Wednesday, August 18, 2010

Bubur Lambok. terbaik Ilot..

Gittewwww kannn?? Awal2 lagi claim bubur lambuk terbaik.. Kau ado??

Nasib baik bukan bubur Lombok.. Kalau tak kang jadi kontroversi..


Ye la uollss.. Akak kan pose2 kecewa nak pegi Baazar beli makanan. So akak pose2 masak sendiri jah... Memang slalu masak pon bubur lambuk..

Pastu, boring2 masak bergedil sekali.. Since Mince meat lebih buat Roti John tu ada lagi..

Semalam punya buka akak tak sempat nak masak. Balik lewat siapkan solution tutorial. Tu pon tak siap, akak bawak balik rumah pukul 11 malam baru siap. Terpaksa siapkan jugak sbb kelas arini pukul 9 pagi..Yela uollss, lecturer tu bagi jawapan je untuk tutorial tu. Soalan dia tak bagi. Bolehhhhh??? Cemana nak jawab kalau soalan xde kan?? So, akak pegi la library pinjam buku Robert Boylestad tuh. Pastu buku lain edition soalan lain pulak.. Pengsan kejap! Bolehhhh???

So akak email Lect tu bgtau buku yg akak pinjam lain edition, dia reply back dgn no soalan dalam buku edition akak tuh. Dah la soalan BJT AC analysis tuh solution panjang2, soalan banyak pulak tuh. Ntah arini student sempat salin ke tidak..

So semalam Akak balik tengok2 Mohd Rafi dah masak.

Dia masak sayur kobis lemak, sambal belacan. Pastu ayam , bergedil dengan ikan terubuk masin tu akak balik goreng..

Yang akak confuse tuh motippp sayur masak lemak dia letak halia?? Kau ado letak halia??

Tapi xpe la yang penting bersyukur balik tinggal makan buka je..

Itu je la hari2 lauk akak memang ada 2 je. Cukup. Lebih2 laki akak x makan, membazir jah nanti.

Eh, nak resepi bubur lambuk ke???

Tuesday, August 17, 2010

Bulan puasa tak baik dengki..

Pagi ni sebenarnya ada check up kat Klinik Mesra. Sebab Doctor Hospital Serdang suruh pegi dua2, hospital dan Klinik. And appointment hari ini..

Tapi uolllss.. punyala ramai umat manusia yang saket hari ni kat Klinik Mesra tuh. Siap x cukup seat kat dalam diorang tunggu kat luar duduk atas divider tu haa...

Mula2 akak pose2 nak tunggu jugak la. Tapi mcm never ending jahh.. Akak pose2 amek ubat je lah.. Esok lepas kelas kalau x ramai lah akak pegi..

Akak mula2 arini nak dengki letak gambar makanan. Tapi kaedahnya henpon bercamera 'sengaja' pulak ditinggalkan kat rumah. Merasa lah esok baru update pasal makanan.

Time puasa ni kann... time tu la rajin bukak blog makanan. Motiipppppp???

Eh, ada akak yang beranak 5 kat klinik tu tanya akak,
>dah berapa bulan?
>X de saket2 ke?

8 bulan kena ada saket2 ke uolllss?? akak nan ado kecuali kalau jalan lama2 nanti saket pinggang. Lain2 saket mcm nan ado...

Sekarang nih Mohd Rafi suka usap2 perut sebab nanti Baby F akan bagi reaction dengan menonjol kesana sini... Bapak dia makin suka la usik2 perut akak nih.

Mana soalan tutorial untuk esok nih uolllss.. Risau akak takut x sempat buat..

Monday, August 16, 2010

Maseh Bertahan...

Akak maseh lagi berpuasa tak pernah ponteng lagi. Juga tidak berniat untuk ponteng puasa walaupon ala2 kadang2 balik keje melepek je kat sofa.

Juga so far hari2 masak sendiri lauk. Tak pernah lagi beli kat baazar ramadhan. Walaupon lauk ala2 2 jenis sajork time buka.

Sebab uollss, laki akak tuh dia jenis kalau ada lauk 10 jenis depan mata pon dia makan satu lauk sajork..

Oh.. Kecuali semalam cuti masak sbb makan kat rumah Filla. Best gila lah dapat cuti masak. Hahaha..

So far kalau beli kat baazar ramadhan pon beli murtabak sekeping pastu dah. Jimat kannnn??
Air pon tak beli sbb kecewa dengan air bandung baazar presint2 putrajaya.

Pastu akak kecewa jugak kat makcik yang jual kueh kat presint2 tuh, seri muka kecik nak mampus 50sen. Aiyohhhhhh... terus serik nak beli kueh dengan air..

Pastu kecewa jugak dengan Abg yang jual roti john Rmm3.50 kat simpang empat surau tuh sebab roti john dia adelah semata2 telur sahaja. Bawang nan ado. Daging pon nan ado.
Abang tu mesti nak cepat kaya kan??

