Sunday, December 11, 2011

Berjalan2 ke Zoo KL.

Ingat tak entry akak pegi Zoo Melaka yang binatang2 ittew semua pose2 ala pemalas nak keluar feeling2 duduk tempat berteduh jah??

Kini akak pegi zoo lagi bawak Pahat. Sebab akak bising sibuk berzikir kat telinga Mohd Rafi bawak Pahat pegi zoo.

Tadi pagi pegi la Zoo. Bayar RM20. Mahalnya uollsss! Zoo Melaka kalau tak silap RM7 jah.

Toddler under 3 FREE.

Sebab akak feeling2 dengar orang cakap Zoo KL nih besar penat nak jalan konon2nya. Akak pon naek tram. Kena bayar lah! ingat free?? RM3 dewasa, under 3 FREE.

Ni atas Tram. Pahat xde apa2 perasaan naik nih. Contoh akak pakai BB produk. Chantek kahhhh??? **matila..

Sibuk je tangan Mohd Rafi yang gelap nak interframe kat situ. Dah la tak sama color dengan akak dan Pahat.

Tram tu stop kat station tengah. Kat kandang harimau. Tapi harimau tu pemalas uollss... Dia pose2 baring jah. Motippp??


Ramai gila manusia kat Zoo arinih okeh. Nak pegi satu2 kandang binatang pon kena mencelah dicelah2 orang ramai.

SI Pahat ni sibuk nak berjalan, taknak dokong. Tapi dia berjalan banyak tempat dia stop. Asal jumpa daun je dia stop sibuk nak pijak.

Tapi ZOo KL ni tak la sebesar Zoo Melaka. Akak jalan2 dengan Mohd Rafi n Pahat tiba2 eh, dah sampai pintu masuk balik dah? Kejap gila.

Masa pegi Zoo Melaka mcm nak mati jalan pegi pintu masuk balik. Kan Fiza kannnn?? Binatang pon mcm tak banyak jah. So, akak lebih suka Zoo Melaka.



Ni dah nak balik amek gambar dengan badak replika. Kau hengat Syella Kamarudin jah ada replika?? **tetiba.

Tangan Mohd Rafi tetap enter frame di situ. Chantekkan tangan kau??


Jangan tak tau nak amek gambar dengan gajah ni pon kena beratur okeh. Tetap tangan Mohd Rafi nak interframe. Tension hakak!

Walaucemana pon we had fun bawak Pahat pegi Zoo. Balik kitorang belikan Pahat Gajah mainan. Nanti tunggu Pahat 3 tahun baru bawak pegi Zoo melaka pulak. Hopefully masa tu dia dah kenal binatang.

Sekarang nih bawak pegi Zoo dia sibuk main Daun bukan tengak binatang. Emak bapak dia je yang lebih2..

Planning...

Uolls...

Baru2 ni kawan akak message akak dia kata kawan dia tanya klinik mana yang boleh gugurkan anak sebab wife dia pregnant anak second dan dia tak ready (financialy).

Astaqfirullah... kawan akak cakap kalau bini dia bersalin kasik je kat dia. Dia nak jaga. DIa tak subahat menggugurkan bayi yg tak berdosa.

Akak pon paham dia tak mampu untuk jaga anak ke 2 nih, tapi nak gugurkann?? tu the last thing he should do. Akak cakap kalau dia tak nak, ramai lagi yang nak anak tu.

Ye la kat Malaysia nih berapa ramai yang nak anak tapi tak dapat kan?? Sanggup beli bayi dengan harga 20k bagai..

Akak tanya kenapa dia tak 'PLAN'. Kawan akak kata wife dia ter MISS makan pil.

SO, jadila ANAK.

It takes two to tango betul tak? Lelaki patut tau bila waktu subur wife sendiri. UNLESS kalau dia tak kisah wife dia pregnant 2nd time.

Akak pon kalau nak kira2 takde la mampu sangat kalau beranak dua. Tapi takdela sampai fikir nak gugurkan anak. Akak percaya dengan rezeki anak.

Dulu masa berdua je dengan Mohd Rafi memanjang tak cukup duit kannn?? Bila Pahat ada sekarang nih murah rezeki uollss.. Alhamdulillahh duit sentiasa ada walaupon tak la mewah. Masih lagi la ada duit setakat untuk berlibur pegi jalan2, makan kfc ke...

Rezeki Mohd Rafi pon bertambah sejak akhir2 nih. Tapi akibatnya faham2 je lah uollss.. 2 3 bulan nih memang harapan la dia nak balik rumah selagi tak pukul 10malam. Minggu ni hari2 dia balik pukul 2 3 pagi. Pengsan akak dengan Pahat!

