Aiyohhhh kannn?? Sibuk jugak nak update pasal harimau muda???
Sebagai seorang pompuan dan juga kawan2 akak PLU. Merasa listkan senarai pemain yang akak taste..
**pose2 tak sedar diri sebentar. Mana tau boleh jadi anak hikan uollss.. Merasa la kau pose2 Rita Rudaini!
1. Mohd Muslim Ahmad - Jersey no 24 (posisi- Defense)Tinggi - 182cm
Asal Terengganu. Lahir tahun 1989.
Dia ni main bahagian pertahanan. Main harimau senior masa kat Piala suzuki AFF tu kan dia ni ada.
Akak suka dia sebab bentuk muka dia petak susah hendak dijumpai...**matilah
Dia ni la yang tadi malam dok lambai2 kat pengadil bgtau dia tak salah jatuhkan pemain Indon tuh. Sah2 pemain indon tu dive sendiri kannnnn???
2. Fadhli Shas - Jersey No 4 (Posisi- midfield)Tinggi- 184
Akak pose2 letak gambar dia dengan Muslim.
Asal Lumut, Perak. Lahir tahun 1991.
Dia ni tak main liga Malaysia okeh. Dia main dengan Liga Slovakia, club
Zlaté Moravce.
3. Irfan Fazail - Jersey no 7 (Midfield)Tinggi - 170
Gambar bersama Wan Zack Haikal, Fadhli Shas, Irfan Fazail yang belan kanan sekali.. Korang nampak tak betapa taste nya Fadhli ittewwww??? **ok.. larikkk!
Dia ni akak suka sebab dia asal Johor..**matila semangat kenegerian. Pontian Johor. Umur sama mcm Fadhli Shas 1991. Tak payah feeling2 Rita Rudaini ye uolllssss... Melainkan korang chantek!
Dia juga main untuk liga Slovakia bersama Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal untuk club
Zlaté Moravce.
Last but not least...
yang menjadi pujaan pondan2... **matila haku!
4. Izzaq Faris - Jersey No 14 (Striker)
Tinggi 190

Dia nih tinggi gila. 190. Korang perasan tak player Malaysia memang tinggi2??
Akak takdela suka sangat dia ni, Tapi sebab dia ni tinggi gila tu yang akak suka.. **matilah lagik.
Yang penting Cik Li suka. Kannnn??
Asal Terengganu. Lahir tahun 1990. Lain2 akak malas nak amek pusing.. Bolehhhh????
Akak tau korang mesti suka Sharul tu kann?? Ke Apex???? **matilah jejari runcing.
Walaucemana pon akak respect la jugak kat Apex nih.. Despite of dia punya gossip kalah artis tuh, peformance dia tetap mantap!
Tapi the true hero tadi malam adelah captain harimau muda iaitu Baddrol Bakhtiar.
Tahniah uollssss!!
Esok diorang akan main lawan Syiria di stadium Bukit Jalil pula untuk kelayakan olimpik.
Tak penat ke hape??