Friday, April 13, 2012

Kemeskenan + Inject 1 tahun 6 bulan

Akak nak pitam. Gaji akak masuk bulan depan. Matila lah akak duet negative.
Duet belanja tak kisah sangat. Akak kan banyak hutang uollss... hutang keter, credit card semua tu ha.. merasa bank call akak hari2 tuntuntu hutang.. Merasa aku silentkan Phone jah!

Eh, sebelum orang lahar akak nak jelaskan pegi cameron di sponsor oleh Mohd Rafi. Manakala beli starwbery tu jah pakai duet akak. Itupon untung Mohd Rafi nak jugak bawak akak jalan2.

Lagipon hutang akak, akak bayar sendiri eventhough akak tak kerja. Akak bayar guna duet buat kueh. Tapi bulan ni kan akak feeling naik kerja so akak dah berenti buat kueh banyak2 tuh.

Padan muka kau!

Semalam akak pegi check up Pahat 1 tahun 6 bulan. Macam biasa Pahat punya ketahanan sakit dia memang hebat. Nangis pon tidak kena cucuk jarum.

Balik aku bagi ubat sekali je.

Dah tu, BS sms arini dia demam. Kesiannn anak akak!

Semalam bagi makan dia taknak. Dia luehkan balik. AKak paksa2 sumbat pon dia taknak. Maybe sebab dia tak sedap tekak.

Tadi balik tgh hari tengok rumah dah berkemas. Mesti Mohd Rafi kemas tadi pagi. Akak kan pegi keje awal.

Akak yakin malam nanti dia balik dia bebel2 kat akak puiler!!

Dah la semalam dia suruh sidai kain sebab dia dah basuh akak buat bodo je..**matilah nuraka.

Hellooo.. akak tak buat keje hokeh kalau takde mood. lagipon akak baru lepas masak. Matila CD Owner kata ALASANN sangatttssss...**mak dah tau kau nak cakap apa..

Bye. Nak balik keje!

Tuesday, April 10, 2012

Makan2 @Istana bambu




Kann?? ni makan 2 minggu lepas kaedahnya baru nak letak.

Akak feeling2 malas uolllss...

Aritu feeling2 nak makan kat mana tak tau. Pastu tanya diorang pon takde idea nak makan kat mana, lalu akak terfikir Istana Bambu nih.

So kitorang pegi lepas maghrib.

Masa tu orang tak ramai lagik.

Tengah tunggu diorg bagi meja.

Dah tu service SLOW nak mampos. SLOW gila hokeh. Nak amek order pon SLOW. Padahal ade je pekerja2 diorang. Sampai akak kena pegi kaunter suruh diorang amek order. DUA kali pulak tuh.

Pastu tunggu la pulak makanan. Yang juga SLOW nak sampai. Pengsan!! Pahat dah rengsa je kannn, dia bukan boleh tunggu lama2 dalam baby chair tuh. Dia nak jalan ukur tanah.

Kiotrang order black pepper beef RM19
Green thai curry chicken RM19 eh ke 16? sorry dalam mcm tu lah harga dia. Lupa.
Asparagus goreng tak sedap RM16
Udang butter sos RM48

Harga dia akak rasa agak mahal la.. kalau akak yg bayar sah2 aku tengok Menu terus keluar balik.

Sebab masa tu panas, air sampai dulu dah habes sebelum makanan sampai. Kena la order lagik. Dah tu diorang makan tak abes lauk2 tuh. Hellooo akak pon sumbat selagi boleh. Mahal okeh, kena habeskan.

Makanan dia biasa2 je rasanya. Itu tak kisahla sangat, cume service tuh adoiiii buat kitorg insaf nak datang lagik.

Kalau korang nak datang time bulan puasa make sure dah book dengan Menu sekali, so time datang tu dah ada lauk. Kalau tak mau time isya' baru korang buka puasa.

Kalau tak pon tak payah pegi lah. Pegi kedai lain yang cepat sikit. Lebih baik makan buffet hotel jah. Lebih kurang je pon harga dan boleh makan macam2.

Gituuuu kan... tu experience akak. Tak tau la kalau korang pegi tiba2 cepat ke service diorang.

Monday, April 9, 2012

Pahat sudah 1 tahun 6 bulan..

Nah gambar Pahat tengah berak kat cameron. Adik aku si gila tu amek. Pastu, si Pahat nih suka berak sikit2. Pastu main. pastu sambung berak lagi.

Aritu aku ingat dia dah abes berak, so pegila basuh bontot dia. Pastu adik aku Temok bising2 kata:
'Eiiii busuknya taik Pahat'

Dah tu, lepas aku basuh, Pahat tu pegi duduk sebelah Temok tiba2 terberak kat situ. Padan muka Temok geli2 sangat last Pahat berak sebelah dia. Rasainnn loh!

Kannn?? entry berunsur berak. Kau ado?

Pahat dah 1 tahun 6 bulan dia cuma tau sebut ayah dia sajork. Time nanges2 sebut ayah kau. Padahal ayah kau tu nan hado disitu. Koser emak!

Cuti2 malaysia Cameron highland.

Depan homestay. Happy je Pahat.

Hi uolllssss... kitorang sekeluarg masih pening2 lalat disebabkan jalan turun dari cameron yang pusing2 ittew..

Sourvenir utk orang akak nan hado beli.

Sebab akak mesken hina sebab duet kueh tak dapat ari jumaat aritu. Dia kata nak bank in tapi sampai arini nan hado akak dapat duet kueh. Jadi terpaksa guna duet emergency akak tau.

So, tak dapat la akak nak membeli sourvenir ka sayur ka strawberry ka untuk orang.

Akak beli sayur yang selonggok RM10 tu kaedahnya akak bagi 4 dengan emak akak and akak akak and adik temok akak.

Pastu akak amek keledek yang emak akak beli dalam beberapa ketul bawak balik rumah. Pastu akak amek jagung yg emak akak beli 3 ketul.. **matila kannn meminta ihsan emak??

Strawberry pon aku beli yg 1/2 kilo RM10 tu jah.

Yang lain2 akak beli pokok cili yang rimbun dengan cili. 2 pokok RM10.

Senang hati akak tak payah nak tanam2 dah berbuah pokok cili aku tau.

Pastu balik akak pose2 petik 7 biji buat nasik goreng pedas nak mampus nasi goreng haku.

Pastu beli madu tualang rm17 sebotol.

Itu je po yg aku beli. Akak dgn emak aku beli strawberry, jagung bagai ber kilo2 kaedahnya.

Dah tu ingatkan masa balik tu nak singgah beli rebung pon nan hado sebab akak dah tertido kepeningan.

Balik terus akak kukus keledek, sambil pose2 cairkan coklat makan strawberry celup coklat. Feeling2 sangat kata Mohd Rafi.

Sebenarnya arini akak kena repost duty tapi xde orang kat opis. Maka esok sajork lah!

Nanti akak upload gambar lain.

Friday, April 6, 2012

our 4th annivesary..

Dah 4 tahun uollss..

Tahun ni nak produce adek Pahat lah. Akak kan dah kertuu nanti lama2 lagi susah nak pregnant dah.
eh Pahat, ko jangan gedik2 sangat tau dengan Apak kau. Pantang Apak balik tunggu kat pagar melalak2 nak naek motor.. Amboiiii kecik2 dah pandai merempit eh.

Akak celebrate 4th anniv di cameron.

Bye, akak nak kena pegi amek borang balik sebab prof tak sain nanti akak tak dpt gaji.

iklan