Tuesday, November 1, 2011

are you breadwinner or just helping or for fun??

Akak nak tanya korang.

korang breadwinner of the family?

or

Keje untuk bantu suami?

or

Keje suka2 dapat duit boleh shopping untuk diri sendiri?

Akak categori (A). Breadwinner. Dah tu gaji Mohd Rafi tu berapa je kann.. So pandai2 la bayar apa yang patut. Aku rasa aku tak pernah lagi shopping tiap2 bulan beli baju baru. Paling2 pun bila ada duit lebih untung buat kek baru la aku beli. Tu pon berkira2 jugak. Beli baju pon kat reject shop ke jusco scarlet ke.. Tapi baju pahat aku beli tiap2 bulan. Yang murah sajork. Baju raya aku untuk pengetahuan korang aku beli kain yang RM18 ittew..

Ala...tapi tak kisah sangat lah semua tu. Bukan nak cakap duit tak penting. Siapa kata tak penting. Tapi whatever we had, we make it work. Apa yang kita ada itu yang kita belanjakan.
Janganla sampai belanja berlebihan lepas tu kena pinjam orang duit bila cukup bulan. Lepas tu pura2 lupa nak bayar... **matila sepupu kau azli kannn??

Terus terang jugak aku tak menyimpan sangat tiap2 bulan. Simpanan yang ada sekarang ni adelah duit untung bisness. Emas Farhat. Dan juga ASD Pahat.

Pathetic ke??

Ntah, aku rasa happy jek. Asalkan cukup duit nak makan pakai dan jalan2 sudah la kann?

Takde la sampai aku duduk rumah je takde duit nak jalan2 ke makan2 kat luar ke.. Cuma nak shopping2 sakan tu nan ado lah. Lebih2 lagi barang2 makanan makin lama makin mahal.

Kau hengat ayam sekilo berapa sekarang??? Pengsan okeh!!

Ingat aku tak risau bulan 12 nanti dah jobless?? Malas nak fikir boleh tak??

Kalau takat sewa rumah dan bills insyaAllah Mohd Rafi boleh tanggung, tapi bercakap tak semudah itu, kos pon dah tinggi. Hutang2 bank haku tuh sapa nak bayarkann??

Tu pon mujur aku dah terminate credit card, ada la saki baki yang aku kena bayar monthy sebab aku buat repayment bayar mana yang mampu gituuuu...

Yang penting akak nak cakap, kalau ada duit lebih tu walaupon lebih sikit je rajin2 la sedekah. InsyaAllah akan ada rezeki balik selebihnya untuk kita.

Citer bersalin. Cser? Normal? natural?

Ha...ni topic breakfast kat ofice semalam bersama officemate.

So diorang dok ceritala pasal bersalin, hospital dan sebagainya.

SO masuk topic natural birth.

Akak Adu seorang Doctor(phd bukan medical) kata natural birth tu maksudnya kita deliver naturally la tanpa induce and pain killer.

So aku tanya painkiller tu cemana?

Dia kata ada yang biasa cucuk kat depan tu, nama apa aku lupa, sorry uolls akak hilang ingatan. Lagi satu epidural tu ha yang tak rasa langsung sakit nak bersalin.

Pastu semua dok citer amek epidural. Kalau kat kerajaan dia pi cucuk kat kat depan tu tapi still sakit jugak la sikit2 kot.

Pastu aku pelik, 'Eh, kenapa saya takde?'

'Ilot takde kena cucuk apa2 ke masa bersalin aritu?'

'Takde pun'

'Agaknya dia tengok Ilot mcm tak sakit sangat kot..'

Amboiiii.... aku dah nak separuh mati tahan sakit tau, siap insaf2 lagi nak beranak lagik..

E, korang ado ke dia inject apa2???

Akak yag ado dia masukkan air sebanyak 5 botol sajork sejak contraction berlaku..

Dessert I made last week..

Sebenarnya nak update last week time depavali kannn? tetiba tak boleh upload gambar terus akak sentap lalu peram jah entry. Matila kannnn???


Portugese egg tart. >> LAki aku dah bosan makan. Bolehhh??
Recipe amek kat ilot's kitchen belah kanan tu.


Butterscotch choc chip cookies. Guna recipe dalam buku 'KITCHEN AID' yg aku beli kat Big Bad Wolf tu.
Tapi aku ubah sikit recepi dia sebab akak tak suka buat choc chip guna castor sugar dan whole egg. Eh, sebenarnya banyak aku ubah dengan tepung2 sekali aku ubah.

Dah mcm buat recipe sendiri daaaaa... Pastu mula2 rasa mcm tak sedap. Mohd Rafi kata choc chip raya lagi sedap. Ni akak tak tipu memang dapat banyak review orang kata sedap.

Pastu Choc chip ni aku peram la 2 balang kat rumah tuh. Niat asal nak bagi kat kawan aku kat UK tu dari raya tak post2.. Janji palsu sangat akak kannnn??

Sebab tak sedap akak tak jadi la post uollss... Tapi kaedahnya, pakcik akak datang dengan anak2 dia dok melantak choc chip ittew sajork. Dah tu, akak suh la dia bawak balik. Siap mintak resepi lagik.. Kellasss akak.

Bila akak rasa lama2 sedap la pulak kannnn...!! **motippp?? **ahhhh resepi nantilah, korang pi carik butterscotch chip dulu. Akak beli kat yummie dah lama tapi peram tak tau buat apa.


