Saturday, January 23, 2010
Weekend datang lagi...
time kat rumah, time tu la aku rajin buat tutorial and study..
Time kat opis rasa mcm stuck je dalam ruang 4 segi..
Eventhough best dapat bilik sorang2..
Tapi, I think lagi best if ada officemate dalam tuh..
At least boleh borak2 sambil buat keje..
Takde la mcm stuck je dalam tu..
Betul Tak??
Friday, January 22, 2010
kalau COLA dgn elaun Rumah ditarik balik akak nak pasang khemah tepi tasik Fakulti la uolllss..
Harussla kita ramai2 pasang khemah tepi tasik fakulti nih sajork.. Nak jimat duit punya pasal.. Nak mandi terjun sajork dalam tasik itteww... Untung2 jumpa biawak... Akak dah beberapa kali okeh terserempak dgn biawak dalam tasik tuh..
Tapi uollss.. CUEPACS menafikan okeh khabar berita ittewww... tapi cuepacs pon kadang2 propah jugak uollsss...
CUEPACS nafi COLA ditarik balik
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.
Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.
''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.
Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.
"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.
Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.
Lepas tu kan uollss... dengar2 minyak naik jadi RM3.70 seliter... Tak ke mati nak membayarnya?? Untuk berjimat, meh kita naik basikal pegi keje..
Errr.... Bila Pilihanraya?? mcm dah ada kat otak je nak vote parti mana.... **opppssss!
Konsert la... konsert..
Akak nak pegi la uollsss konsert SUPER JUNIOR diatas..Tapi motip harga tiket dia lagi mahal dari konsert Tok Ti???
Siapa yang nak ikut akak pegi konsert diorang angkat tangan!!! Tapi akak pon tengah kumpul duit 50sen-50sen nih sebab nak pegi konsert diorang..
Tapi, motip kumpulan nih ramai sangat?? 13 orang okeh!! Tak ke ala2 kak Ani sangat nanti bila they all buat konsert?? Susahla akak nak aim siapa yang paling kacak nanti.. **wahh.. akak-akak verangannss..
Akak tak boleh stop nyanyi Lagu Theyolll yang bertajuk SORRY...SORRY.. dgn joget2 dia skali akak ikut.. Kemaruk SUPER JUNIOR akak nih uolllss.. Tak sedar diri akak nih dah SUPER SENIOR gamaknyaaaa....
............................................
Ha..lama tak citer pasal Mohd Rafi kan???
Tadi pagi akak msg dia suh beli Nasi Lemak buat breakfast..
Memang dia beli uollss dgn lauk meriah.. Ayam goreng dgn sambal Udang. Padahal akak suruh beli nasi lemak Sehinggit sajork..
Pastu akak tengok sambal udang petai uolls dia beli.. Mohd Rafi tuh tak makan petai sbb dia gedik.. Dia kan pose2 duduk oversea gituhhh tak makan petai, budu, cincalok, durian and etc..
Dia kata dia beli Udang masak Petai tuh for the sake of akak suka makan gituuu..
Wah.. akak terharu sekali.....
Tapi.....
Masalahnya, akak nih nak pegi Opis, motip nak makan petai????
Tapi...
Akak makan la jugak uollsss... Pastu berus gigi 3 kali.. **matila florrida boleh membunuh..
Pastu yang akak tension,
Akak nak kiss pipi dia tak bagi okeh.. Sebab takut bau petai..
Lempang jugak kang..!
Thursday, January 21, 2010
Birthday cake..
pening la nokss...
Semalam akak tido lambat siapkan kek orang. Ada orang order kek coklat gituuu..
Pastuh, arini tutorial akak jadi pening.. Motipp bagi solution lain pastu ajar lain??? Motipp akak kena jawab kat student??? Mati tak kau..
Jawapan standard bila dah pening, ' I rasa better u tanya lecturer. I pun tak tau, dia yang buat soalan'
Gituuuu kan jawapan divert sangatsss...
Malas la uollls nak tulis journal.. Boleh tak mcm tuh?? Sape2 tau paper untuk electronic atau speech yang impact paling rendah bagitau akak. Akak nak hantar Paper kat journal yang impact paling rendah sajork.. Yang paling penting diterima sudah dan akak boleh grad dengan aman dan sambung phd di korea..
Wah.. ! Akak-akak, kalau verangan memang tak nak kalah uollsss...
p/s : Scene Hwang Tae Kyung kena kejar dgn Babi adelah kelakar nak mampos..!
Song of the week : OST you're beautiful
Song of the day : Sorry...sorry by Super Junior