Monday, November 29, 2010

Baby expo @ Midvalley..

okeh. Mula2, sila tukarkan blog nih kepada kategori emak2... Serious akak dah nan ado cerita nak diblogkan melainkan pasal anak akak tu yang nan ado la comel mana cuma ayah dia je yang kata anak dia comel.. Boleh gitu??

Pegi Midvalley ya ampunnnnn ramainya manusia. Lepas tu ada pulak 2 orang manusia yang lupa nak check kat mana baby expo tu berada. Pegi centre court xde, south court xde pastu north court pun xde.. Last2 pegi information counter, rupanya kat exibition hall tingkat 3.

Dah la tu, time nak makan pose2 carik tempat yang tak perlu beratur kat luar tunggu meja kosong. Serious weh semua restaurant ramai org beratur kat luar. So, masuk kenny rogers. Dalam tuh panas. Farhat mengamuk. Cobaan menyusu dikhalayak ramai adelah gagal sebab akak tak reti nak menggayakan shawl nak tutup.

Pastu tingkat bawah nan ado baby feeding room. Pose2 pegi surau tapi ya ampunn ramai org jugak. Naik tingkat atas kat dalam jusco, ada 2 feeding room tapi ke tiga2nya ada org. So menyusukan Farhat kat bilik tempat bersolek tu jah. Bila feeding room tu available pindah situ pulak. Sampai dia tertido.

Baby expo tu memang ya ampunnn ramai orang nak jalan pun susah tambah pulak dengan stroller yang menambah kesesakannya..

Kitorang beli rompers 2, kasut dan jugak stroller. Mohd Rafi insist nak beli stroller sbb dia dah tak larat nak dukung Farhat dah. Aritu masa sale MYdear baby ada stroller murah chantek akak nak beli dia berlagak tak nak.
So beli stroller murahan chap sweet cherry jah.

Terus pose2 bagi Farhat pakai romper tersebut. Sepatutnya 'Smart like mommy' lah kannn??

Apsal makin gelap nih Farhat???? Kenapa x nak putih mcm ibu?? why???why????

Romper tersebut size 3-6month. Sorryla ye, new born punya baju memang dah tak muat. Skrg ni dia dah boleh muat baju 3 month.

Oklah..tetiba cerita mati disitu sbb akak nak tido. Bye.

Friday, November 26, 2010

Obsession Mat Rapi...

Mohd Rafi sekarang obsess dengan anak dia..

Tengok Farhat lama2 sambil senyum2 pastu gelak2... Motippp kan?? Yang paling penting FB dia berlambak2 gambar Farhat dia upload. Profile picture pon letak gambar Farhat. Gambar akak adoooo??? Sekeping pon nan hado dalam FB dia. Tension tak kau??

Arini pagi n petang dia mandikan Farhat.

Kalau Farhat bangun pagi emak dia memang malas nak bangun, so Mohd Rafi tukang amek Farhat dodoi2 kasik tido balik... Which is selalunya jangan harap dia nak tido balik maka emak dia kena bangun jugak.

Time Farhat kadang2 susah nak tido, akak pass ke Mohd Rafi suruh dodoikan.. Boleh gituu??

Tadi pegi opis lepas semayang jumaat, tinggalkan Mohd Rafi dengan Farhat kat rumah.
Risau jugak la kan kot2 Farhat meraung ke hape...

Bila balik tengok sedap jek sikecik tu tido sambil ayah dia layan FB.

Ok. lagi 2 minggu aku naik keje dan boleh tinggalkan Farhat dengan ayah dia. Jimat duet aku dari antar ke Nusery.

Nenek Farhat dah balik johor hari rabu tu yang akak kelam kabut sket. Baru je ingat dapat bersenang lenang lama sikit. Hahaha...

Wednesday, November 24, 2010

Badan selepas berpantang...

Taraaa!!!! Dah lama akak tak letak gambar akak syok sendiri kannn??

Sambil pegang budak gedik tengah tido.. Time nak jalan time tuh dia tido..

Jeans tu before pregnant akak pakai longgar uolls.. Tak pernah muat okeh. Size 28. Motippp lepas bersalin baru muat2 pakai..