Tapi sebab akak bakal tak keje tahun depan akak redha je lah.

Still, gaji dia berapa nan ado dia bgtau. Tapi bulan ni dia bagi lebih la duet.. Bukan untuk enjoy ye uolllss, akak simpan dalam account company untuk masa depan. Ala xdela banyak sampai ribu2 dia bagi.. akak pon sedar Mohd Rafi tu keje apa je kann.. Dapat lebih dari separuh gaji akak tu kira banyak la, tolak bayar bil semua, ada lebih untuk akak berjoli... Belanja diri sendiri air starbuck java chips. Ehehehe.

Mampos kalau catering business aku tak jalan. Dah la hutang berlambak2.. Company modem pon nan ado contact akak lepas meeting aritu. Suppose next week ada food tasting kalau akak terpilih untuk tender ittew.. Tapi akak rasa tak dapat la kot sebab akak terus terang je cakap akak tak banyak experience in catering. Takpelah, there's always first time in anything kannn?

Boleh cuba lagi... Kottt.

Eh, korang birth planning cara apa? Akak tak cara natural. Sendiri mau ingat okeh. So far berjaya la jugak. Tapi tak tau la sampai bila. Time lambat period je mula la sendiri gelabah. Aritu period akak lewat sampai 15 hari, merasa gelabah ayam, akak beli 5 kali pregnancy stick tu tetap negative. Nasib baik tak feeling2 pegi klinik.

FYI, kalau period uolls lewat dalam 2 3 hari cepat2 pegi klinik sebab kadang2 sperm tu baru berjalan2 dalam rahim uolls belum senyawa lagik. So doc akan tanya nak atau taknak. Kalau taknak dia akan bagi pil turun darah. Kalau nak mungkin sperm tu akak senyawa dengan ovum dan menempel di dinding uterus gittuuuu. So akan jadi lah anak.

Pastu time pregnant tak payah risau berat naik. Lepas bersalin pon tak payah risau sangat perut gelebeh, dalam 7 8 bulan nanti kempis balik.

Berat akak before pregnant 48kg, sebelum bersalin 60kg. Selepas 30 hari bersalin 51.5kg. Bulan puasa aritu paling kurus aku tak tau berapa kg tapi semua orang tegur akak kurus sangat. Sekarang nih dah ok balik. Tapi akak pun tak sure berapa berat sekarang sebab tak timbang lagi. Tapi akak suspect dalam 48-50kg kot.

Tapi masalah akak adelah stretch mark akak nih nan ado hilang. Time pregnant akak tak pernah miss sapu vitamin E tapi nan ado berkesan. Esok akak nak beli bio oil. Nak paw Mohd Rafi. Dia rela di paw sekarang nih!

Korang ada tips tak hilangkan strecth mark.

Eh, lupa akak nak cakap, Victoria Beckham pon buat surgery hilangkan gelebeh perut lepas bersalin, so korang tak payah risau.

Friday, December 9, 2011

Setahun 2 bulan.

Anak Mohd Rafi tido ternganga mcm tuh.

Uollss... sepatutnya Pahat ada check up semalam. Tapi petang tu akak dok carik2 buku check up dia tak jumpa uollsss..

Matila la akak kena maki dengan nurse tau.

So, akak tak pi check up Pahat lagik.

Sekarang Pahat semakin gedik. Terutamanya bila jumpa apak dia. Hobi dia mengekor kau kemana sahaja pergi sambil pegang kaki kau. Dah mcm suster ngesot pon ada aku tengok.

Kalau Apak dia ada bukan main gedik tak boleh berpisah. Pantang apak dia hilang sibuk carik melalak2.. Padahal Apak dia bukannya banyak berjasa kat dia pon. Emak nih yang bangun malam susu kan dia, meneran dia keluar mcm nak mati tauuu...

Akak rasa sebab dia jarang jumpa apak dia, Paling2 jumpa time pagi bangun tido jah. Malam time apak balik dia dah tido. Weekend pon kadang2 Apak keje jugak.

Sekarang ni Pahat cepat belajar kalau ajar bukan2.. hahaha.. contohnya ajar pegang henpon kat telinga, (tapi takde makna aku nak bg henpon aku, kasik la kain ke apa ke..)
Nak tido kena ada bantak busuk untuk digentel.
Aku ajar pekup mulut sekali je terus dia ikut.
Ajar kira one two three four five guna tangan dia tak berapa reti sangat sebab dia tak reti sebut.

