Monday, August 24, 2009

Ucapan Puasa...

Korang dapat banyak ucapan ramadhan thru sms??

meh akak listkan yang akak dapat:

1. Notis Akaun : Harap maklum, baki pahala anda tidak mencukupi utk menampung akaun akhirat anda. Sila tambah NILAI amalan anda utk menaikkan had kredit ke SYURGA. UTK TAMBAH NILAI, sila kunjungi mana2 surau@masjid yang berdekatan. SELAMAT BERPUASA.

2. kian jauh tirai syaaban, kian dekat lambaian ramadhan, luhur iman ikhlas amalan, luhur ibadat diberkati tuhan, selamat menyambut ramadhan al-mubarak

3. Masa kecik.. tak tinggal2, masa remaja... belajar tinggal2... bila dewasa..saje tinggal2.. belum tua dah meninggal tak sempat ganti yang TINGAL!!... JANGAN TINGGAL PUASA.. SELAMAT BERPUASA@MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

4. Sempena Ramadan yg akan menjelang tidak lama lagi sentiasalah setting Niat, Upgrade Iman, Download Sabar, Upload Usaha, Delete Dosa, Update Doa dan Top Up Ilmu agar boleh Redeem Pahala, Selamat Berpuasa N Merdeka!

5. Azan Subuh Merentas sempadan, fajar mulia syahdu dihati, selamat beribadah dibulan ramadan moga amalan kita diberkati. Selamat berpuasa... salam maaf dr ku utk semua..

6. Tiada suara semerdu azan, tiada novel seindah alquran, Tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seceria ramadhan... 'salam ramadhan Al-Mubarak' SELAMAT BERPUASA...


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

okeh..tu jek yang akak dapat tahun nih.. Tiap2 tahun mcm2 sms kreatif okeh..

Akak dah 2 hari puasa buka kat rumah orang.. Bukan buka je, siap tapau bawak balik lagi.. Sbb akak pose2 malas nak masak sahur untuk Mohd Rafi.. Blehhh?? Lagipon lauk kat rumah fiza banyak... hahaha..

Menu arini, ikan caru bakar dgn sayur kacang panjang goreng... Bukan Akak masak tapi MOHD RAFI... akak sibuk update blog.. Bolehhhh??? ***larikkkkk!!

Saturday, August 22, 2009

kesedihan hari pertama puasa...

Akak sedih noksss...

Hari pertama puasa dah period...

tapi akak tetaapla pose2 temankan Mohd Rafi sahur kaedahnya.. Saja nak amek feel sahur sama2 kann..

Korang jangan lupa terawikh yek..

Suami isteri jangan gurau lebih2 yek.. Bahaya!!!

Friday, August 21, 2009

Resepi Bonus : Choc Moist Cake

Ha...sempena puasa esok.. Nih akak letak resepi chocolate Moist Cake ataupon kek coklat lembab **matila tetap nak translate..

Mula2 Panaskan oven 180 c.

Resepi untuk 9 inci cake tin;

170g butter (sila guna buttercup. Jangan beli butter murah. Rasa x sdp)
240g castor sugar (gula kastor)
80g unsweetened cocoa powder(serbuk koko yang tak manis)
300ml fresh milk(susu segar)
1 tsp(tea spoon-sudu teh**matila..) nescafe atau kopi mahal yg org putih minum
3 eggs(telur gred A)
200g Plain four (tepung gandum - jgan beli tepung chap lily yang murah..serious tak sedap)
1 1/2 tsp baking powder (serbuk penaik)
1/2 tsp salt( garam)

Cara2:

Ayak tepung, baking powder dan garam sebanyak 3 kali. ketepi kan..

Campurkan serbuk coffee dan cocoa powder. Bancuh dgn menggunakan sedikit susu sehingga menjadi paste. Ketepikan.

Pukul sugar dan butter sehingga kembang dan putih.
Masukkan serbuk cocoa yang telah dibancuh tadi. Pukul hingga sebati.
Masukkan telur satu persatu.

slowkan speed mixer (atau stop guna wooden spoon)

Masukkan tepung sedikit. selang seli masukkan susu segar. hingga habis.

Bakar dalam oven sehingga 25 minute bergantung pada jenis oven..

-Selamat Mencuba-

edited*** ha.. cd owner, aku dah betulkan resepi..

Ramadhan weh!!

Betul ke esok puasa??

Akak tak sempat tgk TV kot2 ada pengumuman puasa ke.. Akak busy buat catering semalam. Balik catering tolong mak Fiza cuci pinggan.. Kalau aku tinggal nanti mesti Mak Fiza penat gila basuh pinggan arinih... SO aku tinggalkan periuk dgn kuali je tak basuh.. Aku dgn Mohd Rafi bergotong royong dan bersatu padu...**matila kau..