Mujur la akak tak feeling2 let go atau kecikkan seluar tuh. Ada jugak seluar untuk berjalan2 selepas pantang.

Okeh. Akak insaf kejap.

Akak pantang, cuma 5 6 hari jah pakai bengkung. Sbb susah lah nak bergerak nak breasfeedkan Farhat. Param pilis tapel tuh semua akak pakai time mak bidan datang urut jah... Time2 lain hadoooo?? Mak akak paksa pakai pon nan ado..

Rasainnn perut buncit tak hilang lagi nih..

p/s : Akak insaf. Esok akak pose2 buat sit up 20kali lepas bangun tido.

Tuesday, November 23, 2010

Adekah normal tido baby?

Budak yang makin debab....Sekarang kuat pulak tido...

Ini adelah anak akak aku yang sulung. Tengah cuti skolah so dia ikut mak aku datang rumah aku nih. Time malam2 dia sibuk bentang tilam sebelah Farhat nak tido sebelah Farhat katanya..
Time lepas mandi dia sapu bedak banyak2 kat pipi Farhat sebab dia nak cium.. Boleh gituuu..

Tapi tu bukan soalan akak...

Soalan akak ialah:

Sekarang ni kan time malam anak akak dah kurang bangun menyusu. Kadang2 tu kalau tak kejut bangun dia boleh tido one whole night tanpa menyusu. Dia baru nak masuk 7 minggu uollsss.. Normal kah? Time span dia nak menyusu waktu sianng pun dah jadi 3 jam kadang2. Tapi sebab akak takut anak akak jadi kurus akak sumbat jah susu 2 jam sekali. Normal ke uolls? Ke akak tak patut sumbat susu 2 jam skali waktu malam nak kena tunggu dia mintak jugak??

Sunday, November 21, 2010

One thousand expression... Priceless!!

Muka sedang BF. Mata melilau.

Mak aku ada kat sini. So mommy Farhat ada banyak masa terluang.... Hahaha..

Kalau mak ada bermaksud tak payah masak, tak payah basuh baju, tak payah kemas rumah, tak payah buat keje2 rumah..

Yang buat cume breastfeed dan jaga baby..

Legaaaaaaaaaaa sikit.......

So Farhat tengah tido nih, emak dia boleh berblogging okeh.. Sejak ada anak nih hari2 amek gambo anak sampai memory space henpon penuh dengan gambar2 syok sendiri anak aku paling cumel dalam dunia.. Kau adoooo mcm tuh??? Ado kannn?? Akak tau uolls yang ada baby pon mcm akak jugak...

Jom saksikan gambar2 Farhat terbaru.... **matila kau ingat anak kau artis ado gambar terbaru bagai???

Nih hobi masa lapang dia.. Memuncungkan molot. Masa nih akak rasa syok sendiri muka dia mcm muka akak.. Kan...kan...kannnn???


Rambut depan dia tak mau tumbuh okeh. Rambut belakang je tumbuh. Howww?? Adekah sebab mak mengutuk rambut cik Sha time mak pregnant??? Ampun nyah!!

Hobi dia yang lain ialah mengembangkan hidung. Jangan jeles dengan dagu berlapis dia. sama mcm perut emak dia yang berlapis nih... **ada orang suruh tak pakai bengkong? Time insaf jah pakai... Kannn Cik Lee kannn??? Time insaf jah diet..Kannnn??

Last skali muka berkerut nak berak... Bolehhh??
Muka nak berak pon akak rasa cumel.. Howwww??? Kau adoooooo????

Milestone : Kadang2 susah nak tido siang menyebabkan emak dia susah nak buat keje. Kecuali time Mohd Rafi xde keje, dia la kena jaga Farhat sementara akak kelam kabut masak bagai.
Tido malam dah tak bangun malam menyusu sangat. Tapi akak tetap sumbat susu 2 jam sekali. Itupon kejap je dia menyusu.
Hasil EBM sekarang meriah. Tapi sayang, fridge kecik. Bersyukur dengan apa yang ada.
Kawan akak lagi gigih, dah la pakai pump manual, fridge pon kecik jah mcm akak. Tapi boleh je dia breastfeed kan anak dia sampai sekarang dah 9 bulan pun..

Yang penting niat uollssss.......Kannn??

iklan