Ni Puding caramel french recipe. Guna recipe dari buku 'DESSERT'

Akak suka!! sebab dia smooth xde lubang2 dan tak hanyir!!
Recipe nanti jugak akak bagi. Matila janji2 manismu sangattss..

Yang lain2 akak ado buat pavlova tapi sekor pon x nak makan termasuk akak... eeeee...tak suka lah! Tapi for the sake of nak mengabeskan telur putih aku buat jugak kurangkan gula lalu peram dalam fridge dan buang ke tong sampah.

Hari ahad malam akak feeling2 buat puding koktail pulak sebab senang jah nak buat guna tepung custard..

Raya haji akak nak buat cream brulee pulak. Tapi recepi dia guna 6 bijik egg yolk seram pulak akak. Tapi recipe dia senang je.

Nanti akak share yeah.. boleh kita feeling2 duduk kat French sana.

Monday, October 31, 2011

First time pegi Petaling Street..

Weekend nih busy okeh. Pakcik aku datang dari kuantan tido kat rumah akak sbab konvo anak dia tu ha dekat PICC. Kan dekat je kat rumah akak tuh.

Pagi sabtu akak yang indah dicemari oleh berak Pahat yang berlambak2 sampai kena kat toto dan bantal akak okeh. Kelam kabut bangun. Mohd Rafi terus mandikan dia pagi2 buta tuh. Merasa la menjerit2 Pahat sebab sejuk.

Pastu, akak Fiza ajak akak pegi Petaling Street beli bunga. Haruslah akak ajak Mohd Rafi sekali, habes tu sape nak dokong dia kannnn??

Murah gila kan bunga kat situ.. ramai la pulak orang membeli bunga2 konvo.

Fiza dan bunga pepel yang chantek!

Alang2 sampai petaling street akak pon jakun lah pegi jalan2 kat situ sekali.. Wahh... banyaknya beg imitation kennnn?? Tapi tak berani beli takut dia letak harga mahal buang duet aku jah.

Eh, sebenarnya duit aku yang takde. Aku bawak 20sen sajork. Bolehhhhh???

Akak first time uollss jalan2 kat situ.. Kalau orang nak rompak akak pon akak pasrah sajork, setakat 20sen kannnn???

Budak botak dan ayah kesayangan..

Bila rambut kau nak tumbuh Pahat??? Orang lain siap dah 2 3 kali gunting, rambut kau memang segitu la tak gunting2..

Balik tu singgah alamanda kejap jalan2. Pegi carefour beli Pet Pet. Sekali berak pulak si Pahat tuhhhh... motip membantutkan niat emak nak pau apak???

Jadi laju2 akak pegi baby changing room ittew.. Ramai gila orang dalam tuh.

Sekali tengok Pahat berak selambak jugak okeh, sampai seluar2 dan baju semua kena. Mujur aku bawak baju spare. Dan mujur tak kena baju emak kalau tak Apak kena beli baju baru.

Aku sumbat dia dalam sinki alang2 mandikan terus. Pastu ada budak kat sebelah tu ala2 5 tahun camtuh cakap:

'Eeeee...busuknya!'

Keji tauu! Terasa akak.

Pastu terus susukan Pahat kat situ, since bilik dah penuh, susu kan la kat bench yang ada kat bilik diaper tuh.. Ada siap susukan anak dia sambil diri tuh. Terer tak???

Ni satu akak nak bagitau, para2 bapa tu kalau nampak ada mommy2 tengah breastfeed anak tu tak payah lah masuk dalam bilik diaper tuh. Cukup la wife tu je yang masuk. Lainla kau bapa tunggal. Ini terang2 nampak mommy2 breastfeed anak, sibuk jugak nak masuk beramai2 sekali dengan anak2 dia yang lain dengan troli2 sekali..

Bilik tu dah cukup sesak, tambah masuk beramai2.. Ayah tinggal kat luar kejap jaga anak tak boleh ke? Perlu ke nak beramai2 dalam bilik tu?

Akak pulak yang segan breastfeed depan diorang.

Kerja! Kerja! Kerja!

Kaedahnya tempat kerja akak sekarang sedang dalam proses menterminatekan para2 pekerja yang berstatus kontrak bulan 12 inih.

Kesian tau uollsss, dah kerja 5 6 tahun tiba2 lepas bulan 12 ko takde keje. Cemana??
Kalau single takpe lah uollsss... Ko pikir duit untuk kau je kalau tak keje boleh balik kampung duduk rumah parents kejap. Kalau dah kawen ada anak cemana??

Mana nak bayar rumah, kereta, utang2 lain semua? Bil bagai... Anak2 lagi... Kesian kannn??

Pastu kan, akak dengar2 Uni yang dekat dengan MidValley itteewww lagi lah uollss... semua Tutor diterminatekan... merasa kannnn??

Eh, takpela kitorg ni pon jawatan SEMENTARA... suka2 dia lah kannnn?

Eh, cakap orang padahal aku pon sama kannnn??

Ala... akak pon risa jugak lepas bulan 12 nak keje apa. Tapi akak malas nak pikir bolehhh??

Buat je la keje apa2 asalkan halal konsepnya.

Lepas bulan 12 pada mana2 company yang memerlukan catering sila contact akak tau.

Akak dah register dah business catering akak..

Mohd Rafi lagi best, confident2 je business catering akak berjaya kaedahnya.. Padahal satu contact company pon akak nan ado... **matila haku!

Doakan akak berjaya yah!! Ameeennnnnnn....

iklan