Saturday, August 20, 2011

Tolong pengsankan untuk aku sebab aku tak sempat nak pengsan!





Akak rasa nak pengsan tapi akak tak sempat nak pengsan sebab kuih banyak lagi!

Dah tu ada lagi orang sms nak order uollss. Termasuk kek red velvet akak yang famous. Aik?? mcm kenal je ayat tu.... ***larikkk 500km. Tapi semuanya kena tolak.. Maaf la sangat2 uolls semua akak nak abes kueh yang ada pastu nak pegi semayang tarawikh. Keji kannn last2 day baru feeling2 semayang tarawikh??

Kalau BA jaga mak dia, aku pon jaga mak aku dibulan puasa yang mulia nih, Sbb tangan mak aku xray aritu patah. Pastu degil taknak simen. Pegi berurut je. Dari aritu aku suruh datang sini aku jaga dia taknak. Ni baru la nak datang.

Ye la uollsss, akak aku tu ada baby kecik 3 bulan takkan nak jaga mak aku, ipah ompong pati sejuk rumah kosong. Dia pon tak sempat nak masak. Abang aku terus terang tak boleeh harap. So aku yang SUPERMAK ni jaga la emak aku tu,

Ye la tangan kanan dia patah cemana nak masak semua kann? nak pegi beli lauk pon tak boleh nak naik moto. Adik aku tu keje merayap je lagippon kalau dia masak balik2 meggi, motippp emak akak nak makan megi jah??

Ari rabu aritu akak balik Johor drive sorang. Penumpang2 lain tak reti drive uollsss.. Mohd Rafi keje so akak balik sorang. Darir rumah pukul 7 sampai pukul 1 pagi sempat singgah Taman Gaya hantar Temok asistannt no 2. Singgah sungai mas hantar Adan asistant no 1. Pastu balik rumah Flat gila babi.

Esok pagi hantar mak aku pegi urut tangan. Petang pegi tiram rumah adik aku. Malam anta kueh kat Fasha dan kawan aku.

Esoknya lepas subuh aku drive balik KL. Sampai letak beg drive pegi wangsa maju anta kuih. Pastu melarat ke tesco dan Param depan stadium tun razak aku jalan suku sajork sbb malas dan panas.

Balik. Jalan jammed gila babi. Penat kaki. aku. Kau ado gigih macam akak?? Ado?? Kesimpulannya aku penat gila. Kaki aku mcm nak patah.

Dah tu, walaopon aku diberi cuti puasa, esok kena bangun pulak panaskan lauk sahur aku dah masak tadi. Setakat ni baru 3 kali la aku tak masak buka. Yang lain semua aku masak. Sebab dari aku bazirkan waktu berjalan kat bazaar tu baik aku masak kat rumah.



Tuesday, August 16, 2011

Nak Pengsan tepi oven!

Ha...kueh ada la dalam 3/5 dah siap.. so siapa2 nak amek dah boleh dah tapi call dulu takut stock takde.

Akak busy. Bukan main2.

Esok kena hantar emak aku pegi hospital putrajaya pulak sebab pegi klinik tadi it turn out tangan dia patah. So, raya ni akak la yang masak lauk raya. Tapi bukan perkara pelik, dah biasa pon kat UK dulu.

Eh, akak suka raya kat UK. Pagi raya balik semayang semua org serbu rumah akak sebb paling dekat dgn quite centre.

My god! Hari2 ada je orang nak tambah order. Tapi mintak sorryy memang dah tak amek. Baik akak siapkan apa yang ada dulu dari dok tamak amek banyak2.

Akak nak tido. Dah beberapa hari tido 3 4 jam sajork.

Pahat, lepas raya ibu layan puas2. Skrg ni ibu busy kumpul duet.

Friday, August 12, 2011

Iftar ke 11 kot? Mak dah lost count.





Ni tengok dulu gambar bayi 10 bulan melalak.. Apsal gigi 2 batang je tak nak tumbuh2??

