Tuesday, November 30, 2010

hoy...hoy...Tak sempat

Uolllss... sekarang nih kalau kena jaga Farhat sorang2 memang tak sempat buat keje lain. Kena harapkan Mohd Rafi jaga dia baru akak sempat masak bagai.

Sebab dia semakin gedik tak nak tido siang sangat. Pastu malam pukul 10 baru tido.

Kalau ada masa sentuh laptop pon time Mohd Rafi xde motor nak betulkan. so gilir2 jaga dia. Kalau tak nanti tinggalkan kejap je dah melalak.

Cemana agaknya orang yang ada anak ramai kecik2 semua tuh. Pengsan!!

Cemana agaknya orang jaga anak twin uollsss?? Baru sorang ni dah bergaduh jaga.. haha..

Baru bukak matlab kejap dah bukak mata Farhatnya.. kena selalu duduk depan dia tepuk2 dodoikan dia time tido.

Ada sekali tu time Mohd Rafi takde akak dah pose2 tidokan dia, pastu feeling2 pegi mandi kejap. Tengok2 dia dah meraung dengan muka merahnya.

Ada sekali akak dah penat sangat+pening, akak biarkan je dia nanges. Pastu ayah dia amek pujuk2.. So cemana tuh nak jadi ibu yang baik???

Last skali,

untuk uncle CD Owner:

Baju kau beli kat Sogo. Dah muat okeh walaupun size 3-6 month. Doraemon gitu... nasib baik xde baju naruto ke one piece.

Ni time dia mengeliat. Dengan kaki2 sekali angkat.

Nih akak nak tanya mommies yang baca blog nih: anak korang ado tak time tido mengeliat2 sambil mulut bising setiap 5 minit. Nak berat pun mengeliat2 jugak tapi nan ado berak. Kadang2 siap menjerit nanges nak berak punya pasal??
Cemana nak bagi kurang uollss dia mengeliat2 mcm tuh??
Sejak lahir dia mcm tuh. Kesian tengok dia uollss...

Monday, November 29, 2010

Baby expo @ Midvalley..

okeh. Mula2, sila tukarkan blog nih kepada kategori emak2... Serious akak dah nan ado cerita nak diblogkan melainkan pasal anak akak tu yang nan ado la comel mana cuma ayah dia je yang kata anak dia comel.. Boleh gitu??

Pegi Midvalley ya ampunnnnn ramainya manusia. Lepas tu ada pulak 2 orang manusia yang lupa nak check kat mana baby expo tu berada. Pegi centre court xde, south court xde pastu north court pun xde.. Last2 pegi information counter, rupanya kat exibition hall tingkat 3.

Dah la tu, time nak makan pose2 carik tempat yang tak perlu beratur kat luar tunggu meja kosong. Serious weh semua restaurant ramai org beratur kat luar. So, masuk kenny rogers. Dalam tuh panas. Farhat mengamuk. Cobaan menyusu dikhalayak ramai adelah gagal sebab akak tak reti nak menggayakan shawl nak tutup.

Pastu tingkat bawah nan ado baby feeding room. Pose2 pegi surau tapi ya ampunn ramai org jugak. Naik tingkat atas kat dalam jusco, ada 2 feeding room tapi ke tiga2nya ada org. So menyusukan Farhat kat bilik tempat bersolek tu jah. Bila feeding room tu available pindah situ pulak. Sampai dia tertido.

Baby expo tu memang ya ampunnn ramai orang nak jalan pun susah tambah pulak dengan stroller yang menambah kesesakannya..

Kitorang beli rompers 2, kasut dan jugak stroller. Mohd Rafi insist nak beli stroller sbb dia dah tak larat nak dukung Farhat dah. Aritu masa sale MYdear baby ada stroller murah chantek akak nak beli dia berlagak tak nak.
So beli stroller murahan chap sweet cherry jah.

Terus pose2 bagi Farhat pakai romper tersebut. Sepatutnya 'Smart like mommy' lah kannn??

