Entry arini sempena kejap lagi nak pegi check up Pahat.
Pahat sekarang suka bercakap dengan langsir okeh. Kadang time malam seram pon ado tiba2 dia bercakap dengan langsir.
Mula2 baik je tangan kat dada.

Lama2 tu diahhh... isap jari. Ntah rasa coklat ke apa jari dia tuh. Yang akak geram tu time breastfeed pon sibuk nak masukkan jari dia. Motipppp?? Dia ingat jari dia tu setaraf kah dengan breast akak??

Ketawa mengekek time bapak dia agah semalam. Yang coklat2 tempat Pahat bersandar tu bukan kayu ye uollssss... Itu kaki Laki akak. Motippp akak mms gambar ni kat adik akak dia boleh tanya:' Yang coklat tu kerusi baru eh?'
Keji sangat soalan kan? Sentap tau.
Akak dah 3 hari okeh puasa cium Pahat. Sebab akak selsema+batuk kokol. Kang jangkit sia2 hidup akak.
Dah. Nak pegi klinik.
Cepat teka berat Pahat 4 bulan berapa. Hadiah misteri menanti anda!!


