
Disebabkan ada lebihan sour cream + whipping cream kat rumah. Dengan menggunakan konsep taknak membazir, akak telah buat tiramisu version akak uolls..

So akak neno neno pegi kedai bakery beli cream cheese and biskut lady fingers tuh.
Meh akak nak kasik resepi:
Bahan2 yang akak guna. Semua menggunakan anggaran sahaja. konsep campak2 telah diterapkan disini.
125g sour cream ( anggaran sahaja sbb apa yg tinggal sour cream tu akak masukkan semua)
whip cream : akak main masuk tanpa measure.
500g cream cheese
150g icing sugar, castor sugar pon boleh. Guna je la apa2 yg ada kat rumah tu.
Coffee + cocoa mix. campur je la sendiri. Agak2 sajork.
So, mula2... pukul cream cheese tuh.

Ni akak guna cream cheese Philidefia so agak keras sikit. Pukul sampai ketul2 dia hilang.
Pastu masukkan guna + sour cream. Pukul sampai agak kembang.

Pukul whip cream samapi kembang kat mangkuk lain. Mcm gambar di atas.
Campurkan cream cheese mix dengan whipped cream tuh, mcm nih,


Pastu bancuh campuran coffee+cocoa guna air suam sajork. Jangan guna air panas nanti biskut tu soggy.

Celup biskut tu dalam air coffee tu dalam masa 3 saat. Haha.. Korang celup angkat sajork.. Letak lama2 nanti soggy uolllss... Susun mcm akak susun dalam gambar atas tuh. Yang itam2 kat sebelah tu adelah coffee mix.

Pastu second layer spreadkan cream cheese mixture tuh. Tolong jangan sapu tebal sangat. Nanti muak.

Pastu korang susun biskut tu balik. Di ikuti dengan cream cheese mixture tuh sampai penuh bekas uollss tuh. Ni akak guna tupperware avon sebab nak bawak kat opis kaedahnya. Kalau nak chantek gunala mangkuk pyrex ke..

Last slali akak sapu fresh cream kat atas. Pastu tabur serbuk koko.
Kalau gemuk jangan salahkan akak!
p/s Kalau nak guna mascapone cheese pon boleh tapi mahal nak mati. Beli cream cheese kat kedai bakery murah sket.