Apsal makin gelap nih Farhat???? Kenapa x nak putih mcm ibu?? why???why????

Romper tersebut size 3-6month. Sorryla ye, new born punya baju memang dah tak muat. Skrg ni dia dah boleh muat baju 3 month.

Oklah..tetiba cerita mati disitu sbb akak nak tido. Bye.

Friday, November 26, 2010

Obsession Mat Rapi...

Mohd Rafi sekarang obsess dengan anak dia..

Tengok Farhat lama2 sambil senyum2 pastu gelak2... Motippp kan?? Yang paling penting FB dia berlambak2 gambar Farhat dia upload. Profile picture pon letak gambar Farhat. Gambar akak adoooo??? Sekeping pon nan hado dalam FB dia. Tension tak kau??

Arini pagi n petang dia mandikan Farhat.

Kalau Farhat bangun pagi emak dia memang malas nak bangun, so Mohd Rafi tukang amek Farhat dodoi2 kasik tido balik... Which is selalunya jangan harap dia nak tido balik maka emak dia kena bangun jugak.

Time Farhat kadang2 susah nak tido, akak pass ke Mohd Rafi suruh dodoikan.. Boleh gituu??

Tadi pegi opis lepas semayang jumaat, tinggalkan Mohd Rafi dengan Farhat kat rumah.
Risau jugak la kan kot2 Farhat meraung ke hape...

Bila balik tengok sedap jek sikecik tu tido sambil ayah dia layan FB.

Ok. lagi 2 minggu aku naik keje dan boleh tinggalkan Farhat dengan ayah dia. Jimat duet aku dari antar ke Nusery.

Nenek Farhat dah balik johor hari rabu tu yang akak kelam kabut sket. Baru je ingat dapat bersenang lenang lama sikit. Hahaha...

Wednesday, November 24, 2010

Badan selepas berpantang...

Taraaa!!!! Dah lama akak tak letak gambar akak syok sendiri kannn??

Sambil pegang budak gedik tengah tido.. Time nak jalan time tuh dia tido..

Jeans tu before pregnant akak pakai longgar uolls.. Tak pernah muat okeh. Size 28. Motippp lepas bersalin baru muat2 pakai..

Mujur la akak tak feeling2 let go atau kecikkan seluar tuh. Ada jugak seluar untuk berjalan2 selepas pantang.

Okeh. Akak insaf kejap.

Akak pantang, cuma 5 6 hari jah pakai bengkung. Sbb susah lah nak bergerak nak breasfeedkan Farhat. Param pilis tapel tuh semua akak pakai time mak bidan datang urut jah... Time2 lain hadoooo?? Mak akak paksa pakai pon nan ado..

Rasainnn perut buncit tak hilang lagi nih..

p/s : Akak insaf. Esok akak pose2 buat sit up 20kali lepas bangun tido.

Tuesday, November 23, 2010

Adekah normal tido baby?

Budak yang makin debab....Sekarang kuat pulak tido...

Ini adelah anak akak aku yang sulung. Tengah cuti skolah so dia ikut mak aku datang rumah aku nih. Time malam2 dia sibuk bentang tilam sebelah Farhat nak tido sebelah Farhat katanya..
Time lepas mandi dia sapu bedak banyak2 kat pipi Farhat sebab dia nak cium.. Boleh gituuu..

Tapi tu bukan soalan akak...

Soalan akak ialah:

Sekarang ni kan time malam anak akak dah kurang bangun menyusu. Kadang2 tu kalau tak kejut bangun dia boleh tido one whole night tanpa menyusu. Dia baru nak masuk 7 minggu uollsss.. Normal kah? Time span dia nak menyusu waktu sianng pun dah jadi 3 jam kadang2. Tapi sebab akak takut anak akak jadi kurus akak sumbat jah susu 2 jam sekali. Normal ke uolls? Ke akak tak patut sumbat susu 2 jam skali waktu malam nak kena tunggu dia mintak jugak??

iklan