Last2, akak beli roti sendiri. Buat roti john sendiri. Settle masalah dan jimat!! Dan yang penting lagi sedap okeh dari abang simpang empat tu jual.

Akak memang dah serik la uolls beli makanan kat Baazar nih. Kalau pegi pon beli murtabak sajorkk.

p/s : Sebenarnya kadang2 tu rasa x larat jugak nak puasa. Tapi selagi F bergerak aktif dalam perut ibu dia, rasanya xde masalah nak puasa.

Geng Surau Adelah Terbaek!!

Uolls tengok tak citer Geng Surau kat astro Oasis??

Serious best giler citer nih okeh... Akak gelak mcm nak mampus tiap kali tengok..

Citer dia pasal seorang bekas samseng bernama 'Mayat' yang di takuti oleh penduduk kampung. Dia balik kampung terus join geng surau kampung dia. Semua orang x percaya yang si Mayat nih dah insaf. So, semua orang kampung tu takut la dengan si Mayat nih. Sebab Mayat nih dulu samseng gila..

Yang akak kelakar tuh kawan dia tak percaya yang Mayat nih x kisah yang dia tunang dengan ex-gf mayat dulu. Siap tanya kat mana nak belasah dia sbb dia tak puas hati Mayat tuh tak kisah dia tunang dgn ex-gf dia.

Tengok lah uollss.. Best!! Akak bagi 5 star okeh. Mula2 akak ingat citer nih citer serious rupanya kelakar.

Sila tonton setiap selasa hingga sabtu, di astro Oasis.

Harap maklum akak tidak mendapat apa2 pendapatan dengan promosi citer tu.

Thursday, August 12, 2010

Uollls... akak x bangun sahur arinih!

Akak dah kunci jam dah, pastu kan cemana ntah tangan akak nih automatic tutup pastu sambung tido.

Merasa uollsss pukul 5.46am baru terjaga. Bila dah terjaga tuh apa lagi, feeling2 minum air 'jarang' sajork.. Air jarang orang johorr panggil air masak.

Nak makan ubat pon x sempat, howww?? Pengsan kalau HB aku x naik2 nih nanti.

Kan akak buat quiz OPEN BOOK semalam kan. Ramai jugak dapat 10/10, paling sikit pon 6/10 akak mark semalam. Tapi ado 2 orang nih uollss... dapat '0'... zero okeh.. Howwww??? Soallan tu senang nak mamp*s okeh. Dah la open book.. Pengsan akak memikirkan nasib budak 2 orang tuh.

________________

Semalam buat jem nenas selama 2 hari x siap2.. Haha.. Ko hengat nak keringkan jem tuh sejam 2 jam??? apa taknya guna 12 biji nenas sekali gus masak dalam periuk besar. Tukang kacau adelah Mohd Rafi. Tukang kopek nenas pon Mohd Rafi juga. Akak tukang blend sajork..

___________________

Ha... resepi soto:

sup ayam:

Ayam bahagian yang tak berapa guna tu mcm kepak, leher ke kaki ke.. and bahagian breast(untuk disiat2)
Tumis bawang merah, bawang putih, halia. Masukkan kayu manis, bunga lawang and star anise(lupa dalam BM apa). Masukkan ayam. Kacau sebentar(jangan sampai hangus). Titik 2 batang serai. Kacau lagi. Masukkan air. Masukkan sup bunjut tuh. Reneh selama sejam. Lagi baik tinggalkan kat slow cooker semalaman pastu korang boleh feeling2 tido.

Eh, lupa lak. Masukkan garam.

Kalau rasa x sedap lagi. Pegi kedai beli kiub ayam yang tanpa MSG, masukkan setengah kiub sajork dalam tuh. Jangan letak satu kotak ye.. Nanti rasa dah tak asli gituuu..

Sementara tu rebus nasik impit.. Beli yang segera jah!!

Goreng kacang and su'un(su'un goreng make sure minyak betul2 panas)

Basuh togeh and potong daun sup or celery.

Sambal kicap : tumbuk lebih kurang 10 biji cili api bersama 1 biji garlic, kalau kecik letak 2. Pastu letak kicap.

Bergedil: Kentang potong 8, pastu goreng sampai agak2 empuk. Lenyek tapi jangan sampai jadi mash potato pulak. Agak2 sajork. Masukkan bawang goreng. Black pepper. Garam. Spring onion. Daun sup or celery. And daging kisar.

Bulat2kan and leperkan. Ambik telur sebiji, pukul ala2 macam nak buat telur dadar tu. celupkan bergedil dalam tu dan goreng dengan api medium. Jangan tinggi sangat jangan perlahan sangat.

Lagi senang goreng dalam kuali leper yang non stick tuh.

Sekian.

iklan