Wednesday, June 30, 2010

Come Back : Ramai gila manusia di klinik.

Selepas minggu lepas akak frust kerana x dapat check up. Dan isnin n selasa akak mengabeskan cuti yang ada. Akak pose2 pegi check up arini puiler..

Ampunnnn ramai gila orang. Pukul 1 baru dpt turn itu pon setelah akak pegi basuh keter dulu. Siap pegi beli makanan bagai...
Doctor kata perut akak mcm kecik. Tapi bila scan dia kata ok. Saiz baby tu sekitar 24-25minggu.

Berat akak adelah naik 3.5kg!! Doc kata AGAK NAIK BANYAK JUGA. Hasil melantak selama sebulan.. Apa tidaknya kalau jumpa kawan2 akak nanti theyolls buat statement:

'Makanla banyak2, kau kan makan untuk 2 orang...'
Kalau Mohd Rafi call atau message perkara pertama dia tanya ' Dah makan ke belom?'

Harussla berat akak naik uollss...
Okeh hasil check up:
Tekanan Darah : 98/59Berat ibu : 54.5kg
Berat bayi : 871g
Scan : heartbeat ok. Buah pinggang baby x bengkak, dan lagi skali adelah 'boy'. Ukuran semua adelah ok.

Kena cucuk ATT lagi. Tapi kali ni dah x berapa sakit.

---------------------------------Sepanjang cuti akak berjaya menyiapkan selimut, 2 kain bedung, dan 8 helai barut baby.

Bengkung untuk akak mak akak dah jahitkan. Rumah mak mertua akak ada mesin jahit tepi so senang sikit nak jahit benda2 tu semua.

Bawah skali color biru adelah selimut (guna kain kapas), bedung color putih (kain cotton jenis ape ntah). Bengkung 6 meter kain color pink..hahaha (cotton jugak), barut tuh color biru stripe putih (cotton ape ntah tp yg lembut sikit).

Punyala gigih, dengan tali2 barut tu akak jahit uolllss.. Last2 akak pose2 malas pegi kedai beli sajork tali barut yang putih tu haa...

Tapi akak pose2 coomel sbb barut baby tu color biru stripe..

Comel tak uollssss???

Sekian, akak saket pinggang naik bas dr johor ke serdang.

Friday, June 25, 2010

Update lagi dan lagi..! @24 weeks.

Frust sbb x boleh check up arini. So akak tepek gambar perut hari ini lah yek. Cukup 24 minggu. Ticker tuh adelah lembab nak update pastu lambat sehari. Akak ikut kiraan doctor la uollss..

Gambar dalam opis lepas bangun tido...Opppppssss!! Ntah kenapa makan nasik lemak je mesti ngantok.

Diam kau Cik Lee dan Cik Sha. Mak tau uolls bakal nak cakap mak propah dan sememangnya suka tido... Haha.

Nak citer pasal world cup nih uolllsss... Akak pose2 message Mohd Rafi bagitau akak sokong Portugal sbb Ronaldo seksi..
Pastu laki akak balas 'I x seksi ke?'

Akak pose2 jujur jawab ' X sgt. Ronaldo lagi seksi'

Dia reply 'Mmmm..'

Adekah bermaksud sentap dengan jawapan akak???

Ilot di Pagi Jumaat : Edisi sentap lite2..

Uolls... Akak dengan vangganya bangun pagi2. Breakfast. Makan acid folic n Iberet folic.

Amek buku merah pegi klinik.

Sexcited nak pegi check up 6 bulan la kaedahnya..

Sampai sana, budak yg jaga kaunter tuh bagitau:

'Doctor Rahaya xde. Cuti. Datang next week lah. Hari selasa'

Keji tau uolllss... Akak dah buat appointment 25/6 sekali je dia cuti daaa...

Tapi akak pon confuse jugak sebenarnya, selalunya check up appointment hari khamis. Tetiba bulan ni dia letak ari jumaat. Sah lah, Doctor Rahaya salah tengok kalendar.