So, kesimpulannya kalau ko ajar dia gerak2 kan tangan dia ikut, kalau ajar sebut2 harammmmm!

Nak berbuih akak ajar dia sebut 'IBUUUUUUU' nan ado dia sebut.

Kesian penulis novel OMBAK RINDU

Korang dah tengok kah OMBAK RINDU??

Korang rasa best kah?? akak rasa biasa je, sebab spoil sikit lah Maya Karin jadi Izzah. Kot ye pon stylish dia tu pakaikan la tudung betul2 sikit.

Pastu akak kesian dengan penulis novel dia Fauziah Ashari,

ni akak copy paste:

Tiada apa yang tinggal. tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, ” Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Itu juga merupakan ayat yang ada di novel.


Uolls bayangkan uolss adalah pencipta asal, tetiba bayaran tak berbaloi. Bayaran pelakon lagi banyak dari pencipta tak ke korang hangen. Dah la sibuk2 kat paper citer tu meletop. Lagilah hangen kannn??

Dah tu ada ke kat internet diorang dok kata Fauziah tu tamak?

Keji betul kann?? akak rasa tu hak dia. Lagipon dia takde cakap pon dia nak mintak bayaran. Dia cuma jelaskan tentang bayaran yang dia dapat.

Vavi sangat sapa yang tuduh2 mcm tu.

Well, kalau dia nak tamak tu pon hak dia. Uolls tengok JK rowling tuh, berapa banyak dia dapat untuk movie harry potter tu jah.

So, lepas ni kalau ada penulis2 novel yang nak buat filem, mintaklah demand sikit. 30% dari untung movie ke..

Kepada produser Filem OMBAK RINDU : Agak2la sikittt... ingat senang ke nak fikir jalan cerita novel tu. Lagipon orang ramai2 tengok citer tu pon sebab dah baca novel tu.

Tapi akak ada baca kat paper dia kata kalau kutipan 8juta dia kasik la imbuhan.

Aikk?? nak kena tunggu 8 juta kah baru kasik??? Chantek sangat!

Thursday, December 8, 2011

BB cream/balm and rambling nonsense

hi uolssss.... dah lama akak tak citer pasal produk kechantekan kannnnn??

Biasa la uolls lepas beranak huru hara sikit nak uruskan anak, dah tu berjalan2 pakai bedak pon tidak. Jadi muka pucat.

Sampai la laki akak sound:

'Yang, lain kali keluar dengan I make up sikit..'

Baru la tersedar kannnn?? So akak pon pose2 la beli barang make up. eyeshadow beli kan elianto, akak suka color dia! harga paling murah seketul rm8 paling mahal pon rm18. Pandai2 mix and match kan color.

Eyeliner beli kat avon, yang liquid tuh, RM12 time offer.. Ala avon kan suka buat offer.

Okeh, paling best adelah prodduct inih. BB atau blemish balm.

Akak pakai blemish balm (BB), cream dan cake powder.

BB balm and cream akak guna Elianto punya, untuk dua2 tu harga RM69

untuk powder akak guna maybelline.

**gambar semua google.

Kenapa kena guna BB uollss?? senang citer BB nih repair kulit korang. kalau guna foundation atau bedak biasa, akak block uolls punya skin. Akak malas nak citer banyak, korang pegi gugle sana.

Akak suspect dekat Korea mesti murah nak mati BB product nih.

Tak kira pakai product chap apa pon asalkan BB. Dah banyak sekarang nih, ZA ado, maybelline ado.

Dulu akak guna ZA, tapi skrg akak gatal gunala ketiga2 jenis tu. Lebih senang nak apply make up.

Dan paling penting sejak akak guna BB product nih jerawat akak pon nan ado.

_____________________________________

Pastu akak nak bagitau korang2 yang pose2 nak beli Galaxy Note nih.

Gambar comparison dengan I phone 4s.
**gambar google jugak

Kalau korang nak beli lebih baik beli sekalai dengan Line kat DIGI.

kalau korang ikat contract 24 bulan harga phone adelah RM1549

Pastu harga line adelah RM68 tapi dia ada rebate RM15 tiap2 bulan, jadi RM43 selama 24 bulan.

Pastu korang kena bayar deposit RM568 yang akan ditolak bil tiap2 bulan sampai deposit tu habes.

Dan line tu boleh buat call jugak. Kalau penggunaan call+internet+msg korang lebih RM200 sebulan, harga internet iaitu RM43 ittew adelah FREE uollss... So korang bayar harga call+msg jah..

Best tak? best tak?

ala lagipon korang beli Note pon memang nak kena amek line pon kannnn??

iklan