Showing posts with label Pantang. Show all posts
Showing posts with label Pantang. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Badan selepas berpantang...

Taraaa!!!! Dah lama akak tak letak gambar akak syok sendiri kannn??

Sambil pegang budak gedik tengah tido.. Time nak jalan time tuh dia tido..

Jeans tu before pregnant akak pakai longgar uolls.. Tak pernah muat okeh. Size 28. Motippp lepas bersalin baru muat2 pakai..

Mujur la akak tak feeling2 let go atau kecikkan seluar tuh. Ada jugak seluar untuk berjalan2 selepas pantang.

Okeh. Akak insaf kejap.

Akak pantang, cuma 5 6 hari jah pakai bengkung. Sbb susah lah nak bergerak nak breasfeedkan Farhat. Param pilis tapel tuh semua akak pakai time mak bidan datang urut jah... Time2 lain hadoooo?? Mak akak paksa pakai pon nan ado..

Rasainnn perut buncit tak hilang lagi nih..

p/s : Akak insaf. Esok akak pose2 buat sit up 20kali lepas bangun tido.

Friday, November 12, 2010

Sebulan check-up bersama ayah..

Hari ni sebenarnya Farhat dah 35 hari. Tapi baru pegi check up sebulan hari ni sbb klinik ptjy nih khas untuk bayi sebulan adelah hari jumaat.

Farhat ayah dia pegang sbb mak dia very busy kena amek air kencing lah, HB lah..

Berat Farhat : 4.6kg
Panjang : 58cm... Nurse cakap anak akak panjang uollss sbb kat progress dia tuh dia dah lompat satu line.

Berat emak dia : 51.5kg... berat before pregnant adelah 48kg... Hasil dari makan bertan-tan.. helllooo breastfeeding lapar tau..
Eh, akak suka okeh berat skrg nih. Tapi yang sedihnya tuh memang tinggal harapan nak muat jeans2 akak tuh.
Kemeja pon dah x muat harap maklum ketat kat dada.. Hahaha..

Lupa lak.. time cucuk tuh akak x tengok. Sebab akak kena pegi jumpa Doctor buncang pasal perangan keluarga gituu.. So, akak pass kat Mohd Rafi pegi hantar anak cucuk.

Mohd Rafi kata dia nanges kejap je. Harap2 tak demam lah yek..

Lupa lak.. Doc kata HB akak low.. Pengsan!! Memanjang low je kannn??
Blood pressure pun low.. 82/60... Sbb tak cukup tido kah???

Pastu, akak mintak perancang yang injek tuh theyolls kata nanti second child susah nak dapat.

So, skrg nih kena on pills jah chap Noriday tuh sbb period akak susah nak predict bila and akak breastfeeding..

Tapi akak pose2 nak inject jugak lah uollss... Howwww????

Sunday, March 29, 2009

Apa yang anda lakukan??

Semalam aku pegi sini ;


Tak la... bukan pegi kolej segi, tapi pegi Subang la.. Ntah kenapa aku amek gambar kolej segi ntah, sbb ianya terletak di Subang kot...

Dan apa lagi yang terletak di Subang??

Ya.... Jalan jam dan juga traffic light 10 meter satu.. kan Aisar kannn???

Menyampah gila.

Apekah yang aku buat untuk EARTH HOUR??

Ha ah...sebab bosan nak mampus dan pukul 8.30 xde siaran, Aku tido pukul 8 malam pukul 4 am nih baru bangun.. lagipon aku kan keluar darah nifas, x perlu sembahyang.. mmgla bantai tido x ingat dunia..

Lagipon aku bengan dgn maxis, time ujan je 'NO NETWORK', nak connect internet x bleh, nak msg x boleh, nak call pon x boleh.. so, lebih baik aku tido...

Thursday, March 26, 2009

The 14th day

Ye... akak x abes pantang lagi... Darah nifas pon x habis keluar lagi..


Tapi... akak dah ke sana ke mari , dah drive ntah ke mana2 pon... Makan pon ikut suka hati akak nak makan ke tak.. boleh gitu...?


Bukan ape uollss... akak pantang sorang2 kat rumah nih.. Mohd Rafi dah balik JB. Adik akak Temok tetiba dapat keje kat Subang. So, dia x boleh la nak jaga akak..


