Friday, June 11, 2010

Gossipp!!

Akak tidak lah dengan niat mahu bergossip..

Tapi kadang2 bila baca one particular entry tuh boleh jadi laughing stock pon ada jugak..

yesss, ITA, ko x nak ke buat entry slimming lepas bersalin and size seluar kau sekarang walaupon kau tidaklah menggunakan corset yang mahal ittewww..

Kelakar okeh. Kelakar.

Lepas tu cerita sekali ko berapa banyak duit dalam bank ko berserta dengan slip gaji supaya bila perompak jumpa kau senang dia nak rompak duit2 mu yang banyak ittewwww...

**************************

Okeh ke second, Gossip yang kelakar adelah Gossip twitter Fasha Panda.

Hampir semua blog gossip citer pasal tuh okeh.

Tidak ke kelakar bila kau sibuk menafikan yang ko berchenta dengan orang itteww, Bila Tizz Zakiah call pagi2 buta ko naek hangin??

Aik??? Kata kawan sajorkkk... X kan lah Tiz x boleh nak masuk line???

*******************************

Okeh ke Third,

Video Luna Maya and Ariel.

Walaupon dah obvious gila tu video theyolllss... tetappp statement artis2 :

'itu bukan saya, Superimpose tu..'

Kannnn?? Tapi tidaklah akak kesah sebab dua2 orang ittew bukanlah isteri atau suami orang.
Luna Maya tu pon non muslim. Ariel tu akak x pasti.

********************************

Ada2nya benda2 mcm nih menyebabkan hari ku terhibur la jugak kaedahnya.............

Should I??

a) balik johor

b) Pegi bercuti ke PD (nanti jumpa pakcik aku pulak, pastu kena singgah rumah dia pulak)

c) Tenang fikiran di pantai buatan putrajaya yang 5 minit dari rumah

d) Keluarkan duit emergency simpanan dan shopping. (mcm banyak sangat je duet haku)

e) Duduk je la rumah weekend nih tengok astero sampai lebam.

Please vote.. and please dont ask why!!

Thanks.

Tapi personally aku rasa pegi cameron balik hari pon best jugak. Yang x bestnya aku x pernah pegi cameron jadi aku tak tau jalan. Sekian.

Thursday, June 10, 2010

Rasa macam suck up gila lah..

Akak rasa mcm nak balik Johor. Mcm bosan lah duduk sini.

Nak naik bas takut kena maki dengan driver bas karang asik mintak berenti kenching je.

Nak drive banyak sangat kos minyak+tol.. Membazer duit aku je nanti.. Lebih baik aku buat beli breast pump ke barang baby ke duet tu dari membazir.

Nak naik flight, aku malas la nak nyusahkan orang nak mengantar aku pegi LCCT tuh. Lagipon bukan semua orang free nak pegi hantar aku tuh nanti.

Aku balik johor pon bukan sbb nak jumpa laki pon. Aku nak beramah mesra dengan mak aku. Boleh jugak makan sedap2 dan goyang kaki kat rumah. Boleh gituuu???

Kadang2 rasa arini mcm nak lempang orang. Sebenarnya kalau aku balik johor pon masalah aku bukan selesai...

Tapi at least boleh release tension betul tak??

Xde ke sesape nak balik johor akak nak tumpang uollss... Tapi uollss jangan maki akak tau kalau akak asik mintak berenti kat hentian sajork sbb nak terkenching kaedahnya...!

Wednesday, June 9, 2010

Going strong and weak!

Baru balik dari rumah Fizi membuat acara membuka hadiah beramai2..

Sorry uollss... I nan ado bagi hadiah sbb Iols miskin hina nan ado mampu beli hadiah tuala RM279.. Iols cuma mampu bagi kasih sayang kat uollss gituuuu...

Nih statement ikhlas okeh. Bukan statement keji.

Nak tengok gambar terbaru akak tak??
Chantekkah akak nak letak gambar akak selalu??

okeh.. Ni adelah gambar @22 weeks.. **sebenarnya 21 weeks and 6 days... Tapi suka hati akak la nak convert ke 22 week terus..



Ni kat rumah Fizi. Baru je tadi paksa Fila amek gambar. Kau ado orang x nak amek gambar kau tapi kau paksa???
Meja sebelah akak duduk tu meja mahal uollss dari Italy katanya..
Konsep hiasan dinding adelah konsep bijikkkk!!!! **matila haku..

Akak sebenarnya tak happy tapi malas lah nak meng'emo'kan diri tak pasal2.. Lagipon kalau kau tak happykan diri kau sendiri ado orang nak happykan kau???

Dah la.. nak pegi baca majalah Pa&Ma yang baru. Babai!!

Tuesday, June 8, 2010

Penyakit Lupa yang Kronik...

Uolllssss nak tau...

Akak punya penyakit lupa dah kronik uolllsss.... Akak pon x faham sbb pregnant ke sebab akak tido banyak sangat????? haaaaa??

meh akak listkan perkara2 merbahaya yang akak lupa:

1. Akak pegi The Mines, pose2 parking keter. Pastu feeling2 pegi shopping kain bengkung. Balik2 tengok rupanya akak x kunci kereta okeh... Dah la ada laptop dalam tuh. Kau x ke rasa nak beristiqfar saat tu juga??

2. Akak pegi pasar. Barang2 letak kat bonet. Pastu feeling2 parking masuk dalam rumah. Kunci Pagar. Bukak bonet amek barang2 beli kat pasar tuh.
ESOK PAGI...
Akak tengok bonet terbukak. Akak x tutup bonet kereta uollllssssssss!!!! Dari petang semalam ittew membawak kepada esok paginya..

3. Sabtu lepas kan akak feeling2 pegi Damansara. Feeling2 akak dah kunci mangga pagar rumah sekali. Balik tu akak carik2 mana kunci rumah kaedahnya...
RUPA-RUPANYA.....
Kunci tersangkut kat pagar tu dengan mangga2 sekali..

Mujur xde perompak masuk rumah akak okeh..

Akak citer dengan Mohd Rafi dia kata:

'Lain kali u letak nota sekali kat depan pagar tuh. 'Rumah ni xde orang... sila lah masuk...''

Keji kan Mohd Rafi???? Siapa suruh dia tinggalkan akak sorang2.. Dah akak asik lupa je..

4. Semalam akak puasa, pastu akak feeling2 nak makan aiskrim.. Walaupon ujan kaedahnya. Akak singgah kedai mamak. Beli ice cream. Dalam keter terus bukak plastik nak makan baru teringat, Puasa uollllssssss...

Haiyohhhhh... nasib baik la akak nih cuma membawa kenari sajork.. Kalau Honda dah lama kena rompak uolllsss keter akak..

Ape la nak jadi dgn akak nih uollllssss....

iklan