Tuesday, August 24, 2010

Keadaan perut.

Gambar terkini bersama perut 8 bulan.. Besar dah weh perut akak!!
Camera very the low quality kannnn???

Aiyohh...akak x beli lagi breastpump nih.. Tunggu budget lebih datang bergolek.. Boleh ke mcm tuh??

Akak adelah dalam keadaan tak kuasa nak bermesra atau berguling2 dgn Mohd Rafi. Boleh tak akak suruh dia tunggu sampai akak abes bersalin sebab akak takde Mood??? Boleh tak uollsss????

Boss telah menyuruh akak menyerahkan satu subject yang akak ajar iaitu Electronics Devices kepada orang lain sebagai langkah2 berjaga2 sekiranya akak terberanak awal gituuuu..
Tapi sedih jugak la nak bagi subject tu kat orang lain sbb I kind of feel attach to student kaedahnya sbb last sem pon akak mengajar diorang jugak..
Sebab ke 2 ialah, student2 ittew adelah contributor suara kepada project akak. Since Supervisor akak suh amek suara student chinese.. So susah la sikit nak record suara diorang sbb akak ingat nak buat after class je senang.

Esok gaji... Masa untuk membayar bil dan bank!

Monday, August 23, 2010

Check Up Hospital pulak..

Pengsan akak arini uollss... Check up kat hospital pulak..

Kenapa ntah setiap kali pegi hospital mesti penat gila sampai balik tu dah x mampu nak berjalan. Boleh tak macam tu?

HB akak maseh LOW... from 7.5 to 8.7. Adelah jugak peningkatan. Tapi Doc tu kata ok lagi. Dia suruh continue makan ferrous fumarate tuh double dose.

Next appointment 20/9. Disebabkan hospital punya check up sebulan sekali, akak tetap kena continue check up kat klinik biasa jugak sebab sekarang ni dah 8 bulan..

Penat la uollss check up kat Hospital.. Penat tunggu bukan penat apa....

Balik dari hospital terus melepek tido tak bangun2 mcm pengsan. Bolehhh??

Nasib baik akak x buka puasa..

Lagipon sekarang nih akak ada perangai Keji iaitu:

Susah gila nak bukak mata bangun kalau dah tido. Kuat membuta. Dan juga tak boleh berdiri lama. Pastu keje meneguk air sejuk sampai bergelen-gelen bila buka.

Skrang nih dah jadi terbalik pulak.. Selalu akak yang tukang kejut Mohd Rafi bangun. Sekarang nih Mohd Rafi yang kena kejut akak bersungguh2 baru akak bangun. Howwww??

Tutorial pon akak siap2 tulis atas tranparency pastu guna OHP je dalam class.. Sbb x larat la kan nak diri lama2...



Mak aku pulak asik telepon tanya ok ke puasa.. Siap pesan kalau tak larat puasa buka je.. Tapi akak mcm tak sampai hati lak nak buka walaupon dah melepek berbaring di sofa je kejenya.. Mcm rugi jah nak ganti2 nih uollss.. Kang tak terganti2 jugak next year nanti kena bayar fidyah pulak..

Nasib baik la buat kueh duduk bukan berdiri. InsyaAllah, minggu nih dah start edarkan kueh orang order.

p/s BA and Cik chelsea bila2 nak amek kuih roger je lah.
p/s/s : BA sebelum raya aku kena pi Jerantot lagi amek adik aku baik ittew tu cuti raya 10 hari..

Friday, August 20, 2010

Lupa! Satu step kat resepi..

Jangan maki akak uollsss...

Lupa lak.. kat bubur lambuk tu, lepas masukkan ayam yang dah ditumis bersama ketumbar jintan tu..
Masukkan santan.

SANTAN okeh..

Sekian..

@32 weeks / 8 bulan..

What??? 8 bulan???

Hari nih ada appointment amek darah kat Hosp Serdang.

Lepas amek darah pegi check up kat klinik. Setelah gagal pegi selasa dan rabu sbb orang ramai gila kat klinik uollss.. Akak koser lah nak tunggu lama2 kaedahnya..

Arini best gila. Kat Klinik mesra tu ada 2 orang patient jahh.. Tak payah tunggu lama2..

So, hasil check up:

Berat ibu : 57.5 - Naik 1kg.

Berat baby : 2.2kg - Doc kata baby akak besar. Pengsan akak nak meneran nanti.

Kepala dia dah turun bawah. Doc kata dah ketat. Apa maksudnya nan ado akak tau.

Tinggi rahim : 32

Air ketuban : OK.

Isnin nih check up kat Hospital Serdang pulak.. Aih.. dua2 check up kena pegi. Rasainnnnn gara2 HB low.

- Akak masih puasa okeh sampai ke hari nih. Tak berniat nak ponteng pon walaupon kadang2 badan lembik je rasa. Lagipon Doc kata ok je puasa sbb jantung baby ok.

- Hobi sekarang kat opis adelah petang2 suka membuta. Howw?? Akak tak tau la, asal lepas zuhur tu je mata mcm gam... Keji tak???

- So far jugak tak pernah lagi beli lauk kat luar. Paling2 pon beli kuih atau murtabak je lah.

- Arini nak masak sambal goreng jawa.. Sedapnya....!

Thursday, August 19, 2010

Resepi : Bubur Lambuk..

Akak penat arinih. Dapat parking jauh. Penat jalan uolllsss.....

Okeh. Resepi bubur lambuk:

1. Masak bubur nasi mcm biasa.

2. Tumbuk bawang merah, garlic, ketumbar, jintan manis, black pepper. Potong ayam atau daging kecil2. Atau potong dadu. Tumis bahan2 tumbuk tadi. Masukkan ayam atau daging. Kacau sampai hampir masak. >Jangan letak air!

3. Masukkan ayam@ daging yang sudah di tumis kedalam bubur tadi. Kacau sebati. Masukkan garam.

4. Masukkan carrot yang dipotong dadu, daun bawang, celery, kobis bunga dan yang sewaktu dengannya.. Suka hati la koraang nak letak apa.

5. Masukkan kacang goreng, bawang goreng dan suka hati uolls nak masukkan apa lagi.

6. Masukkan garam secukup rasa. Bila bubur dah masak tutup api....**motippp ni pon nak ajar??

Tu je... senang dan sedap!


Ok. Bye. Akak kena pegi taklimat ape ntah kat Bangunan pentadbiran. Itu pon kalau ada parking. Kalau nan ado akak x pegi lah.

iklan