Tuesday, April 19, 2011

Kelam kabut. Rasainnn kau!!

Sebelum tu, saksikan gambar Pahat tengah ketawa berserta tangan apak dia yang itam itteww...
Pahat dah kurus kannn???


Semalam tengah2 mengadap laptop buat thesis, tiba2 dapat sms:

'Ilot, jangan lupa kek esok'

Matila kannn. AKak lupa uolllssss!! Akak ingat hari khamis. Merasa!!

So, jadilah kek seperti di blog kak ilotskitchen itteeewwww...

eh, lagi apa ntah akak nak update... akak ngantok kekenyangan okeh..

oooo...jap...jap...

Disebabkan kesedihan dgn pemergian allayarhamah yana tuh. Akak terus cakap kat Pahat:

'Tengok Pahat, orang lain takde emak nak kasik susu badan tau. Ni Pahat ibu kasik susu tak nak'

Motipppp bebel2 kat Pahat mcm dia paham. Hakikatnya dia ketawa ado lah!

Akak marah pon dia ketawa uolllssss.....

Monday, April 18, 2011

Tribute to Ilyana Sulaiman

Dia bukan rakan rapat dengan aku.

Kenal through Filla.

We got along well.

Macam baru semalam je aku datang rumah Filla tengok perut dia dah berisi. Rupanya sudah 5 bulan.

Kami bercerita tentang pregnancy. Dia kata tangan dan kaki dia bengkak tiap2 pagi sampai nak berus gigi pun susah.

Macam baru semalam aku saksikan dia goreng kentang sambil berborak dengan Filla dan Auntie. Kami ketawa.

Aku tak percaya aku boleh menangis sambil menaip entry ini....

Alfatihah untuk almarhum Ilyana Sulaiman.

Beliau meninggal ketika melahirkan bayi lelaki beliau. Bayi tersebut hidup berkat kasih sayang ibunya. Manakala ibunya tewas...

Hari ini adalah hari yang sedih. Aku tak dapat bayangkan dengan orang yang benar2 rapat dengan beliau.

Manakala, aku cuba bayangkan anak itu. Suami beliau.

Ya Allah, berikanlah ketabahan kepada mereka. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 beriman....

Aminnnnnnnnnnnnnnn........

Friday, April 15, 2011

Pahat dan Neb

Semalam balik opis, nafas Pahat berbunyi kuat. Kitorang risau, terus bawak pi Klinik.

Doc check paru2 dia dua2 penuh kahak. So Doc suggest amek Neb. Jadi amek la Neb... Ha tu gambar tengah melalak2 amek Neb. Kesian tengok dia.

First time dia kena amek Neb.

Pastu balik rumah malam tuh akak diserang sakit kepala yang amat sangat. Terbaring la kat katil. Telan paracetamol berkali2 tak jalan jugak. Arini pegi kelas pastu balik rumah baring sebab tak larat gila sakit kepala. Serious akak tak pernah sakit kepala mcm nih sekali. Amek Paracetamol lagi 2 kali pagi ni akak amek, tak jalan okeh. Tak memberi kesan langsung.

Nak bangun lagi la tak boleh. Kepala berdenyut2 je.

Last2 petang tuh pegi klinik lagi. Doc kasik ponstan. Makan sekali je lepas tu dah ok.

Lagi satu, sejak sakit demam selsema dan sewaktu dengan nya susu sikit sangat. Breast pon lambat penuh. Dah la stok susu takde... Adoiiiii.. kesian la Pahat mcm nihh..

Wednesday, April 13, 2011

Update orang sakit.......

Akak tetiba telah menerima tempahan mencabar iaitu melukis gambor kereta.

Gila tak berseni nak lukis gambar kereta atas kek.

Jadi, jalan mudahnya, akak pi menggagau carik kedai2 edible printing kaedahnya.

Dalam masa 5 saat jugak tetiba terer menggunakan photoshop.. Mati tak kauu??

Nih hidung rasa nak tanggal, mcm santa claus pon ada. Perut aku dah senak2 kes batuk tak berenti punya pasal. Kepala rasa berat +bengap je...

Itu aku, cuba bayangkan Pahat yang bayi tuh... kesian anak akak dah kurus tau..

Pastu kannn... kenapa eh, time demam2 nih aku pump susu tak banyak?

Adekah effect mengambil ubat selsema or batuk?

Tension aku pump2 dapat 4oz jah.... adoiiii...

Monday, April 11, 2011

Pity my son..


Sian Pahat batuk2 + selsema.

Akak pon batuk + selsema + demam + sakit tekak.

Mohd Rafi pon selsema uollsss...

Dah jadi satu family sakit.

Akak n Mohd Rafi yang tua ni takpe la nak batu ke hape.. Tapi kesian la kat baby kaedahnya... Tak boleh nak tido dia batuk teruk.

Pegi klinik td pagi tak pasal2 akak kena amek darah 1 tube, suspect denggi. Mujur nan ado apa2..

Pahat pun tak kena ammek gas. Doc kata lung dia clear lagi. So kasik sabutamol jah.

iklan