Jadi, akak sorang2 je.. Tu pon masa Mohd Rafi nak balik Jb akak nanges mcm Mohd Rafi nak tinggalkan akak 10 tahun. So, dia amek masa pujuk akak dulu..


Akak sedih la duduk sorang2 kat rumah. Dah la maxis sangat hanjeng 2 3 hari nih..

Tiap kali aku jumpa orang, mesti diorg tanya, 'eh, ko ni dah sihat ke?'

Auntie siap marah lagi akak boleh jalan2 gi rumah dia. Pastu x pakai stokin. Dia suruh akak paka stokin. Kawan Mohd Rafi siap kagum akak dah boleh drive lepas seminggu. Dia cakap, masa dia pantang, mak dia larang jejak tanah 40 hari. Lepas abes pantang baru keluar rumah..


Orang kata, effectnya bukan skrg tapi nanti bila dah umur 40. Betul ke??

Akak xde choice uollsss... sbb akak ada master research nak kena siapkan dan akak duduk sorang. Kalau uolls berpantang nanti, sila pantang betul2 okeh?

Friday, March 20, 2009

The price you need to pay..

Ok. Dah OK. Dah Boleh menerima kenyataan.

Akak ada satu masalah ni uollss...

Yang Pertama : Perut akak buncit x nak kempis2 pon. Puas akak bertungku pagi petang siang malam. Makan jamu la.. Losyen Mustajab.. Tapi x kempis pon uollss... Akak risau ni uolllss.. Nnt la lepas 40 hari akak buat sit up hari2..

Yang Kedua : Bosan gila okeh kena duduk rumah je. Jalan x boleh laju2. Nak buat keje berat2 x boleh takut rahim jatuh. So, kena duduk je.. pastu baring je... Sampai kepala akak sakit2 sbb asik tido je.. Kalau berpantang ada baby boleh jugak layan2 baby ke ape ke..

Bosan gila cerita indon pon aku bantai tengok..

Weh, apsal ashraf sinclair speaking dah mcm indon?? Kalau akak ada anak nnt, akak nak anak akak muka ala2 ashraf gitu....

OiaM tahun ni mcm x best sangat. Sape? Tomok??.. American Idol best!

Wednesday, March 18, 2009

Pantang hari ke 6

dah 2 hari aku demam. Semalam demam2 pon aku gigih jugak pegi makhamah. Tapi x masuk pun. Tunggu kat luar je. Mak, akak aku n Temok yang masuk. Hukuman pun dah jatuh.

Next 3 years aku bakal berulang alik ke jerantut setiap 4 bulan.

Bila aku fikir2 balik, betul jugak cakap fiza, dugaan aku ni banyak betul dari dulu. Cuma aku buat fikir x fikir je. Kalau aku fikir sangat nanti dapat penyakit kemurungan pulak.

Aritu aku tido ngigau meraung-raung. mohd Rafi terkejut. Terus kejut aku.
'Sayang.. U ngigau ke?'
Aku tengok muka dia terus tido balik. Esoknya dia tanya aku lagi kenapa.

mak aku suruh pegi berurut sbb aku asik sakit2 je pastu asik kencing. Mak aku suruh urut dgn Bini pakcik syawal. Sakit nak mampus urut dgn dia. Temok pon x sanggup. Aku x nak, so aku cadangkan pegi dgn cik zarah sbb dia urut slow je. Dulu pon aku pernah urut sengkak rahim dgn dia..

Kat rumah ni mcm2 mak aku beli. Param untuk sapu seluruh badan. Jamu serapat. Air Gamat yamg masin nak mampus. Madu. Aku cuma beli tungku herba Leesa Formula. Sbb aku malas nak ulang alik ke dapur, aku panaskan guna iron steam je.

Mak aku marah. Aku asik berjalan2 kedapur ke depan. Takut bentan. Tapi aku rasa aku dah sihat. Tapi nak duduk bersila pon x boleh lagi. Mak aku x bagi. Dia kata orang dulu time pantang mak dia ikat kaki x bagi terkangkang.. Ngeri kan?

iklan