Wednesday, August 4, 2010

Orang yang ada duit tak sedar diri..

Siapakah orang itttew uolllsss???

Akak lah!!

Tapi x de lah akak shopping sakan pon. Akak pose2 beli botol susu chap First Year. Set bantal. Strecth mark lotion yg dah abes. (murah pulak kat Manjaku Bangi nih).

Pastu akak pose2 beli pad Poise untuk urine leak tu kan. Ingatkan nipis mcm pantyliner. Tapi tebal mcm pad. Cancel lah nak pakai..

Pastu pegi singgah kedai MUM"S DREAM kat bangi tu kan. Ingatkan best rupanya tak best. Jual baju pregnant (Tapi x chantek).. Scarlet jugak yang best dan murah.

Pastu akak belikan tudung mak akak dan mak mertua akak sempena raya ni kan. Tak terkecuali tudung akak.

Beli kat butik RATU yang baru bukak kat Bangi tuh. Ada 30% off. Pastu kalau ada member card dapat extra 10% off. Pastu lagi kalau beli items yang tak sale lebih RM100 dapat free tudung 1.

So, akak pose2 beli tudung yang RM30++ sajork cukupkan RM100 pastu dapat tudung free.

All in all, 1 tudung berharga RM25 sajork.

Akak sukalah tudung ratu nih. Nampak terletak chantek je bila pakai. Yela uolls sebelum ni kan akak Ratu tudung 10 hengget, merasa la awning kadang2 senget2. Pastu bila pakai muka nampak gemok.

Tapi sekrang nih akak nak feeling2 chantek bila pakai tudung RATU..

p/s : Sale sampai 8/8 sajork.. Tapi salegirl tu cakap maybe will be extended sampai raya.

Nak beli tudung ARIANI ke MUNAWARAH ke nan ado lah mampu.. RATU pon ok la uolllsss..

Nanti akak letak gambar yek.

Tuesday, August 3, 2010

Last day! Last day!

Arinih last day puasa ganti... X pernah dibuat akak puasa ganti last2 minit nih uollsss...

Selalu 2 3 bulan sebelum dah abes ganti dah.. Nak cemana, accident can happened anytime anywhere.. ahaks.

Akak pon tak sangka due date adelah sama mcm masa pregnant last year. Yang time miscarriage tuh. Maksudnya tarikh period akak adelah sama la kan mcm last year??

Akak ingat tadi pagi akak punya Tutorial dah siap. Sekali jah petang tuh baru dpt soalan baru. Nasib baik soalan senang jeh. Kalau student tak reti buat tak tau la uolllss..

Mohd Rafi kan potong rambut kan.. Perjanjian akak dengan dia kan kalau dia potong rambut, akak pon kena potong rambut jugak.

Pastu uollss... akak ingat dia lupa, tapi dia ingatkan pulak aritu. Bolehhhh??

Alasan dia sebab dia risau Nurse kat Hospital terperanjat tengok rambut kembang akak. Keji tak???

So, akak janji dengan dia sebelum bersalin akak potong.
Tapi akak cakap lagi : 'Kalau tak kembang tak payah potong eh?'

Dia jawab , 'Takde maknanya rambut u tu tak kembang'

Keji la tu kan?? Akak baru pose2 nak biar rambut panjang sikit. Dah la rambut akak lambat paanjang..

Esok atau lusa Mohd Rafi datang. Pastu weekend nak balik kampung nak amek oven lagi satu yang aku beli letak kat rumah mak aku. Dan juga nak amek barut, bedung n bengkung yg dah siap jahit aku tinggal. Dan yang paling penting nak makan rambutan banyak2..!

p/s : Tak rasa lapar pon puasa arinih. Lepas sahur td terus buat kuih tart orang order nak hari rabu nih. Pastu tertido kt sofa. Merasa datang opis lambat. Hahaha..

Monday, August 2, 2010

Recently......

Pakai baju empire cut nih baru la nampak besar perut aku. Kalau tak, pegi klinik ada org tanya baru 5 bulan ke??

Aku tgh konfius kalau perah susu kat opis nak simpan kat mana? Ada sesapa boleh tolong jawab.
Nak pegi antenatal class malas la sangat kan?

Tapi aritu sempat join kejap kat Hospital Serdang tu. Tapi mcm x best sangat.

Sekarang ni bila picit nipple nanti kuar susu. Kadang2 time tido pon boleh keluar sendiri. Pandai2 lagi picit kann??

Oklah. Nak pegi beli almond. Almond dah abes tapi ada org order lagi minggu nih. Pastu nak beli nenas plak buat jam nenas. Jam pon dah abes sbb aritu buat guna 2 setengah je.

Sesiapa yang tau sila lah jawab ye.. Akak tgh confuse pasal simpanan susu nih.

Sunday, August 1, 2010

29 weeks pregnant.

Baju kurung nih memang besar sikit sebab tu masih lagi muat. Baju lain semua dah ketat.

Minggu ni sempat menyiapkan 7 balang order kuih raya yang nak makan sebelum raya.

Alhamdulillah, i received good review so far from customer. Lagipon siapa yang nak order pon akak nasehatkan rasa dulu lah sebelum beli. Supaya tak menyesal uollls lepas beli.

Okeh. Nak sambung buat tart nenas. Bye..

Thursday, July 29, 2010

Hospital part 2

Ahaa.... akak baru balik dari pegi hospital lah..

Kau ado, datang pukul 10pg, pukul 3 ptg nih baru siap??

Ramai gila orang kat klinik O&G. Sampaikan Nurse2 kat situ cakap, Doctor2 dari tadi tak bangun2 dari tempat duduk diorang.

Pastu Masing2 akak tengok dah mcm2 pesen duduk. Yela.. sakit pinggang lah duduk lama2..

Keputusannya tak payah warded pon. Doc kata 28 minggu still early. Masih ada masa nak betulkan lagi. So dia bagi la 3 jenis vitamin. Pastu kena amek darah lagi.

Pastu scan. Dia kata baby ok. Berat 1.3kg.

Next appointment lagi 3 minggu, 2 hari sebelum kena datang situ dulu amek darah.

Akak pose2 pilih hari isnin utk appointment.. Gila ah, hari khamis ramai orang.. Tak larat dah nak tunggu.

wokeh. Esok terus cuti. Bolehhhhh???

P/s : So, akak open order kueh raya lagi.. hahaha...

iklan