So akak terus sentap lite2.... frust x dapat tengok baby arinih..

Terus pegi beli nasik lemak kerang bawah pokok tuh. Dia letak kerang sebeban sbb nak abeskan stock katanya.
Padahal akak nih bukanlah suka sangat makan kerang. Akak pose2 makan kerang sbb nak naikkan HB sajork..

Arini akak gantung kuali periuk kat rumah. Nan ado bawak bekal. Nan ado masak. Sbb ptg ni nak balik kampung takut x abes lauk2 ittew..

So, uolls semua x payah check blog inih (**pose popular) selama 4 hari kaedahnya....!

Selamat Bercuti!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 24, 2010

Wow!! Hebat...hebat....sambil tepuk tangan...

Update pagi dimulakan dengan berita Ariel Peterpon.

Hebat gila uollsss... Polis jumpa 32 video, 4 daripada tu adelah video dgn lelaki. Howwwww???

Memang stock semua dia sapu uolllsss asalkan boleh bayar bil air kaedahnya...

Lagi hebat okeh dari Tiger Wood. Kau ado Tiger Wood scandal dengan 32 org??

Yang akak heran tuh, dah buat scandal tu dah la.. Yang pegi rakam tu nak buat hape kejadahnya??

Nak feeling2 syok sendiri kah tengok aksi sendiri???

Aiyohhh...pengsan akak mcm nih!! Terus akak feeling2 geli nak nyanyi lagu peterpan di karaoke.. Cemana tuh?? Padahal dulu menjadi pujaan.. Kan CD Owner kannnn???

SUMBER KLIK SINI!
____________________________________
Lepas tu kan uollss... akak nak tergelak dengan gossip Fasha Panda tuh.
Paling best akak rasa statement Almy Nadia :

"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.

"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut.

Tak ke kau sentap kalau jadi Fasha Panda tu kalau baca statement tu???

_____________________________

Yang ke 2, dah 2 hari akak bangun tido kaki cramp. Tapi sebab susah nak tarikh ibu jari kaki sendiri. Akak feeling2 biarkan je sampai hilang sendiri.

Mohd Rafi ade ke suruh gesel ibu jari kaki kat meja solek. Takde maknanya!!!

Esok ada check up 6 bulan dan juga balik johor naik flight. Hahahaha.. Tak sabar!!

Wednesday, June 23, 2010

per'KEMBANG'an~~!

Lihat secara clockwise. Baju hitam tu adelah ketika 19 minggu. Yang paling recent(Gemok) baju kuning 23 minggu.

Walaupon sebulan je, banyak gila perubahan dalam perut. Kagum sebentar dengan anugerah tuhan.

Tapi perut akak masih dalam kategori comel gituuuu...

Nih akak nak citer pasal adik akak Tipot yang pregnant 4 bulan setengah tuh.
Semalam dia ada check up. Pastu lepas check up tuh dia pose2 call mak akak. Mak akak pon haruslah call akak..

Sejak dia pregnant, berat dia bukan makin naik. Tapi makin turun ye.. Dari 48kg, ke 46kg, skrg nih 45kg. Kau ado mcm tuh??

Haruss lah dia kena marah dengan mak akak sbb x nak makan segala.
Pastu HB dia turun dari 12 ke 11.6 ke 9.7, Mak akak pon membebel la dengan segala petir sambar menyambar...

Walaupon HB akak lagi teruk sebenarnya. Haha..Akak punya 9.3 sajork. Tapi akak makan ubat okeh. Adik akak tuh nan ado makan ubat.
Padahal bila orang sediakan makanan, sedap je dia makan. Bila duduk rumah sendiri malas kaedahnya nak masak.

Harusslah mak akak bising. Nasib baik berat akak nan ado turun walaupon nan ado lah naik.

Sekarang nih sbb berat dia asik turun je, Doctor suruh dia check up every 2 weeks. Rasainn laki dia cuti 2 minggu sekali hantar dia pegi klinik kaedahnya...

Pengsan mcm nih....!

iklan