Iftar aku mostly dengan adik ipar aku je. So masak ikut sedap tekak aku. Kalau Mohd Rafi ada pon aku ikut sedap tekak. Sebab bila aku tanya nak masak apa jawapan dia sungguh tak memberansangkan.

Arini akak masak asam pedas ikan duri.. Gambar2 ni semua lepas makan baru teringat nak amek.. Howww???

Kau ado amek gambar dengan senduk2 sekali???
Peria goreng.

Macaroni goreng semalam yang tak jadi masak akak bring foward ke hari ini.. Kau mampu buat konsep bring foward mcm akak??


Last skali tengok gambar di bawah ni:


Yang akak nak focuskan bukan Pahat ye... Tapi jari akak yang chantek ittewwww...
Masa akak nak amek Pahat kat rumah BS, time keluar kereta nak tutup pintu tiba2 akak tersedar jari akak tersepit kat pintu kereta uolllss... Sakit ya ampunnnnn...

Lemah okeh satu badan. Padan muka kau!! Yang akak heran tuh, cemana boleh satu jari jah iaitu jari manis jah yang tersepit?? Mengapakah jari2 lain tak kena???

Sampai sekarang berdenyut2 jari akak nih.

Esok first thing pagi2 kena pegi klinik nak amek Ferum. Aku rasa my HB is getting worse la bila aku duduk buat kuih nak bangun rasa mcm nak pitam. Ni kalau aku pregnant lagi skali ntah berapa low HB aku agaknya.

Pastu nak bawak Pahat pegi klinik jugak. Dia selsema puiler. Harap2 jangan selsema lama2 kesian tengok dia..

Akak ado beli pasta untuk baby. Esok akak masak utk Pahat!!



Thursday, August 11, 2011

Bad news not worse

Akak terima khabar buruk hari ini. Tapi tak pe lah dah prepare for the worse pun. Alhamdulillah.... Harap2 cukup untuk hidup..

Semalam akak feeling2 rajin buat puding caramel. Rasa dia biasa2 je... Akak nak puding caramel yg mcm tesco UK punya tuh... Yang dalam bekas 45p tu... Lembut je puding dia.

Kueh tak siap ada hati buat dessert bagai kennnnn??? Semalam masak mee gorang jah. Ingatkan nak masak macaroni goreng sekali tapi tiba2 terpemalas padahal aku dah keluarkan daging dan rebus macaroni bagai. Simpan balik dalam fridge.

Semalam jugak akak ter MISS geng mengaji. Tension akak!. Tapi x pe, asteruk kan suka ulang2 cerita kannn??? Nanti2 ada la tu..

Mengapakah akak miss? akak tido pukul 9 okeh. Pahat tak nak tido pon aku paksa jugak tido sebelah aku.

Bangun pukul 3 pagi sambung buat kuih cheese button. Tiba2 akak dengar bunyi2 orang mengaji.. tengok jam, whattt??? dah pukul 5.30???? Terus pose2 panaskan mee kejut mohd rafi. Makan je la apa yg sempat konsepnya.

Wednesday, August 10, 2011

Orang yang tak buat tak tau susahnya..



Baru2 ni ada kawan akak mintak turunkan harga kueh tat dari RM21 ke RM18.

Serba salah nak bagi. Akak rasa RM21 tuh dah cukup murah dah. Dah la aku guna home made jam. Ingat senang ke nak kopek nenas, blend, tunggu kering lagik. Tapi aku bagi la jugak harga tu sebab dia order 1 je. Kalau 10 sorryyyy..

Semalam, balik rumah dah pukul 6. Jadi masak apa yang ada jah. Jadi lah Mee Sup Mi lidi.



Tapi aku memang suka masak Mi lidi sup mcm nih. Sedap jek walaupon simple..

Sape2 yg tak tau tu Mi Lidi rupanya mcm nih.. Akak cari sekitar KL haramm nak jumpa. Ni import dr johor.


Baguskan bulan puasa?? tak tau nak update apa hari2 citer pasal buka puasa kaedahnya... Clust!!

iklan