Wednesday, February 9, 2011

Entry Paksaan..

Boleh gitu entry terpaksa katanya:

Nah! Happy 4th year birthday CD Owner!

Tuesday, February 8, 2011

My 4 months old son.

Arini Pahat 4 bulan. Yeay!!!!

Sekarang dia sungguh gedik sekali. Kalau tido siang bangun terus menjerit okeh. Tak ke gelabah tiba2 anak kau menjerit2.

Hobi dia sememangnya hisap jari. Tapi jari kiri jah. Ntah kidal ke apa ntah.

Pastu dia suka bercakap. Kepoh mcm akak agaknya. Kalau uolls agah2 dia boleh ketawa mcm kelakar sangat uolls buat lawak. Padahal waktu itu uolls sedang marah dia.

Meh la akak tepek gambo dia se das dua.

Abaikanla gambar separuh bogel tu ye uolls.. Tengah sediakan air nak mandi. So siap2 bukak seluar dia. Tu diah baju size 3-6months dah nampak pusat. Sebab aku baru beli baju tu chap pigeon, akak pose2 pakaikanla jugak, tak nak membazir kaedahnya.

eleh.... seksi apa kannn?? Ok la, asik gambar lucah Pahat je akak letak. Ni akak letak gambar senonoh sikit.Ha ni rompers chap oshkosh size 6months. Kalau pakai chap carters size 6 month kenapa ntah mcm fit sangat. Kalau size ANAKKU pon mcm kecik. Apesal ntah. Dari akak membazir beli baju kecik2, akak beli baju saiz 6 bulan and setahun terus... Boleh pakai lama sikit.

Kedekut punya mak kann??

Pahat nih kadang2 aka tengok comel. Kadang2 tak... **matila emak mcm ni pon ada.

Dah! akak nak sambung batuk. **cough! cough!

Baby belum 2 bulan dah bagi makan...

Entry mengumpat okeh.... Matila kau nurakah sangatsss!

Akak balik kampung aritu kannn.. Akak ipar Mohd Rafi kan baru bersalin bulan 12 aritu. Anak dia dalam sebulan lebih la macam tuh.. Tup..tup akak tengok dia kasik anak dia makan uolllssss....

Dia kasik biskut baby tu haa..

Akak nak pitam kejap. Akak tanya dia kata anak dia dok nanges je. So bila dia sumbat makanan anak dia diam. So dia feeling2 buat kesimpulan anak dia tak kenyang breastfeed. so dia sumbat makanan.

Padahal anak dia bukannya nanges sepanjang masa mcm anak adik akak Tipot tuh. Biasa la kan baby nanges eventhough dia dah BF kan dia.

Pastu time anak dia still BF (masa belum bagi kasik makan masa tu), anak dia tak berak 2 hari dia bawak pegi jumpa Doctor. Doctor tu bengong pegi kasik ubat bontot kasik baby tu berak. Pastu akak cakap la kalau BF 2 hari tak berak tu tak perlu risau. Sebab dia serap susu tu..

Tapi akak nan ado la cakap lebih2.. nanti dia cakap kang anak baru satu dah sibuk sedangkan anak dia dah 3 uollss...

Akak tengok documentary semalam, solid food shpuld be introduce later to baby until intestine(ke hape lupa) ready. Pastu susu kena introduce after 1 year. Peanut, egg and fish kena introduce after 2 years. Sebabnya???

To prevent atopy..

Apa itteww atopy??? Carik sendiri kat guugle..

Kesian la hai baby belum 2 bulan pon dah kasik makan.. Menyeksa betul kan..kan??

Monday, February 7, 2011

Congratulation Ciktari!

Akak ingin mengucapkan tahniah ke atas CIKTARI kerana melangsungkan perkahwinan semalam.

Iolls pegi okeh uolls punya wedding tapi cuma pose2 ditepi-makan dan balik. Tak sempat beramah mesra. Tapi sempat sign guessbook. Boleh la kann???

Arini akak MC. Akak hantar Pahat pegi rumah babysitter. Kang jangkit selsema dgn aku sia2 je.

Tapi lepas pegi klinik Mohd Rafi telah mengheret akak pegi kedai motor padahal akak nak balik rehat2 dirumah sajork.

Dia cakap 'Duduk rumah nak buat apa?'

Aiyohhhh... akak nak balik makan ubat bagai. Tapi tiba2 tak sedar diri sampai ke KL pulak..

Dah la. Malas nak update pulak. Nak basuh kain.

Sunday, February 6, 2011

Having flu while BF. What should I do..

Akak selsema+demam uollss..

Takut jugak jangkit kat Pahat.

Mula2 ingat x nak kasik BF takut aku terbersin kang masa BF terus terjangkit.

Tapi kesian pulak nak bagi botol.

So, akak makan paracetamol sebijik dan juga panadol soluble sebijik.

Boleh ke makan soluble uollss?? Paracetamol tu akak tau memang boleh makan while BF, soluble tu tak sure. Soluble contain 500g acetaminophen.

Akak doa2 Farhat tak jangkit.

iklan