and perut diia sambil urut2..

Last2 pukul 2 lebih camtuh akak gave up akak campak kat Mohd Rafi. Pastu akak tido... Ado tak emak keji mcm nihhh????

Mohd Rafi amek bantal favourite dia masa BF (sebab bantal tu kena muntah dia semalam so akak basuh dan jemur) dan dodoikann dia kat bantal tu baru la dia tido.. Masa ni emak dia dah membuta dengan jayanya...

Lepas tu baru la dia tido sampai sekarang cuma bangun untuk susukan je..

p/s : Baru akak tau bila minum air super banyak. Breast akak jadi super cepat bengkak. Semalam leaking sampai ke tilam basah. Tapi bila pump nan ado lah banyak pon... 4oz jah!

1 comment:

ummi said...

ilot...ade kah anda pegi ke klinik putrajaya pada 4/11 arituh?rs mcm nmpk ilot di sana.. :)

iklan