SEMPENA NAK MASUK BULAN RAMADHAN YANG MULIA NIH, AKAK NAK MINTAK AMPUN DAN MAAF JIKA AKAK TERSILAP ATAU AKAK ADA TERKEJI UOLLLS DALAM NIH KE...

untuk, norman hakim, memey, waheeda, akhil... akak pon mintak maaf sbb akak ado kejih uollls... tapi uollss memang babi pon..**matila sempat lagi..

Akak excited nih uolllss... 1st time berpuasa bersama dgn Mohd Rafi disisi.. Nanti nak beli cereal banyak2.. Kalau malas masak sahur boleh makan cereal sajork.. Lagipon Mohd Rafi tak boleh sahur nasik pagi2 sebab dia gedik nak mampus... **blehhhh??? Ampunnn bang...

Dah nak puasa nih makin ramai plak yang tempah kueh raya... Budak opis adik akak mintak sampel lagi.. koser haku nak buat dah nak puasa nih.. Kalau ko nak beli rasa2 sedap ko beli la.. kalau tak nak sudah.. ***matila berlagak..

Yela uolllss... Ade ke aritu budak opis dia kata RM18/50pieces tu MAHAL?? Diorang kata sepatutnya RM18 tu 100 pieces... Koserlah akak nak layan.. Boleh gituuuu???

To Fiza : Aku tau ko dapat jackpot... aku harap sempena bulan ramadhan nih.. sila lah transfer gambar kita ke zoo ituhh..

sekian,
Yang mesken tidakk mempunyai camera!

Thursday, August 20, 2009

Akhirnya aku pegi zoo!!

Semalam ari yg penuh Kepenatan..

Pagi2 buta pukul 6am dah bertolak dari rumah pick up fiza nak teman dia pegi interview PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA kat airport melaka.

Pastu singgah rumah pakcik aku kat Tanjung Minyak.

Pastu pegi ZOOO!!!!........

Excited okeh.... sbb ni seumur hidup akak, ini la first time akak pegi zoo.. Bolehh???

Sedih tak kau???

BInatang dalam zoo tu sungguh BINATANG sekali... Motifff semua pemalas nak bergerak?? semua dok baring kat tempat redup sajork... Kau hengat nak melindungi kulit dari sinaran UV kah??? ***matila tetiba emo dengan binatang..

Sentap akak tau..

Akak, Mohd Rafi jua Fiza jalan2 la uollls dalam Zoo ittew... Akak tak tau zoo melaka tuh besar nak mampus. Jalan sikit asiik rehat je lebih.. Howw???
Dah la tengah hari buta..

Akak tetap sentap dgn Binatang2 itu semua sbb akak pegi zoo nak jumpa theyoollls, tapi theyiolls tak nak tunjuk muka pon... Dasar BINATANG!! **tetiba gila!

Pastu balik Seremban. Tido jap. dalam 1 jam. Bangun balik pegi..

TEATER MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK

Akak drive. Mohd Rafi duk sebelah sbb dia kepenatan drive before tuh. Jalan JAMMED... Mampos kan???

Sampai dah lewat weh.. Show pukul 8.30 kitorg sampai 8.40pm..

Tiket telah diberi free oleh pondan Mazuan.. Harapkan akak nak beli tiket pegi tengok.. HARAMMMMM..

Ok la uolls teater tuh.. Ado syafinaz selamat okeh.. Judge OIAM itteww.. Tapi dia pose2 nyanyi 1 lagu sajork... Rashidi Ishak sebagai Tun Abd Razak, kak Gee sebagai isteri beliau Tun Rahah.

Tahu kah anda??

Tun Abd Razak meninggal pada usia beliau 50an pada tahun 1976??
dan pada ketika itu Tun Rahah Berusia 44 tahun??

Dan, Tun Rahah masih hidup??
Dan beliau nampak sihat dan kelihatan seperti akak kepada Datuk sseri Najib berbanding Ibu beliau..

Akak pon terkejut okeh bila tau umur Tun Rahah sudah 77 tahun. Nampak seperti baru 60an..

Akak patut tahan dia tengah jalan masa nak kepentas untuk tanya rahsia kechantekan beliau..**matila kau kena halau keluar..

Secara keseluruhannya akak bagi teater nih 2.5/5 bintang..

Kalau tak tgk teater nih sah-sah akak tak tau apa2 pasal Tun Abd Razak uolllll...

P/s Gambo tunggu la Fiza transfer.. Kang akak asik suruh dia transfer cepat, dia tension lak uollls...

iklan